Khamis, 8 Ogos 2013

UMUR NI HAK ALLAH...ALLAH KATA MATI...MAKA MATILAH ORANG ITU...SAPE BOLEH TAHAN KEMATIANNYA...UMUR PANJANG BUAT BAIKLAH BUKAN LAWAN ALLAH SWT

SEORANG LELAKI INDIA YANG MEMPUNYAI 3 REKOD LAMPAU BERKAITAN DADAH, MATI KENA 14 DAS TEMBAKAN DIKEPALA!!!



GEORGE TOWN..Seorang lelaki
telah bunuh dengan penuh kejam cara ala-ala mafia selepas berhenti di lampu trafik di Jalan Anson di sini.

Lelaki itu telah ditembak mati pada jarak dekat di sekitar jam 11.50 pagi tadi hari Khamis 8hb Ogos 2013..

Menurut Ketua Polis Daerah Geroge Town, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati seorang lelaki India berumur 37 tahun yang tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.

Beliau mempunyai tiga kesalahan lampau bagi kes-kes yang melibatkan narkotik (dadah).

Mangsa memandu kereta BMW nombor plat pendaftaran Kuala Lumpur,  yang dipercayai kepunyaan dan milik rakannya.

Adalah dipercayai bahawa penyerang menembak lebih daripada 15 das tembakan kerana pelbagai kelosong peluru ditemui di tempat kejadian.

ACP Gan mengesahkan bahawa mangsa telah ditembak sebanyak14 kali, kebanyakannya di bahagian kepala.

Patologi Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh juga berada di tempat kejadian untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan..
Dua kes tembakan di P Pinang dalam satu hari
9:38PM Ogos 8 2013  
Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di George Town kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.
  
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.
  
Bercakap kepada pemberita hari ini, Gan berkata polis menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.
  
Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.  

Gan berkata mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.
  
Polis sedang mengesan saksi dan tempat yang mempunyai CCTV untuk membantu siasatan.

Kejadian kedua melibatkan enam tembakan di sebuah banglo seorang ahli perniagaan di Pulau Tikus. Tiada siapa yang cedera.

Menurut Bernama, pemilik banglo itu sebelum ini telah membuat laporan polis selepas mendapati nota amaran dengan peluru hidup di hadapan rumahnya.

Gan berkata bahawa ahli perniagaan itu kini di luar negara dan telah menerima mesej teks dari seorang yang tidak dikenali yang menuntut wang.
KJ enggan ulas buku tentang bapa mertuanya
 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini enggan mengulas mengenai sebuah buku baru yang mengutarakan satu pandangan yang terhadap tempoh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Antara lain, Abdullah mendakwa Khairy, yang merupakan menantunya, tidak mempunyai apa-apa pengaruh dalam pentadbirannya.

Ketika ditemui ini majlis hari terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, Khairy dikerumuni wartawan untuk reaksinya tentang buku tersebut.

Menurutnya, beliau belum membaca buku tersebut, bagaimana beliau hendak komen.

Buku baru bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia", Abdullah telah mempertahankan Khairy dan menafikan kumpulan yang digelar "budak tingkat empat" sewaktu pentadbirannya adalah penasihat beliau.

Abdullah berkata Khairy tidak menyalahgunakan kedudukannya pada masa itu dan adalah menantunya itu telah dituduh secara tidak terhadap dalam banyak perkara.

Abdullah dipetik memberitahu editor buku tersebut bahawa beliau tertanya-tanya sama ada mereka yang menyerang Khairy gembira kerana telah memecahkan periuk nasinya.
Dr M belum mahu ulas kritikan Pak Lah
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas kepada kritikan Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadapnya dalam sebuah buku yang baru diterbitkan.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata bahawa beliau sedang mengkajinya sebelum membuat beberapa rujukan terhadapnya.

Dr Mahathir demikian ketika dikerumuni pemberita di majlis hari terbuka Aidilfitri di rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ditanya sama ada beliau telah membaca buku ini, Dr Mahathir berkata: "Saya belum membaca buku itu, tetapi saya telah membaca (laporan mengenainya melalui) malaysiakini.com".

Dalam buku baru bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in di Malaysia, Abdullah memberitahu editor buku tersebut bahawa Dr Mahathir mencampuri pentadbirannya dan menggelar beliau sebagai  "manusia penuh kontradiksi".
Khairy tak pengaruhi saya, kata Pak Lah
2:39PM Ogos 7 2013  
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, menantunya Khairy Jamaluddin tidak mempunyai pengaruh tidak wajar terhadapnya semasa menjadi anggota pentadbirannya.

Mempertahankan peranan Khairy, Abdullah berkata, kumpulan yang digelar "budak tingkat empat" - kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang diketuai Khairy - sebenarnya bukan pun penasihatnya.

NONE"Mereka bukan penasihat saya. Mereka anggota rasmi pentadbiran saya, menantu saya termasuk, untuk seketika," katanya seperti dinyatakan dalam buku Awakening: Abdullah Badawi Years in Malaysia.

"Mereka memberikan sokongan pentadbiran dan maklum balas tetapi mereka bukan pembuat dasar.
Abdullah berkata, serangan peribadi terhadap Khairy dan rakan-rakannya dibuat ekoran "penentangan terhadap perubahan".

"Kami ambil orang dari luar kerajaan, orang yang percaya dengan perubahan yang ingin saya lakukan.

"Tetapi golongan establishment menolak perubahan ini, bukan sahaja tidak bekerjasama dengan budak-budak ini, (tetapi) memburuk-burukkan mereka."
Dr M: Kuan Yew sudah 90 tahun, kita beri laluan kepadanya...
9:16PM Ogos 8 2013  
"Dia seorang lelaki berusia 90 tahun. Kita (perlu) memberi elaun kepadanya, (hanya) seperti orang-orang yang memberi elaun kepada saya," katanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai negarawan Singapura Lee Kuan Yew.
  
Bekas perdana menteri berusia 88 tahun itu berkata demikian ketika mengulas buku terbaru Lee bertajuk 'One Man's View of the World' yang dilancarkan di republik itu, Selasa lepas.
  
Antara lain, buku itu memetik bekas perdana menteri Singapura itu sebagai berkata: "Dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara itu dalam keadaan yang tidak menguntungkan dan ia secara sukarela mengecutkan golongan berbakat."
  
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata: "Dia berhak untuk memberikan pendapat kerana ada kebebasan bersuara terutamanya di Singapura."
  
Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.
  
Dalam buku setebal 400 halaman itu, Lee berkongsi pandangan beliau antara lain mengenai politik antarabangsam ekonomi global dan perubahan iklim.
  
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada penghijrahan bakat intelektual seperti mencari pendapatan yang lebih baik, persekitaran kerja, infrakstruktur dan jaminan yang lebih baik.
  
Timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia tidah mahu mana-mana satu bangsa lebih domain daripada yang lain bagi memelihara keharmonian.
  
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan Lee bahawa ia adalah mustahil bagi Najib memenangi semula hati pengundi Cina dan India tanpa kehilangan undi dari orang Melayu.
  
"Saya mempertikaikan hipotesis beliau. Jika Najib dapat menyelesaikan masalah penduduk luar bandar seperti pekerja estet, saya yakin beliau akan mendapat sokongan kaum Cina, India dan Melayu," katanya di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam.

- Bernama

Tiada ulasan: