Mohd Sabri Said | ||
GEORGETOWN, 17 Sept: DAP Pulau Pinang terpaksa membuat laporan polis terhadap kenyataan liar bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Zahid Md Arip yang menuduh suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ahli seumur hidup parti itu sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, 16 September lepas. Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahid bermatlamat memburuk-burukan DAP yang kini telah diterima rakyat sebagai sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat. "Tuduhan yang tidak berasas kerana suspek berkenaan tidak pun pernah sertai DAP tetapi sebaliknya pernah mengatakan hasrat menyertai MIC sepertimana yang dinyatakan oleh Senator T. Murugiah," ujarnya dalam sidang media di luar Balai Polis Jalan Petani, di sini pagi tadi. Menurutnya, tindakan Utusan Malaysia itu jelas menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu berkenaan bagi menghentam DAP yang didekati PAS dan PKR. DAP Pulau Pinang, katanya melihat usaha utama program itu ialah memberi gambaran bahawa DAP adalah sebuah parti yang menganjurkan keganasan. "Itu dia sikap Umno dari dulu sehinggalah sekarang. Asyik melemparkan tuduhan dan fitnah walaupun tiada bukti sah," tambahnya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 18 September 2010
KERJA MENFITNAH BAGI ORANG DAH ABIS MODAL BERHUJAH..
Lapor polis: Tuduh suspek bunuh Sosilawati ahli DAP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan