Selasa, 14 September 2010

TENTU ADA PRO KONTRANYA...IKUTLAH KEMAMPUAN@KESIHATAN INDIVIDU ITU SENDIRI...BAIKNYA.... ADA KAHWIN LAMBAT@LAMBAT DAPAT ANAK..MASIH PERLU PERKERJAAN

Cuepacs Mahu Penjawat Awam Dibenar Berkhidmat Sehingga Usia 60 Tahun

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Presidennya, Omar Osman berkata, sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Beliau berkata, sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

"Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lepas, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubungperkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.

"Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.

Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.

Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan telah bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.

"Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib," katanya.

Beliau berkata, ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara.

"Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin," katanya. - BERNAMA


KOMEN

SELAIN LAMBAT KAHWIN SERTA LAMBAT DAPAT ANAK...MUNGKIN BANYAK SEBAB HARUS DITAMBAH UMUR PERSARAAN(PILIHAN)...BAGI MASALAH DIATAS..TENTU PERLU PERKERJAAN KERANA BAGI MENAMPUNG ANAK MASIH KECIL ATAU MASIH BELAJAR.....ATAU ADA HUTANG2 MASIH PERLU DIJELASKAN...

ADA PULA MASIH PERLU MENERUSKAN HIDUP..ALHAMDULLILLAH ALLAH KURNIA UMUR YANG LEBIH SEDIKIT...KERANA APA...KOS KEHIDUPAN KINI TERLALU TINGGI...LEBIH2 DIBANDAR2 BESAR...ANAK2 YANG DAH BESAR...DAH ADA PEKERJAAN...TIDAK LAGI MEMBANTU@DAPAT MEMBANTU...KERANA PENDAPATNYA HANYA CUKUP UNTUK DIRINYA SERTA KELUARGANYA...LEBIH2 LAGI BARU MASUK ALAM PERKAHWINAN...

MUNGKIN PENGALAMAN YANG ADA..MEREKA INI BOLEH MENYUMBANG TENAGANYA...WALAUPUN IA DIBAYAR SEPARUH GAJI(SEPARUH LAGI MEMANG HAK DIA...WANG PENCEN JIKA IA MEMILIH PENCEN)....ATAU MEREKA MENGISI MASA LAPANG DENGAN BEKERJA...BUKAN DUDUK2 TANPA MEMBUAT PEKERJAAN YANG BERFAEDAH...KECUALI YANG ADA BISNES ATAU KEBUN2 DLL...

BAGI MEREKA YANG BELUM ADA PEKERJAAN..DENGAN MENGURANG ATAU MENUTUP PELUANG PEKERJAAN..SEBENARNYA SAMA AJE...MATI TIDAK MENGIRA TUA MUDA...MAKA TEMPAT NI PERLU DIISI...ATAU ADA YANG MOHON BERHENTI ATAU MOHON BERSARA AWAL DENGAN PELBAGAI SEBAB...

BAGI YANG DAH JEMU MENUNGGU..PELUANG HANYA SATU..IAITU LAPANGAN PERNIAGAAN...BILA LAMA MENUNGGU...KITA PERLU WANG...MAKA MAU TAK MAU KITA AKAN MENCEBURI DIRI DALAM BIDANG INI...DAN DAH RAMAI YANG TELAH BERJAYA WALAUPUN BERNIAGA PISANG GORENG...

BAGI WANITA(MEMANG ISLAM TAK MENGALAK BEKERJA..MASALAH AURAT,BERCAMPUR GAUL BEBAS,TANGGUNGAN TERABAI BILA DAH KAHWIN...DAN MUNGKIN BANYAK LAGI SEBAB)...MUNGKIN JODOHNYA CEPAT...MAKA TAK PERLULAH IA BEKERJA...KERANA SEGALA KEPERLUAN TELAH DITAMPUNG OLEH SUAMI...

CUMA MUNGKIN SEKARANG RAMAI BERKERJA..SUAMI ISTERI BEKERJA...KERANA MUNGKIN MAU HIDUP SENANG@MEWAH...ATAU MEMBANTU KELUARGA SERTA IBUBAPA...TAPI ADA JUGA..BILA BAPA TIADA(MENINGGAL DUNIA) DAN KELUARGA SEMUA DAH BEKERJAYA..TIDAK JUGA BERHENTI...KERANA APA...KERANA DAH BIASA PEGANG DUIT...ATAU ADA GAJI

BAGI PENULIS...WANITA HUKUMNYA HARUS SAJA BEKERJA...KITA TENTU TAHU HUKUM ISLAM...JIKA BERSIKAP ADIL DAN RASIONAL...KITA TAHU BIDANG YANG KITA KERJA NI ...HALAL ATAU HARAM DI SEGI SYARAK....

INI LAWAK SIKIT KOD...BAGI BUJANG TU ATAU DUDA TUA...KAHWIN LAGI@BARU..DAPAT ANAK UMUR DAH LANJUT...MEREKA NI LAGI MEMERLUKAN PEKERJAAN...ANAK2 LAIN TENTU TAK AMBIK PUSING LAGI....

JANGAN SAMPAI KITA BAHGIA DAN SENANG DIDUNIA TAPI SUKAR DAN PAYAH DIAKHIRAT KERANA MELANGGAR HUKUM ALLAH...SEBENAR HUKUM ALLAH ADALAH UNTUK MENJAGA DIRI KITA DARI KESUSAHAN@FITNAH DUNIA...MISALNYA ZINA..BUANG ANAK..MENJADI PEREMPUAN SIMPANAN DLL...ALLAH MAHA MENGETAHUI KENAPA DIHARAM ATAU DIHALALKAN...TAK KAN KITA LEBIH BIJAKSANA DARI ALLAH SWT....FIKIR2KAN...



Cuepacs: Naikkan umur persaraan - 60 tahun
Sep 14, 10 10:57am
Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Beliau berkata sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

"Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lalu, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.

"Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.

Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.

Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan telah bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.

"Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib," katanya.

Beliau berkata ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara.

"Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin," katanya.

- Bernama




Tiada ulasan: