Khamis, 1 Ogos 2013

SEGALA TINDAKKAN ADA RASIKO...MAKA TANGGUNGLAH...MAKA ALLAH PENENTU HUKUMAN PATUT KITA DAPAT DIDUNIA ATAU DIAKHIRAT

Turki gantung 27 perjanjian dengan Mesir

Harakahdaily, 31 Jul 2013


KUALA LUMPUR: Kerajaan Turki semalam menyerlahkan lagi pendirian tegas mereka menentang rampasan kuasa di Mesir apabila bertindak menggantung sebahagian besar perjanjian yang termeterai antara Ankara dengan Kaherah.

Beberapa buah akhbar Turki semalam melaporkan, pengantungan itu melibatkan sejumlah 27 perjanjian berkaitan perhubungan dua hala, pengajian dan kesihatan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Tayyib Erdorgan sewaktu lawatan beliau ke Mesir tahun lepas.

Difahamkan keputusan tersebut diambil Turki sebagai protes berterusan terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Ianya juga ekoran insiden terbaru serangan polis Mesir pada pagi 27 Julai lalu yang menyebabkan kematian 200 orang penyokong Morsi dan ribuan lagi cedera.

Tindakan tegas itu menyusul selepas ucapan Erdorgan pada petang Ahad lalu ketika menghadiri majlis jamuan berbuka puasa di bandar Istanbul yang mengecam "pembunuhan yang membunuh 200 orang" dan berkata, "Kita tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku di Mesir."

Erdogan sebelum ini antara pemimpin Islam yang lantang menolak kerajaan sementara lantikan tentera Mesir dan menganggap Morsi masih Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat.

Mesir: Tunjuk perasaan Ikhwan tak lagi perlu
8:52AM Ogos 1 2013
Kerajaan sementara Mesir pada Rabu berkata, mereka akan mengambil langkah yang perlu bagi menangani 'keganasan' daripada bantahan berterusan Ikhwanul Muslimin di Kaherah.

Pihak berkuasa mengisytiharkan tindakan itu sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak lagi boleh diterima, lapor Reuters.

"Kabinet memutuskan akan mengambil langkah yang perlu bagi berdepan dengan risiko ini dan memastikan mereka sampai ke penghujungnya," kata kenyataan yang disiarkan melalui televisyen tempatan.

Menteri dalam negeri juga diarahkan mengambil langkah yang perlu bagi menangani perkara itu berpandukan undang-undang.

Sementara itu, pihak berkuasa juga merujuk pemimpin Ikhwan dan dua pegawai kanan yang terlibat dengan pergerakan itu ke mahkamah atas tuduhan menghasut keganasan.

Langkah terhadap Mohammed Badie, tokoh utama Ikhwan, dan dua lagi itu dilihat bakal menyemarakkan ketegangan antara kumpulan Islamis dan tentera - yang menggulingkan presiden Mohamed Mursi daripada tampuk kekuasaan pada 3 Julai lalu.
Rampasan kuasa tak pernah janjikan harapan

ULASAN Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk kekejaman yang dilakukan pihak tentera Mesir ke atas peserta demonstrasi aman yang telah mengorbankan 200 peserta dan mencederakan 4,500 yang lain pada waktu Subuh, 27 Julai lalu.

Keadaan yang amat membimbangkan ini dikhuatiri akan berlanjutan kerana amaran yang diberikan pihak tentera kepada peserta demonstrasi aman, sama ada pulang ke rumah, atau hadapi kekerasan tentera.

Mesir sedang melalui suatu pencabulan terhadap prinsip demokrasi pilihan raya dan keadaan yang membimbangkan ini juga dikhuatiri mematikan semangat dan tuntutan asal revolusi 25 Januari lepas.

Melihat keadaan semasa, penyokong kuat Dr Mursi tidak akan berganjak dari Medan Rabaah, melainkan tentera mengembalikan Dr Mursi ke jawatan asalnya.

Pada 30 Julai (kelmarin), diadakan "Himpunan Jutaan Syuhada", perarakan besar-besaran bagi mengutuk kekejaman tentera dan mengembalikan Dr Mursi.

Mereka juga akan mengadakan perarakan dan himpunan secara aman ke semua ibu pejabat polis di wilayah-wilayah selepas solat tarawih.

Ia bagi menyatakan bantahan kepada tindakan polis melepaskan tembakan sesuka hati kepada rakyat yang keluar secara aman.

Dalam keadaan ini, masyarakat dunia harus terus dididik dengan situasi semasa yang berlaku di Mesir, bahawa, rampasan kuasa tidak pernah menjanjikan suatu harapan yang baik buat masa depan politik negara.

Hantar wakil OIC


Tekanan harus diteruskan, melalui demonstrasi aman, menghantar memo bantahan rasmi berhubung apa yang berlaku. Dan melakukan ketegasan dari sudut diplomatik dengan tidak mengiktiraf kerajaan Mesir yang dibentuk sekarang (kerajaan perampas kuasa pimpinan Jeneral as-Sisi).

Tekanan yang paling kuat harus datang dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), dengan menggunakan senjata paling ampuh, iaitu dengan membatalkan bantuan ketenteraan dan tidak mengiktiraf kerajaan sementara sehingga Dr Mursi dan beberapa pimpinan Ikhwanul Muslimin dibebaskan.

EU mengambil langkah ke hadapan dengan menghantar wakil mereka, ketua hal ehwal tertingi politiknya Cathrine Ashton bertemu dengan Presiden Mursi untuk meninjau lebih dekat kemelut politik Mesir.

Seharusnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) turut melakukan perkara yang sama dalam kadar segera dengan menghantar pemerhati atau wakil mereka untuk memantau situasi semasa.

Tentera harus membebaskan Presiden Mesir yang sah, Dr Mursi dan beberapa pimpinan kanan Ikhwanul Muslimin secepat mungkin dan menghentikan segera operasi pembunuhan dan penangkapan politik bagi meredakan kemarahan rakyat di Dataran Rabaah.

Tentera seharusnya menyahut seruan ini kerana terbukti himpunan dilangsungkan secara aman. Ini juga suatu janji daripada pihak demonstran.

Kembalikan Perlembagaan 2012

Selepas pembebasannya, Dr Mursi perlu menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada sebuah kerajaan sementara yang baru berdasarkan perlembagaan Mesir pindaan 2012.

Kerajaan sementara perlu membincangkan perihal pilihan raya parlimen. Selepas pilihan raya, kerajaan baru akan mengadakan pilihan raya presiden berdasarkan perlembagaan.

ABIM suka menegaskan bahawa pilihan raya ini tidak seharusnya dikendalikan oleh pihak tentera yang merampas kuasa.

Pakar perlembagaan Dr Toriq Bishri berkata, waktu ini tidak ada penyelesaian lain kecuali mengembalikan perlembagaan 2012 yang digantung oleh tentera pada 3 Julai yang lalu.

Seorang lagi tokoh pemikir Islam, Dr Mohammed 'Imarah yang turut serta dalam cadangan ini berkata, musibah besar bagi tentera Mesir kerana sibuk di lapangan politik berbeza dengan negara-negara maju yang lain.

"Anda tahu kenapa Mesir ini mundur, faktornya kerana tentera suka melibatkan diri dalam pertembungan politik."

Rakyat Mesir dari pelbagai aliran politik dan ideologi harus memberikan kerjasama penuh terhadap situasi ini, kerana kesatuan rakyat akan memberi jaminan terhadap transisi demokrasi yang berkesan.

Perkara yang paling penting ialah menyelamatkan masa depan politik dan sistem demokrasi Mesir serta mengelakkan pertumpahan darah yang berterusan.

Justeru ABIM tegas mendesak tentera membebaskan Dr Mursi dan mengembalikan jawatan beliau dengan serta merta bagi membolehkan beliau mengadakan pilihan raya segera dan bukan bawah kendalian tentera.


JUFITRI JOHA naib presiden (antarabangsa) ABIM.
Antara sup babi dan video anjing

ULASAN Ramadan kali ini meriah dalam kegelisahan kaum dan keagamaan. Satu demi satu isu kaum dan keagamaan muncul menjadi tatapan harian kita.

Ramadan kali ini datang bersama barakah yang "baru" -- anjing, bilik persalinan dan sup babi. Ia disambut dengan sup dan, seminggu menjelang Aidilfitri, diakhiri dengan anjing.

Di tengah-tengahnya ada ruang makan di tempat mandi!

Dua haiwan ini pula simbolisme yang paling mengerikan orang Melayu di negara kita, yang semuanya dipaksa dan terpaksa menghayati Ramadan.

Sama ada wajar atau tidak kengerian itu, simbolisme itu menggugah keyakinan kita pada keharmonian masyarakat yang selama ini mendabik dada sebagai "jamak budaya".

Di awalnya, Melayu rasa tergugat angkara pasangan bukan Islam. Kemudian orang bukan Melayu pula gelisah dengan keputusan guru besar Islam.

Benar atau salah, kedua-duanya ditanggap sebagai isu antara kaum dan antara agama.

Namun di hujung Ramadan, orang Melayu dihadapkan dengan persoalan yang lebih serius, mendasar dan memakan diri mereka sendiri.

Garis keras Dr M atau transformasi?


Ibaratnya, orang Melayu dipaksa menatap wajah hodoh diri sendiri di cermin yang retak.

Timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin-lah orang pertama yang terpandang wajah hodohnya sendiri apabila mengaitkan insiden "menghina agama" dengan orang bukan Melayu!

Dalam insiden pasangan Alvivi bersama bah kut teh mereka, orang Islam boleh menyalahkan kaum lain.

Kebetulan "kaum" itu pula ada signifikasi politik dalam konteks pilihan raya umum ke-13 -yang selama ini sudah bergelumang dengan kecemburuan ekonomi Melayu.

Tetapi isu video anjing dan takbir raya bukan lagi isu antara kaum atau antara agama; ia sudah menjadi isu dalaman Melayu dan juga, barang kali, isu antara Melayu dan anjing-anjingnya!

Semua itu pula datang dalam semangat politik pasca pilihan raya umum dan keresahan aliran berhaluan kanan untuk menterbalikkan apa sahaja projek transformasi perdana menteri.

Empat tahun selepas itu, pentadbiran Najib Abdul Razak sedang meniti hari-hari krisis besar dalam hidupnya: sama ada beliau akan menjejak garis-garis keras Dr Mahathir Mohamad atau kekal dalam projek transformasinya.

Barang perlu diingat, Dr Mahathir bermula pada 1981 dengan harapan, keterbukaan dan imej bersih. Pada pilihan raya umum setahun selepas itu, beliau melancarkan slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah' (BCA).

Seperti Najib, Dr Mahathir juga membebaskan tahanan ISA.

Tergendala disergah PERKASA

Seperti Najib yang mahu meraikan kegelisahan kaum bukan Melayu dan penghuni kota; Dr Mahathir juga mahu merayakan tuntutan kaum Islamis dengan universiti dan bank Islam.

Tokoh Islamis waktu itu Anwar Ibrahim menyertai kerajaannya.

Namun sepenggal pentadbiran Dr Mahathir selepas pilihan raya umum 1982 hingga 1986 dipenuhi skandal demi skandal kewangan dan disulami kebejatan politik demi kebejatan politik, termasuk kehancuran Umno.

Kemuncaknya kini sudah terpampang: Operasi Lalang 1987, krisis kehakiman 1988, krisis dengan istana pada awal 1990-an dan diakhiri dengan krisis dengan timbalannya Anwar pada penghujung dekad itu.

Pembolotan sumber ekonomi dan pemusatan kuasa yang dipagari undang-undang kawalan yang sangat ketat - yang tidak pernah dilakukan oleh tiga perdana menteri sebelumnya.

Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn gelisah dan membantah Dr Mahathir. Tidak seperti nasib mantan perdana menteri itu, Najib berdepan dengan Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi yang setia bersamanya.

Najib bersama gerombolan elit berkuasa Umno, Melayu haluan kanan dan sendi utama pentadbirannya kini - jika tidak diawas-awas - sedang menyusun gerak politik "Mahathir 2.0"!

Dokumen ekonomi Najib yang digelar Model Ekonomi Baru (NEM) sudah lama tergendala. Gara-gara sergahan PERKASA, organisasi hingusan yang dipayungi Dr Mahathir, Najib tidak sanggup meneruskannya.

'Demokrasi terbaik' yang berantakan

Nasib dasar ini sama dengan projek Hadhari Abdullah. Hanya gah dengan suruhanjaya diraja memperbaiki polis tetapi kecut untuk melaksanakan IPCMC, badan pemantau bebas yang disarankan untuk suruhanjaya itu.

Gertakan Bukit Aman dan sergahan Pemuda Umno menghanyutkan terus mimpi IPCMC Abdullah.

Kini, apa sahaja yang cuba ditonjolkan sebagai "demokrasi terbaik dunia" bawah Najib sedang berantakan satu demi satu.

Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ingin dikembalikan atas alasan kawalan jenayah dan keresahan antara kaum.

Akta Hasutan yang ingin dimansuhkan hanya sampai di halkum. Akta Perhimpunan Aman tidak menjamin kebebasan berkumpul dan Internet pula kini dipermasalahkan.

Di simpang inilah, tiba-tiba perjalanan Najib dihantui insiden tembakan, rompakan berprofil tinggi, sup babi dan video anjing. Semuanya bergentayangan di kelopak matanya!

Sejak April 2009, pentadbiran Najib sedang meniti krisis besar dalam hidupnya: sama ada beliau akan menjejak garis-garis keras Dr Mahathir atau kekal dalam projek transformasinya.

Tepuk dada Najib, tanya siapa?

Seorang anggota sidang pengarang Malaysiakini, FATHI ARIS OMAR sentiasa mencurigai pihak berkuasa sebagai "the necessary evil".

'Video anjing bukan jenayah, hanya provokasi sosial'
9:59AM Ogos 1 2013
Kartunis terkenal Zunar hari ini mengutuk penahanan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan selepas memuat naik video hari raya yang menampilkan anjing.

Menurutnya, menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dengan video itu bukan satu jenayah, sebaliknya sekadar provokasi sosial.

independent cartoonist group zunar"Penahanan ini mengklasifikasikan Maznah sebagai seorang penjenayah, sekali gus menafikan hak asasi dan hak bersuara beliau," kata pelukis kartun satira politik itu.

Maznah akan disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Dalam kenyataannya hari ini, Zunar (atas) berkata, dalam sesebuah karya satira kreatif, menyinggung pihak-pihak tertentu dalam menyampaikan mesej tidak dapat dielak dengan syarat pengkarya bersedia menerima kritikan balas.

"Sehubungan itu, sesiapa saja bebas mengkritik Maznah, dan saya percaya beliau bersedia menerima kritik balas dan dia telah pun memberi penjelasannya.

"Ini selari dengan sebuah budaya perdebatan positif yang berlandas hujah dan akal sihat," katanya.

Mengambil contoh daripada sirah Rasulullah, Zunar mengingatkan, Nabi Mohamad sendiri sentiasa berhadapan provokasi dan mengambil tindakan bijaksana menghadapinya tanpa perlu menggunakan kekerasan.

Maznah jurulatih anjing akan dihantar ke Segamat

Jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof akan dihantar ke ibu pejabat polis daerah Segamat pagi ini bagi melengkapkan siasatan terhadapnya kerana memuat naik video menampilkan anjing dan ucapan hari raya.

Peguamnya N Surendran berkata, Maznah bagaimanapun bermalam semalaman di lokap Jabatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana, Kuala Lumpur.

Surendran berkata, polis memberitahunya, Maznah akan dihantar di bandar di Johor itu kerana laporan polis dan siasatan dibuat di sana.

Maznah akan disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

"Kami jangkakan polis akan memohon reman pagi esok (pagi ini) dan kami menyusun pasukan peguam untuknya di sana," kata Surendran ketika dihubungi tengah malam tadi.
Polis tahan jurulatih anjing isu video hari raya
5:38PM Jul 31 2013
Polis hari ini menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing.

Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.

Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan," katanya.

Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.
Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam.
Jurulatih anjing nafi hina Islam dalam video

Individu yang melakonkan aksi sambutan hari raya bersama anjing dalam satu video kontroversi menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.
Maznah Mohd Yusof, 38, ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir.

NONE“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya, yang dibuat tiga tahun lalu," katanya.

Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.

Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan.

“Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz berkata jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walau mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing.

"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?

"Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee... sebab pada awalnya, mereka yang menonton video tersebut menyangka saya seorang Cina,” katanya.

Beliau merujuk kepada pasangan blogger seks yang didakwa ekoran satu video didakwa menghina Islam.







Jenazah Dr Muhammad As Sayyed Ismail Al Azhari seperti hidup dan wangi

Saksi tukang mandi jenazah Asy Syahid Dr Muhammad As Sayyed Ismail Al Azhari :

Dari dalam biliik mayat sedang kami memandikan jenazah saudara kami Asy-Syahid Muhammad Sayyed Ahmad seorang imam di Majis Al Firdaus di Iskandariyah yang telah syahid akibat tembakan empat peluru yang dilepaskan oleh samseng pihak polis di hapadan pentas.

Aku bersumpah demi Allah semasa aku memandikan jenazah beliau, beliau kelihatan seolah-olah masih hidup bersama kami dan darah masih mengalir dari tubuhnya dan baunya sangat harum. Bergembiralah wahai si syahid.

Cukuplah Allah sebaik-baik penolong.


Sumber : شبكة نبض الاخوان
‪#‎mesirkini‬


Ugut: Ketua Syiah lapor polis
  • Ugut: Ketua Syiah lapor polis Abdullah (tengah) bersama pengikut Syiah Kedah menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Pendang jam 10.30 pagi semalam
1 / 1
PENDANG – Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Amirul Roshid berkongsi gambar dan maklumat mengenai dirinya dalam Facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia.

“Pemilik akaun tersebut telah menuduh saya seorang yang sangat aktif menyesatkan masyarakat Kedah khususnya pemuda-pemudi Kedah dan menghasut masyarakat supaya membenci orang Islam lain yang mengamalkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah," katanya.

“Saya memandang bahawa tuduhan ini adalah amat berat dan sesama sekali tidak berasas. Ingin saya tegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana tidak menepati realiti dan saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam-peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pendang.

Abdullah berkata, beliau menyedari ancaman itu pada Ahad lalu daripada seorang rakan yang membuka akaun laman sosial tersebut.

“Selain ancaman di laman sosial, saya juga pernah menerima ugutan melalui panggilan telefon dua minggu lalu dengan mengatakan ‘Awas ketua Syiah, kami nak hancurkan Syiah’ dengan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali’.

“Nombor telefon itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor peribadi,” katanya.


Peragut dibelasah, terima padah
  • Peragut terima padah Diki Ruzaidy menundukkan kepalanya bagi mengelakkan gambarnya dirakam ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.
1 / 1
KUANTAN - Perbuatan seorang penganggur bersama rakannya yang melakukan jenayah ragut di bulan Ramadan tanpa mempedulikan kesucian bulan itu membawa padah apabila dia tertangkap dan dibelasah orang ramai pada 17 Julai lalu.

Hukuman atas perbuatannya itu bukan sekadar kesakitan akibat dibelasah suami mangsa, sebaliknya, tertuduh, Diki Ruzaidy Abu Khalid, 25, dari Felda Triang 1, Bera terpaksa juga melupakan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini selepas dia dihukum penjara tiga tahun berserta satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah di hadapan Hakim Fathiyah Idris selepas dihadapkan ke mahkamah itu atas tuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Keputusan hukuman ke atas tertuduh dibuat secara dalam kamar dan hukuman penjara tiga tahun itu bermula dari tarikh dia ditangkap.

Rakannya yang berjaya meloloskan diri selepas kejadian terlepas namun kini menjadi buruan polis.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin, tertuduh bersama seorang rakan yang masih bebas didakwa secara bersama meragut rantai emas milik seorang kerani wanita berusia 40 tahun.

Mereka didakwa melakukan jenayah itu ketika berada di lorong belakang bangunan kedai di Jalan Wong Ah Jang di sini kira-kira jam 10.05 pagi, 17 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh yang membonceng motosikal meragut rantai mangsa hingga putus sebelum menolak wanita terbabit hingga jatuh.

Kejadian disedari suami mangsa yang berada dalam sebuah kedai sebelum meminta bantuan orang ramai mengejar tertuduh dan rakannya yang cuba melarikan diri.

Nasib tertuduh agak malang apabila motosikal yang dinaiki terjatuh menyebabkan dia berjaya dicekup manakala rakannya sempat melepaskan diri.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di leher dan siku bagaimanapun rantai lehernya berharga kira-kira RM800 berjaya ditemui kembali.

Tertuduh yang cedera akibat dibelasah diserahkan kepada polis manakala motosikal yang digunakan didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Warga emas dicekup keadaan bogel
  • Warga emas dicekup keadaan bogel Pelanggan yang dicekup berbogel kelam kabut mengenakan pakaian semula.
1 / 2
SUBANG JAYA – Tidak padan dengan usia mereka yang sudah layak bergelar datuk, tiga lelaki lingkungan umur 50 hingga 60 tahun leka mendapatkan khidmat urutan batin di sebuah rumah urut di SS15, dekat sini.

Aktiviti tidak bermoral terbabit bagaimanapun terbantut apabila Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Ketika diserbu, pengunjung tua berkenaan sedang leka diurut dalam keadaan berbogel oleh tukang urut warga China berusia lingkungan 30-an.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas aduan pihaknya kemudian melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke rumah urut berkenaan.

Menurutnya, premis didapati mempunyai lesen sah daripada pihak majlis bagi menjalankan perniagaan bekam namun pengusaha melanggar syarat-syarat ditetapkan.

Katanya, pengusaha premis menawarkan khidmat seks dan urutan batin kepada pelanggan.

“Sebaik diserbu, anggota mendapati beberapa pelanggan sedang berbogel dan kesemua mereka berlari untuk memakai pakaian semula,” katanya.

Beliau berkata, majlis merampas peralatan urut dan menutup premis di bawah UUK 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat sekatan lesen dikeluarkan MPSJ.

Sementara itu, ketika serbuan dilakukan, seorang pelanggan pusat urut berkenaan didapati cuba menimbulkan kekecohan dengan bertindak memarahi pegawai MPSJ yang mengambil tindakan.

Kekecohan itu kemudian beransur reda apabila anggota penguat kuasa dan penjaga premis cuba menenangkan pelanggan berkenaan. Operasi berkenaan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 16 anggota.

Pemimpin Yang Diberi Balasan Di Dunia



balasan-pemimpin-zalim
Sedang dia berada di hotel Park yang berhadapan dengan masjid, muazzin telah mengumandangkn azan. Lantas dia berkata kepada org yg disekelilingnya (dengan nada menghina): “Siapa yang kata kita ni terkenal? Kita tak terkenal pun. Kalian lihatlah kepada Lelaki ini (Nabi SAW). Macam mana dia tak terkenal kalau dah namanya diulang di seluruh penjuru alam? Hancurkan jer menara masjid tu!”
BALASAN SU’UL KHATIMAH DAN BALA YANG MENIMPANYA
Akan tetapi dia mendapat Su’ul Khatimah.
Ataturk sangat takut akan kesihatan dirinya maka oleh sebab itu dia telah mengarahkan para doktor yang pakar-pakar untuk merawatnya. Lebih menyedihkan lagi dia tidak tidak menyedari bahawa dirinya telah mengidap penyakit hati sehinggalah ia mencapai tahap yang sangat kritikal. Ini bala yang pertama tetapi sangat azab dirasakannya.
Tidak cukup dengan itu Allah menghinakan lagi dengan penyakit siflis hasil dari tabiat terkenalnya yang suka berzina.
Dan ketika matinya Allah membalakan dia dengan serangga kecil yang tak dapat dilihat dengn mata yang menyebabkan dia gatal-gatal satu badan dan kerja menggaru jer dan setelah dikaji, semut aneh dan berbisa ini tidak wujud melainkan hanya di China. Lihatlah bagaimana Allah menghantar semut yang Di China ke Turki untuk menghinakan musuhnya. Dan beliau menderita seperti itu selama 2 tahun sehingga akhir ajalnya!
sumber: dairishare.blogspot.com

Tiada ulasan: