Jumaat, 10 September 2010

INI UNTUK GULUNGAN MEWAH...ORANG2 KAYA....BERWANG....DE BAIKNYA WANG LEBIH ITU DI INFAK TUK ISLAM...NI PNDAPAT SAYA YG JAHIL

Pajero generasi keempat dilancar
Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2010/09/10

PAJERO generasi keempat akan dilancarkan di Malaysia hujung bulan ini.
PAJERO generasi keempat akan dilancarkan di Malaysia hujung bulan ini.
Legenda kenderaan 4x4 perkenal versi dilengkapi enjin V6 MIVEC

SELEPAS hilang agak lama di pasaran, kenderaan pacuan empat roda (4X4) Pajero keluaran Mitsubishi Motors kembali menggamit rakyat Malaysia dengan penampilan generasi keempat yang bakal dilancarkan di negara ini hujung bulan ini.

Terkenal sebagai kenderaan 4X4 yang lasak dan hebat serta ditambah kemantapan sistem Kawalan Semua Roda (AWC) termaju Mitsubishi Motors, Pajero generasi keempat pastinya amat dinanti kehadirannya sesuai statusnya yang dianggap “legenda’ untuk kenderaan 4X4.

Pengguna Malaysia juga bakal beruntung kerana Pajero yang bakal dilancarkan itu menampilkan spesifikasi tertinggi bagi model itu dengan dilengkapi enjin 3.8-litre V6 MIVEC yang pastinya menjanjikan bukan hanya kuasa dan kelancaran pemanduan, tetapi juga keselesaan dan prestij seiring status legenda 4X4 yang menjadi jolokannya.

“Di Mitsubishi Motors Malaysia, kami semua teruja menanti kehadiran semula Pajero ke pasaran negara ini. Ia sudah lama tidak didapati secara rasmi di pasaran, tetapi ramai rakyat Malaysia masih menyanjung tinggi terhadap jenama Pajero yang sememangnya satu legenda,” kata Ketua Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd, Tetsuya Oda.

Oda berkata, Pajero terbaru itu menggabungkan ciri lasak, kemewahan serta keselesaan dan ia bakal menambah hebat kepada rangkaian kenderaan Mitsubishi yang terdapat di Malaysia.

Beliau berkata, Mitsubishi Motors telah menjual lebih 2.5 juta Pajero di lebih 170 negara sejak model itu kali pertama diperkenalkan pada 1982.
“Mitsubishi Motors adalah pengeluar paling berjaya dalam sejarah perlumbaan Rali Dakar dengan mencipta 12 kemenangan dan semua pengalaman daripada penyertaan di perlumbaan paling sukar di dunia itu diterapkan kepada model 4X4 kebanggaan Mitsubishi itu,” katanya.

Pajero baru itu akan dilancarkan hujung bulan ini dan tempahan untuknya kini sudah dibuka di semua pengedar rasmi Mitsubishi Motors.

Maklumat lanjut mengenainya boleh kunjungi bilik pameran Mitsubishi Motors yang berhampiran atau layari laman web www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Mitsubishi Motors di 03-7622 2202.

Tiada ulasan: