Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu | |||
|
"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.
Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.
Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.
"Ia seperti taktik bomoh di kampung, di mana penduduk diberitahu terdapat macam pelbagai hantu untuk ditangani...Umno menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.
Hishamuddin mendakwa seperti zaman penjajah British di Malaya, Umno sedar minda Melayu yang bebas adalah ancaman terhadap parti tu. Justeru, mereka berusaha memastikan minda Melayu tidak bebas dan boleh terus dikongkong.
Tambahnya, Umno tidak akan bersetuju membebaskan minda Melayu kerana akan menjejaskan kuasa parti yang memerintah itu serta penguasaan kekayaan negara oleh mereka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan