Ahad, 4 Ogos 2013

HEHEHE KENA TIPU

Antara diskaun had laju dan ‘skim cepat saman’

Harakahdaily, 03 Ogs 2013
KUALA LUMPUR "Saya menilai bahawa tindakan kerajaan menurunkan halaju kebangsaan sebenarnya untuk perangkap rakyat, bukan untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya.

“Tiada hujah kukuh yang mengatakan kelajuan faktor utama kemalangan,” tulis aktivis blogger Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, semalam di laman http://anakmudamalaysia.com.

Justeru, beliau mempesoalkan apakah dalam notis yang singkat, semua pemandu akan menyedari bahawa halaju kebangsaan telah dikurangkan bermula semalam.

“Apakah ada papan tanda sementara di sepanjang jalan? Bukan semua orang tengok berita, dan bukan semua orang maklum penurunan ini, ia perangkap!” tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.

Syukurlah, walaupun sedikit demi sedikit kesabaran di bulan puasa ini tergugat, dek kenaikkan harga ayam, kenaikan harga sayur, kenaikan harga gas dan sebelum itu kenaikan harga tiket bas, akhirnya ada juga penurunan yang diumumkan baru-baru ini. Daripada 110 turun menjadi 100, dari 90 turun menjadi 80, ini cukup bermakna buat semua pengguna jalanraya sempena musim perayaan.

Kononnya, demi mengurangkan statistik kadar kemalangan jalanraya di musim raya, halaju kebangsaan diberi diskaun oleh pihak kerajaan. Hanya seratus kilometer sejam sahaja kelajuan maksimum di seluruh rangkaian lebuhraya seantero Malaya, rangkaian lebuh raya yang dikatakan terbaik di dunia. Hanya 100 km/j untuk semua jenama kereta.

Persoalannya, benarkah kelajuan itu faktor utama kemalangan jalanraya di Malaysia? Atau sebenarnya penurunan hadlaju kebangsaan ini sebuah skim cepat saman?

Dalam pengamatan saya, kesusahan dan kesengsaraan rakyat adalah sebenarnya antara faktor utama kemalangan jalanraya, bukan faktor kelajuan semata-mata. Tipikal rakyat Malaysia khususnya yang telah berkahwin dan punyai anak, walau macam mana susah dan sempitnya kehidupan, hari raya wajib disambut. Hari raya tidak bermakna tanpa balik kampung, tidak kira samada kampung suami ataupun isteri. Biasanya dua-dua kampung menjadi destinasi, yang kerap menjadi titik perbalahan adalah untuk memilih kampung siapa di malam dan pagi raya pertama.

Bila ekonomi rakyat tidak seberapa, kenaikkan kos sara hidup tidak terkawal, maka rakyat perlu memilih risiko balik kampung dalam keadaan kondisi kenderaan yang ‘longgar’. Jika selenggara sekalipun, lazimnya rakyat akan tanya apa yang murah untuk tayarnya, untuk minyak hitamnya, untuk keperluan ‘spare-part’nya demi menjimatkan kos. Jika ada bahagian yang perlu ditukar atau diperbaiki, maka tangguhlah dulu kerana rakyat nak balik raya, banyak kosnya. Ketika ini juga tayar terpakai cukup laris di pasaran. Ori atau lokal, untuk jimat kos, ambillah lokal. Kalau ada tiruan, ambil tiruan.

Risiko ini diambil bukan memperjudikan keselamatan sendiri sahaja, tetapi juga nasib pengguna jalanraya yang lain. Akibat penyelenggaraan kenderaan yang sangat tidak sempurna, jalanraya menjadi medan bahana biarpun tanpa kelajuan.

Rakyat yang tertekan dengan sosial kehidupan seperti masalah kewangan yang membawa kepada masalah rumahtangga, akan lebih banyak berkhayal ketika memandu. Tidak fokus ketika memandu dan boleh menyebabkan kecelakaan.

Skop penyelenggaraan kenderaan secara tidak selamat ini juga bukan dipraktik dari kalangan individu sahaja, malah pengusaha bas, pengusaha lori juga akan memilih jalan penjimatan yang sama demi mengurangkan kos untuk menjana sedikit lebihan keuntungan. Tayar celup pun tidak mengapa, asal barang boleh jalan.

Berapakah banyaknya kenderaan yang tidak berada dalam kondisi yang baik di atas jalanraya ketika ini?

Dalam masa yang sama, rakyat mencari duit lebih untuk sambut Aidilfitri, maka kerja pun lebih masa. Bagi pemandu bas dan lori, trip juga perlu lebih dari biasa dan untuk ambil trip lebih dari biasa, perlukan tenaga tahan mengantuk yang luar biasa. Di sini juga jalanraya terdedah kepada bahaya akibat pemandu yang mengantuk dan tidak cukup kuderat kerana telah mengulang trip dalam hari yang sama. Ini lebih seram, lori dan bas bergerak secara automatik sekali sekala tanpa pemandu.

Rakyat mencari sesuap nasi, mana-mana kontraktor kelas rendah perlu belajar rasuah untuk dapat sub-projek, projek tampal jalan seumpamanya. Tetapi oleh kerana sudah keluar kos luar jangka untuk dapat projek, maka kos tar berkualiti untuk menampal jalan juga terpaksa dikurangkan. Akhirnya jalan kembali berlubang juga dalam tempoh masa yang tidak dijangka, jauh lebih awal dari sepatutnya. Lihatlah bagaimana jalanraya di negara ini banyak berlubang, walaupun telah ditampal, jalan tetap kembali berlubang.

Cuma lebuhraya menjadi pilihan yang lebih selamat berbanding jalan biasa. Lebuhraya tidak berlubang, hanya berlendut dan kurang rata. Namun bagi rakyat yang menghargai masa dan wang ringgit, apakah berbaloi untuk membayar tol dalam keadaan kesesakkan lebuhraya yang melampau? Jika duit bukan soal, pasti tiada masalah untuk bayar tol walaupun lalulintasnya tidak lancar sepanjang jalan.

Percayalah, jika rakyat tidak susah, ‘spare-part’ tiruan dan tayar terpakai tidak akan laku di pasaran maka jalanraya lebih selamat. Jika rakyat ada kemampuan, pemandu bas dan lori tidak ambil trip lebih dari sepatutnya, lebih baik duduk rumah rehat dan bermain dengan anak, maka jalanraya lebih selamat.

Bukan sahaja jalanraya lebih selamat, malah jalanraya akan lebih berkualiti, mampu dicengkam oleh tayar dan tidak berlubang sekiranya rakyat tidak memberi dan menerima rasuah, yang juga berpunca dari kehidupan yang sempit. Tiada lagi rakyat yang tertekan ketika memandu, jika kehidupan berjalan baik tanpa masalah kewangan dan seterusnya rumahtangga aman.

Kerana itu saya katakan, kesusahan dan kesengsaraan rakyat menjadi punca utama mengapa jumlah kemalangan jalanraya di negara ini meninggi setiap tahun. Statistik kemalangan tidak mampu dikurangkan melainkan berlaku revolusi rakyat, di mana ketika itu rakyat senang dan tenang dengan kualiti kehidupan yang baik. Hidup ketika itu juga tidak dalam tergesa-gesa seperti hari ini, malah rakyat tidak perlu diugut supaya dikurangkan kelajuan. AES juga tidak perlu ketika itu.

Justeru itu, saya menilai bahawa tindakan kerajaan menurunkan halaju kebangsaan sebenarnya untuk perangkap rakyat, bukan untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya. Tiada hujah kukuh yang mengatakan kelajuan faktor utama kemalangan.

Apakah dalam notis yang singkat, semua pemandu akan menyedari bahawa halaju kebangsaan telah dikurangkan bermula hari ini? Apakah ada papan tanda sementara di sepanjang jalan? Bukan semua orang tengok berita, dan bukan semua orang maklum penurunan ini, ia perangkap!

Bermula hari ini hingga 18 Ogos, semua mesin kamera AES akan menjalankan operasi ‘menjala’ dan ‘memukat’, tidak lagi memancing. Inilah yang dinamakan Skim Cepat Saman, kita sangka kita patuh halaju kebangsaan, rupa-rupanya kita terlebih 10 km/j. Maka penuhlah kantung kerajaan untuk bayar BR1M tahun hadapan.

Hina Islam: Apa kurangnya dengan pemimpin Umno

Abdul Aziz Mustafa, 03 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing boleh mencetuskan kekecohan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ia ternyata boleh mencetuskan emosi kebencian dan sakit hati di kalangan orang-orang Islam terhadap orang-orang bukan Islam dan akhirnya akan tercetus kekecohan.

"Adakah Timbalan Perdana Menteri mahu bertanggungjawab jika kenyataannya yang ternyata bersifat hasutan itu mencetuskan tindakan bersifat fizikal orang-orang Islam ke atas orang-orang bukan Islam?" beliau mempersoalkan.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, beliau yakin Muhyiddin tidak akan diambil tindakan atas kenyataannya yang bersifat hasutan itu.

"Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang.

"Sebab itulah kita mendengar ada pemimpin Umno yang tumbuk, tampar dan sepak orang sesuka hati, para penyokong Umno menyerang ceramah-ceramah, baling selipar dalam masjid malah berapa banyak kita lihat kenyataan pemimpin Umno yang menghina Islam," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga kesal dengan sikap Muhyiddin yang secara borong dan gelojoh menuduh orang lain menghina Islam sedangkan para pemimpin Umno sendiri ramai yang menghina Islam.

"Sehingga sekarang pun, tetap tersebar di kalangan rakyat kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno yang menghina Allah dan Islam melalui penghinaan mereka terhadap undang-undang Islam.

"Para pemimpin Umno patut bertanya diri sendiri, sebelum pihak mereka membuat pelbagai kenyataan yang menghina Islam, adakah orang-orang seperti Presiden MCA atau blogger lucah yang baru-baru ini ditangkap berani memperlekeh dan mempersendakan agama Islam?" Mahfuz mempersoalkan lagi.

Surat terbuka kepada pemandu bas ekspres

Muhamad Azan Bin Safar,
Saya mulakan tulisan ini dengan merakamkan jutaan penghargaan saya kepada seluruh pemandu bas di tanah air kita yang rela berkorban masa dan tenaga mereka demi menghubungkan jutaan rakyat Malaysia ke mana-mana destinasi yang dituju. Saya juga masih berfikir tentang betapa besarnya pengorbanan mereka yang kerap meninggalkan keluarga di rumah demi mencari rezeki dan sesuap nasi bukan hanya untuk diri sendiri tetapi isteri dan anak-anak di rumah.

Umum mengetahui hari perayaan yang akan menjelang tiba, kesibukan rakyat Malaysia yang ingin pulang ke kampung halaman pasti akan menjadikan pemandu bas untuk bekerja lebih masa daripada waktu kebiasaan sehinggakan kadang-kadang terpaksa mengisi masa separuh hari dalam kehidupannya hanya di dalam bas sahaja. Namun para pemandu tetap menawarkan khidmat terbaiknya kepada para pelanggan agar sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jutaan rakyat Malaysia yang mendapatkan khidmat mereka harus menghargainya.

Namun ada kegusaran yang bermain di hati saya selama hampir 10 tahun menjadi pelanggan kepada banyak syarikat bas ekspres, iaitu sifat sebahagian para pemandunya yang dilihat agak tidak cakna dengan waktu solat yang sedang berlalu khususnya waktu Subuh yang tiada istilah jamak baginya. Kesungguhan mereka untuk sampai cepat ke akhir destinasi dengan pengabaian terhadap waktu solat yang sekejap itu sedikit sebanyak merisaukan pelanggan muslim yang saya yakin mereka adalah majoriti dalam menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Bagi mereka yang memulakan perjalanan seawal jam 8.00 - 9.30 malam mungkin boleh tiba ke destinasi pada waktu yang lebih awal, namun bagi perjalanan jam 10 malam ke atas adalah berisiko untuk sampai ke destinasi sebelum waktu Subuh. Bahkan kalau dikira pada musim perayaan sekarang, mana-mana perjalanan  pun pasti akan mengundang masa yang agak panjang untuk sampai ke destinasi.

Isu solat ialah isu yang besar bagi umat Islam. Kadang-kadang orang-orang berumur mahupun orang wanita yang menjadi penumpang tidak berdaya atau segan untuk memohon kepada pemandu bas untuk berhenti solat ketika masih dalam waktu. Ada juga yang akan diberikan alasan ‘sikit lagi nak sampai’ oleh pemandu bas dan akhirnya meleret ke luar waktu. Justeru saya mengharapkan syarikat bas dan pemandu-pemandu bas yang budiman sekalian cakna akan hal ini bahkan para pelanggan juga harus mengetahui hak mereka untuk pastikan solat mereka terjaga.

Apapun, hal ini hanyalah untuk segelintir pemandu bas yang kurang cakna tanpa menafikan ada juga dalam kalangan mereka yang sungguh-sungguh menjaga dalam urusan agama mereka. Namun teguran ini adalah untuk menyelamatkan lebih ramai rakyat Malaysia agar tidak terkorban solat mereka hanya kerana berada di dalam bas ekspres. Mohon isu solat yang mungkin hanya dua rakaat, tetapi dipandang besar oleh semua masyarakat Islam di Malaysia.

Muhamad Azan Bin Safar
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Tanda-tanda lailatul Qadar dari hadis sahih

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 02 Ogs 2013
1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh Muslim, 1170/222).

2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan).

3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis soheh bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

4. Udaranya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, menurut as-Suyuti; hasan).

5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi; maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut) (Faidhul Qadier).

7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).

Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal pada malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).

Dun Sura rai 160 anak yatim sempena Idulfitri

Harakahdaily, 03 Ogs 2013

DUNGUN: Adun Sura, Wan Hapandi Nik meneruskan aktiviti tahunan yang telah dirintis Adun Sura terdahulu, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli melalui majlis sumbangan kepada anak-anak yatim menjelang Idulfitri 1434H yang akan tiba.

Lebih 160 orang anak yatim dari hampir 80 keluarga telah menerima sumbangan dalam bentuk beras dan wang tunai.

Majlis yang berlangsung di bangunan Dun Sura itu, bermula jam 9.00 pagi sehingga menjelang sebelum tengah hari, semalam.

Golongan sasaran terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Sumbangan derma daripada orang ramai sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga penerima menjelang Idulfitri.

Wan Hassan pada PRU13 lalu memenangi kerusi Parlimen Dungun.

TPPA agenda menjahanamkan generasi muda

Azizan Bin Ajiji,
Secara asasnya TPPA ialah sebuah perjanjian perdagangan yang melibatkan beberapa buah Negara. Maka, perbincangan dan wacana mengenainya banyak berputar sekitar kesan perdagangan yang dijangka diterima oleh Negara-negara kecil terutama Negara membangun seperti Malaysia.

Antara, yang sering dilaung-laungkan ialah harga ubat akan menjadi lebih mahal, peruntukan bumiputera tidak dibenarkan, nasib pekebun kecil dalam industri asas tani terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara dan banyak lagi kesan lain. Akan tetapi, ia sebenarnya bukan sahaja memberi impak kepada perdagangan semata-mata.

Jika Malaysia menandatangani  perjanjian ini, nescaya masyarakat sekali lagi akan berhadapan dengan   suatu perubahan sosial dan penjajahan budaya setelah proses globalisasi. Ia telah menjadi kekangan kepada proses Islamisasi. Hal ini kerana apabila urusan perdagangan menjadi bebas tanpa terikat dengan akta-akta penting yang digunakan di Malaysia seperti undang-undang halal dan sebagainya, maka secara automatisnya budaya-budaya neagara tersebut juga akan datang bersama.

Salah satu proses Islamisasi ialah usaha penyediaan iklim Islamiah dalam kehidupan ummah bagi memungkinkan berlakunya proses pembudayaan yang sihat. Tegasnya suatu gerakan normalisasi budaya perlu dilancarkan untuk membendung arus pencemaran budaya yang kian menggila dan bakal menggila-gila. Merebaknya unsur-unsur budaya sensate- budaya disko dan kasino, budaya hedonism materialis, budaya karya-karya erotis dan porno, budaya video lucah dan sebagainya adalah barah-barah budaya yang ganas dan mencemaskan. Yang membimbangkan  ialah kesan yang akan menimpa generasi muda yang mana golongan inilah yang bakal menerima natijah daripada dasar yang digadaikan oleh pemimpin Negara pada hari mendatang.

Kita telah melihat kesan negatif globalisasi dan hari ini dan nampaknya kita terpaksa menggunakan globalisasi sebagai medan Islamisasi, dakwah dan tarbiyyah sebagai peluru balas dek tuntutan agar dimensi kemanusiaan disepadukan dengan teknologi. JA Scholte (2002) dalam bukunya telah menyimpulkan globalisasi sebagai internasionalisasi, globalisasi sebagai liberasi, globalisasi sebagai universalisasi, globalisasi sebagai westernisasi atau modernisasi (lebih banyak dalam bentuk Americanised) dan globalisasi sebagai penghapusan batas-batas territorial (atau sebagai persebaran supra-teritotorialitas).

Adakah kita ingin mencari solusi lain untuk melakukan Islamisasi setelah kita menyesali kerana tidak melakukan proses pencegahan awal? TPPA yang bakal ditandatangani ini tiada bezanya dengan globalisasi yang telah kita lalui. Malah ia lebih teruk kerana terikat dengan perjanjian. Saat ini, generasi muda sepertinya kehilangan akar budaya dan jati diri bangsa. Pembaratan sedikit sebanyak mencabut nilai-nilai agama dan budaya tempatan, generasi muda lebih seronok dengan budaya hedonis daripada berdiskusi mengenai masalah Umat.

TPPA melalui bab Harta Intelek (Intellectual Property Chapter) dan Isu Hakcipta (Copyright) yang semakin ketat untuk Malaysia dan semakin mudah untuk negara seperti Amerika akan memudahkan mereka menguasai  penerbitan, ICT dan juga hiburan. Umum mengetahui, filem Hollywood tidak terlepas daripada adegan-adegan lucah kebanyakannya. Tambahan pula, Amerika Syarikat adalah pengeluar porno terbesar dunia.

Apabila perdagangan bebas ini berlaku dan tiada lagi terikat dengan undang-undang penapisan Malaysia, ia akan menjadi mudah bagi Amerika Syarikat membawa masuk ke Negara kita. Tidak dinafikan ia sememangnya sudah merebak ke dalam negara sudah lama. Cuba bayangkan pula dengan keterikatan perjanjian yang dikawal oleh mereka, pasti ia akan semakin menggila.

Hal ini kerana apa yang menjadi kebimbangan Amerika Syarikat sekarang ialah kekangan perdagangan (Technichal Barrier to Trade) seperti undang-undang halal, lembaga penapisan filem, Wajib Tonton dan sebagainya. Antara lain ialah untuk memasarkan produk mereka seperti ayam dan daging. Jika nanti sudah tiada sekatan, maka dengan mudah untuk mereka membawa makan tidak halal dan ia akan mendominasi syarikat-syarikat kecil di Malaysia.

Maka, kesucian undang-undang halal nampaknya akan dikuasai undang-undang drakonian ini. Begitulah putarannya, dari budaya ke ekonomi dan seterusnya dari ekonomi ke budaya pula. Akibatnya dunia sekali lagi akan di ‘Amerika’kan dari segi budayanya, tetapi Amerika enggan dimanusiakan moralnya (…, the world is becoming Americanized culturally, but America is refusing to be humanized morally) seperti mana yang dikatakan oleh Naisbitt dalam bukunya.  Sejarah telah membuktikan tiada satu negara pun yang pernah mengadakan perjanjian dengan Amerika yang untung. Mengapa Malaysia harus menandatangani TPPA kali ini?

Demi menyelamatkan generasi muda dan demi keberhasilan Islamisasi tugas ini harus digarap segera dalam rangka melaksanakan perintah amar makruf nahi munkar – dua kewajipan kembar yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Justeru, usaha untuk memberi mesej pada pemimpin negara harus digerakkan supaya mereka sedar bahawa nasib generasi muda bakal tergadai. Usah jahanamkan masa depan generasi keturunan dengan sebuah perjanjian. Nampaknya tekad politik (Political Will) yang lebih kental masih terus diperlukan kalau proses Islamisasi ini benar-benar suatu tekad yang serius dan bukan sekadar acah-acah mainan politik. Kesediaan untuk memanfaatkan segala kebaikan dan kebudayaan lain harus diimbangi dengan kesedaran jati diri dan kewaspadaan terhadap segala bahaya. Kebudayaan Melayu Islam harus menjadi kebudayaan yang kuat untuk memungkinkan berfungsi sebagai wahana kebangkitan umat.

Azizan Bin Ajiji
Exco Penerangan PKPIM


Rosnah Mohd Noor meninggal dunia
  • Rosnah Mohd Noor
1 / 1
PELAKON popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Beita itu dimaklumkan rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak.
 
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.
 
"Kami sedang berbincang," katanya lapor mStar Online.
 
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
 
Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
 
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
 
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
 
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
 
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
 
 
Pasangan kekasih dicekup berpelukan atas katil
  • Pasangan kekasih dicekup berpelukan atas katil Pasangan yang dicekup penguat kuasa ketika berdua-duaan dalam bilik.
1 / 1
DUNGUN - Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.

Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.

Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.

Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.

Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.

Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim.

Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.

Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.

Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.

Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Ibu tunggal kena cekup
  • Ibu tunggal kena cekup Beberapa pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah menjalankan pemeriksaan di sebuah premis di bandar Jertih.
1 / 1
BESUT– Dua individu termasuk seorang wanita ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan secara terbuka di tempat awam pada bulan Ramadan serta menjual makanan kepada orang Islam tidak berpuasa, kelmarin.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ibu tunggal berusia 40-an itu diberkas di rumahnya di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut oleh sepasukan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut setelah mendapat maklumat orang awam.

Menurutnya, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita terbabit dipercayai sedang menjual nasi bungkus kepada beberapa pelanggan di rumahnya.

“Bagaimanapun, penguat kuasa gagal memberkas pelanggan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa, sementara wanita terbabit ditangkap dan sebanyak 10 bungkus nasi turut dirampas," katanya.

Menurut Azmi, pihaknya telah melakukan intipan selama beberapa hari sebelum menyerbu rumah wanita terbabit.

Katanya, wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 19(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syarie (takzir) negeri Terengganu kerana tidak menghormati bulan puasa (menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa).

Sementara itu katanya, dalam operasi yang turut disertai Penguat kuasa Majlis Daerah Besut itu, pihaknya menahan seorang lelaki beragama Islam berusia 56 tahun di dalam sebuah kedai milik lelaki bukan Islam pada jam 10 pagi, hari yang sama.

“Lelaki terbabit ditahan selepas anggota penguat kuasa yang menyerbu kedai tersebut mendapati dia menghisap rokok di situ dan akan didakwa di bawah Seksyen 19 (b) enakmen yang sama kerana tidak berpuasa,” katanya.

Azmi berkata, tangkapan tersebut yang pertama sepanjang Ramadan ini dan pihaknya akan melakukan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan bagi menjaga kesucian Islam.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 10 premis membabitkan premis perniagaan dan rumah termasuk sebuah rumah di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih diperiksa.
Artis dicekup tidak puasa
  • Artis dicekup tidak puasa Pelakon wanita yang dicekup bermain mahjung di sebuah bilik VIP di pusat siber di Bandar Puteri, petang semalam.
1 / 1
PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.

Tiada ulasan: