Ahad, 19 September 2010

LAH NI ADA DATUK PALSU@TIPU

Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Datuk, Datuk Seri - Pemuda MIC

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mendakwa kononnya telah dianugerahi gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' serta menipu golongan yang tidak bersalah, kata Pemuda MIC.

Ketuanya T.Mohan berkata kerajaan juga perlu mewujudkan pangkalan data berpusat yang mengumpul semua gelaran yang dianugerahi kepada masyarakat oleh kerajaan persekutuan dan negeri, termasuk Wilayah Persekutuan.

Pangkalan data berpusat itu akan membolehkan orang ramai menyemak penyandang gelaran di negara ini, dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa pihak yang diragui perwatakannya, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Sabtu.

Mohan mengulas laporan akhbar mengenai seorang daripada peguam yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi, bukanlah bergelar 'Datuk'.

"Kerajaan juga perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menerima aduan mengenai pihak yang akan dianugerahi darjah kebesaran bagi memastikan imej kerajaan dan istana tidak terjejas," kata beliau, sambil menambah darjah kebesaran seharusnya hanya dianugerahi kepada mereka yang memberi perkhidmatan cemerlang kepada negeri yang berkenaan. -BERNAMA

Tiada ulasan: