Isnin, 13 September 2010

KES DATO' SOSILAWATI

ERYI Dekritawati Yuliana Bukhari, 25, anak sulung kepada Datuk Sosilawati mengadakan sidang media di hadapan rumahnya di Gombak. Manakala gambar bawah, wartawan dan orang ramai menunggu di jalan masuk ke kawasan ladang yang dipercayai lokasi kes pembunuhan di Ladang Gandong, Tanjung Sepat, Morib dekat Banting. - Foto Azahan Rosli/BERNAMA
Sep 12, 2010 4:10 pm
ANGGOTA polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan pada bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut dekat Banting, hari ini. Keempat-empat mereka dipercayai dipukul sehingga mati sebelum dibakar di sebuah ladang ternakan ayam dekat sini dan abu mayat dibuang di sebuah sungai di Tanjong Sepat, Morib. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Sep 12, 2010 8:01 pm

PILU...Isteri kepada pegawai bank CIMB yang mati dibunuh, Suzana Radim Pangat, 38, bersama bapanya, Radim Pangat Ishak (kiri) tidak dapat menahan kesedihan pada sidang media khas di kediamannya di sini, hari ini. Suami beliau, Noorhisham Mohammad, 38, bersama tiga individu lain iaitu jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu peribadi, Kamarudin Shamsuddin mati dibunuh dengan kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. - Foto Bernama
Sep 13, 2010 4:40 pm


Polis: Sosilawati dan 3 lagi dibunuh, dibakar
Sep 12, 10 2:42pm
Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi, telah dibunuh dan mayat mereka dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting, demikian menurut polis.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan forensik untuk memastikan perkara itu.

Beliau memberita pemberita demikan dalam satu sidang akhbar di ibupejabat polis Banting.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

Sebelum itu, pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat Banting bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan Sosilawati dan tiga orang lagi.

Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.

Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.

- Bernama

8 suspek, termasuk peguam bergelar datuk ditahan
Sep 12, 10 8:00pm
Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di Banting dan bergelar 'Datuk', telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, yang kemudiannya dibunuh, dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat pekan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat hari ini.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia.

"Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis," katanya.

Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan.

Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan itu untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

"Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan," katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk.

- Bernama


Pembunuhan Sosilawati ke-2 dahsyat selepas kes Altantuya-PAS
Dzulfikar Mashoor
JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.

Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting.

"Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.

Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.

Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak.

"Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar."

"Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya



PAS ucap takziah, gesa pendakwaan segera
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Sept: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi yang telah dibunuh secara kejam.

"Bagi pihak PAS, kita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan harap mereka tabah menerima ketentuan ini.

"Kes pembunuhan ini menggemparkan negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.

Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

"Kita mahu pendakwaan segera dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan ini," katanya lagi.

Menurutnyan kes tersebut juga menggemparkan negara dan menunjukkan peningkatan kadar jenayah dalam negara.

"Kita harap pihak polis berusaha mengekang jenayah, jangan hanya kepong ceramah pembangkang sahaja," katanya.

Kes ini juga jelasnya merupakan cabaran buat Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar untuk menyelesaikan kes tersebut.

Kesemua mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

Polis sekurang-kurangnya telah menahan empat lelaki membantu siasatan.

Terdapat sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.

Mengulas dakwaan wujud campurtangan pihak ketiga dalam PDRM, beliau menggesa satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan.

"Kita tidak mahu dalam kes pembunuhan ini juga ada campurtangan pihak ketiga.

"Kita juga bimbang beberapa laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Umno BN sampai ke hari ini tidak diambil tindakan. Adakah ini juga wujud campurtangan pihak ketiga," soalnya

Empat suspek ditahan reman


LELAKI yang dipercayai seorang peguam bergelar Datuk (kanan) yang menjalankan amalan guaman di sebuah firma di Banting dan tiga lagi suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Abdul Nazir Mohamed


KUALA LUMPUR 12 Sept. – Empat suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sejak 30 Ogos lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat.

Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Semalam misteri kehilangan jutawan kosmetik, Sosilawati, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan, misteri kehilangan keempat-empat mangsa itu hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut kelmarin di sekitar daerah ini.

Hasil siasatan ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong di Banting, Selangor.


Dipukul, dibakar, dibuang

KUALA LANGAT 12 Sept. – Polis hari ini mengesahkan empat daripada lapan suspek yang ditahan berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati.

Malah, suspek terbabit turut mengaku telah menahan, membunuh dan membuang abu mayat kesemua mangsa ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Morib dekat sini.

Sehingga kini, polis juga percaya senjata yang digunakan oleh pembunuh kejam terbabit turut dimusnahkan sehingga menjadi abu bagi menghapuskan bukti.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pembunuhan kejam itu dilakukan di kawasan seluas 500 meter persegi dalam ladang seluas 1.6 hektar di Tanjung Sepat, Banting dekat sini.

Menurut beliau, di dalam ladang itu, terdapat beberapa buah rumah kediaman serta tembok yang menghalang pemandangan dari luar.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini, Mohd. Bakri berkata, polis kini menunggu siasatan unit forensik dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mayat kesemua mangsa.

“Bagaimanapun, hasil siasatan berdasarkan pengakuan-pengakuan suspek menjurus kepada kes kehilangan keempat-empat mangsa sejak 30 Ogos lalu.

“Kita percaya mangsa telah dimusnahkan dengan cara demikian (tahan, bunuh, bakar dan buang). Semua eksibit (bahan bukti) termasuk pisau dibakar menjadi abu. Mereka telah dibunuh dan dibakar di tempat yang sama.

“Pegawai polis kini sedang menyiasat untuk mencari bahan bukti dengan kerjasama Jabatan Forensik dan Jabatan Kimia di tempat kejadian,” katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan.

Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki iaitu pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44: pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan mahu ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, misteri kehilangan keempat-empat mangsa itu hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut kelmarin di sekitar daerah ini.

Salah seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit.

Hasil siasatan ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di ibu negara memberitahu, pihaknya percaya kes kehilangan Sosilawati dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu itu akan dapat diselesaikan berikutan penangkapan beberapa suspek terbabit.

“Berhubung kes kehilangan Sosilawati, memang kita ada tangkapan (suspek) dan kita percaya tangkapan tersebut boleh menyelesaikan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perbarisan perpisahan sempena persaraan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Mohd. Bakri juga mengesahkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Polis Kuala Lumpur menyiasat kes tersebut kerana kesemua mereka dilihat pada kali terakhir meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu, polis telah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai perkembangan kes yang diperoleh polis sehingga hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menahan lima suspek berusia antara 19 hingga 45 tahun kelmarin, diikuti dua adik beradik berusia 38 dan 41 tahun semalam manakala seorang remaja ditahan hari ini.

Beliau berkata, polis tidak boleh mendedahkan kronologi penangkapan itu dengan terperinci kerana kes ini masih dalam siasatan dan berprofil tinggi.

“Kesemua suspek terdiri daripada dua perempuan dan enam lelaki. Dua daripada mereka adalah adik-beradik termasuk salah seorang daripadanya bergelar Datuk dan juga seorang ahli perniagaan.

“Enam lagi yang ditahan adalah rakyat tempatan yang bekerja dengan peguam tersebut,” katanya.

Mohd. Bakri menambah, penahanan kesemua suspek dilakukan apabila salah seorang daripada mereka dikesan memakai jam tangan sama seperti yang dimiliki oleh salah seorang mangsa.

Beliau juga tidak menafikan kedua-dua beradik itu adalah dalang kes tersebut dan ladang seluas 1.6 hektar itu adalah milik ahli perniagaan berkenaan.

Sementara itu beliau memberitahu, pihaknya sedang menyiasat secara menyeluruh untuk mengetahui motif kejadian.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan perniagaan, persaingan perniagaan atau perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam urusan jual tanah



Suspek pernah bunuh, bakar mangsa

KUALA LANGAT 12 Sept. - Polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes bunuh berikutan pengakuan empat suspek bahawa mereka pernah terlibat dalam kes-kes terdahulu iaitu bunuh dan membakar mangsa di Ladang Gadong, Morib dekat sini.

Dalam kes terbaru, suspek tersebut dikaitkan dengan kehilangan jutawan komestik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi yang dipercayai dibunuh setelah dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dalam tempoh setahun, empat kes dilaporkan berlaku membabitkan mangsa yang hilang dari Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kesemua mangsa sebelum ini juga dipercayai terlibat dalam urusan pembelian tanah dengan pihak tertentu.

"Empat daripada suspek yang ditahan dalam kes Sosilawati dan tiga mangsa lain juga memberitahu mereka pernah terlibat dalam kes lain. Berikutan pengakuan itu, kita akan melakukan siasatan terperinci," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan.

Sosilawati, 47, dan pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan mahu ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Mohd. Bakri dalam pada itu memberitahu, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa telah membawa sejumlah wang tunai ketika bertemu seorang peguam di Banting sebelum kes kehilangan itu kerana semua bahan bukti telah hangus.

Namun, kata beliau, kes tersebut dikendalikan oleh Polis Kuala Lumpur kerana laporan polis dibuat di kontinjen itu dan akan dibantu oleh Polis Selangor.

Tambahnya, sama ada beliau sendiri atau Muhammad Sabtu akan melakukan hebahan dari semasa ke semasa kepada media berhubung perkembangan kes yang kini menjadi tumpuan masyarakat.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan media yang banyak membantu dalam proses siasatan kes ini," ujarnya.

Tambah beliau, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun turut terlibat dalam siasatan tersebut bagi menyiasat harta luar biasa yang dimiliki oleh salah seorang suspek berjawatan peguam dalam kes Sosilawati.





Anak reda jika ibu disahkan mati

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Anggota keluarga jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya reda dengan pemergian beliau sekiranya mangsa yang dilaporkan ditemui di Ladang Gadong, Tanjung Sepat hari ini disahkan sebagai Sosilawati.

Anak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana, 25, berkata, mereka akan mengadakan solat ghaib dalam waktu terdekat dan berharap agar semua pihak memahami situasi sedih yang melanda keluarga mereka ketika ini.

‘‘Bagaimanapun, saya mewakili ahli keluarga yang lain mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi berdoa untuk ibu saya.

‘‘Kami sekeluarga memerlukan kekuatan untuk berhadapan saat-saat ini,” katanya dalam keadaan tenang kepada sekumpulan wartawan di hadapan rumahnya di Taman Harmonis, Gombak sebelum pengesahan polis disiarkan melalui televisyen.

Bagaimanapun, dalam sidang akhbar selama dua minit itu, wartawan tidak dibenarkan mengajukan soalan sebaliknya hanya mendengar apa yang disampaikan.

Polis hari ini mengesahkan penahanan lapan suspek berjaya merungkai misteri kehilangan Sosilawati dan tiga lelaki sejak 30 Ogos lalu.

Empat daripada suspek mengaku telah membunuh, membakar dan membuang abu mayat mangsa ke dalam sungai di Tanjung Sepat, Banting di Selangor



Keluarga Kamaruddin adakan solat sunat ghaib


2010/09/13

KUANTAN: Keluarga Kamaruddin Shansuddin, pemandu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, malam tadi mengadakan solat sunat ghaib di rumah mereka di Bandar Indera Mahkota 2, di sini, selepas dimaklumkan penemuan tragik keempat-empat mangsa bunuh yang dibakar dan dibuang abunya ke dalam sungai.

Abang ipar mangsa, Ismail Ibrahim, 56, berkata, ahli keluarga mereka yang berada di Makkah bagi menunaikan umrah ketika ini turut mendirikan solat sunat ghaib di Tanah Suci itu sebaik menerima berita berkenaan


"Solat sunat ghaib dibuat malam tadi selepas semua ahli keluarga yakin berdasar hasil siasatan awal pihak polis dan mula menerima bahawa sisa mayat yang dibakar itu adalah Kamaruddin bersama majikan serta dua rakan mereka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Polis semalam mengesahkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Dua lagi mangsa adalah pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Ismail berkata, keluarga dan sanak-saudaranya turut mengadakan majlis tahlil selama tiga malam berturut-turut bermula semalam.

"Kami mendoakan rohnya tenang. Semua keluarga bersedih dan masih belum memahami apa yang sebenarnya terjadi kepada arwah," katanya sebak. - Bernama



Isteri mangsa bunuh, bakar tidak mampu baca akhbar atau tonton TV


2010/09/13

KUALA LUMPUR: Isteri kepada salah seorang mangsa yang dipukul, dibunuh dan dibakar di Banting Selangor, Suzana Radim Pangat, tidak mampu lagi membaca surat khabar atau melihat berita televisyen untuk mengetahui perkembangan kes tersebut.

Isteri kepada Noorhisham Mohammad, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini yang dipercayai mati dipukul, dibunuh dan dibakar dengan kejam itu berkata, kesedihan dan tekanan yang dialami menyebabkan Suzana hanya mampu mendengar perkembangan terkini melalui ahli keluarga terdekat



"Selepas kejadian, minta maaf saya tak boleh tengok TV atau surat khabar. Segala perkembangan terkini hanya ahli keluarga saya yang akan maklumkan. Saya tak boleh nak tempuh keadaan ini," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui di rumah beliau di Taman Seraya, Ampang, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Suzana, 38 masih melahirkan harapan tinggi untuk melihat Noorhisham masih hidup selagi masih belum ada pengesahan dari Unit Forensik.

"Sehingga kini tiada sebarang pengesahan dari Forensik, mayat suami saya, jadi sehingga itu, saya percaya suami saya masih hidup," katanya.

Noorhisham dikatakan sepatutnya membawa Suzana dan keluarga pulang berhari raya di Muar, Johor serta menyambut hari jadinya pada hari ini, tetapi segalanya menjadi hambar apabila beliau hilang bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47; pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pada 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, semalam polis mengesahkan kes tersebut semakin hampir kepada penyelesaian berikutan penemuan lokasi tempat mangsa-mangsa dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.
Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam orang termasuk pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di Banting bagi membantu siasatan.

Suzana menegaskan pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Saya boleh terima kalau mereka setakat bunuh suami saya, jika ada mayatnya saya masih boleh lihat saya terima, tetapi cara pembunuhan ini menyebabkan mayatnya tidak sempurna, dan tidak ada kubur untuk saya ziarah.

Ibu kepada tiga orang anak, Mohamad Azri Shahzan,14; Mohamad Faiz Ridzmi, 5, dan Nur Aneesa Salbiah, 11’ itu berkata, jika benar suaminya dibunuh begitu kejam, beliau berharap polis dapat membawa kesemua yang terbabit ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya. - Bernama




Penyewa terkejut tuan rumah suspek kes bunuh Sosilawati


2010/09/13

BANTING: Penyewa rumah peguam bergelar Datuk yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya terkejut dengan penahanan "tuan rumahnya" itu selepas gambarnya disiarkan media hari ini.

Seorang peniaga yang juga menguruskan perniagaan katering dan hanya mahu dikenali sebagai Kak Ana, 45, terkejut dan seolah tidak percaya dengan penangkapan peguam itu kerana menyifatkan tuan rumahnya itu seorang lelaki yang baik, peramah dan sentiasa bertegur sapa


"Akak terkejut tengok gambar dia (peguam) dalam akhbar hari ini. Memanglah tahu kes ini babitkan seorang peguam bergelar Datuk di Banting, tapi tak sangka pula dia...Akak memang tak percaya dia buat semua tu sebab dia baik sangat," katanya.
Ketika ditemui di rumah sewanya, iaitu bersebelahan rumah peguam berusia 41 tahun itu di sebuah taman di sini, beliau berkata, peguam itu menginap di rumah semi-D berkembar di situ seorang diri manakala anak-anak dan isterinya tinggal di Puchong untuk menemani salah seorang anak mereka yang bersekolah (sekolah swasta) di sana.

"Masa akak pindah sejak April tahun ini, dia (peguam) ada beritahu anak-anak dan isterinya hanya akan datang serta melawatnya di rumah itu seminggu sekali saja," katanya.

Isteri seorang pesara polis itu berkata, sepanjang menyewa di rumah itu, beliau tidak melihat sebarang kecurigaan di rumah peguam itu mahupun peguam itu sendiri.

"Macam biasa, dia memang rajin bertegur sapa, tak cakap lebih-lebih. Akak tak syak apa-apa. Hanya nampak dia pergi dan balik kerja saja," katanya.
Semalam, polis mengesahkan penangkapan peguam berpangkat Datuk, adiknya yang juga seorang peguam dan enam lagi bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala LUmpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini. - Bernama


Pejabat Sosilawati lengang, operasi CIMB Kampung Baru berjalan seperti biasa


2010/09/13

KUALA LUMPUR: Pejabat Nouvelle Beauty Sdn Bhd di Jalan Raja Bot, Kampung Baru di sini milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang turut menempatkan pusat rawatan muka dan spa ditutup hari ini, manakala perkarangan premis itu juga kelihatan lengang.

Tertera di pintu masuk pejabat tersebut hanyalah sekeping notis yang memaklumkan bahawa perniagaan ditutup sempena Aidilfitri bermula 10 September dan akan dibuka semula seperti biasa pada 15 September


Sosilawati, 47, yang memperkenalkan produk kosmetik jenama Nouvelle Visages sejak 12 tahun kini mempunyai 300 cawangan di seluruh negara dan di sekitar Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Brunei.
Beliau bersama tiga lelaki iaitu pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Misteri kehilangan mereka akhirnya terungkai semalam selepas polis berjaya menahan lapan suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan yang disifatkan sebagai kejam apabila kesemua mangsa ditahan, dipukul sehingga mati, dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sebuah sungai di Kampung Kanchong Laut, Banting.

Sementara itu, suasana di bank CIMB di Kampung Baru di sini, iaitu di mana Noorhisham Mohammad, salah seorang rakan Sosilawati yang menemui ajal bekerja, pula kelihatan seperti biasa sejak dibuka jam 8.30 pagi.

Seorang kakitangan bank berkenaan yang ditemui Bernama berkata, pemergian Noorhisham tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakan setugas.
Katanya, pemergian Noorhisham adalah satu kehilangan besar kepada bank tersebut kerana beliau adalah seorang pekerja yang sangat berdedikasi dan komited terhadap pekerjaannya.

"Saya percaya jika rakan setugas anda ''pergi'' pun mungkin perasaan sama akan dirasai," katanya. - Bernama

'



SALAH seorang suspek kes bunuh Sosilawati dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur.






ANGGOTA forensik meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Panchau di Kancong Laut, Tanjung Sepat, Banting, semalam.


Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, bakar, buang



2010/09/13





Abu mayat ditabur ke sungai bagi hapus bukti pembunuhan

BANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini




Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.
Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.

Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.

Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar

Turut ditahan yang disyaki suspek utama, seorang peguam yang juga ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Semua mereka ditahan reman sehingga 18 September ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Mereka mengaku melarikan, memukul hingga mati dan membakar keempat-empat mangsa sebelum menabur abu mayat di sungai berhampiran dengan tujuan menghapuskan bukti, termasuk barangan peribadi mangsa dan senjata digunakan,” katanya.

Mohd Bakri berkata, walaupun tiada mayat ditemui, namun pengesahan dibuat berdasarkan pengakuan suspek yang ditahan.

Beliau berkata, selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.

Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.

“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.

Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.

“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.

Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.

Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.

“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya


Pejabat Sosilawati lengang
Sep 13, 10 3:49pm
Kongsi 5
Pejabat Nouvelle Beauty Sdn Bhd di Jalan Raja Bot, Kampung Baru di Kuala Lumpur milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang turut menempatkan pusat rawatan muka dan spa ditutup hari ini, manakala perkarangan premis itu juga kelihatan lengang.

Tertera di pintu masuk pejabat tersebut hanyalah sekeping notis yang memaklumkan bahawa perniagaan ditutup sempena Aidilfitri bermula 10 September dan akan dibuka semula seperti biasa pada 15 September.

Sosilawati, 47, yang memperkenalkan produk kosmetik jenama Nouvelle Visages sejak 12 tahun kini mempunyai 300 cawangan di seluruh negara dan di sekitar Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Brunei.

Beliau bersama tiga lelaki iaitu pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Misteri kehilangan mereka akhirnya terungkai semalam selepas polis berjaya menahan lapan suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan yang disifatkan sebagai kejam apabila semua mangsa ditahan, dipukul sehingga mati, dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sebuah sungai di Kampung Kanchong Laut, Banting.

Sementara itu, suasana di bank CIMB di Kampung Baru di Kuala Lumpur, iaitu di mana Noorhisham Mohammad, salah seorang rakan Sosilawati yang menemui ajal bekerja, pula kelihatan seperti biasa sejak dibuka jam 8.30 pagi.

Seorang kakitangan bank berkenaan yang ditemui berkata, pemergian Noorhisham tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakan setugas.

Katanya, pemergian Noorhisham adalah satu kehilangan besar kepada bank tersebut kerana beliau adalah seorang pekerja yang sangat berdedikasi dan komited terhadap pekerjaannya.

"Saya percaya jika rakan setugas anda ''pergi'' pun mungkin perasaan sama akan dirasai," katanya.

- Bernama




Photo 35 of 36 Back to Album · Usin's Photos · Usin's Profile

usinkata;... Wajah suspek yg dikatakan perancang UTAMA pembunuhan Datuk Altantunya...ehh !!! silap Datuk Sosilawati...

Malaoon ini juga seorang peguam bergelar "datuk" seorang berbangsa India bernama DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN pemegang kad pengenalan bernombor 690211-10-5525


Pria Malaya
Terkini kes pembunuhan Susilawati: Suspek lebih berminat untuk menjadi ahli MIC (BN)...

Oleh: Pria Malaya

Ternyata isu pembunuhan kejam Dato Susilawati cuba dipolitikkan oleh sesetangah pihak utk kepentingan politik mereka...
...
Bagi penyokong BN, mereka pastinya menggunakan peluang ini utk mengaitkan suspek pembunuhan ini dgn Pakatan Rakyat dengan mebangkitkan sentimen perkauman...antara hujah popular mereka ialah...

1. Suspek adalah orang India..orang India ramai sokong Hindraf..orang Hindraf ramai sokong Pakatan Rakyat..so, suspek adalah ahli/penyokong PR..

2. Suspek adalah peguam dari Majlis Peguam..orang peguam ramai sokong Pakatan Rakyat..so, si pembunuh itu kalau bukan DAP, pasti PKR...

Ini antara hujah dangkal puak2 gerombolan dlm usaha mereka utk mempolitikkan isu pembunuhan ini...sungguh lucu lagi naif pemikiran mereka..

Namun, tanpa mereka duga, berita hari ini telah malaporkan hubungan secara tidak langsung suspek dengan pemimpin BN...dilaporkan, sebelum diberkas polis, suspek telah dahulunya bertemu dengan pemimpin tertinggi BN dari MIC...untuk apa?

(((((((laporan mStarOnline)))))))))))))))))))

Dari laporan diatas, maka dapatlah dirumuskan...

1. Suspek (kemungkinan) bukanlah ahli mana2 parti kerana baru memohon untuk menyertai MIC..maka tuduhan penyokong Umno bahawa susupek merupakan 'ahli' DAP/PR tertolak..

2. Walaupun permohonan suspek utk menjadi 'ahli' MIC belum diproses, namun secara langsungnya beliau telah tersenarai dikalangan 'penyokong' MIC..maka, tuduhan bahawa suspek adalah 'penyokong' DAP/PR juga tertolak..

3. Kita dapat lihat betapa mudahnya suspek berurusan/membuat pertemuan dengan pemimpin MIC/BN walau dlm keadaan genting sekalipun...

4. Ternyata peguam dari Majlis Peguam juga terdiri dari ahli/penyokong MIC/BN..ini sekaligus menolak tanggapan streotaip penyokong Umno bahawa ramai peguam adalah penyokong PR..

Kemudian, kita lihat pula 2 laporan berita dibawah..

**baca seterusnya dibawah!:
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/terkini-kes-pembunuhan-susilawati.html
See More

Suspek utama tawar diri jadi ahli MIC


2010/09/14

GOMBAK: Suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bergelar ‘Datuk’ ada menawarkan diri untuk menyertai MIC tiga hari sebelum dia ditahan pihak polis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata suspek menyatakan hasrat untuk menyertai parti politik kaum India terbesar di negara ini ketika bersama-sama menghadiri program sumbangan kepada Orang Asli di Bukit Cheding, Banting 8 September lalu.

“Sebenarnya saya tidak bercakap lama dengan suspek. Cuma saya minta suspek melengkapkan borang keahlian sebelum hasratnya akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
“Walaupun suspek terlepas daripada hukuman sekali pun, MIC tidak akan mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai parti. Ia hanya akan merosakkan parti. Kita hanya mahu ahli yang bersih,” katanya yang ditemui di pekarangan kediaman pengasas Nouvelles Visages di sini, semalam.

Beliau berkata, pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dianggap kejam dan di luar batas kemanusiaan, selain berharap penjenayah terbabit tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Jika benar suspek disabitkan kesalahan, saya sifatkan apa yang dilakukannya sebagai tidak mempunyai otak dan tidak waras. Saya tidak mahu penjenayah kes ini terlepas daripada hukuman, ” katanya


Penyelam Polis Temui Objek Seperti Gelang Emas Di Kunci Air

BANTING: Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang di sini, Selasa.

Empat anggota penyelam memulakan operasi pada 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan tersebut dan operasi ditamatkan pada 5.05 petang tadi.

Turut berada di kawasan operasi menyelam itu ialah suspek utama kes pembunuhan empat individu itu yang mencuri perhatian umum semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Suspek, yang merupakan seorang peguam berumur 41 tahun, turut disiasat berhubung kes seorang lelaki ahli perniagaan warga India yang dikatakan hilang di Banting sejak awal tahun ini.

Kawasan operasi menyelam itu menjadi tumpuan orang ramai petang tadi dan mereka sanggup menunggu walaupun hujan turun pada masa itu bagi melihat sendiri bagaimana pasukan polis menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, pada 3.00 petang tadi kira-kira 15 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Selangor tiba di ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Mereka tiba dengan tiga kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori satu tan di ladang itu yang dipercayai lokasi di mana Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh dan dibakar.

Kakitangan jabatan itu menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat ekor lembu dan lapan ekor kambing termasuk biri-biri yang berada di dalam ladang itu dan memuatkan haiwan tersebut ke dalam lori sebelum beredar daripada lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, mereka enggan mengulas lanjut mengenai operasi tersebut ketika diminta oleh pihak media.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu. BERNAMA


NEGARA

Gelang emas dalam tali air


PASUKAN penyelam berbincang sebelum melakukan operasi mencari barang bukti di sebatang tali air di Kampung Sungai Lang, Banting semalam.


BANTING – Siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki memasuki episod baru apabila sepasukan penyelam marin menemui satu objek berkilau seperti seutas gelang emas yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut semalam.

Gelang yang bersalut lumpur itu ditemui di sebatang tali air berdekatan kunci air di Kampung Sungai Lang di sini pukul 3.50 petang oleh tiga anggota penyelam marin yang memulakan operasi mencari bahan bukti pada pukul 3.30 petang sebelum ia dihentikan dua jam kemudian.

Ketika operasi dijalankan, hujan turun dengan lebat.

Peguam K. Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan kejam tersebut turut dibawa polis ke tali air tersebut.

Operasi mencari bahan bukti di tali air itu dipercayai dilakukan untuk mencari beberapa barangan peribadi milik mangsa termasuk telefon bimbit yang dipercayai dibuang ke dalam tali air berkenaan.

Tali air di Kampung Sungai Lang tersebut terletak kira-kira 27 kilometer dari Ladang Gadong, Tanjung Sepat yang disyaki tempat pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi lelaki.

Ia merupakan lokasi terbaru dalam operasi mencari bahan bukti.


Gelang emas berlumpur

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Saipul Adli Mohamad, Abdullah Wahab, Zaitie Satibi, Shanty Nur Shaffizan Shafee, Shamsul Munir Safini dan Omar Osman

2010/09/22

BANTING: Satu gelang emas dipercayai milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menjadi bukti terbaru yang ditemui dalam tali air berdekatan kunci air Sungai Lang di sini, petang semalam.

CARI...penyelam PDRM mencari bahan bukti di sungai berhampiran Pasar Besar Banting, semalam.
CARI...penyelam PDRM mencari bahan bukti di sungai berhampiran Pasar Besar Banting, semalam.

KAWAL...anggota polis membawa suspek utama ke pejabatnya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, semalam. TANGKAP...kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dibantu anggota polis menangkap ternakan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.




KAWAL...anggota polis membawa suspek utama ke pejabatnya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.
Gelang emas bersalut lumpur itu ditemui kira-kira jam 4 petang hasil pencarian tiga anggota polis daripada Unit Menyelam, Pasukan Gerakan Marin (PGM).

Sepasukan polis turut membawa suspek utama yang juga seorang peguam ke lokasi terbabit difahamkan untuk mencari telefon bimbit milik mangsa. Bagaimanapun, selepas hampir dua jam menyelam, telefon itu gagal ditemui sebaliknya penyelam menemui satu gelang emas.

Usaha mengesan bukti baru itu dihentikan kira-kira jam 5.30 petang berikutan hujan lebat.

Sebelum itu, pada kira-kira jam 2.25 petang, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dengan tangan bergari diiringi anggota polis terlebih dulu memasuki pejabat guaman miliknya yang terletak berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini.

Ini kali kedua polis memasuki premis terbabit selepas kali pertama pada Selasa lalu. Turut memasuki premis terbabit ialah dua wanita berusia 20-an dipercayai pekerja suspek. Ketika meninggalkan premis itu, seorang anggota polis dilihat membawa beberapa dokumen.

Sosilawati bersama tiga lagi rakannya dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu sebelum ditemui dibunuh di Ladang Gadong, di sini.

Sebelum ini, polis menjalankan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau dan menemui serpihan tulang manusia dipercayai milik keempat-empat mangsa.

Selain itu, beberapa senjata seperti pisau, batang besi dan dua jam tangan dipercayai milik mangsa ditemui di Sungai Kanchung Laut, di sini. Polis turut menemui enam zink di dasar Sungai Gelanggang Buaya di Kampung Kelanang, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin gagal dihubungi bagi mengesahkan penemuan bukti baru itu

Tiada ulasan: