Rabu, 15 September 2010

LAH..SAPE BAGI TERUK.....RASUAH JANGAN BERBELIT2....RAKYAT BUKAN BODOH...YANG TAK BOLEH MEMBACA RAMAI DAH XDE...RASUAH TAK BOLEH TIPU ALLAH..JAWABLAH

S'gor 'sangat teruk', Khir tak minat jadi MB lagi
Aidila Razak & Salhan K Ahmad
Sep 15, 10
9:43am

Datuk Seri Dr Khir Toyo berkata beliau tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor. Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, sekiranya mereka berjaya merampas semula negeri itu.

Khir memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Selangor.

Masalah ini “sangat teruk” dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat, katanya.

“Untuk dapatkan semula kita punya pentadbiran akan jadi sukar dalam keadaan sekarang. Ekonomi teruk, pembangunan tak berlaku dengan baik,” katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Katanya lagi, beliau sememangnya tidak ada masalah untuk kembali menerajui negeri itu berdasarkan pengalamannya.

“Saya ingat bila saya masuk kerajaan negeri sangat teruk. Rizab (kewangan) tinggal RM200 juta. Semua (syarikat berkaitan kerajaan) GLC rugi. Saya berjaya menyelamatkan beberapa (syarikat). Pengalaman itu boleh bagitau orang lain, tak ada masalah,” katanya.

Semuanya skeptis

Katanya, tumpuan harus diberikan kepada timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar dan juga bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd Nor dalam usaha merampas semula negeri itu.

“(Pengikut saya) akan sedar bahawa dalam BN ini bukan ada seorang saja (pemimpin). Ramai lagi. Kita akan latih, akan didik pemimpin (lain),” katanya lagi.

Khir yang sebelum ini dilantik menteri besar pada usia 33 tahun itu berkata ramai pemimpin lain yang berkemampuan dan perlu diberi peluang seperti mana yang dinikmatinya sebelum ini.

“Masa saya jadi MB semuanya skeptis (bahawa) saya tidak dapat menjalankan tugas. Orang kata saya hanya akan jadi MB enam bulan saya, tapi saya bertahan selama lapan tahun,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Khir berkata beliau berasa bersalah dan bertanggungjawab atas kekalahan BN pada Mac 2008. Itulah yang menyebabkannya lebih menumpukan tugas sebagai wakil rakyat yang terabai sejak sekian lama.

“Bila kerajaan negeri jatuh, tentulah saya berasa bersalah. Tanggungjawab itu ada pada diri saya. Saya berjumpa dengan Datuk Seri Najib berkata saya tak nak tanggungjwab besar dan ingin dekatkan diri dengan penyokong-penyokong saya di kawasan.

“Bila saya jadi MB, saya jadi ADUN (selama) lapan bulan sahaja. Saya tak rapat dengan pengundi di kawasan. Saya rasa bersalah juga. Jadi tebus balik kesalahan saya. Dulu masa terbuang dekat kerajaan negeri sahaja. Jarang balik -- sebulan dua tiga kali sahaja. Balik pun tak lama.

“Rakyat merungut, nak jumpa wakil rakyat susah. Jadi saya ambil keputusan untuk mendekati mereka. Saya sangat gembira sekarang kerana saya boleh memahami masalah di peringkat akar umbi.

Ikut belakang

Tambahnya lagi, itulah juga juga menyebabkan beliau tidak meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam kempen 'Selamatkan Selangor' yang dicanang sebagai kempen untuk merampas negeri itu kembali kepada BN.

“Bagilah orang lain ketuai, saya ikut daripada belakang saja,” katanya yang tidak merasakan bahawa dirinya dipinggirkan daripada menyertai program berkenaan.

Menjawab spekulasi berhubung ketidakhadirannya pada peringkat awal program berkenaan, Khir berkata beliau sememangnya dijemput untuk menyertai kempen itu.

“Kadang-kadang seminggu, dua minggu awal (jemputan). Tapi saya ada komitmen. Terus-terang saya katakan kalau ada program di bahagian, saya utamakan bahagian,” katanya lagi.

Khir turut menafikan tanggapan bahawa beliau merupakan satu liabiliti kepada BN memandangkan beliau masih berpengaruh di kalangan masyarakat.

“Bukan liabiliti. Saya tidak rasa begitu. Saya pergi ceramah pun orang masih dengar,” katanya dan menambah kerajaan Pakatan Selangor tidak perlu mengancam untuk mendedahkan isu-isu berkaitan dirinya sekiranya beliau merupakan satu bebanan kepada BN.

Politik budak-budak

“Kita bukan menyerang kerajaan negeri sebab hendak cari kelemahan, kita cuma buat teguran. Kalau dulu BN dianggap kerajaan yang angkuh, tidak dengar teguran saya ingat hari ini lagi teruk.

“Siapa tegur diancam, kita akan dedahkan macam-macam, macam politik budak-budak. Ini politik mafia. Saya nak tegur kerana pengalaman saya yang kita telah laksanakan dan kesilapan yang perlu diperbetulkan dan tidak diulangi,” katanya.

Khir juga berkata, beliau kini bukan siapa-siapa lagi di negeri itu, namun beliau tidak mahu dikatakan sebagai orang yang lupa kepada parti.

Beliau kini meletakkan nasibnya di tangan pemimpin parti, sama ada untuk bertanding di peringkat parlimen pada pilihan raya akan datang.

"Saya akan bersama dengan parti sampai bila-bila. Saya akan berkhidmat dengan baik kepada parti dan pemimpin.

"Saya tak ada masalah (jadi pemimpin biasa) sebab saya selalu beritahu diri saya satu hari saya akan turun. Jawatan ini takkan selama-lamanya




Tuduhan rasuah: Khir Toyo tak kecil hati
Aidila Razak & Salhan K Ahmad
Sep 15, 10
11:41am

Khir Toyo mengakui bahawa beliau tidak pernah sunyi daripada melakukan kesalahan. Namun katanya, tohmahan rasuah yang dilemparkan ke atasnya setakat ini masih belum berjaya dibuktikan.

NONEDalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Khir mengambil peluang untuk menjelaskan satu persatu, setiap tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

Antara dakwaan berkenaan adalah berhubung kunjungannya ke 'Disneyland' di Perancis dan Amerika Syarikat.

Katanya, lawatan kerja itu bukan semata-mata untuk melawat taman tema tersebut tetapi untuk mendapatkan pelaburan daripada negara berkenaan ke Selangor.

Hasil daripada semua lawatan itu, Selangor berjaya memperoleh pelaburan asing berjumlah RM11.87 billion. Pelaburan ini juga menyediakan 30,000 peluang pekerjaan di Selangor, kata Khir.

khir toyo and pknsBegitu juga dengan bayaran insentif kepadanya selaku pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang disifatkan sebagai imbuhan atas masa tambahan yang diluangkannya di syarikat berkenaan.

Mengulas dakwaan berkaitan pembelian unit apartmen di Mekah yang dibuatnya selaku pengerusi syarikat milik kerajaan negeri. Katanya rumah berkenaan kekal dimiliki oleh syarikat berkenaan.

Berikut adalah sedutan daripada wawancara dengan Khir Toyo:

Rentetan daripada siasatan ke atas isu melibatkan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Tun Ling Liong Sik dibawa ke mahkamah. Pada masa itu timbul nama Datuk Seri.

Nama sayalah (timbul). Saya tak ada ambil hati. Saya tahu semua cerita. Saya tahu dua tiga hari sebelum tu. Saya tak risau. Negara kita ada undang-undang, ada sistem. Yang salah akan tetap dikenakan tindakan. Mahkamah akan tentukan salah atau tidak.

Saya ambil contoh tentang (pengarah penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya Kapt (B) Abdul Kudus Ahmad), semua salahkan Kudus, tapi hari ini dia diadili. Jadi jangan cepat buat persepsi orang ini dia ada kes. Tun Dr Ling Liong Sik pun belum tentu salah lagi.

Satu lagi yang menjadi tuduhan ialah berkenaan kediaman Datuk Seri. Adakah lebih baik jika sebuah agensi hartanah menilai rumah Datuk Seri untuk memadamkan cakap-cakap ini?

khir toyo mansion 060709 06(Firma) Rahim & Co sudah nilaikan rumah saya. Saya dah keluarkan dalam blog saya, apa lagi? Adakah Rahim & Co tak independen? Dia dilantik oleh bank, bukan saya. Takkanlah bank tak bijak dan biarkan saya lantik penilai sendiri? Saya dapat pinjaman daripada bank (untuk beli rumah tersebut). Kalau saya dapat rumah itu dengan tunai, orang bolehlah siasat saya.

Kosnya tak mencecah RM24 juta?

Kalau 24 juta saya dah kayalah.

Jadi apa yang Datuk Seri tulis dalam blog ini...

(Adalah) realiti. Saya nafikan (tuduhan). Sebab itu saya saman balik (ADUN Sekinchan) Ng Sue Ling ini. Orang ini tidak lulus matematik dalam STPM pun. Dia tak terlibat dengan penilaian harta. Saya tak faham kenapa press semua percaya dengan dia. Kalau dia ni ada kelulusan dalam penilaian hartanah, bolehlah percaya. Saya saman tanya beritahu dari mana datang 24 juta, tak boleh jawab. Ini adalah tuduhan politik daripada political animal. Terpulang pada pihak berkuasalah. Kalau dipanggil saya akan pergi. Malah, saya isytiharkan semua aset saya.

Bagaimana pula dengan tuduhan mengenai lawatan ke Disneyland?

Ini bukan isu. Saya pergi, singgah dekat Perancis, nak pergi ke Jerman. Ada masa terluang kita lawat Disneyland untuk mencari pengalaman. Bukan kita betul-betul ke Disneyland. Untuk kunjungan itu saya bawa balik RM3 billion. Tiada apa-apa kesalahan.

khir toyo and disney land disneylandKalau hari ini, kerajaan negeri tak pergi ke Eropah. Pergi ke China dan Singapura sahaja untuk dapatkan pelabur, ia mustahil sebab syarikat di China takkan buka kilang di Selangor kerana kos untuk menjalankan perniagaan di Selangor tinggi berbanding di China.

Tetapi syarikat di Eropah (saya) tumpukan, yang ada teknologi tinggi semua sedang mencari tapak untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan di Selangor. Tiap-tiap tahun saya pergi tiga kali. Saya pergi Jepun, saya pergi Korea, Eropah, Amerika, sebab nak tarik pelaburan.

Jika saya duduk dalam negara sahaja, jadi macam sekaranglah. Terus terang saya katakan, nak pergi negara Arab untuk pelaburan susah. Saya dah buat. (Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri) Anwar Ibrahim kata apa? Dia kata kerajaan (dapat pelaburan) berbillion (daripada) syarikat dari Timur Tengah padahal sampai sekarang tak berlaku.

Timur Tengah bukan (dalam industri) pembuatan. Dia macam kita, pemaju, syarikat infrastruktur, perkara seperti itu. Tapi yang betul-betul (dalam) pembuatan, perjalanan saya ke Disneyland inilah hasilnya (syarikat pembuat sel solar) Q-Cell tengah buat tu.

Jadi hasil dari pergi Morocco dan Disneyland jumlahnya RM3 billion?

Kita pergi ke sekeliling tempat masa tu. 15 hari kita pergi, bukannya (dengan) tangan kosong sahaja. Saya boleh duduk dalam negara sahaja. Tak ada perbelanjaan.

Ada tak perbelanjaan tambahan ditanggung. Contohnya Datuk membawa terlalu ramai orang?

Mereka tanggung kos sendiri. Mereka boleh ikut lawatan saya selagi mereka tanggung kos sendiri. Kalau anda nak bincang dengan syarikat besar-besar ni tak boleh pergi seorang. Anda kena datang dengan pegawai dan delegasi.

Jadi berapa banyak pulangan yang diperolehi daripada misi dagangan ini?

NONEKalau that lawatan itu sendiri, kita dapat RM3 billion. Yang selebihnya banyak lagilah. RM1 billion, RM2 billion. Saya pergi ke Jepun dapat RM1 billion. Sebab itu kita dapat RM11.87 billion (semuanya).

Jadi Datuk kata semua perbelanjaan untuk lawatan ini sudah ditampung dengan pelaburan yang dibawa masuk?

Ya. Peluang pekerjaan cukup banyak. 30,000. Ia bukan (kerja) mudah. Anda ingat seronok ke pergi seberang laut ni?

Bolehkah lawatan ini dibuat dengan kos lebih murah?

Isunya sekarang, OK. Saya terus terang katakan saya ikut Arahan Am. Saya ikut undang-undang.
OK, anda (tanya) begitu, OK. Anda tidak persoalkan mengapa PM naik penerbangan kelas pertama? Isunya sama. Saya tak nampak ada salah. Kalau ada masalah, maka ambil tindakan.

Jadi Datuk hanya menikmati kemudahan ini?

Saya rasa, kalau nak kira kemudahan, saya kerja 18 jam sehari. Sepatutnya saya dapat lebih lagi. Saya rasa dan lihat pembangunan selama lapan tahun itu sangat baik. Rekod menunjukkan IMD (Institute of Management and Development) sendiri buat laporan, bukan saya yang hendak angkat bakul, rekod dalam audit syarikat berkaitan kerajaan negeri pun nampak semua.

Bagaimana pula dengan bayaran insentif daripada GLC kepada Datuk sebagai MB? Khalid Ibrahim persoalkan perkara ini

Saya rasa semua MB dapat, termasuk Khalid Ibrahim hari ini. Ini (amalan) daripada MB sebelumnya. Kita ikut sahaja.

Datuk tak persoalkan? Mengapa?

Tidak. Setiap MB. Siapa-siapa pun (dapat).

Adakah ini amalan standard di negeri lain?

Setakat yang saya tahu. Sebab kita habiskan banyak masa bersama. Dan, yalah, kita ikut bonus pegawai dapat. Dan kita jalankan perniagaan. Kita tak guna duit rakyat pun.

Jadi bayaran ini hak sebagai MB?

khir toyo interview 171207Sebab isunya, PKNS (menghasilkan keuntungan) daripada menjalankan perniagaan. (Seperti) setiap CEO dia setiap syarikat swasta. Samalah, sebagai menteri besar, kita sebagai pengerusi PKNS satu perkara berbeza. Kita kena luangkan masa lebih.

Jadi ini bayaran untuk usaha lebih untuk GLC ini?

Ya, kalau syarikat rugi saya kena tanggung juga, betul tak? Ini perniagaan. Business is business.

Datuk juga ambil tanah yang ditawarkan pada harga diskaun. Datuk tidak rasa 'saya tidak patut ambil?'

Sekali sahaja seumur hidup saya. Dekat Bangi, tiga lot rumah, tak ingat dah. Sekali. Seumur hidup. Setakat pengetahuan saya, saya tidak ambil hak rakyat.

Ini pula tentang pembelian apartmen di Mekah


NONESaya beli atas nama saya on behalf sebagai pengerusi. Ia dipunyai oleh negeri. Saya dah suruh (pindah milik kepada kerajaan negeri) sekarang ini. Tapi (GLC) tak mahu buat. Tak tahu (kenapa). Apa saya dokumen (yang perlu), saya akan tandatangan. (Ketika itu) PNSB (Permodalan Negeri Selangor Berhad) memberi kuasa untuk membeli lima buah apartmen. Kita ditawarkan lebih, tapi mereka pun nak beli lima sebab (terma belian) tunai. Lima buah (milik) KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Berhad) ada lagi lima, sepuluh.

(Saya jelaskan dalam blog), kami ditawarkan lebih sebab masa saya beratur ramai-ramai saya dapat lebih, tawarkan kepada kerajan negeri, kerajaan negeri sanggup beli hanya lima. Yang lain ditawarkan kepada orang lain lah, kalau tidak rugilah deposit.

Tapi sebelum beratur tu Datuk tentu ada kelulusan daripada lembaga pengarah untuk beli lima sahaja?

Tidak, tidak, tidak. Saya pergi ke sana dulu.

Jadi apabila sudah beli baru ditanya kerajaan negeri mahu atau tidak?

Tidak, saya tawarkan kepada mereka di sini (Malaysia). Mereka (lembaga pengarah) buat mesyuarat semua di sini.

Tapi masa mula-mula beli, beli untuk Datuk sendiri dululah?

Tidak, saya tidak ada. Saya beli sebagai pengerusi. Mula-mula kita beli dapat lima, tapi ditawarkan lebih. Syarikat kata dia tak nak. Saya kata kalau ada pembeli yang nak beli lebih baik dibeli. Kalau tidak, tak diambil. Lembaga kata beli lima. Saya ditawarkan lebih

Itulah soalnya. Lembaga pengarah kata beli lima sahaja, mengapa Datuk beli lebih?

Saya ditawarkan lebih. Lembaga kata beli lima, di sana ditawarkan lebih. Saya kata kalau tidak mahu beli, cari pembeli lain.

Masa itu belum beli lagi?


Belum lagi. Saya jalankan dengan fikiran yang jelas. Tiada apa yang hendak disembunyikan. Lima, itu yang depa mampu. Sebab bayar tunai. Jadi sampai sekarang sebarang surat saya (akan) tandatangan. Saya tak terlibat langsung dalam pengurusan, transaksi, tak ada. Tiada satu pun masuk ke dalam akaun saya

Tiada ulasan: