Wartawan Kita |
KOTA BHARU, 15 Sept: Pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya turut mendapat simpati Menteri Besar Kelantan. Sehubungan itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. “Saya harapkan supaya keluarga mereka dapat bersabar dengan ujian Allah SWT, ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang menyambut Hari Raya Idulfitiri. “Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain. Nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. “Justeru Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Menurutnya perasaan malu dan aib merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat sama ada kepada diri atau orang lain. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki” – hadis riwayat Imam Bukhari. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berharap pemimpin negara sentiasa menghebahkan peringatan supaya rakyat bertaqwa dan gerun kepada Allah SWT. Katanya, perlu diingatkan supaya rakyat merasa gerun dengan azab kubur dan seksa api neraka. ”Tanpa peringatan-peringatan seperti ini, tidak ada penghalang yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah. Hasilnya, kita mendengar kes-kes pembunuhan kejam berlaku sepanjang masa tanpa mengira bangsa dan agama. ”Namun sayang sekali tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. ”Ini seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya,” ujarnya. Sosilawati, 47, bersama pembantunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. Kemudian pada 11 September lalu polis mengesahkan berdasar pengakuan empat suspek, mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting di Selangor. Menteri Besar berkata, masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman dalam sukatan pengajiannya. Katanya, apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman. ”Natijahnya terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini,” ujarnya. Menurut beliau, sekiranya masalah iman dititikberatkan, insya Allah akan berputik rasa gerun dan takut kepada Allah SWT di hati rakyat. Menurutnya, bukan gerun dan takut kepada undang-undang yang dibuat manusia sahaja. |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 15 September 2010
TIADA MEMIKIRKAN KESAN DIBELAKANG HARI@KEMUDIAN HARI
Tiada rasa aib punca sanggup membunuh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan