MELAKA - Polis sedang memburu seorang penganggur bagi membantu siasatan berhubung kes merogol dan kemudian melacur seorang kanak-kanak berusia 13 tahun di beberapa buah rumah dan hotel di sekitar negeri ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Negeri, Supt P.R. Gunarajan berkata Mohd Khairul Azli Isohod, 26, dikehendaki kerana melacurkan kanak-kanak tersebut kepada sembilan lelaki sejak Jun tahun lepas hingga 19 Julai lepas.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek beralamat terakhir di 2961-1 Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil dan dipercayai seorang penagih dadah.

"Dia bertindak melacurkan kanak-kanak itu yang merupakan teman wanitanya bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah.

"Dia melacurkan kanak-kanak tersebut dengan mengenakan bayaran RM100 tetapi hanya memberi mangsa RM20 untuk belanja.
"Kes terakhir berlaku bulan lepas apabila mangsa dilacurkan kepada seorang lelaki berusia 37 tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Gunarajan berkata suspek pernah merogol mangsa dan ditahan di Ampang, Selangor pada 5 April tahun lepas namun dia tidak hadir pada hari perbicaraan kes itu pada 24 Jun lepas.
 
Suspek dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di Kuala Lumpur. Kanak-kanak terbabit kini ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh di sini dan polis sedang menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek.

"Polis percaya kanak-kanak berkenaan masih berhubung dengan lelaki tersebut dan kita sedang mengumpul maklumat untuk mengesan suspek dan lelaki lain yang terbabit dalam kes berkenaan," katanya.
 
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Anti Perdagangan Orang 2007 kerana memperdagangkan kanak-kanak bagi maksud eksploitasi dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
 
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP R.Kumares di talian 019-6215585 atau 06-2842222. - Bernama
 Datuk K.Rajagopal Biadap
Posted on Friday, August 09 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Fadhil Osman

Menyalahkan bulan Ramadhan atas kekalahan skuad Harimau Malaya yang tewas dalam tiga perlawanan persahabatan menentang kelab liga Jepun adalah suatu kenyataan yang biadap oleh ketua jurulatih  kebangsaan terhadap kesucian bulan umat Islam tersebut. Kenyataan ini juga sebenarnya hanyalah menutup kelemahan beliau dalam membimbing skuad kebangsaan yang sebelum ini turut dikritik oleh beberapa individu yang tidak berapa gemar dengan corak permainan dan sususan jadual perlawanan persahabatan yang cuba ditonjolkan oleh beliau.

Apakah K.Rajagopal lupa bahawa Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan berlangsung dalam bulan Ramadhan? Tidakkah beliau sedar berapa ramai pemain bolasepak yang beragama Islam terlibat dalam kejohanan yang memerlukan kemahiran serta ketahanan badan yang tinggi namun tidak sama sekali meninggalkan ibadah suci umat Islam ini? Begitu juga semasa berlangsungnya temasya Olimpik 2012 di Kota London apabila perlawanan di peringkat kumpulan bermula dalam bulan Ramadhan yang mana turut disertai oleh pasukan dari Timur Barat dan Afrika yang boleh dikatakan hampir keseluruhan pemain adalah beragama Islam seperti Senegal, UAE dan Maghribi.
Begitu juga dengan pemain yang berpengkalan di liga-liga terkemuka dunia seperti EPL, Spanish Premiera Liga dan Bundesliga yang mempunyai ramai pemain yang menganut agama Islam namun tetap meneruskan latihan seperti biasa malah turut bersama-sama dalam rangka perlawanan persahabatan di seluruh dunia. Demba Ba yang bermain untuk Chelsea misalnya, tetap berpuasa namun prestasi beliau tidak menurun malah semakin meningkat. Begitu juga dengan Yaya Toure yang mengaku lebih gagah bermain bola sepak semasa menjalani ibadah puasa.

Janganlah kerana ‘Tak tahu menari, lantai yang dipersalahkan'. Sepatutnya K.Rajagopal meneliti kembali sistem latihan dan corak permainan yang diterapkan ke dalam skuad Harimau Malaya bukannya menyalahkan bulan Ramadhan. Susun semula jadual perlawanan persahabatan dengan mengadakan pertemuan yang sepadan dengan skuad kebangsaan bukan menentang kelab bawahan yang tidakk langsung membantu dalam memperbaiki mutu permainan serta rangking pasukan kebangsaan.

Lajnah Seni, Kebudayaan & Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa agar ketua jurulatih skuad kebangsaan ini menarik balik kenyataan beliau yang terang-terang menghina bulan mulia umat Islam ini. Kenyataan beliau jelas tidak mengambil kira perasaan umat Islam amnya dan pemain skuad kebangsaan khasnya. Beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan skuad kebangsaan bukannya menuding jari menyalahkan ‘benda' lain.


Disediakan Oleh;

Fadhil Osman
Timb.Pengarah
 Keselamatan awam terancam jejas keyakinan rakyat kepada KDN dan Polis
Posted on Friday, August 09 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Hafez

IPOH, Pesuruhajaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian menyeru agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus jujur menilai semula tahap keselamatan awam di negara ini. 

Menurut beliau, dalam beberapa kes tembak mati di waktu siang yang berlaku di negara ini, ia bukan lagi masa untuk kita saling menuding tetapi hendaklah membuat penilaian menyeluruh kenapa penjenayah semakin nekad melakukan jenayah berat di negara ini.


PAS Perak melihat kes tembak mati yang berlaku dalam jangka masa yang dekat selang sehari menunjukkan bukan sahaja penjenayah tidak gerun dengan pihak polis namun pihak polis juga mula kelihatan kurang berkesan menjaga keselamatan awam.

Beliau menyatakan lagi, jenayah yang berlaku dalam beberapa hari ini dilaksanakan dengan nekad di tempat awam pada hari siang. Bermakna sudah ada keberanian untuk melakukan jenayah berat terang-terangan seolah penjenayah yakin di Malaysia mudah terlepas dari menerima hukuman.

PAS Perak sangat khuatir jika dipihak KDN pula dijangkiti dengan sindrom penafian dan bersikap tidak ambil peduli bila orang awam melahirkan rasa tidak yakin dengan tahap kecekapan pihak polis menjaga keselamatan awam. Jelas beliau.

Menurut beliau lagi, dengan berlakunya jenayah tembak mati dalam hanya beberapa hari ini, tidak mengejutkan jika pihak awam tertanya-tanya kenapa tahap keselamatan awam menjadi semakin tidak terkawal.

Sehubungan itu beliau menyatakan, kesan dari situasi ini bukan sahaja akan menjejaskan pelabur dan pelawat luar untuk datang ke Malaysia, malah rakyat negara ini juga akan sukar mengharapkan agensi polis untuk menjaga keselamatan awam dengan baik.

Kami dengan ini mengesa suatu penilaian semula seluruh tahap keselamatan awam hendaklah dilancarkan bagi menangani kes jenayah yang semakin bermaharajalela di Negara ini.
 Mercun Bola
Posted on Friday, August 09 @ 12:26:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: TinBuruk

"Belum sempat saya masuk kereta, saya terlihat satu gerai menjual bunga api dan mercun.

"Nanti dulu Azwan, saya nak lihat" saya terus ke gerai menjual bunga api dan mercun. Membelek-belek sambil melihat saya di sapa penjual.

"Murah aje, malam ni nak lego" (lego maksud lelong)

"Mercun bola ke ni saya tanya" saya tak mahir sangat pasal mercun.

"Mercun telur, lebih kurang macam mercun bola tapi besar sedikit" kata penjual.

"Berapa" saya tanya


Mercun telur, hampir sama dengan mercun bola
"Bayar RM14 sahaja" maksudnya RM14 seratus biji yang dibungkus dalam plastik.

"Terima kasih, sekadar tanya sahaja" lalu saya meninggalkan gerai tersebut.

"Mercun telur tak bagus, pasal besar, kalau mercun bola kecil mudah di bawa masuk stadium" kata Azwan.

Saya sekadar diam... Dalam hati Azwan ni kaki mercun juga.

"Macam mana boleh boleh jual secara terbuka? Tak ada polis ke?" saya merunggut.

"Kalau dadah berkilo-kilo boleh dibawa masuk menggunakan plastik gelenya (beg palstik), inikan mercun lagi mudah" kata Azwan.

Semalam Wahab beli pun harga macam ni juga kata Azwan kepada saya. Anak-anak Wahab main mercun, biar betul. Cucu Haji Teh, Iman masjid!! Saya menjadi hairan ramai orang surau dan masjid yang ada kesedaran Islam masih biarkan anak-anak atau cucu main bunga api dan mercun sedangkan secara halus perkara ini tak serasi dengan amalan Islam.

Jika kita yang ada kesedaran Islam tak ada sensitif tentang perkara ini, siapa lagi yang akan membetulkan keadaan. Harap kepada penguat kuasa?

Saya berpendapat pihak penguasaan polis dan kastam tidak memainkan peranan yang serius dalam hal penguatkuasaan bunga api dan mercun.

Bunga api dan mercun, sekarang telah menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu. Tak tahu macama mana budaya masyarakat Cina yang menggunakan mercun untuk menghalau roh jahat semasa sambutan Tahun Baharu Cina, kini menjadi kelaziman masyarakat Melayu. Entah hantu apa yang merasuk di kepala masyarkat Melayu. 

Tak banyak catatan tentang bila pengaruh masyarakat Cina masuk ke dalam budaya masyarakat Melayu. Yang kita tahu semenjak saya kecil lagi sudah ada bunga api dan mercun. Tiap kali Ramadan meriam buluh akan menyerikan suasana.

Hari ini, bunga api dan mercun mengalami perubahan yang sangat mendadak dibuat macam ala perang dengan bom tangan dan bunyinya juga cukup mengegarkan.

Tindakan pihak berkuasa membuat pemantauan di sempadan, masih belum menampakkan hasil yang positif, malahan tangkapan demi tangkapan membuktikan pihak penyeludup tidak berputus asa membawa masuk bekalan bahan terlarang ini ke pasaran gelap dalam negara kerana ia perniagaan bermusim yang menguntungkan.
Anak-anak remaja kita agak 'kreatif' apabila bermain mercun. Hasilnya, kita dikejutkan dengan berita kecederaan akibat bermain mercun, seperti kehilangan jari akibat kesilapan memuatkan belerang mercun dalam bekas silinder besi umpamanya. Kita pernah dikejutkan dengan kisah tragis seorang anak kecil yang mayatnya tersangkut di pokok akibat letupan mercun di stor berhampiran rumahnya di Terengganu beberapa tahun yang lalu.

Apa yang menyayat hati ialah kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa mercun ini bukan setakat mengalami kecederaan melecur di tangan dan jari tetapi ada yang hancur ibu jari dan hampir menjadi kudung.

Jangan hairan jika menjelang Syawal, tragedi akibat bermain mercun bagaikan tidak berkesudahan. Sudah tiba masanya, kerajaan bertindak lebih tegas tanpa ada retorik dan alasan berjela-jela dalam menguatkuasakan tindakan terhadap mereka yang menjual dan memiliki mercun. 

Mercun bom
Kejadian penyeludupan, pengedaran dan jualan mercun dan bunga api yang sentiasa berlaku hanya boleh dihentikan melalui penguatkuasaan ketat dan dengan kerjasama orang awam yang tidak membeli barang tegahan tersebut.

Di bawah Seksyen 4 (2) Akta Bahan Letupan 1957, sesiapa yang didapati membuat, memiliki atau mengimport mercun dan bunga api boleh dipenjara tidak kurang daripada lima tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pelanggaran undang-undang yang sedia ada untuk mengawal penyeludupan, pengedaran dan jualan barang tegahan secara terang-terangan adalah jelas tidak dipandang serius oleh pihak yang melanggarnya.

Dengan itu, undang-undang tersebut perlu dipinda dengan turut memasukkan perkara-perkara berikut:

1. Hukuman penjara mandatori bagi penyeludup termasuk rampasan harta dan asetnya;

2. Kenderaan yang barang tegahan itu ditemui di dalamnya perlu dirampas dan dilelong.

3. Tindakan tegas juga perlu diambil terhadap orang yang ditangkap kerana bermain mercun dan bunga api. Denda berat dan hukuman penjara perlu dikenakan ke atas peruncit serta orang awam yang didapati menjual mercun.

 Lain-lain tulisan yang ada kaitan: 
Jangan biarkan anak-anak anda menjadi pengemis di Hari Raya
Posted on Friday, August 09 @ 15:15:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Pak Abu

Bila tiba waktu Hari Raya, ramai dikalangan kita menukar wang semata-mata untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ada yang telah menjadi satu amalan tetap berdiri dihadapan pintu masjid untuk menghulur wang raya kepada kanak-kanak yang bersolat di pagi raya.

Walau bagaimanapun ada yang merungut, kerana rumahnya dikunjungi oleh kanak-kanak untuk beraya dalam ertika sebenarnya ialah untuk mendapatkan duit raya walaupun mungkin kanak-kanak itu bukan jiran tertangga kerana mereka datang sekumpulan entah daripada mana.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

Ibubapa harus sedar dan memerhati pergerakan anak-anaknya di waktu suasana raya agar anak-anak tidak menjadi pengemis yang akan mengemis di setiap rumah demi untuk mengumpul duit raya. Amalan dan sikap ini jika dibiar akan menjadi satu tabiat buruk bila dewasa nanti.


Sepatutnya ibubapa lebih mengajar anak-anak untuk memberi terutama bila ada yang meminta. Ibubapa boleh ajar anak-anak mengisi tabung masjid pada hari Jumaat atau hari-hari lain bila singgah untuk bersolat di masjid atau surau.

Anak-anak juga diajar untuk menghulur kepada peminta sedekah dan biasakan diri anak-anak dengan sifat penyanyang dan kesihan belas kepada golongan yang miskin.

Jangan ajar anak mempertikaikan orang yang meminta mungkin ada juga peminta sedekah yang sebenar berpura-pura membuat demikian. Ajar mereka dengan sifat ikhlas.

Sedekah jika sebati pada diri anak-anak kita, sudah pasti akan menjadi suatu yang baik dihari dewasa nanti.

Sedekah mempunyai maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan sebagaimana dalam Firman ALlah s.w.t.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)


Pemberian sedekah, setidak-tidaknya dengan pemberian itu diharapkan dapat menebus dosa dan memberikan ketenangan, malah yang lebih utama mendapat ganjaran berkali ganda di sisi Allah, seperti dijelaskan Allah pada ayat 261, surah al-Baqarah, bermaksud:

“ Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan har tanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula me ngandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)

Amalan bersedekah daripada satu sudut menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seorang manusia. Inilah sifat seharusnya diterap kepada anak-anak kita bukan meminta-minta dengan harapan untuk mendapat dengan lebih cepat dan mudah.

Ajarlah anak-anak kita “Jika memberi, anggaplah suatu pemberian yang kecil dan jika menerima daripada seseoarng, anggaplah suatu besar dan berharga”.


Sila ke http://laptoplama.blogspot.com
 
 Bagaimana Shabery Cheek yakin tiada skandal kapal selam?
Posted on Friday, August 09 @ 18:39:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Subky Latif

Apakah urusan beli kapal selam Perancis, Scorpene suatu skandal atau tidak, boleh ditentukan oleh kenyataan seorang individu baik  di luar mahkamah atau dalam mahkamah.

Sekalipun Suaram menggunakan bidang undang-undang dalam  dan luar negeri bagi membuktikan ia adalah satu skandal menteri pertahanan pada masa itu masih ada yang berkata mereka tidak mempercayainya, maka sudah tentu seorang individu yang mengatakan ia bebas skandal tidaklah boleh dipegang 100 peratus.

Tetapi menteri Shabery Cheek membuat kenyataan bahawa dia seperti puas hati dengan kenyataan individu seperti sah urusan pembelian itu bebas skandal sekali gus mengira bahawa isu yang dipelopori Suaram dan  disokong sekalian pembangkang itu adalah karut.

Pada menteri itu apa yang dibangkitkan selama ini sama ada oleh pembangkang di negara ini yang cuba menggunakan saluran undang-undang dan apa yang dilakukan oleh peguam Perancis bagi memastikan  syarikat di Perancis tidak terbabit dalam skandal bolehlah dimasukkan saja ke bakul sampah.

Secara umum dari aspek undang-undang menteri dan mana-mana individu yang dikatakan jadi watak dalam skandal itu belum boleh dikata bersalah selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah. Walaupun orang belum dijatuh hukum itu dikira bersih dari segi undang-undang, tetapi umum melihatnya tidak begitu bersih selagi mahkamah tidak membersihkannya.

Oleh sebab isu skandal ini adalah benda yang tergantung, maka tidaklah semua pihak boleh berpuas hati watak-watak itu bersih atau kotor. Dia boleh bersih dan dia boleh kotor.

Menteri yang berpuas hati dan yakin tidak ada skandal atas pengakuan seorang individu adalah seorang ahli akademik yang ada kelas sebelum berpolitik. Dan sebagai seorang ahli  akademik selalu  didengar sindiriannya yang tajak:

Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri.

Menteri yang ada latar belakang akademik tentulah tidak sama dengan yang tidak ada latar belakang akademik. Tan Sri Rafidah Aziz misalnya, kerana dia juga dulunya orang akademik, maka dia  tidak boleh sama dengan Shahrizat  Jalil yang berdalil  dan berdalih.

Shahidan  Kassim, Tengku Adnan atau Mahfuz Omar tiada latar bakang akademik, maka orang pun tidak harap sangat mereka mempertahankan dunia akademik. Tetapi orang akademik tak boleh buat sebarangan. Kalau orang akademik tidak jaga nilai  dan dunia akademiknya nescaya runtuhlah dunia ilmu. Ilmu yang mulia itu akan jadi  sama dengan ilmu sihir.

Bagi ahli akademik,  rencana dan buku yang  tidak ada nota kaki, seperti tulisan dan buku saya, dikira buku picisan. Tak adalah tulisan saya dikira picisan kerana saya bukan orang akadamik dan tidak pernah mendapat didikan akademik.

Orang akademik tak boleh buat begitu. Orang akademik sebelum dia sahkan sesuatu itu palsu atau benar, maka dia pastikan sumbernya. Dia buat penyelidikan. Jika tidak  cukup bukti, ditawakuf dulu.

Hakimpun tidak percaya semua apa yang dicakap di mahkamah walaupun sudah didahulu dengan bersumpah. Dia kena pastikan saksi itu palsu atau tidak. Hakim tahu adanya loyar buruk dan hakim beruk. Maka sekadar dengar kenyataan seorang saksi, belum boleh dia buat keputusan.

Kemudian Suaram keluar kenyataan pertikai wibawa orang yang buat kenyataan tentang skandal itu. Lagilah saya tidak dapat bergantung kepada kenyataan seorang individu. Inilah Islam pesan apabila datang khabar  dari orang munafik, pastikan kesahihannya. Itulah akademik dan ilmu.

Jika saya janda, wali saya itu dikata begitu dan begini, saya  cari wali lain bagi menikahkan saya.     
 Pandangan Lee Kuan Yew ketinggalan zaman - Mohamad Sabu
Posted on Friday, August 09 @ 18:42:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

OLEH DIYANA IBRAHIM

Demografi kaum di negara tetap tidak akan mengalami perubahan besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya merupakan pandangan yang salah dan tidak relevan dengan zaman kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau menyifatkan pandangan yang dibuat Bekas perdana Menteri Singapura itu Lee Kuan Yew berdasarkan pandangan lama ketika pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir.


" Beliau orang lama dan pandangan itu pandangan lama ketika Tunku Abdul Rahman dan Mahathir memerintah tapi sekarang selepas 2008 kecederungan politik negara ini berubah,"katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Jelas Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu, politik selepas tahun 2008 ialah politik baru dimana rakyat mula sedar isu perkauman yang disering ditakut-takutkan Umno hanyalah demi survival parti itu.
Malah kenyataan bahawa PR merupakan parti yang gemar mengambil peluang dan bakal berpecah sekiranya diberi kuasa menerajui negara juga dinafikan Mat Sabu.
Menurutnya sekiranya dakwaan itu benar jadi mengapa selama dua penggal PR dipilih rakyat di beberapa negeri membawa pembaharuan dan menghapuskan pengaruh Umno.
"Yang hancur itu Umno..mereka yang tidak pernah membawa negara ini kemana hanya bermain dengan isu perkauman sepanjang pemerintahan,"katanya lagi.
Mat Sabu berkata demikian sebagai mengulas pandangan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, dalam buku biografi berjudul  One's Man View.
Lee sebelum ini  berkata tidak akan ada perubahan yang berlaku dalam demografi kaum di negara ini walaupun Pakatan Rakyat memerintah negara.
Lee dalam bukunya mempersoalkan adakah PR mampu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dengan merampas Putrajaya selain dari kemelut dalaman parti komponen dalam PR iaitu PAS, PKR dan DAP.
Beliau juga turut melabelkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kumpulan yang suka mengambil kesempatan dan mempunyai gambaran yang kurang jelas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya kelemahan dalam PR bukan sesuatu yang mengejutkan kepada pemerhati politik malah kepada pemimpinnya sendiri seperti Lim Kit Siang dan Anwar. - MalaysianInsider
 Maidam Curi Duit Amil Zakat?
Posted on Friday, August 09 @ 18:43:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: TinBuruk

"Bila akhir Ramadan, kebiasanya kami tak balik terus macam biasa selepas tarawih bukan ada sesi bacaan al Quran atau berzikir tetapi berborak dengan amil yang kebiasaan bertugas sehingga pukul 12 malam bagi memungut fitrah.

Kampung saya Ayah Mat De, nama sebenar Mohamad Daud. Apa kaitan De dengan Daud saya pasti tetapi memang dia adalah amil yang telah dilantik oleh kerajaan (Maidam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) semenjak saya kecil lagi.

Ayah Mat memang kemas kerjanya, tak banyak cakap tapi seorang yang tegas dan komited dengan tugas yang diberikan. Dia ada catatan yang kemas dan ini membuatkan kerja amilnya agak tersusun.

Banyak kali saya dengar amir yang tak ada catatan, bila masa untuk membuat bayaran kepada Maidam duit hilang tak cukup bukan kerana di curi oleh orang tetapi tersalah menggunakannya. Mananya tidak.. selit situ sini semasa orang membayar, akhirnya terguna.

Memang jadi kebiasaan  tak cukup seratus dua, kalau jenis kaya tak apa boleh bayar tapi kalau jenis yang 'macam patut boleh asnaf juga' tak jadi bala??

Saya duduk sebelah Ayah Mat, sambil tuang kopi yang selalu ada untuk hidangan orang yang datang bayar fitrah.

"Banyak dapat hari ini" saya mula berbicara.

"Tahun ini slow sikit" kata Ayah Mat.

"Kenapa?" tanya saya.

"Entahlah" Ayah Mat macam tak suka nak berbual dan masih fokus kepada buku resit ditangannya.

Saya membelek-buku resit yang masih tak guna. "Ooi ada dua jenis" kata saya.

Ayah Mat menjelaskan sekarang, ok kerana zakat fitrah dan zakat harta diasingkan buku resitnya. Dulu tak. Pernah terjadi buku tertinggal di belakang ada budak nakal yang solat tarawih koyak satu resit putih dan meninggalkan salinannya. Puas Ayah Mat cari tak jumpa yang terkoyak tu.

Susah hati katanya nanti dikatakan cuba menipu kerajaan (Maidam). Macam-macam yang mencadang ada yang suruh tipu buat pada salinan tertinggal, tapi akhirnya Ayah Mat jenis jujur ini buat report polis dan memaklumkan kepada Maidam.

"Apa tindakan Maidam?" tanya saya.

"Sampai sekarang tak ada apa-apa, ni Ayah Mat masih amil"
Ayah Mat menjawab sambil tersenyum.

"Kaya Ayah Mat" Saya menyindir dalam ertkata bergurau.

"Kaya apa, Maidam dah buat kerja tak betul" Ayah Mat mula serius dan muka tersenyum dah jadi kelat semula. Urat-urat tua dimuka mula terserlah.

"Ni lihat"
sambil menghulu satu sampul surat rasmi.

Saya membuka dan membaca, terkejut dan saya berkata boleh masuk dalam internet. Ayah Mat tak menghalang. Saya terus keluarkan handphone dan mengambil gambar.

Klik untuk besar

Surat 24 Julai 2013 yang telah dihantar seminggu sebelum Hari Raya menyatakan tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu kali ke-9 yang bersidang pada 22 Jun 2010 memutuskan amil hanya berhak mendapat 1/16 daripada zakat harta sedangkan untuk zakat fitrah 1/8.

Yang menjadi kemusyikilannya kenapa keputusan mesyuarat pada 22 Jun 2010 sekarang baru dikuatkuasakan iaitu semacam menunggu selepas PRU sahaja?

Dalam surat berkenaan asnaf amil telah ditukar dengan perkataan upah untuk menghalalkan perbuatan mereka. Sama seperti zaman dahulu bagaimamana kerajaan UMNO menghalakan judi dengan perkataan "Loteri Kebajikan Masyarakat". Riba dengan "faedah".

Bagi saya mereka yang berada dalam jawatankuasa berkenaan adalah mereka yang tahu tentang agama tetapi sewenangnya meminda hukum dan ketetapan Allah tentang asnaf. Mereka cuba menipu Allah dengan mengaburkan perkataan "Upah" supaya mereka boleh berdalih itu 1/16 itu bukan asnaf, sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita bagaimana peranan amil.

Kemana perginya separuh duit amil-amil negeri Terengganu yang di"curi" oleh Maidam? Fakir dan miskin melarat, sekolah-sekolah agama rakyat terbiar tanpa bantuan. Ibu tunggal tersempit dalam kehidupan.

Inilah kerja-kerja perosak agama, apabila amanah diberikan kepada mereka yang tidak layak serta berkepentingan.

Artikel berkaitan: