Jumaat, 10 September 2010

LOKLAH NIKAH...HUKUM ISLAM TERLEPAS MUNGKIN...DIHADAPAN ALLAH SOK JAWAB....BERTAUBAT TU HAK@KEPUTUSAN ALLAH TENTUKAN...

Luna teman Ariel beraya di penjara


2010/09/10

pix_gal0
Keluarga penyanyi turut rai lebaran bersama

JAKARTA: Penyanyi Ariel ‘Peterpan’ dilaporkan sudah mempersiapkan dirinya menyambut Aidilfitri di tahanan Markas Besar Polis Indonesia di Jakarta, walaupun menyatakan beliau tidak tahan lagi terkurung di penjara

Malah keluarga besar penyanyi terbabit juga akan meraikan lebaran bersama Ariel di sana. Mereka dilaporkan akan menjenguk Ariel pada hari pertama Aidilfitri selain kehadiran kekasihnya, aktres Luna Maya yang juga akan menemani beliau untuk menyambut hari raya di penjara

“Nanti keluarganya datang, pada hari lebaran menjenguk Ariel,” kata Aga Khan peguam Ariel yang dipetik detik.com.

“Luna juga akan menemani beliau,” katanya.

Aga dilaporkan akan berusaha untuk memastikan supaya anak guamnya itu mendapat kebenaran pihak polis untuk merayakan hari raya bersama keluarganya.

Ariel sejak kebelakangan ini juga dilaporkan sering mengeluh kepada peguamnya itu, mengenai penahanan beliau yang kini sudah memasuki kira-kira dua bulan.
“Beliau sentiasa bertanyakan mengenai kesnya. Dia juga bertanyakan kenapa penangguhan penahanan beliau ditolak dan mengapa terlalu lama ditahan di penjara,” kata Aga Khan.

Kes rakaman video lucah membabitkan Ariel dan Luna mula berlegar pada awal Jun 2010. Ariel ditetapkan sebagai suspek pada akhir Jun manakala Luna pada pertengahan Julai.

Sehingga kini kes Ariel diserahkan pihak polis kepada pihak kehakiman manakala kes membabitkan Luna dan seorang lagi personaliti televisyen, Cut Tari masih lagi disiasat pihak polis. – Agensi

Tiada ulasan: