Saksi Dakwa Norman, Memey Tetap Tinggal Bersama Selepas Dicekup
KUALA LUMPUR: Saksi ke-enam kes khalwat dua pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza mendakwa pasangan tersebut kekal tinggal bersama tanpa rasa malu seminggu selepas dicekup oleh anggota penguatkuasa agama.
Mohd Yusri Abdul Razak menambah, dia juga telah membuat aduan dan laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada hari yang berlainan berhubung perkara itu.
“Saya buat laporan sebanyak tujuh atau lapan kali di pejabat Jais di Gombak dan juga Shah Alam tetapi tiada tindakan.
“Alasan yang diberikan ialah prosedur mahkamah telah bermula dan juga kerana terdapat banyak operasi,” katanya selaku saksi pendakwaan ke-enam.
Mohd Yusri yang juga merupakan pengadu dalam kes itu, sedang disoal semula oleh Pengawai Pendakwa Syarie Jais, Mohamad Nazri Basrawi yang mengendalikan pendakwaan.
Perbicaraan yang didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini Jumaat, juga menyaksikan jawapan saksi beberapa kali dibantah atas alasan ia tidak berkaitan dengan kes yang sedang dibicarakan.
Antaranya ialah jawapan Mohd Yusri, seorang perunding kreatif yang mendakwa Norman sebagai seorang yang mempunyai split personality (dua perwatakan berbeza).
Selain itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan juga membantah kenyataan saksi yang mengatakan tanggungjawab untuk menegakkan benang yang basah adalah lebih berat berbanding kewajipannya untuk menegakkan kebenaran.
Fakhrul: Saya mahu saksi menarik semula perumpamaan menarik benang yang basah.
Mohd Yusri: Saya tidak tuduh sesiapa. Itu secara umum.
Mohd Yusri juga berkata, Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi pelbagai dugaan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran.
“Tanggungjawab saya juga berat. Tapi demi kebenaran, agama dan juga masyarakat Islam di sana (tempat kejadian), saya terpaksa,” katanya lagi.
Pada keterangan lain, Mohd Yusri juga mengakui ada memanggil seorang wartawan dalam usaha mahu menginsafkan pasangan tersebut.
“Saya mahu wartawan menyindir perkara ini dalam akhbar tanpa menyebut nama dan tempat.
“Niat saya supaya wartawan ini dapat membantu Norman dan Memey insaf dan sedar tanpa tangkapan dilakukan. Ini dapat mengelakkan sesiapa daripada diaibkan,” tambahnya.
Menurut Mohd Yusri, perkara itu ada ditulis di dalam ruangan gosip dua akhbar tempatan pada hujung minggu.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, pemilik nama Suhaiza Suhaimi, 22, dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada pukul 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.
Pasangan yang baru bertunang pada Hari Raya ke-empat di Felda Tenggaroh, Selatan 1, Kota Tinggi, Johor kini berhadapan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Salehan Yatim bersambung 8 Oktober depan.
BEBERAPA kali gagal dalam percintaan, pelakon Syurgamu Ramadhan, Zarina Zainordin, 26, mengakui sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka yang juga terlibat dalam industri hiburan.
Namun begitu dia masih belum bersedia memberitahu gerangan jejaka yang berjaya menawan hatinya itu.
"Hubungan kami masih awal, memang kami bercinta tapi disebabkan saya sering gagal dalam percintaan, saya takut untuk hebohkan perkara ini.
"Bukan ingin terlalu berahsia. Saya tahu ada yang pernah terserempak kami di luar, biarlah lambat laun kalau ada jodoh semua akan tahu," ujarnya.
Zarina turut memberitahu jejaka yang dikenalinya awal Ramadan lalu juga merupakan seorang pelakon.
Malah gandingan pertama dalam sebuah drama terbarunya baru-baru ini menimbulkan bait-bait cinta antara mereka berdua. Dia juga mengakui lebih selesa berkawan dengan jejaka tersebut dan saling memahami antara satu sama lain.
"Sebelum ini saya berkawan dengan orang yang bukan dari kalangan artis, hubungan itu baik cuma kurang persefahaman. Sebagai artis masa bekerja kita lain.
"Kalau boleh saya memang tidak mahu orang dari industri ini, tapi bila kita sering bercakap tidak mahu tapi itu yang kita akan dapat," ujarnya.
Bercerita tentang keistimewaan lelaki tersebut, Zarina memberitahu kekasihnya itu seorang yang memahami dan saling menyokong dalam kerjaya mereka.
"Dia muda setahun daripada saya tapi dia berfikiran matang. Biarpun bercinta tapi hubungan kami seperti sahabat dan saya selesa dengannya.
"Selain itu dia juga tahu banyak perkara tentang agama, jika saya musykil saya akan tanya kepadanya. Itu yang meyakinkan saya tentang lelaki yang saya cari," katanya.
Ketika ditanya tentang ikatan hubungan mereka, Zarina memberitahu dia masih dalam perancangan ke arah itu.
"Saya tidak mahu berkawan lama-lama. sekarang masa yang paling sesuai untuk berumah tangga. Insya-Allah dia pun ada bincang perkara yang sama.
"Sekarang masa untuk kumpul duit dahulu, bila sudah berkahwin nanti sudah tentu saya kena utamakan keluarga pula," katanya.
Mohd Shubihi Muhamad Zain | ||
ALOR SETAR, 25 Sept: Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara dianggap sebagai bahan jenaka dari seorang raja lawak Astro yang baru. "Kenyataannya itu saya anggap sebagai kemunculan seorang raja lawak Astro baru dengan dailog jenaka dan bahan lawak yang mampu membuatkan orang ramai sama ada generasi baru atau lama ketawa hingga tidak kering gusi. "Sesuai sangatlah dengan watak tuanya, beliau menggantikan pelawak-pelawak yang seusianya seperti Ibrahim Din, M. Zain dan 'ahli mesyuarat tingkap' lain yang telah tiada, dan kini tinggal Dr Mahathir seorang sahaja lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis yang ditemui pada majlis penyerahan tajaan FusionExcel International kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah, petang semalam. Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, kuasa dan suara orang Melayu akan lenyap sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah negara ini pada masa pilihan raya akan datang. Menurut Mahfuz, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang memerintah negara sejak 53 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka terbukti gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan sekaligus meletakkan kaum itu tertinggal jauh di belakang. "Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi meminta kerajaan mendedahkan fakta dan kedudukan sebenar ekonomi orang Melayu yang tertinggal sejak negara merdeka dan ini bukti jelas orang Melayu jauh kebelakang apabila dari kalangan mereka sendiri yang mempersoalkannya. "Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 40 tahun lalu juga tidak berupaya memajukan orang Melayu dan ini menguatkan lagi hujah bahawa mereka gagal membela orang Melayu. "Apakah Umno dan BN nak minta tambahan masa lagi 53 tahun atau 40 tahun untuk memajukan orang Melayu? Kuasa dan suara orang Melayu akan terus hilang kalau mereka diberi peluang lagi untuk memerintah negara," katanya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan