Rabu, 1 September 2010

DARI FB...BACA JGN TAK BACA

Yob Tualang Sekah
Bila Mat Ezam Rekrut Allah
Saya Serender - Hishamuddin Rais


Awalnya saya langsung tidak kenal
... siapa dia Ezam Mat Nor ini. Malah saya tidak ambil pot
sangat apa kerja dan tugas dia. Untuk saya sesiapa

yang bekerja untuk United Malays National Organisation ini pastilah
orang sesat, kurang membaca, kurang berilmu dan kaki bodek. Pandangan
saya ini tidak pernah berubah hingga ke hari ini.

Tapi apa yang
hendak saya kesahkan di sini bukan hal United Malays National
Organisation tapi hal Mat Ezam. Secara jujur saya katakan disini,
saya tidak pernah ambil tahu siapa setiausaha politik, setia usaha
akhbar atau siapa setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Untuk
saya semua mereka ini hanyalah aparachik kalau pun bukan tukang bodek.


Pandangan saya ini berasakan budaya politik yang
wujud hari ini.

Pada awalnya – saya
terdengar – apabila Anwar ditangkap pada 20 September 1998 –
ramai juak-juak Anwar termasuk Mat Ezam telah melarikan
diri ke Indonesia. Ada
yang lari membawa duit dan ada yang lari membawa harapan. Apa yang
mereka lakukan di Indonesia tidak pula ingin saya ketahui.

Gerakan Reformasi muncul
sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalanraya
sebagai
wadah politik. Kami tidak ambil pot tentang juak juak Anwar yang lari
dan yang tidak lari. Malah juak-juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam
perhitungan politik jalan raya kami. Kami juga langsung
tidak ambil pot terhadap ‘polong-polong’ piliharaan Anwar yang saku
mereka telah penuh dengan ‘darah saham’ dan
‘pink form’.



Gerakan politik
jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United
Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya
jenayah besar United Malays National Organisation hanya
satu: membodohkan orang Melayu selama 50 tahun.



Saya
pun kurang ingat bila Mat Ezam muncul kembali – mungkin sesudah
tertubuhnya Parti Keadilan. Fakta sejarah ini tidak penting. Apa yang
penting ialah Mat Ezam terpaksa menerima wadah jalan raya yang telah
kami teroka. Kami sedar ada beberapa bengolan juak Anwar
yang tidak berapa setuju dengan wadah politik jalan raya. Tetapi kerana
ombak jalan raya bagitu besar maka mereka terpaksa membuat ‘teater’
berlakon bersama kami.

Juak-juak Anwar ini sedar
dan faham bahawa politik jalan raya inilah sahaja jalannya untuk
menumpaskan United Malays National Organistion. Tetapi perjuangan juak
juak ini bukan hendak menumpaskan United Malays National
Organistion. Justeru mereka selalu ‘memberatkan’ Gerakan Reformasi.
Sebenarnya mereka berjuang agar Anwar Ibrahim
dinobatklan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam congak politik
mereka apabila Anwar menjadi PM maka mereka akan sekali
lagi berkenduri kendara dan mengumpul ‘pink form’ dan memungut zakat harta
kekayaan.



Harus
dinyatakan jelas disini – Gerakan Reformasi tidak peduli hangguk sama
ada Anwar Ibrahim jadi PM atau malaon mana pun yang menjadi PM. Yang
penting Mahathir Muhamad di dobrak dan United Malays
National Organistion dihumbankan ke dalam tong sampah
sejarah. Akhirnya
setelah sepuluh tahun – sebahagian panennya Reformasi telah kita
tuai pada 8 March 2008 dahulu.

Inilah contoh yang dinamakan perjuangan
berjangka panjang. Menabur benih kesedaran selama sepuluh
tahun. Ini kerja politik yang ulit dan bertahan lama. Turun ke jalan
raya itu ialah untuk membajak dan menyemai benih kebencian
terhadap kuasa politik United Malays National Organisatgion.



Pada ketika ini Mat
Ezam telah mudek kembali ke sarang lamanya. Saya
sifatkan Mat Ezam ini terkena penyakit KKS
– kurang kasih sayang. KKS ini adalah satu penyakit tidak berkuman yang
selalu menyerang orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hasil dari
serangan KKS ini Mat Ezam telah mundar mandir
ke hulu ke hilir berceramah membantai dan menelan kembali semua air
lior basinya yang diludahkannya dahulu.



Nasib saya agak baik, beberapa hari yang lalu ada kawan menghantar klip
potongan salah satu dari ceramah Mat Ezam. Menurut
kawan saya ini klip ini dari siri ceramah perdana ‘Selamatkan Selangor
Dari Khir Toyo’.

Saya kurang faham
apakah Khir Toyo seorang Jawa sudah bertukar menjadi Jepun dan
menyerang Selangor. Lalu
saya pukul talipon dan bertanya apakah Khir Toyo telah ada bala tentera
– kawan saya ini ketawa berdekah dekah dan meminta saya kembali
ke sekolah untuk belajar ilmu politik. Ciss….bongek punya kawan.

Maka
tidak dapat tidak saya pun terpaksalah melihat klip ceramah
Mat Ezam.

Mat
Ezam telah mempotokopi gaya berceramah Anwar Ibrahim. Saya tahu tentang
hal ini kerana saya pernah – satu masa yang lama dahulu – berkongsi
pentas dengan Mat Ezam. Mat Ezam telah cuba meniru lenggok dan
deram maarunah termasuk tajwid dan sengau si Anwar Ibrahim. Untuk saya
gaya ini agak
‘geli’ tetapi menarik perhatian setengah orang yang mendengar ketika
Anwar dalam penjara. Tetapi sekarang ini apabila yang ori telah ada maka
Mak Cik Felda tidak akan terpaut untuk datang ke ceramah
cap ayam Mat Ezam.

Saya pernah meminta kawan-kawan untuk pergi mendengar
ceramah Mat Ezam ini. Sekurang-kurangnya
meramaikan orang yang nampaknya semakin susut. Malu menengok kawan lama
‘bertandak atas tong’ seorang diri. Saya sendiri tak berani pergi
kerana umum tahu saya bukan Orang Selangor. Kalau tidak – dalam
dalam gelap itu – boleh juga saya menebeng untuk meramaikan pendengar
ceramah. Seperti
di zaman Reformasi, Mat Ezam akan ke hulu ke hilir melaung sambil
mencabar dari atas pentas ceramah. Ezam
mencabar sesiapa sahaja yang berani mempertikai apa yang
dicakapkannya. Hebat. Gugat. Cukup macho.



Tetapi sayang
sekali, semuanya telah menyakitkan hati Mat Ezam – bukan
kerana yang mendengar tak ramai; ini pun satu hal – tapi tidak
ada sesiapa pun yang ambil pot dan menyambut cabarannya

itu. Semua orang buat dek sahaja. Malah Lokman Adam seorang pemikir
dalam gerakan pemuda gerombolan yang lebih kurang sama hebatnya dengan
Mat Ezam pun terus memperlekehkan Mat Ezam yang tidak sudah-sudah
mencabar. Sesiapa
yang ada pergi mendengar ceramah akan tahu bagaimana di pembukaan si
penceramah akan melafaz doa
berjela-jela dan was soli was soli dimasukkan ke sana sini untuk
menunjukkan betapa alim dan waraknya si penceramah.

Pada anggapan si
penceramah lagi panjang was soli was solinya maka lagi sucilah apa yang
diperkatakan. Mat Ezam juga tergulung dalam kumpulan was soli was soli
ini. Tetapi ada
sesuatu yang paling menakjubkan dalam ceramah Mat Ezam yang saya tonton.
Lebih hebat dari semua was soli was soli. Saya tidak berbohong. Saya
takjub apabila saya terdengar apa yang dikatakan oleh Mat Ezam ini. Mat
Ezam sebenarnya telah mendapat bantuan dari
Allah. Betul. Ini bukan bohong. Mat
Ezam berkata yang dia bersyukur kerana dengan pertolongan Allah dia
telah mendapat tahu bahawa Anwar ini adalah peliwat dan penyondol.


Bagaimana Allah memberi maklumat ini kepada Mat Ezam tidak pula jelas.
Tidak ada pula Ezam menyebut Batu Caves, Gua Herak, bersuluk,
berkhalawat atau dia pergi bertapa. Mengikut ceramah Mat Ezam
semenjak mendapat ‘info’ dari Allah maka dia telah mengambil
keputusan untuk meninggalkan bos lamanya Anwar Ibrahim. Kini Pak Sheikh
Anwar yang menjadi idolanya dahulu
bukan sahaja seorang peliwat malah seorang pengkhianat bangsa. Betul.
Anwar dikatakan oleh Mat Ezam sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Dibahagian
ini saya minta maaf. Saya agak kurang jelas. Tentang pengkhianat bangsa
Melayu – saya agak kabur, apakah ‘info’ ini juga datangnya dari Allah
atau datang dari Muhyiddin Yassin. Kalau ingatan saya betul, si
Muhyiddin inilah orang yang pertama mengatakan si Anwar ini pengkhianati
Melayu. Kalau saya silap saya minta maaf. Sebenarnya, merekrut Tuhan dalam
politik ini bukan sesuatu yang baru. Kalau kita rajin membaca sejarah
kuno Europah, maka kita
akan bertemu dengan para padri yang mengakui diri mereka mewakili Tuhan
di bumi ini.

Bayangkan betapa kecutnya telor Pak Tani apabila si Padri
datang melawat kampong mereka. Bukan sahaja panen Pak Tani ini akan
diambil Sang Paderi malah silap-silap hari bulan anak dan isteri juga
akan dibungkus sama. Ini semua dilakukan atas permintaan
tuhan. Khalas. Period.

Apabila
Mat Ezam merekrut Allah maka saya angkat tangan serender. Saya mengaku
kalah. Saya angkat tangan dan angkat topi. Bandingkan, maklumat
yang saya terima
hanya melalui laporan hospital Pusrawi yang mengatakan Saiful tidak
diliwat. Saya juga membaca maklumat dari laporan tuan doktor dari
Hospital Kuala Lumpur. Kemudian saya mengikuti laporan akhbar tentang
perbicaraan ini. Ini lah sumber maklumat saya. Dari maklumat ini saya
membuat rumusan bahawa jubur Saiful tidak diusik.

Bandingkan pula maklumat
saya dengan maklumat Mat Ezam. Apabila Mat Ezam mendapat info dari Allah
– saya
tak terkata apa-apa. Siapa yang boleh mempertikaikan hal ini. Saya
tidak memiliki kudrat dan iradat untuk mempertikai maklumat Mat Ezam
ini. Tetapi –
saya ada sadikit kekalutan dan merasa resah.

Sebenarnya saya ingin
bertanya dengan Mat Ezam apakah Allah tidak ada memberi dia tahu maklumat

yang lain – tentang siapa sebenarnya membunuh Altantuya. Atau tentang
adik Shahlinie yang selama ini masih hilang. Renung punya renung, saya
merasa amat pelik mungkinkah Allah juga ada
sikap ‘double standard’ - hanya tahu tentang Anwar sebagai peliwat dan
tak ada info tentang Altantuya.

Semua ini pelik. Untuk saat ini saya hanya berani berkata seperti dalam
kitab Sulalatus Salatin – wallah hu alam bissawab – hanya
Allah yang maha mengetahui. END



p/s:

Sesiapa
berjumpa Mat Ezam sila tanyakan hal ini agar kita semua dapat menyambut
bulan Ramadan dengan penuh ketenangan.
See More

Tiada ulasan: