Dengan
orang Melayu dalam UMNO sekarang, wang dan kuasa menentukan segala-galanya.
Berkembang pula satu budaya didalam UMNO
iaitu ‘macam enau didalam belukar’, mengumpat, menyebarkan tohmah, menabur
fitnah, mengutuk, mencela, ‘character assasination’, dan segala macam perbuatan
buruk.
Mengata dibelakang, didepan tidak berani. Coffee house, kedai kopi,
warung, gerai, lobi hotel,dan sebagainya mengiringi surat laying, internet (Facebook, Twitter,
dsbnya), menjadi premis untuk sama-sama mengerjakan kerja-kerja jahat.
Orang
baik dijadikan jahat dan orang jahat dijadikan baik, lepas itu bunuh membunuh
malah dan akhirnya UMNO sendiri yang akan terbunuh (Mohon dilindungi Allah
SWT).
Tiga empat puluh tahun dahulu, orang Melayu
UMNO hanya berbincang hal-hal parti, perjuangan dan macam mana hendak memajukan
bangsa, agama dan negara. Sekarang, mungkin dua minit sahaja orang Melayu UMNO
berbincang tentang perjuangan UMNO, selepas itu berjam-jam bercakap dan
berbincang tentang perkara-perkara buruk seperti yang di catitkan diatas melibatkan
orang-orang yang mereka hendak ‘kenakan’.
Tentang kerakusan, salah guna kuasa,
kroni-kroninya, tentang pembolotan projek, pengagihan tender, ‘silap mata’,
wayang dan serba-serbi seumpamanya. Bila cerita -cerita mula tersebar, setiap
kali melepasi satu peringkat, maka bertambahlah butir-butir cerita sehinggakan
sampai ketahap ‘tidak masuk akal’ akhir-akhirnya.
Dalam UMNO banyak hantu raya berkeliaran, dan banyak pula yang membela mereka. Hantu raya hantu raya yang ada semua ini kena pula di kasi makan selalu, kalau tidak mereka akan mengamuk dan mengganas. Sekarang sudah pun nampak tanda-tanda hantu raya hantu raya ini sedang mula mengganas, tapi banyak orang masih tidak sedar lagi.
Kita
semua perlu merasa curiga terhadap masa depan agenda orang Melayu yang akan
diperjuangkan dengan adanya penyakit nak hidup dikalangan orang Melayu yang
amat hodoh ini. Buatlah apa pun, ubahlah nama dan bentuk Dasar Ekonomi Baru itu
seribu kali, kemungkinannya untuk berjaya seratus peratus amatlah tipis sekali.
Yang akan menggalkannya bukan orang lain, tetapi orang Melayu sendiri,
terutamanya orang Melayu didalam UMNO.
Jadi,
satu cara rawatan yang berkesan perlu dikenalkan dan dilakukan. Tahap penyakit
yang sudah parah ini memerlukan kaedah rawatan yang drastik melalui
formula-formula yang berkesan, tidak berbaloi atau cukup hanya dengan kolokium,
seminar atau symposium ataupun menghantar pemuda-pemuda dilatih ala sahaja.
Ianya
mesti dimulakan dari pucuk pimpinan lepas itu baru turun ke bawah sehingga akar
umbinya, dan bukan sebaliknya.
UMNO
sendiri perlu memulakan rawatannya supaya boleh UMNO menjalankan rawatan keatas
ahli-ahlinya dan UMNO perlu berusaha daripada sekarang kerana kejayaan UMNO
akan menjamin kejayaan umat Melayu dan ini merupakan kunci sebenar terhadap
kejayaan seluruh warga Malaysia.
Salaams.
HAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan