IGP: Ismail Omar ganti Musa Hassan | ||
|
Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir bulan ini.
Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.
Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pula akan disandang Datuk Hussin Ismail, 57, yang merupakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
Sehubungan itu, Hishamuddin bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa yang telah berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan polis.
NEGARA
Tekanan bukan punca kontrak Musa tidak disambung
PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam menegaskan keputusan tidak melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bagi kali ketiga tiada kena mengena dengan tekanan mana-mana pihak.
"Formaliti sebagai KPN kebetulan tamat pada 12 September ini. Sudah tiba masa untuk pengganti mengisi jawatan itu bagi memastikan pasukan polis yang lebih kukuh dan keselamatan negara terus terjamin," kata beliau.
Hishammuddin berkata demikian ketika mengumumkan pelantikan Tan Sri Ismail Omar sebagai KPN yang baru menggantikan Musa berkuatkuasa 13 September ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, pula akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail.
Pengumuman yang dibuat oleh Hishammuddin itu semalam menamatkan spekulasi tentang kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini.
Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.
Mampukah KPN baru bebas dari cengkaman Umno |
Nazri Abdullah | ||
KUALA LUMPUR, 2 Sept: Biarpun masih terlalu awal untuk menilai, PAS tetap melahirkan kebimbangan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, Tan Sri Ismail Omar. Kebimbangan yang maksudkan adalah berhubung kemampuan Ismail membebaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dirinya sendiri dari cengkaman dan penguasaan politik Umno BN. "Mampukah Tan Sri Ismail Omar membebaskan diri dia dan PDRM dari kongkongan Umno BN? "Kebimbangan saya, kerajaan Umno BN akan turut memperalat beliau walaupun saya percaya beliau seorang yang sangat punya prinsip dan integriti yang tinggi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perlantikan Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa 13 September ini menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tidak dilanjutkan kontrak. Menurutnya lagi, realiti yang berlaku pada waktu ini jelas memperlihatkan penguasaan Umno BN ke atas PDRM melalui kuasa menteri dalam negeri. Biarpun Ketua Polis Negara diganti individu baru, namun katanya cara dan tindakan PDRM tetap akan sama kerana mereka masih di bawah telunjuk pemimpin Umno BN. "Nama sahaja Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong, tapi hakikatnya dikuasai politik Umno BN," katanya. Sementara itu, beliau juga secara sinis mempersoal tindakan kerajaan Umno BN yang tidak menyambung kontrak Musa. Menurutnya, khidmat Musa sewajarnya diteruskan kerana beliau telah banyak berjasa kepada Umno BN sepanjang berkhidmat. "Sepatutnya, dengan jasa begitu besar melindungi politik Umno BN, Tan Sri Musa Hassan wajar dikekalkan sebagai ketua polis negara seumur hidup," katanya
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan