Khamis, 9 September 2010

ADA ULAMAK2@USTAZ@AHLI AGAMA TINGGALKAN KEMEWAHAN SEPERTI SAHABAT DAHULU...HINGGA SEGALA2NYA UNTUK ALLAH....SEKARANG...SYAITAN BERJAYA MENYESATKANNYA






Mus'ab tinggalkan kemewahan

MUS'AB bin Umair ialah seorang pemuda yang segak dan tampan. Beliau adalah anak seorang bangsawan yang kaya raya dan keturunannya dianggap mulia oleh penduduk Mekah. Sebab itu Mus'ab menjadi bualan dan igauan wanita-wanita di Mekah.

Orang Quraisy juga menghormati keturunan keluarga Mus'ab. Sebelum Mus'ab memeluk Islam, beliau hidup dalam kemewahan. Pakaiannya mahal-mahal belaka. Beliau amat disayangi oleh kedua ibu bapanya.

Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat lain juga mengenali Mus'ab. Malah Nabi sendiri berkata: "Tidak ada orang yang tinggal di Mekah ini hidupnya mewah seperti Mus'ab."

Namun kemewahan dan kesenangan yang dimiliki oleh Mus'ab hanya sementara. Mus'ab mendapat petunjuk daripada Allah. Beliau mula meminati ajaran Islam dan berjumpa dengan Nabi Muhammad.

Beliau mendengar segala ajaran dan kata-kata Allah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. Kemudian beliau tertarik memeluk agama Islam. Mus'ab masuk Islam tanpa pengetahuan ibu dan bapanya. Beliau memeluk agama Islam pada usia kira-kira 24 tahun.

Mus'ab cuba merahsiakan keislamannya daripada pengetahuan ibu bapanya. Beliau mula bergiat aktif dalam mempelajari ajaran Islam dan mula mengikuti Nabi Muhammad ke rumah Arqam bin Abi Arqam dan berkumpul mempelajari ajaran Islam.

Namun, rahsia Mus'ab memeluk Islam terbongkar apabila ada seorang pemuda melihat Mus'ab bersembahyang cara Islam. Kemudian pemuda itu memberitahu ibu bapa Mus'ab mengenai keislamannya itu. Mendengar cerita mengenai Mus'ab, ibu dan bapanya menjadi marah dan kesal kerana anaknya mudah terpengaruh dengan ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

Bermula hari itu, Mus'ab dilarang sama sekali berjumpa Nabi SAW. Malah ibu bapanya mengurung Mus'ab di dalam rumah.

Ibu Mus'ab berkata kepadanya dalam keadaan marah: "Saya tidak terpengaruh dengan agama yang kamu anuti. Saya menjadi tidak siuman sekiranya saya masuk agama kamu."

Mus'ab hanya berdiam diri mendengar penjelasan ibunya. Kemudian ibunya berkata lagi: "Mulai pada hari ini, saya tidak makan sehingga mati jika kamu tidak kembali semula kepada agama asal".

Selepas ibunya berkata begitu, Mus'ab menjawab: "Wahai ibu yang saya sayangi, walaupun ibu bernyawa seribu dan setiap nyawa ibu mati satu persatu, saya tetap menjadi orang Islam sehingga akhir hayat saya." Ibunya terkejut dengan jawapan anaknya itu. Ibunya sedih dan kesal dengan tindakan anaknya itu.

Hari demi hari Mus'ab terkurung di dalam rumahnya. Pada suatu hari, beliau mendapat peluang melepaskan dirinya.

Mus'ab terus berjumpa Nabi Muhammad. Pada masa itu para pengikut Nabi SAW mahu berpindah ke Habsyah. Mus'ab mengikuti rombongan itu berpindah ke Habsyah. Tidak lama di Habsyah, Mus'ab kembali ke Mekah dan berjumpa Nabi Muhammad.

Beliau mula belajar semula ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. Pada masa itu, orang Islam yang belajar ajaran Islam dengan Nabi Muhammad diseksa oleh orang Quraisy. Tetapi Mus'ab tidak diseksa kerana orang Quraisy menghormati keturunannya.

Selepas memeluk Islam, kehidupan Mus'ab bertukar daripada kaya kepada miskin. Beliau sanggup berbuat demikian kerana patuh dan taat kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad.

Tidak ada lagi pakaian mahal dan makanan enak baginya setiap hari. Malah Mus'ab sanggup berlapar bagi mempelajari ajaran Islam.

Pada suatu hari, datang utusan dari Madinah berjumpa dengan Nabi Muhammad. Perutusan itu memberitahu bahawa keadaan di Madinah kucar-kacir kerana berlaku permusuhan di antara suka Aus dan suku Khazraj.

Malah orang Yahudi juga semakin zalim.

Mereka berharap Rasulullah dapat datang ke Madinah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka juga berharap Nabi SAW dapat menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Madinah. Akhirnya baginda menghantar Mus'ab sebagai tenaga pengajar ke Madinah.

Di Madinah, Mus'ab di sambut baik oleh orang Islam Madinah. Beliau tinggal bersama-sama As'ad bin Zurarah. Mus'ab menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada penduduk Madinah.

Kegiatan Mus'ab akhirnya diketahui oleh para pemimpin Madinah iaitu Saad bin Muaz dan Usaid bin Hudairiah. Mereka tidak suka Mus'ab menyebarkan agama Islam di Madinah. Namun Mus'ab seorang yang bijak dan akhirnya kedua-dua pemimpin itu memeluk Islam. Ini diikuti oleh puaknya yang lain sehingga kesemua puaknya dari Bani Asyhal turut memeluk agama Islam.

Hasil usaha Mus'ab menyampaikan agama Islam di Madinah, Islam terus berkembang sehingga perpindahan Nabi Muhammad ke Madinah. Mus'ab meninggal dunia dalam perang Uhud ketika menentang orang Quraisy pada 3 Hijrah bersamaan 625 Masihi



Menipu Ustaz & Siapa Jual Agama?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Ada rakan-rakan ustaz memberitahu saya bahawa mereka agak tertekan dan sering ditipu oleh pelbagai pihak termasuk rakan yang dikenalinya.

Kes para agamawan ditipu jarang didedahkan, namun tidak dinafikan banyak juga kes ‘ustaz' menipu. Namun fokus tulisan ini adalah kes agamawan yang menjadi mangsa dan terperangkap di dalam dilema akibat status dirinya sebagai agamawan atau ‘ustaz' sehingga akhirnya memaksa dirinya untuk ‘terpaksa redha' diri dizalimi.

Terlalu banyak bentuk penipuan yang dicipta oleh manusia, cuma bentuk-bentuk penipuan tertentu sahaja yang akan menjadi fokus di dalam tulisan saya kali ini.

"Ustaz, boleh tak ustaz jadi penasihat kepada produk kami?" Tanya seorang pemilik syarikat kepada seorang ustaz terkenal bertitle Dato'.

"Produk apa ni?" Tanya ustaz tersebut.

Setelah diterangkan jenis dan semua yang berkaitan produk, rupa-rupanya ia adalah satu skim MLM. Sang ustaz mula membuat muka kurang selesa dan kurang minat.

"Taka pa ustaz, ustaz tak perlu buat apa-apa pun, saya akan mudahkan urusan ustaz, saya akan masukkan ustaz di bawah downline dan ustaz tidak perlu bayar apa-apa pun, saya akan bayarkan dan kemudian saya akan usahakan untuk penuhkan downline ustaz, ustaz hanya perlu tunggu duit sampai sahaja setiap bulan" Ulasnya dengan penuh semangat.

Kali ni wajah sang ustaz sudah berubah, lebih cerah nampaknya dengan senyuman mula terukir diwajahnya.

"Kalau begitu, oklah, saya serahkan kepercayaan kepada enta untuk memajukannya" kata ustaz memberi persetujuan.

"Alhamdulillah, semoga Islam akan terus diperkuat dengan kekuatan ekonomi umat Islam, ustaz isi borang ini ya" Tersenyum besar sang jurujual sambil tangannya menghulur borang keahlian.

Berlalu beberapa bulan dan masuk tahun, tiada apa yang diperolehi oleh sang ustaz. Mujur tidak dikeluarkan sebarang modal namun tanpa disedari dirinya sedang ditipu. Namanya digunakan oleh penjual sebagai pelaris.

Pertama: Kononnya ustaz popular itu memberikan pengesahan. Kedua : dipromosi agar orang ramai sertai sebagai downline ustaz, boleh bantu kewangan dia, bantu Islam, padahal semuanya tipu.

Inilah bentu pertama yang saya kerap dengar dan mendapat aduan. Ada ustaz yang berkata kepada saya, mereka sudah tidak ingat berapa banyak mereka masuk malah ada sebahagian ustaz yang turut mengeluarkan modal tetapi dek kesibukan ceramah dan lain-lain, mereka langsung tidak mampu untuk menyemak perkembangan penjualan. Akhirnya semua terbengkalai dan barulah mereka menyedari mereka telah ditipu.

"Lurus bendulnya seseorang ustaz membuka peluang lebih luas untuk dia ditipu" tegas seorang sahabat saya dengan reaksi kurang puas hati dengan situasi tersebut.

"Masalahnya akhi, ustaz-ustaz ini banyak yang bersangka baik, lantas sangka baik mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak amanah ini" saya cuba memberikan pandangan.

Itu hanyalah bentuk pertama, berpuluh malah beratus lagi bentuk dan cara penipuan dilakukan terhadap para agawaman, mereka di'permain' sama ada secara sengaja atau tidak.

PENIPUAN KEDUA

Berdasarkan pengalaman rakan-rakan saya dan guru saya di Jordan, ini pula bentuk kedua :

"Kami ingin menawarkan kepada Dr, membukukan semua nota-nota pengajian yang Dr pakai di Universiti, kemudian lebih mudah untuk Dr memberikannya kepada pelajar, boleh jual sahaja, di samping itu boleh juga Dr dapat sedikit keuntungan hasil jualan, dan kami juga akan memberikan royalty kepada Dr" Demikian salah satu bentuk tawaran seorang wakil penebrit buku kepada seorang pensyarah di Universiti.

Tanpa banyak fikir lagi, pensyarah di dalam bahagian Fiqh ini bersetuju. Wajahnya berbunga-bunga memikirkan amat bagusnya cadangan itu untuk dunia dan akhiratnya.

"Betul tu Dr, sambil menyebar ilmu boleh juga mendapat sedikit imbuhan dunia untuk menampung keperluan kehidupan" Pantas sang wakil penerbit menarik hati sang pensyarah lagi.

Buku sudah terbit dan pensyarah bergembira kerana mudah menjual bukunya kepada pelajarnya, tiada lagi nota-nota yang terpisah-pisah dan tidak kemas. Buku itu juga terjual bagus di pasaran, namun akibat tiada kontrak di antara penerbit dan pensyarah. Penerbit berdiam diri, bila pensyarah menelefon, dikatakan buku kurang terjual, justeru tiada royalti, padahal buku terjual dengan baik. Malah dalam beberapa keadaan, walaupun terdapat perjanjian bertulis, penulis tidak diberikan sebarang royalti. Pihak pensyarah yang juga merupakan seorang ‘ustaz' itu pula, berasa ‘malu' untuk kerap bertanya kerana berasa diri seolah materialistik. Akhirnya dia terus ditipu.

Itu adalah satu kes yang turut menimpa seorang guru saya yang bertitle Professor Doktor di Jordan, dan juga ramai rakan penulis berlatarbelakang agama di tanahair. Mereka serba salah untuk bertanya dan menyelidik kerana kelak dituduh ‘mata duitan', ‘tidak ikhlas dalam menyampaikan ilmu' dan macam-macam lagi. Akhirnya mereka "terpaksa redha', hak mereka terus tergadai dan mereka pasrah yang berserah kepada Allah swt semata-mata.

Pasrahnya mereka membuka lebih banyak ruang penerbit untuk mempergunakan para ustaz. Penebrit tadi, mula menyampaikan hasil ‘kejayaan' penipuan mereka kepada penerbit lain dan akhirnya banyak penerbit yang mencari mangsa-mangsa ‘ustaz'.

Para ustaz dijadikan ‘mangsa' dan sumber untuk mereka meraih keuntungan jualan buku, khususnya di musim masyarakat semakin gemar membeli buku-buku ilmu Islam. Lihatlah, bagaimana sikap tolak ansur seorang ustaz, telah eksploitasikan oleh lebih banyak penerbit dan berterusan si ustaz dengan kehidupan biasanya, sedangkan penerbit terus memenuhkan poket mereka.

Memang benar, sang ustaz akan terus mendapat pahala berganda di sisi Allah swt, namun Islam tidak mengajar kita bersikap naif dan membiarkan hak dan perjanjian dilanggar begitu sahaja. Namun apakan daya, kebimbangan sang ustaz digelar mata duitan yang boleh merosakkan namanya, dirasakan mudarat amat besar, lalu mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Inilah bentuk kedua para ustaz ditipu. Melalui buku tulisannya.

PERANGKAP BENTUK KETIGA

Jika bentuk kedua, bukunya menjadi medium. Kali ini penulisan kreatifnya pula menjadi sasaran penerbit akhbar dan majalah.

Berpusu-pusu penerbit majalah meminta sang ustaz menulis untuk majalah mereka. Pihak penerbit menjanjikan sejumlah honorium untuk semua kolumnis dan penulis jemputan. Para ustaz turut tergolong dalam senarai penulis. Lalu, sang ustaz bersetuju untuk menulis dalam pelbagai isu keagamaan.

Ada ustaz yang memang ikhlas sedeqah ilmunya lalu ditulis secara percuma, ini tidak menjadi masalah. Namun sebahagian yang lain bersetuju dengan honorium. Kedua-duanya harus di sisi Islam, malah tidak boleh dinafikan keikhlasan mana-mana pihak, sama ada yang menulis percuma atau yang berbalas honorium. Kesemua mereka mempunyai latar belakang tanggungjawab kewangan yang tidak kita ketahui. Justeru berhentilah dari mempertikaikan keikhlasan seseorang ustaz, ia bukan urusan kita, ia urusan Allah swt.

Kita tidak mampu mengetahui senarai kewajiban seseorang. Mungkin sahaja sang ustaz :-

  • tidak mempunyai kerja tetap
  • punyai kerja tetap tetapi hutang lebih banyak dari pendapatan,
  • mempunyai ibu bapa dan adik beradik yang mesti disara di samping isteri dan anak,
  • mempunyai anak, isteri atau dirinya sendiri yang sakit serta memerlukan sumber kewangan untuk ubat-ubatan.

· Dan banyak lagi situasi yang TIDAK MAMPU difahami dan diketahui oleh orang ramai.

Justeru, tahanlah diri dari bersangka buruk kepada mana-mana ustaz, jika mereka menuntut bayaran honorium yang dijanjikan. Mungkin sahaja mereka sedang bertungkus lumus menyelesaikan beberapa tuntutan kewajiban kewangan lain, maka bayaran honorium yang dihulurkan itu amat perlu baginya untuk mengurangkan bebannya. Itu sama sekali tidak salah di sisi Islam.

Namun, kerana dirinya ‘ustaz', ada di antara lebih mudah ditipu. Tulisan mereka diambil dan diterbitkan tetapi TIADA sebarang honorium diberikan. Benar, jika tulisan sang ustaz disebarkan secara percuma di masjid dan surau atau di mana-mana sahaja secara tidak komersial, tentulah kurang tepat untuk si ustaz meminta bayaran, kerana masing-masing dibuat secara percuma.

Namun apabila tulisan si ustaz, diambil, disiar dan dikomersialkan, disebarkan dengan bayaran melalui akhbar, majalah dan bulletin yang cetak dan jual. Penjual atau penerbit dengan senang lenang, ‘makan seorang' dari hasil setiap jualan, tetapi menafikan hak sang penulis hanya kerana dia seorang ‘ustaz‘ dan kononnya perlu ikhlas menulis tanpa bayaran?.

Ia adalah satu bentuk penipuan dan penindasan yang tidak wajar sama sekali. Namun demikian, hal ini semakin kuat merebak di seluruh Malaysia, penerbit sudah mula tahu, ayat-ayat penghinaan yang perlu dihamburkan kepada sang ustaz, jika sekiranya sang ustaz bertanya hal pembayaran. Sang ustaz pula menjadi bimbang untuk bertanya dan akhirnya terus diam dan ‘dipaksa redha'.

ISU USTAZ DAN BALASAN DUIT

Isu ini pernah ditulis oleh beberapa orang rakan ustaz di dalam blog mereka dengan ulasan yang pelbagai.

Selain pengalaman saya sendiri, saya turut kerap mendengar pihak penerbit dan penjemput ceramah menuntut si ustaz untuk IKHLAS dalam menyampaikan ilmu, mereka menuntut ustaz untuk ILKHLAS menyedeqahkan ilmu mereka tanpa bayaran.

"bukankah ilmu Islam itu milik Allah swt" kata mereka lagi.

Namun, mereka lupa bahawa si ustaz adalah seorang manusia yang perlu wang untuk menjalankan tugasnya sebagai manusia dan pendakwah sekaligus.

Saya juga terfikir, bila pula pihak penerbit dan yang menjemput ikhlas dalam menderma? Ya, bila pula mereka ingin belajar menderma secara ikhlas kepada sang ustaz yang bersusah payah meluahkan waktu dan tenaga untuk hadir berkuliah.

"Ala dia ustaz, dia la yang kena ikhlas, jangan jual agama!" itu tegas para penjemput dan penerbit bila diajukan hal ini.

Begitu kejinya permainan psikologi mereka sehingga tergamak menuduh ustaz yang dijemputnya sebagai menjual agama. Lebih keji, selepas ini disebarkan di forum-forum internet dan seluruh masjid dan surau yang lain, menghasut agar jangan dijemput lagi ‘ustaz duitan' ini dan kononnya ustaz ini menjual agama.

Fahamkah dia maksud ‘jual agama' yang sebenarnya?

1) Allah swt berfirman :

وَآمِنُواْ بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُمْ وَلاَ تَكُونُواْ أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ

Ertinya : Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa ( Al-Baqarah : 41)

2) Firman Allah SWT :

اشْتَرَوْاْ بِآيَاتِ اللّهِ ثَمَنًا قَلِيلاً فَصَدُّواْ عَن سَبِيلِهِ إِنَّهُمْ سَاء مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Ertinya : Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu ( At-Taubah : 9)

3) Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)... (Riwayat At-Tirmizi)

Apakah erti menjual agama di dalam ayat dari surah al-Baqarah dan At-Taubah itu? Berikut adalah ringkasan tafsirannya dari pelbagai jenis tafsir :-

· Tafsir Jalalain[1]

At -Taubah : 9 : Mereka menjual ayat - ayat Allah, al - Quran, dengan harga murah, berupa dunia ini. Ertinya, mereka meninggalkan mengikuti ayat - ayat tersebut demi keinginan dan hawa nafsu. Lalu, mereka menghalang - halangi manusia dari jalan Allah, agamaNya.

al - Baqarah: 41 : "Janganlah kalian menjual - iaitu mengganti ayat - ayat Allah yang terdapat dalam kitab, dengan harga yang sedikit, iaitu dengan perhiasan dunia yang sangat kecil. Ertinya, janganlah kalian menyembunyikan ayat - ayat tersebut karena takut kehilangan apa yang kalian ambil dari manusia"

· Tafsir al - Qurtubi[2]

At - Taubah : 9 : Mereka mengganti ayat - ayat Allah, al - Quran, demi perhiasan dunia. Lalu mereka menghalang - halangi manusia dari jalan Allah. Mereka menjual ayat - ayat dengan harga murah, ertinya, Yahudi menjual ayat-ayat Allah dan penjelasanNya demi mendapatkan kepemimpinan ( riyasah) dan mendapatkan harta benda.

Al - Baqarah: 41 : Sekalipun ayat ini khusus bagi bani Israil, ayat ini mencakup siapapun yang mengerjakan perbuatan mereka. Kerana itu, siapa saja yang mengambil sogokan ( risywah ) untuk mengubah kebenaran, menyatakan batil suatu kebenaran, menolak mengajarkan apa yang wajib dia ajarkan, menolak melakukan apa yang ia ketahui, ia masuk dalam hal ayat tersebut..

· Tafsir Ath - Tobari[3]

At - Taubah : 9 : Iaitu perbuatan mereka membeli kekufuran dengan iman dan membeli kesesatan dengan petunjuk serta menghalang - halangi orang - orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya itu dan orang - orang yang hendak menjadi beriman.

Al - Baqarah : 41 : Penjualan mereka seperti itu berarti mereka meninggalkan keterangan yang ada dalam kitab mereka tentang Nabi Muhammad SAW dari masyarakat, padahal di dalam kitab itu disebutkan bahwa beliau adalah nabi yang ummi, baik dalam Taurat maupun Injil. Penjualan dilakukan dengan harga murah, yaitu berupa kesukaan mereka untuk mendapatkan pangkat dari golongan dan agama mereka, dan mereka pun mendapatkan imbalan atas apa yang mereka jelaskan kepada masyarakat itu.

· Tafsir Ibnu Katsir [4]

At - Taubah : 9 : Mereka menjual ayat - ayat Allah dengan harga sedikit, " Ertinya, mereka menolak mengikuti ayat - ayat Allah kerana digelincirkan oleh urusan - urusan dunia yang rendah. " Lalu mereka menghalang - halangi orang ramai dari jalanNya, iaitu mereka menghalangi kaum Mukmin untuk mengikuti kebenaran ( Al - Haq ).

Al - Baqarah : 41 : Ertinya janganlah kalian menukar keimanan kepada ayat - ayat Allah dan kebenaran Rasul, ini dengan dunia dan segala daya tariknya. Sebagaimana juga yang disebutkan oleh Hasan al-Basri, ‘ harga sedikit ‘ maknanya adalah dunia dan segala isinya, sedangkan menurut Sa'ad bin Jubair, ‘ dunia dan segala daya tarikannya'.

KESIMPULAN TAFSIR ‘JUAL AGAMA'

Jelas dari tafsiran para ulama tafsir, ‘menjual agama' yang disebut di dalam ayat dan hadis itu merujuk kepada : -

1. Kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menghalalkan yang haram demi menjaga gaji dan status kedudukan mereka. Memutarbelitkan kebenaran hanya kerana mempertahan kebatilan.

2. Kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menyembunyikan kebenaran islam dari disampaikan kerana menjaga pangkat dan kedudukan mereka serta mencari keredhaan majikan dan pemerintah.

3. Kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menukarkan erti dan tafsiran ayat Al-Quran dan Hadis demi menyokong sesuatau tindakan batil dan salah mereka, demi menjaga kedudukan, pangkat dan harta mereka.

Justeru itu, jelas bahawa para agamawan yang menyediakan masa untuk membuat kajian, bertungkus lumus menggunakan skill menulis, mengerah idea menyiapkan slide dan modul canggih lagi menarik, mengorbankan masa menuju ke tempat ceramah dan sebagainya. Adakah jika mereka mengharapkan sedikit imbuhan atas kerja mereka, untuk menampung kos minyak kereta dan tambang tiket, dan imbuhan hasil masa yang diperuntukan itu dikira menjual agama, seperti konteks ayat tadi?. Tidak sama sekali.

Jika itu juga ingin dianggap sebagai menjual agama, bagaimana dengan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan khalifah yang yang lain?, mereka dihalang oleh sahabat lain dari bekerja luar semasa beliau menjadi khalifah, agar beliau boleh menumpukan diri untuk tugas dan manah sebagai khalifah.

Diriwayatkan oleh Ibn Said dengan sanad mursal, dengan perawi yang thiqah :-

قال : " لما استخلف أبو بكر أصبح غاديا إلى السوق على رأسه أثواب يتجر بها ، فلقيه عمر بن الخطاب وأبو عبيدة بن الجراح فقال : كيف تصنع هذا وقد وليت أمر المسلمين؟ قال : فمن أين أطعم عيالي؟ قالوا : نفرض لك . ففرضوا له كل يوم شطر شاة

Ertinya : Apabila Abu Bakar r.a dilantik menjadi khalifah, beliau bergegas setiap hari ke pasar di atas kepalanya dibawa sebeban baju untuk diniagakan, tatkala itu beliau terserempak dengan Umar al-Khattab dan Abu Ubaidah AL-Jarrah r.a lalu berkata : Apakah yang kamu lakukan ini, sedangkan kamu telah dilantik memegang urusan kamum muslimin (khalifah)?.

Abu Bakar berkata : Nah, lalu bagaimana cara untuk akau memberi makan kepada keluargaku?

Mereka membalas : Kamu akan bertanggungjawab tentangnya, maka diperuntukkan baginya setiap hari satu bahagian kambing" ( Rujuk Fathul Bari, Kitab Buyu', Ibn Hajar, hlm 356)

Gaji diberikan kepada khalifah AGAR MEREKA BOLEH MENUMPUKAN MASA untuk melaksanakan amanah khalifah dengan berkesan. Keseluruhan gaji khalifah ketika itu adalah 6000 dirham setahun.[5]

Bukankah Abu Bakar r.a bersetuju dengan gaji itu, demikian juga para sahabat lain yang memegang pelbagai jawatan gabenor di zaman Abu Bakar, Umar r.a dan lainnya? Bukankah semua sahabat yang hidup ketika itu tidak membantah sebagai tanda wujudnya ijma sahabat berkenaan harusnya seseorang yang melaksankan tugasan dan amanah Islam, mengambil upah atas masanya. Inginkah kita menuduh Khalifah Abu Bakar menjual agamanya hanya kerana beliau mengambil gaji selaku khalifah? Inginkah kita mengatakan kepada beliau:

"ikhlaskah dalam menjalankan tugas khalifah tanpa gaji!!!, jika tidak dikira jual agama!"

Ini bermakna halal di dalam Islam untuk mengambil gaji atau upah atas masa yang diperuntukan, walaupun sedang melaksanakan satu tugas berkaita hal keislaman [6]. Hal yang sama terpakai bagi para ustaz yang menumpukan masa menulis artikel di majalah, buku, ceramah dan sebagainya. Juga terpakai buat semua para imam masjid yang bergaji, bilal, para pensyarah universiti di fakulti Islam. Puluh ribuan ulama Islam menjadi pensyarah dan professor di pelbagai Universiti termasuk Al-Azhar, Ummul Qura, Madinah dan lainnya. Adakah mereka juga menjual agama kerana mengambil gaji hasil dari kuliah berkenaan Islam yang diberikan di universiti terbabit? Tidak sama sekali.

Islam mengiktiraf hak mereka untuk menerima bayaran, honorium dan sekiranya mereka sudah selesa dan tidak punyai banyak kewajiban kewangan di atas bahu mereka, mereka turut berhak untuk menulis percuma, berceramah secara percuma dan sebagainya.

Namun untuk menafikan keikhlasan seseorang ustaz dalam menulis dan berceramah hanya kerana mereka menerima sesuatu imbuhan dunia. Ia amat TIDAK WAJAR dan TIDAK BENAR, kita tidak akan mampu mengetahui bahawa kemungkinan dari hasil imbuhan itu, para ustaz mendermakan sebahagiannya kepada para pelajar miskin di Mesir, Jordan, Syria atau disedeqahkan ke rumah kebajikan, anak yatim, hospital, yayasan Islam, bantuan palestin dan lain-lain, atau hasil dari honorium itu digunakan untuk membantu mana-mana keluarga faqir termasuk adik beradiknya yang susah. ATau digunakan wang horium itu untuk mnenampung kos pengankutan untuk ceramah percuma disekolah-sekolah dan masjid-masjid kampung. Adakah kita tahu semua pergerakan seseorang ustaz sehingga pasti mereka memang hanya gunakan untuk diri mereka? Jika tidak pasti, tutupilah mulut dari mencerca dan mengeji, tahanlah diri dari prasangka buruk.

AMBIL UPAH DAN TIDAK MANA LEBIH BAIK ?

"Tapi ustaz, walaupun harus ambil upah tetapi yang lebih baik, tentulah penceramah dan penulis ilmu agama yang tidak mengambil sebarang upah, betul tak ?" seorang pendengar ceramah saya cuba membuat kesimpulan.

"Tidak juga, suka untuk digenaralisasikan, kerana yang terbaik bergantung kepada niat, kepada apa yang dilakukan selepas itu, maksud saya, jika agamawan A tidak ambil apa-apa bayaran, then its ok, tetapi walaupun agamawan B, ambil bayaran tetapi bayaran itu dikumpul dan disalurkan kepada rumah kebajikan anak yatim kerana dia ada duit lebih sikit hasil honorium penulisan dan ceramahnya, nah sekarang agamawan mana yang lebih baik?" Soal saya semula

"Hai, susah la nak tentukan kalau macam tu, jika agamawan B bagitahu awal-awal kat kita, barulah kita tahu situasi dia tu lebih baik" balasnya

"Tidak boleh beritahu, kerana amalan kebajikan tertentu seperti sedeqah lebih elok didiamkan dan bukan dipukul canang, malah mungkin dia baru berniat tetapi belum menemui penerimanya " saya menjawab semula

"Kalau gitu susahlah nak tentukan siapa yang lebih baik" Katanya kali ni seolah putus idea.

"memang betul, bukan tugas kita untuk menentukan agamawan mana yang lebih baik, sama ada mereka menerima upah atau tidak, kedua-dua mereka melakukan perkara yang halal, kedua mereka turut mempunyai sebab dan tidak wajar untuk kita menjatuhkan kedudukan salah satu antara keduanya. Yang perlu, adalah kita berbaik sangka" saya menamatkan perbincangan dengan memberi kesimpulan.

Apapun, perbincangan tentang ambil upah atas kerjaya mengajar al-Quran, imam, bilal dan lain-lain bidang yang melibatkan ilmu fadhu ain dan dakwah, memang sudah dibincang panjang di kalangan ulama silam dan semasa. Kesimpulan mereka adalah harus khususnya di zaman ini.

KESIMPULAN

Begitu ramai para agamawan hari ini ditipu oleh para peniaga dalam pelbagai bentuk. Mereka bijak menggunakan ‘malu seorang ustaz' untuk bertanya sebagai sumber keuntungan mereka. Padhala mereka lupa keuntungan yang diraih dengan cara ini adalah tergolong di dalam pendapatan haram lagi keji. Mungkin ada sebahagian agamawan yang meredhakan serta menghalalkannya, namun tidak sebahagian yang lain.

Saya simpati mendengar pengalaman beberapa ustaz tentang adap ayang dihadapinya, dan tidak dinafikan saya juga ada mempunyai pengalaman sedemikian. Malah lebih menyedihkan, ada yang meminjam wang dari para ustaz, dan tidak memulangkan kembali wang tersebut walau telah berjanji. Sang usatz pula ‘segan' dan malu untuk menuntut hutang disebabkan status dirinya. Bermegahlah si peminjam kerana mendapat wang free dari sang ustaz, mereka lupa kebinasaan sedang menunggu bagi si penghutang yang sengaja tidak membayar hutangnya di barzakh.

Buat para agamawan, saya sarankan apabila ada sahaja pihak yang ingin memerlukan khidmat anda secara profesional, jangan lupa untuk menuntut kontrak. Ia amat penting bagi memastikan kejelasan, tiada gharar dalam urusniaga yang melibatakan kewangan khususnya.

Buat orang ramai, penerbit, penganjur, fikirlah semula apa telah anda lakukan kepada agamawan. Jauhilah menipu dan menyalagunakan status ‘ustaz' mereka. Tunaikanlah hak bagi yang berhak.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

FITNAH AKHIR ZAMAN

nabwi-full_b21.jpgBertaqwalah kepada Allah SWT dan ingatlah sekelian bahawa keselamatan dan kebahagiaan kita hanya bergantung kepada keimanan dan ketaqwaaan kita kepada Allah SWT semata-mata.

Dalam arus pembangunan dan kemajuan, yang pesat di jalankan dewasa ini, umat Islam perlu berhati-hati agar mereka tidak terjatuh ke dalam fitnah yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata mereka serta yang berlaku tanpa di sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar mereka. Islam tidak memusuhi kemajuan dan pembangunan yang dilakukan oleh manusia tetapi Islam menetapkan agar pembangunan dan kemajuan di asas dan dikawal oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Allah SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:

“Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar.”

Harta benda dan anak-anak adalah nikmat daripada Allah SWT sekiranya di urus dan dijaga dengan baik dan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Islam. Seandainya harta benda dan anak-anak tidak diurus dan dijaga dengan baik seperti yang dikehendaki Islam, ia boleh memudaratkan kehidupan seseorang muslim dari segi keimanan dan ubudiyah-nya kepada Allah SWT dan boleh berlaku kelalaian dalam melaksanakan tanggung-jawabnya sebagai Muslim.

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Awaslah sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan, fitnah menyaksikan kemung-
karan dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kerana semua bentuk fitnah tersebut boleh menghalang dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Umat Islam sendiri boleh menghakis keimanan dan ketaqwaan kita dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita kepada Allah SWT. Dalam usaha menyekat fitnah-fitnah ini kita perlu memahami dua perkara asas :

1. Memahami Islam sebagai ad-din melalui sumber-sumber yang muktabar atau dalam pengertian lain yang lebih khusus, memahami Islam malalui al-Quran dan Sunnah ar-Rasul SAW. Mempelajari Islam daripada ulamak-ulamak yang jelas kefahaman mereka mengenai Islam serta keiltizaman mereka dengan ajaran Islam
dalam sebarang suasana. Dalam memahami Islam kita perlu belajar dan berakhlak Islam serta iltizam dengan ajarannya.

2. Memahami keadaan yang ada sama ada Islamik atau tidak. Dalam perkataan lain memahami realiti dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya dan nilai-nilai lain. Adakah ia berasaskan Islam atau pun tidak?

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Rasulullah SAW mengingatkan kita agar mengelakkan diri daripada terjatuh dalam fitnah yang menimpa umatnya laksana malam yang gelap gelita dengan sabda baginda yang bermaksud:

“Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia.”

Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:

“Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh.”

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Rasul SAW di dalam hadis baginda, telahpun berlaku di dalam realiti kita hari ini. Ilmu telah diangkat atau ditarik balik. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu ad-din atau ilmu syarak yang boleh memandu orang Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka di akhirat kelak. Selain itu berlaku pembunuhan di sana sini.

Di dalam realiti sekarang, sungguh kurang ulamak-ulamak rabbaniyun (ulamak-ulamak yang takut kepada Allah SWT) yang memuliakan sifat-sifat zuhud, wara’ dan sentiasa mengikut panduan Ilahi, menjadikan baginda SAW dan khulafa ar-Rasyidin sebagai panduan dan ikutan mereka, beramal dengan panduan al- Quran yang berbunyi: “Sesungguhnya pada diri Rasul SAW itu ikutan yang baik bagi kamu” dan beramal dengan hadis yang bermaksud:

“Hendaklah kamu beramal dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-Rasyidin, Mahdiyin selepas aku dan gigitlah ia dengan geraham kamu (yakni peganglah kuat-kuat dan janganlah lepaskan dia.”

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Untuk menjaga diri daripada terjatuh ke dalam keadaan fitnah atau pengaruh kebatilan, Huzaifah pernah berkata kepada Rasul SAW dengan katanya: “Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?” Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’”. Huzaifah bertanya, “Apakah ‘dakhan’ itu?”. Baginda menjawab, “Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka”. Huzaifah bertanya lagi, “Apakah selepas ini ada keburukan lagi?” Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu meraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka.” Kata Huzaifah, “Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?” Baginda bersabda, “Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu”.

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Rasul SAW memberi tahu umatnya tentang fitnah kehilangan sifat amanah dan paling susah untuk mendapat seorang yang bermaksud beramanah. Sabda Rasul SAW bermaksud:

“Seorang manusia masing-masing membuat janji dan hampir tidak terdapat seorang pun yang menunaikan janjinya.”

Seterusnya Rasul SAW menjelaskan bagaimanakah amanah Allah Subhanahu Wata’ala disia-siakan. Suatu hari seorang Arabi datang menemui Rasul SAW dan bertanya, “Bilakah akan berlaku kiamat?” Maka baginda menjawab, “Bila amanah di sia-siakan maka tunggulah kiamat (kehancuran).” Arabi itu bertanya lagi, “Bagaimanakah amanah disia-siakan?” Rasul SAW bersabda, “Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat (yakni kehancuran).”

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam dari segenap penjuru, maka perlulah umat Islam hari ini memperkuat dan memeperkemaskan benteng pertahanan mereka supaya tidak mudah terpedaya dengan segala macam fitnah yang disebutkan tadi. Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:

“Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya.”


USTAZ SYARHAN : Tuntutan Beramal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Amal adalah satu perkara yang akan diterima pakai apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. di akhirat nanti, ia juga merupakan kekuatan iman dan memiliki nilai yang sangat positif dalam menghadapi tentangan hidup dan segala fitnah yang merebak di dalamnya, jika seseorang menginginkan kebahagiaan hidup yang hakiki.

Amalan yang dibuat bahkan tidak bercanggah dengan syariat juga tidak melanggari hukum syarak, dibuat kerana Allah semata-mata adalah dikira ibadat. Amal inilah yang akan datang kepada kita pada hari kiamat.

Allah subhanahu wa taala telah menjelaskan hal yang demikian dalam al-Quran:

“Bersegeralah kamu menuju pengampunan Rabb dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang telah dijanjikan bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah.”
(Ali Imran 3: 133)

Imam as-Sa`dy mengatakan dalam tafsirnya di halaman 115: “Kemudian Allah subhanahu wa taala memerintahkan agar bersegera menuju ampunan-Nya dan menuju syurga seluas langit dan bumi. Lalu bagaimana dengan panjangnya yang telah dijanjikan oleh Maha Pencipta itu kepada orang-orang yang bertakwa? Merekalah yang layak menjadi penduduknya dan amalan ketakwaan itulah yang akan menyampaikan dirinya kepada syurga.”

Jelas melalui ayat ini, Allah subhanahu wa taala menyeru hamba-Nya agar bersegera melakukan amal kebajikan dan mendapatkan keredhaan di sisi Allah, serta berusaha untuk mendapatkan Syurga-Nya. (Lihat Bahjatun Nadzirin 1/169).

Allah berfirman:
“Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebajikan.”
(Al-Baqarah 2: 148)

Berlumba-lumba buat perkara yang baik, bila melihat dan nampak kawan membuat banyak perkara baik maka timbul rasa di hati nak buat banyak pula. Begitulah para sahabat bila melihat sahabat lain membuat infak, mereka akan bertanya nabi berapa banyak yang mereka infakkan. Bukan ingin dengkian dan kutukan, tetapi mereka hendak berlumba membuat banyak lagi.

Dalam tafsir halaman 55, Imam as-Sa`dy mengatakan: “Perintah berlumba-lumba dalam kebajikan merupakan perintah tambahan bagi melaksanakan kebajikan, kerana berlumba-lumba dalam mengerjakan perintah tersebut dengan sesempurna mungkin dan melaksanakannya dalam segala keadaan dan bersegera kepada-Nya.

Barang siapa yang berlumba-lumba dalam kebaikan di dunia, maka dia akan menjadi orang pertama yang masuk ke dalam syurga kelak pada hari kiamat dan merekalah orang yang paling tinggi kedudukannya.”

Dalam ayat ini, Allah dengan jelas memerintahkan hamba-Nya untuk bersegera dan berlumba-lumba dalam melakukan amal soleh. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Bersegeralah kamu menuju amal soleh kerana akan terjadi fitnah-fitnah seperti sebahagian gelapnya malam, di mana seorang mukmin apabila berada pada waktu pagi dalam keadaan beriman maka pada petang harinya menjadi kafir dan jika pada petang hari dia beriman maka pada pagi harinya dia menjadi kafir dan dia menawarkan agamanya dengan harta benda dunia.”
(Hadis sahih riwayat Muslim no. 117 dan Tirmidzi)

Dalam hadis ini terdapat banyak pelajaran, antaranya kewajipan berpegang dengan agama Allah dan bersegera untuk beramal soleh sebelum datang hal-hal yang akan menghalangi kita daripada melaksanakannya. Fitnah pada akhir zaman akan datang silih berganti dan ketika berakhir satu fitnah muncul lagi fitnah yang lain. (Lihat Bahjatun Nadzirin 1/170).

Fitnah yang dimaksudkan diantaranya di akhir zaman orang sudah tidak seronok untuk beribadat, paginya islam petangnya kafir, petangnya islam paginya kafir. Fitnah akan datang dimana ramai yang menjual dan mengadai agama dengan harga yang sedikit untuk mengaut keuntungan dunia. Amalan dibuat dah berasa banyak dan cepat merasa puas. Perasaan dah rasa hebat ibadatnya. Kalau nak kata pakai jubah itu hebat, seumpamanya, yang turap jalan di Negara padang pasir pun pakai jubah jugak kata ustaz.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim )

Amalan yang akan datang pada hari akhirat. Itupun jika ada amal yang dibuat. Siapa yang menuntut rehat di muka bumi dia tidak akan jadi orang yang rehat di akhirat nanti. Mereka adalah orang yang paling sibuk untuk menjawab pertanyaan demi pertanyaan Allah.

Di hari akhirat solat akan jadi datang sebagai benteng, Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Itu jaminan Allah. Menjaga solat betul-betul kerana Allah, akan menjadi benteng diri. Soalnya , kenapa hari ini solat itu tidak menjadi benteng. Cuba cek betul-betul dimana silapnya. Apakah solat kita selama ini ditolak oleh Allah s.w.t. Nauzubillah.

Nabi kita selalu berpesan, tidak cukup dengan solat sahaja. Maka datanglah sedekah, puasa dan amal-amal yang lain. Namun masih tak cukup. Maka datang lah islam itu. Ini maknanya Islam itu bukan semata-mata solat. Islam adalah universal, merangkumi segala perkara. Islam itu syumul, segala kerja buat kita dalam dalam kesejahteraan di sisi Allah selamat sejahtera. Bila islam itu datang, Nabi menyebut Allah menerimanya kerana ‘tujuan kamu baik dengan sebab aku menerima dan beri balasan. Atas nama islam Allah bayar dan memberi pahala. Justeru itulah aqidah sangat penting.

Suatu kisah di ceritakan oleh Ustaz, dimana nabi s.a.w memerintah Muaz bin Jabal untuk ke Yaman. Sebelum itu sahabat nabi Musa as-syaari telah berada di sana. Muaz menjadi wakil Nabi di mana umat Islam tidak pernah sampai di sana. Nabi menguji Muaz, dengan bertanya, “Wahai Muaz, kamu sampai di Yaman akan berhadapan dengan berbagai-bagai masalah, bagaimana kamu akan lakukan. Jawab Muaz, Ya Rasulullah, aku akan merujuk al-Quran. Bertanya nabi lagi, kalau tak ada dalam al-Quran bagaimana kamu lakukan, jawab muaz, aku akan merujuk as-sunnah, kalau tak ada juga, bagaimana hendak kamu lakukan, jawab muaz, aku akan berijtihad. Nabi s.a.w sangat gembira dengan jawapan Muaz. Jawapan Muaz sangat bertepatan dengan kehendak Nabi.

Tatkala Muaz hendak berangkat baginda Rasulullah s.aw. sendiri yang pergi menziarahi dan baginda berkata kepada Muaz, Barangkali kita tidak berjumpa lagi selepas ini. Bayangkanlah kekasih Allah dan nabi yang dicintai oleh para sahabat berkata demikian. Mungkin bagi kita, Muaz tidak akan jadi pergi bila di sebut demikian. Kerapatan hubungan dengan rasulullah s.a.w tersebut, walaupun sedih Muaz akur. Lalu dia bertolak.

Sampai di Yaman beliau di sambut oleh Abu Musa as-syaari. Dia dibawa ke suatu tempat. Muaz terlihat seorang lelaki di ikat. Lalu ia bertanya Abu Musa. Gerangan apa lelaki itu diikat dengan tangannya ke belakang. Apa kesalahan yang di lakukannya. Maka berkatalah Abu Musa, asalnya lelaki ini Yahudi, kemudian memeluk Islam, dan kemudian menjadi Yahudi semula. Muaz merasa marah dan berkata kepada Abu Musa, aku sekali-kali tidak akan duduk selagi kamu tidak membunuh lelaki ini.

Ini adalah hendak menunjukkan betapa berat persoalan aqidah. Hukum keluar dari Islam, selayaknya di bunuh. Tiada paksaan untuk masuk Islam. Tetapi bila kamu Islam, kamu hendaklah terima keseluruhannya, tidak ada pilihan lain. Kalau seseorang dipaksa memeluk islam lantas dia mengucap 2 kalimah syahadah, tidak sah islamnya. Tetapi bila dengan rela hati memeluk islam, maka segala hukum hakam islam hendaklah dipatuhi.

"Dan tidak patut bagi lelaki-lelaki mukmin dan bagi perempuan-perempuan Mu’minah, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, ada pilihan lain bagi mereka tentang urusan mereka." (Al-Ahzab: 36)

Setiap apa yang dijadikan Allah bukan sia-sia, ada matlamatnya. Allah mengutuskan rasul ada matlamat. Allah menurunkan al-Quran ada matlamat, Allah mengadakan syurga dan neraka ada matlamat, agar manusia bercita-cita masuk syurga dan menjauhkan diri dari neraka.

Disebabkan kedudukan amal dalam kehidupan begitu besar dan mulia, maka Allah subhanahu wa taala memerintahkan kita untuk meminta segala yang diperlukan dengan amal soleh.

Allah berfirman dalam al -Quran:
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah tolong (kepada Allah) dengan penuh kesabaran dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.”
(Al-Baqarah: 153)



MUDAHNYA NAK JADI KAFIR,DAN BERCERITA ORANG POLIGAMI..


RENUNGAN KITA BERSAMA..
Kiriman seorang sahabat.

Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya, Nabi mengatakan ada orang yang paginya islam, petangnya kafir. Begitulah mudah sekali orang Islam untuk menjadi kafir. Mengikut hadisnya begitulah. Apabila kita melihat pada situasi rakyat Malaysia, adakah benar orang Melayu Islam pun terkena dengan hadis Nabi ini? Sebenarnya adalah terlalu luas perbincangan yang boleh dilakukan berkaitan orang Islam menjadi kafir. Dalam kes kumpulan JIT (Jangan ikut Tuhan) seperti yang sering keluar di dalam majalah Mastika, mereka yang mengamalkan amalan JIT ini memang sudah sangat jelas mereka menjadi kafir. Apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah satu persoalan yang banyak sekali dilakukan oleh orang Melayu Islam namun mereka sama ada sedar atau tidak sebenarnya mereka juga telah menjadi kafir.

Sebelum saya membincangkan perkara yang sangat ingin saya bincangkan di sini, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan semula tulisan Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) berikut:

Perkara-perkara menggugurkan keislaman

Berikut adalah petikan hal-hal yang menggugurkan Islam menurut Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) :

Ada 10 perkara yang menggugurkan Islam seseorang iaitu:

1. Syirik kepada Allah. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam An Nisaak: 48. Ertinya:

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan lain-Nya dan akan mengampuni (dosa) selain itu bagi siapa yang Ia kehendaki". Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".

Dalam surah Al Maidah: 72 pula Allah berfirman ertinya:

"Al-Masih putera Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka Allah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya di neraka, tiada penolong bagi orang-orang yang aniaya'."

Di antara bentuk syirik itu adalah berkorban untuk selain Allah seperti berkorban untuk jin atau kuburan.

2. Bagi siapa yang menjadikan perantara antara dia dan Allah. la minta kepada perantara itu syafaat dan menggantungkan diri kepadanya maka kafirlah hukumnya menurut ijma'.

3. Bagi siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan mazhab yang mereka pegang, maka kafirlah ia.

(Sebagai latihan, carilah hukum ke atas diri anda bila ragu-ragu untuk menghukum individu atau golongan orang “Islam” yang menghina Nabi dan Allah seperti menghina hukum hudud dan janggut Nabi.)

4. Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; seperti orang yang mengutamakan hukum thaghut daripada hukum Nabi Muhammad orang tersebut telah kafir.

5. Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.

6. Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya

"Katakanlah: Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman".

7. Sihir: seperti sharf dan 'ataf . Barang siapa mengerjakannya atau menyetujuinya, kafirlah ia sebagaimana difirmankan Allah dalam Al Baqarah:102. Ertinya:

“Keduanya (Harut dan Marut) tiada mengajarkan sihir kepada seseorang, melainkan lebih dahulu berkata: Kami ini hanya mendatangkan cubaan, sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya...".

8. Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:

Al Maidah: 51. Ertinya:

"Barang siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".

9. Barang siapa berkeyakinan bahawa sebahagian manusia boleh tidak mengikuti ajaran Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam, sebagaimana Khidhir tidak wajib mengikuti ajaran Musa, maka ia telah kafir.

10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajari dan tidak mengamalkannya. Firman Allah:

As Sajjadah: 22. Ertinya:

"Siapakah yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya? Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa".

Pelaku hal-hal di atas tidak ada bezanya antara yang melakukannya dengan main-main, sungguh-sungguh, atau takut, sama (gugur Islamnya) kecuali orang yang dipaksa. Hal-hal di atas semua besar sekali bahayanya, dan sering kali terjadi. Oleh kerana itu setiap muslim, harus berhati-hati dan menjaga diri baik-baik. Kita berlindung kepada Allah dari murka dan seksaan azab-Nya yang pedih.

Di Malaysia, antara pelbagai isu yang amat sensitif diperbincangkan adalah isu poligami. Allah melalui Al Quran telah menghalalkan poligami. Nabi telah menjadikan poligami sebagai antara salah satu sunnahnya dan perkara ini juga dilakukan oleh sahabat, tabiin dan seterusnya hingga sekarang di Malaysia.

Apabila persoalan poligami ini dibincangkan secara terbuka, ia selalunya berkesudahan dengan situasi yang panas dengan ramai yang menyokongnya dan ramai pula yang membantahnya. Golongan yang menyokongnya selalunya terdiri dari kaum lelaki dan yang menentangnya pula adalah dari golongan wanita.

Persoalan sebenar yang ingin saya ketengahkan ialah, BOLEHKAH WANITA MELAYU ISLAM MENENTANG POLIGAMI? Kalau berdasarkan soalan ini, hakikatnya memang boleh dan itulah sebabnya orang perempuan Melayu Islam terus menerus menghujah poligami ini kerana diizinkan dan dibolehkan. Namun disebalik trend ini, adakah agama Islam mengizinkan orang Melayu Islam menghujah poligami ini??? Sebelum saya menjawab persoalan ini dari segi hukum, mari kita imbas semula kenyataan Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi di atas iaitu “Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.”

Berdasarkan hujah Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi ini, memang jelas bahawa seseorang yang membenci poligami sebenarnya telah kafir. Dalam Islam, markah lulus bagi setiap penganut dalam soal akidah adalah hanya 100%. Kalau seseorang mendapat markah 99.9999%, orang ini tetap tidak lulus dan telah rosak akidah dan menyebabkan menjadi kafir. Membenci poligami bermakna membenci ajaran Nabi Muhammad. Membenci Ajaran Muhamad membawa implikasi yang amat besar di mana sebenarnya orang ini telah membenci Nabi Muhamad, membenci Kitab Al Quran dan akhir sekali telah membenci Allah SWT. Berdasarkan rukun iman dalam islam ia terdiri daripada 6 perkara iaitu :

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab-kitab Allah
4. Percaya kepada Rasul
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qadak dan qadar

Membenci Poligami telah menolak perkara 1, 3 dan 4 dalam rukun iman dan menjadikan pelakunya gugur iman mereka dan menjadilah mereka seorang kafir. Orang yang membenci poligami ini sudah menyertai golongan kafir seperti Yahudi Nasrani dan Hindu. Orang kafir ini tidak membenci Allah atau tuhan mereka tetapi mereka memang sentiasa membenci kitab Al Quran dan Nabi Muhamad.

Apabila mereka yang mengaku Islam ini tetapi terus membenci poligami dan masih terus bersembahyang dan ibadah lainnya, insya-Allah Allah masih mengasihani mereka ini dan dengan itu mereka diazab oleh Allah dengan harapan mudah-mudahan orang ini akan kembali bertaubat dan menjadi orang islam yang benar-benar beriman. Apakah azab yang biasa diberikan Allah kepada mereka yang membenci hukum poligami ini??.

Kali ini saya ingin menceritakan satu azab dari Allah yang diberikan kepada orang perempuan yang membenci hukum poligami ini. Puan Asmah (bukan nama sebenar) kini memegang jawatan jawatan yang tinggi di dalam sektar awam. Asmah dahulunya pernah berkahwin dengan Ahmad dan sempat untuk mempunyai beberapa anak bersama Ahmad. Asmah ini memang benci poligami. Satu ketika Ahmad telah terjatuh hati dengan seorang wanita lain dan meluahkan hasratnya untuk beristeri seorang lagi kepada Asmah. Apa lagi, perang dunia ketiga pun meletus dan berkesudahan dengan perceraian. Ramai orang perempuan ini bila suami mereka ingin berkahwin satu lagi, mereka menggunakan modal yang sama iaitu “kalau abang nak kahwin satu lagi, silakan, tetapi terlebih dahulu ceraikan saya”. Ayat keramat ini memang sangat merbahaya kerana disamping ia tidak dibenarkan dalam Islam, ia adalah satu doa kepada Allah dan janganlah marah Allah apabila perkahwinan mereka berkesudahan dengan perceraian.

Setelah bercerai, Puan asmah membela semua anak-anaknya bersama Ahmad. Setelah beberapa tahun membesarkan beberapa anak tanpa seorang lelaki bernama suami, tiba-tiba Allah telah menukar pandangan poligami Puan Asmah sebanyak 180 darjah. Allah dengan segala rububiahNya telah merobah kebencian Asmah berkenaan poligami kepada sanggup berpoligami. Puan Asmah telah jatuh cinta dengan seorang guru muda yang saya namakan Ismail, lulusan maktab yang sudah beristeri dan mempunyai beberapa anaknya. Oleh kerana isteri Ismail tidak bekerja, Ismail sekadar mampu mempunyai sebuah motorsikal sahaja. Ismail dan isterinya ini adalah jauh lebih muda berbanding Asmah.

Akhirnya berkahwinlah Asmah dengan Ismail, menjadi isteri muda (nombor 2) yang jauh lebih tua berbanding isteri tua. Kini perang dunia ketiga bertukar kepada perang dunia keempat maklumlah, Ismail bukan berduit sangat untuk memberikan nafkah duit bulanan kepada Asmah ini. Tambahan pula Asmah ini pernah menemui bomoh dan mengutip tangkal. Maka bertambah peritlah azab yang diberikan Allah kepada Asmah. Apabila saya menerangkan kepada Asmah tetang dosa besar menyimpan tangkal, Asmah tetap degil dan tidak mahu menyerahkan tangkal-tangkal tersebut kepada saya.

Selain kes Asmah ini, terdapat kes lain yang sangat serupa dimana isteri yang membenci poligami ini akhirnya juga berkahwin menjadi isteri muda yang sebenarnya berusia lebih tua berbanding isteri tua (isteri nombor 1).

Begitulah secebis kisah manusia yang kononnya mengaku Islam tetapi hakikatnya membenci Al Quran dan sunnah Nabi muhamad saw. Orang yang membenci sunah Nabi sebenarnya telah kafir. Dosa besar ini akan mengundang azab yang besar juga dari Allah dan sekiranya bertaubat, Allah akan insya-Allah menukar azab pedih ini kepada Rahmat yang mungkin tersembunyi.

Sekian untuk kali ini wassalam wallahualam


PAS kecam Mahathir tuduh jual agama
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Sept: PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh parti itu menjual agama untuk kepentingan politik sedangkan hakikat yang berlaku Umno yang perkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politik.

“Tun Mahathir melahirkan kemarahan kepada PAS kerana insya Allah PAS akan mengganti Umno sedikit masa lagi,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Mahathir sedar generasi baru hari ini mual dengan Umno, dan telah menjadikan PAS pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka ‘berkarat biru’ macam bekas perdana menteri itu.

“Kenapa PAS menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS yang sentiasa segar, berbanding dengan dasar Umno yang sudah lapuk dan berkulat,” ujarnya.

Menurutnya, mereka yang menyokong Umno termasuk anak-anak Mahathir adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja sementara perjuangan untuk membela agama dan bangsa memang jauh ke belakang.

Justeru, tegasnya PAS menyangkal tuduhan Mahathir yang menyamakan PAS bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti Umno dalam Barisan Nasional.

“Untuk maklumat Tun, PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk tahalluf yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang PAS bawa sejak ditubuhkan.

“Umno berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam. Selama 53 tahun Umno dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pada pandangan orang bukan Islam, rakan-rakan dalam parti komponen,” jelasnya.

BN, katanya semakin keliru pemahaman Islam mereka walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah al-Quran diadakan di negara ini tetapi isteri pemimpin Umno daripada muda sampai tua tidak menutup aurat.

Tambahnya, kalau perkara yang kecil macam itu pun Umno gagal memahamkan rakan-rakan BN, apakah lagi perkara yang lebih besar.

PAS, ujarnya ingin menegaskan dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh PAS sejak kerajaan campuran Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam.

Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia tidak sampai 3 tahun berbanding dengan Umno yang berkuasa lebih 53 tahun.

Justeru, tambahnya PAS mengharapkan Tun Mahathir masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan PAS berbanding dengan Umno.

“Apakah Tun Mahathir sakit hati apabila masjid di bawah kerajaan Pakatan Rakyat penuh dengan majlis ilmu sedangkan masjid di bawah kerajaan Umno sudah menjadi kubur?

“Bukankah masjid zaman Tun berkuasa dahulu masjid dibelenggu, ahli jawatankuasa yang aktif dipecat dan diganti dengan AJK yang bukan ahli masjid yang rendah moral dan akhlak?” soalnya.

Katanya, bekas perdana menteri itu bertindak kerana masjid telah menjadi medan penyebaran ilmu yang merugikan Umno terutama selepas keputusan pilihan raya umum 1999.

Katanya lagi, Tun Mahathir juga pertikai kenapa PAS menyokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau.

Jelasnya, PAS berpendirian demikian bukan kerana PAS membelakangkan hukum agama di mana sebelum satu keputusan hendak dibuat, PAS merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja.

Pendirian itu, katanya selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1 Mac 2010.

“Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid?

“ Apakah hukum menjadi halal kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram kalau daripada DAP, feqah mana yang Tun rujuk?” tanya beliau.

Secara sinis, katanya memanglah ‘feqah Umno’ bukan sahaja orang bukan Islam daripada DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz PAS seperti Datuk Dr Haron Din, almarhum Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk ke masjid atau surau untuk memberi ilmu kerana mereka ‘ulamak politik’.

“Kalau ustaz Umno bercakap supaya sokong Umno itu tidak politik, kalau cakap sokong Islam, maka ini politik,” ujarnya lagi.

Mengenai Mahathir membangkitkan PAS sudah tidak mahu kepada hudud sejak berkawan dengan DAP, beliau mempersoalkan adakah sekarang bekas perdana menteri itu pula menyokong hudud.

Katanya, mungkin Mahathir sudah lupa surat amaran yang pernah beliau hantar kepada kerajaan Kelantan supaya jangan melaksanakan kanun jenayah syariah di negeri itu.

“Malahan menuduh ini hudud PAS, bila dicabar pula mana hudud Umno sampai hari ini tidak timbul-timbul. Bukankah sebagai seorang Islam semacam Tun yang sudah meningkat umur tidak sepatut berfikiran begitu,” ujarnya lagi



Tiada ulasan: