Isnin, 20 September 2010

TIPU SEKARANG BANYAK BERLAKU...RAMAI KALANGAN ORANG YANG TAK MENGIRA DARI MANA SUMBER ITU ...SAMA ADA HARAM ATAU HALAL

Pekerja kesayangan penipu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Muhd Izawan Baharin, Aniza Zainudin, Hamizah Badiran dan Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/20

KUALA LUMPUR: Pendedahan terbaru agak mengejutkan apabila jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang mati dibunuh kejam bukan hanya menjadi mangsa penipuan peguam di Banting, malah turut ‘ditikam dari belakang’ oleh bekas pekerja kepercayaannya yang menggelapkan wang syarikat mencecah jutaan ringgit sejak lebih lima tahun lalu.
pix_middle
Difahamkan, penipuan licik sekian lama dilakukan bekas pekerja yang selama ini mendapat kepercayaan Sosilawati hanya diketahui jutawan kosmetik itu pada pertengahan Ramadan lalu apabila usahawan berkenaan mula curiga terhadap keuntungan yang seharusnya diperoleh hasil jualan produk kosmetik syarikatnya.

Sumber terdekat keluarga Sosilawati memberitahu, sikap mangsa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya dalam menguruskan operasi dan kewangan syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd dipercayai menjadi punca ada antara kakitangannya mengambil kesempatan.

Menurutnya, Sosilawati yang jarang berada di pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, kerana urusan kerja luar menyerahkan bulat-bulat kepada kakitangannya untuk menguruskan penjualan dan penyerahan produk kepada stokis.

“Malah, pekerjanya itu turut diamanahkan untuk menerima cek pembelian produk daripada stokis di seluruh negara sebelum cek terbabit dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

“Malangnya, kepercayaan Sosilawati itu dibalas sebaliknya apabila seorang daripada pekerja syarikat terbabit menggelapkan cek diserahkan stokis produk kosmetik terbabit tanpa disedari sesiapa,” katanya.
Menurutnya, ada kemungkinan bekas pekerja Sosilawati terbabit sengaja mengubah nama penerima cek itu yang sepatutnya ditulis atas nama syarikat kosmetik berkenaan.

“Bagaimanapun, penipuan licik itu terbongkar selepas Sosilawati menyedari sesuatu tidak kena terhadap jumlah wang dalam akaun syarikatnya sebelum menyoal siasat pekerjanya itu.

“Difahamkan, Sosilawati cuba mendapatkan bukti dan buku kira-kira berhubung penyelewengan duit syarikatnya itu, namun gagal. Ada kemungkinan semua bukti terbabit sengaja dihilangkan bagi menyukarkan tindakan undang-undang diambil Sosilawati,” katanya.

Berdasarkan keluhan Sosilawati kepada kenalan dan rakan perniagaannya, dia percaya pekerja berusia lewat 20-an terbabit melarikan wang syarikat berjumlah jutaan ringgit.

“Tidak dapat dipastikan sama ada Sosilawati memecat atau pekerja terbabit menghilangkan diri, namun pekerja wanita itu tidak lagi berkhidmat di syarikat berkenaan seminggu sebelum Sosilawati dilaporkan hilang.

“Apa yang saya tahu, selepas menyedari penyelewengan itu, Sosilawati sibuk mengemas kini buku kira-kira syarikat selain cuba mendapatkan kembali resit pembelian daripada stokis yang membuat pembelian produk daripadanya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, Sosilawati bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung penyelewengan berkenaan.

“Lebih mengejutkan apabila pihak keluarga mendapat tahu bekas pekerja Sosilawati terbabit turut cuba tampil dengan produk penjagaan wajah jenama terbaru bagi menyaingi perniagaan Sosilawati. Tidak pasti dari mana modal perniagaan itu diperoleh,” katanya yang enggan namanya didedahkan berikutan bimbang ia boleh mengeruhkan hubungan keluarga.

Sementara itu, rakan baik Sosilawati yang juga pengasas produk De’ Wajah, Junaidah Kiting yang dihubungi turut memberitahu pernah menerima panggilan telefon daripada arwah sahabatnya itu yang mengeluh dan melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pekerja terbabit.

Menurutnya, Sosilawati marah dan tidak menyangka pekerja kesayangannya itu sanggup menipu dan memperdayanya.

“Bagaimanapun, saya tak tahu butiran terperinci berikutan Sosilawati ketika itu sibuk mengira anggaran kerugian dialami melalui stokis yang membuat pembayaran sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Junaidah sekali lagi menyatakan kesudiannya untuk membantu anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, meneruskan perniagaan kosmetik ibunya itu dengan memberikan apa jua nasihat berhubung pengurusan perniagaan terbabit.

“Sebagai antara rakan karib Sosilawati yang sama-sama menceburi perniagaan ini sejak lebih 10 tahun lalu, saya turut berasa bertanggungjawab bagi membantu anak-anak Sosilawati sekiranya diperlukan,” katanya








Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati
Hazayani Zakaria
GOMBAK, 20 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu. Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.
Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.
"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini.
"Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya juga, setiap manusia yang masih hidup diseru untuk melawat keluarga sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebagai tanda prihatin dan mengurangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga.

"Apabila berlaku kematian, kita diminta melawat sebagai tanda takziah.
"Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

"Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," ujarnya.

Sementara itu, Buhari yang terharu dengan kunjungan Nik Aziz dan Salahuddin itu merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut


Kes Sosilawati: DNA forensik temui bukti?
Wan Nik Wan Yussof
Terbaru akhbar melaporkan sebagai “pembunuhan kejam Sosilawati” masih bergantung kepada penemuan dan analisis pakar forensik bagi mengukuh bukti untuk mengesahkan kes yang berprofil tinggi yang masih dalam siasatan polis. Setakat ini dilaporkan enam pakar forensik bekerja keras menganalisis bukti. Antara bukti penting yang ditemui dan dianalisis ialah tulang yang dikumpul. Tulang itu belum tentu milik siapa selagi keputusan analisis belum diumumkan.

Profil DNA akan ditemui melalui analisis kimia berpandukan kepakaran pihak pakar forensik. Selepas itu, DNA dijadikan petunjuk bagi mengesahkan ia milik siapa atau hubungan DNA itu dengan individu tertentu. Walaupun begitu bukan suatu prosedur tetap (dalam kaedah penyiasatan) bagi pakar forensik untuk bergantung sepenuhnya kepada profil DNA. Dalam kes tertentu pakar forensik boleh merumuskan analisis kimia secara bebas bagi menentukan sesuatu kes melibatkan pembunuhan.

DNA

Asid Deoksiribonukleik (DNA) merupakan sebatian kimia kompleks mengandungi unsur karbon, hidrogen, oksigen dan fosforus di dalam nukleus setiap sel. DNA boleh memberi maklumat
yang diperlukan untuk perkembangan seseorang individu. Justeru, analisis DNA bermaksud proses mengenal pasti profil atau identiti seseorang berdasarkan kaedah saintifik. Setiap unit nukleus (nukleotida) dari sel yang dikaji biasanya mengandungi tiga molekul asas iaitu gula deoksiribosa dan bes bernitrogen yang terangkai bersama kumpulan fosfat. Satu molekul pula boleh mengandungi antara empat hingga lima juta unit nukleotida.

Analisis forensik penentu kes?

Apa pun penyiasatan polis ada cara dan teknik tersendiri untuk mengetahui sesuatu kes jenayah berlaku boleh atau tidaknya indidvidu tertentu disabitkan. Apa yang utama, pihak polis perlu ada petanda dan bukti kukuh untuk mensabitkan sesuatu kes. Profil DNA hanyalah salah satu cara yang bersifat saintifik boleh membantu penyiasatan mahu pun keputusan mahkamah.

Forensik Teo Beng Hock

Sebelum ini berlaku perdebatan panjang dalam sesi inkues kematian Teo Beng Hock berkaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Pornthip Rojanasunand, ahli patologi forensik dan Pengarah, Institut Pusat Sains Forensik, Kementerian Keadilan, Bangkok, Thailand.

Laporan itu bercanggah dengan penemuan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Khairul Azman Ibrahim yang berpuas hati betapa kematian Teo berpunca dari kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Sedangkan Dr Pornthip merumuskan kebarangkalian 80 peratus kematian Teo itu adalah bersifat homisid (pembunuhan) dan menganggap kecederaan pada lubang dubur sebenarnya telah berlaku sebelum Teo didakwa sebagai terjatuh. Malah kecederaan itu dikatakan tidak selaras dengan kecederaan lazim mangsa yang terjatuh dari tempat tinggi. Maka, rumusan dan keterangan pakar patalogi itu sudah tentulah mendorong kepada persoalan, bagaimanakah penemuan pakar forensik itu didapati begitu berbeza.

Pernah juga dalam kes Anwar Ibrahim, analisis DNA turut menjadi isu yang dikaitkan dengan konspirasi sehingga memutar belit fakta penghakiman. Sehingga Anwar dituduh mempunyai seorang anak luar nikah. Namun ujian DNA menerusi sampel darah telah menolak tuduhan tersebut dan anak yang dimaksudkan bukan anak Anwar.

Kes Sosilawati

Katanya sampel tulang sudah ditemui oleh pakar forensik. Tempat ditemui adalah dari sungai yang didakwa ia dibuang oleh suspek. Tulang itu tulang milik siapa, hanya hasil DNA boleh menjelaskan profilnya. Persoalannya, sebelum terhasilnya tulang, jasad mangsa kes Sosilawati (seramai empat orang) dikatakan hilang (sejak 30 Ogos 2010) dan dibunuh, dibakar dan dibuang ke Sungai Panchau, Tanjong Sepat sebagaimana kenyataan polis.

Apa yang pasti, ujian DNA berasaskan pendekatan analisis kimia, sedangkan tulang yang ditemui telah mengalami proses kimia yang cukup matang, kerana dibakar dan terendam dalam air sudah lebih seminggu.
Apakah pasti sifat asal tulang itu masih utuh dengan nilai-nilai gen atau biologinya? Mungkin pakar forensik, lebih-lebih lagi teknologi DNA ada jawapannya.

Namun, daripada penelusuran kes Teo mahupun Anwar, pendekatan forensik boleh mencelarukan bukti-bukti kes yang disiasat atau bakal diputuskan. Analisis DNA dan penemuan pakar forensik juga ada kelemahan, iaitu memungkinkan berlaku manipulasi pihak tertentu atau salah urus atas sifat human factor. Justeru, ujian atau analisis DNA bukan penyelesai mutlak. Ia sekadar panduan untuk diambil perhatian dalam mengaitkan bukti-bukti jenayah yang berlaku.

Apa pun, masyarakat masih mengharapkan agensi polis dapat menyiasat secara betul dan cemerlang dalam memastikan pelaku atau suspek jenayah mendapat pembalasan setimpal di dunia sebelum mendapat hukuman mutlak Allah SWT di akhirat kelak. * Penulis adalah merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan


pilih bulu kod

Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Sultan Selangor diharap tidak membiarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terus bersikap double standard apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak beragama Islam masuk ke dalam masjid, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas pendedahan Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berada di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan untuk menyampaikan cek, Mahfuz menempelak sikap membatu dan membisu Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
"Sebelum ini Mais mengambil alih Surau Al-Huda di Kajang kononnya kerana Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di surau itu manakala Khusrin pula memberikan 'fatwa' kononnya orang bukan Islam adalah 'dilarang memasuki ruang solat kerana mereka dalam berkeadaan hadas besar'.
"Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin yang turut digunakan oleh (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) apabila Kamalanathan berada di dalam masjid?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu memperlihatkan Pengerusi Mais dan Pengarah Jais ‘menggunakan neraca politik’ dalam tindakan mereka.
"Mereka jelas menampakkan bahawa mereka menggunakan neraca politik dan bukan neraca agama dalam tindakan mereka.
"Lebih dari itu, mereka juga memperlihatkan dengan amat jelas bahawa mereka adalah kakitangan Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Mahfuz.
Perbuatan mereka juga, katanya lagi, boleh menyebabkan diri mereka dianggap memberikan nasihat yang berbentuk hasutan kepada Sultan.
"Apabila mereka bersikap double standard dalam isu Teo dan Kamalanathan, amat jelas mereka melakukan tindakan-tindakan yang menjatuhkan maruah Sultan Selangor," kata beliau.
Sebab itulah, kata Mahfuz, beliau berharap Sultan Selangor tidak membiarkan kedua-duanya menjadikan hal-ehwal Islam sebagai mangsa kepentingan politik mereka.


insyaAllah....ni kesan jika terlalu menindas..pilih bulu@pilih kasih..mereka terasa dizalimi...


Petroleum: Doa sampai kerajaan Malaysia terbalik
Harakahdaily
KOTA BHARU, 20 Sept: Di samping berharap kepada tindakan saman terhadap Petronas, rakyat Kelantan turut diseru berdoa kepada Allah SWT agar hak royalti negeri ini dikembalikan semula.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, biarpun kerajaan negeri sedia maklum dengan campurtangan politik dalam sistem kehakiman negara, namun yakin kuasa Allah mampu merubah segalanya.

"Kita tahu saman ini akan dibicarakan di mahkamah Malaysia, anda semua tahu mahkamah ini duduk dalam poket siapa.

"Memang betul duduk dalam poket kerajaan 'itu', parti itu, tetapi kerajaan itu, hakim itu duduk dalam kuasa Allah SWT," katanya pada satu ceramah di sini baru-baru ini.

Menurut beliau yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, usaha dan doa harus selari sebagai syarat mencapai sesuatu kejayaan termasuk dalam kes menuntut royalti ini.

Tindakan saman itu juga menurut Husam dibuat secara bersungguh dan bukan-main demi menuntut kembali hak rakyat negeri seperti termaktub dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kalaupun hakim itu duduk sebelah 'dia' sedangkan petroleum itu memang hak kita, kita doa sampai kerajaan Malaysia terbalik.

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas tuntutan secara rundingan hak petroleum negeri itu tidak berhasil.

Tuntutan tersebut seperti kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz adalah atas dasar menjaga kehormatan harta rakyat negeri Kelantan yang telah dirampas oleh kerajaan Persekutuan

Tiada ulasan: