Jenayah: Sokong undang-undang Islam diperkenal
Harakahdaily, | 02 Ogs 2013 |
Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, sudah tiba masanya undang-undang Islam diperkenal ekoran terbukti bahawa sistem perundangan yang digunapakai sekarang ini gagal untuk membendung masalah jenayah.
"Inilah yang dikatakan kegagalan sistem perundangan yang dianuti para pemimpin negara dari dulu sehingga kini. Walaupun perlabagai akta digubal dan diperkenalkan, namun ianya tidak mampu membendung kejadian-kejadian jenayah ini.
"Sudah tiba masanya bagi para pemimpin negara kembali ke landasan yang sebenar. Kembalilah kepada perintah Allah SWT. Sistem perundangan Islam ini adalah undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT. Hukum-hukum yang terkandung di dalamnya adalah sesuai untuk semua manusia," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan kelmarin agar kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang syariat Islam ekoran terlalu kerap kes jenayah berlaku sejak akhir-akhir ini.
Mengulas lanjut, Kamaruzzaman berkata, sejarah negara ini telah membuktikan bahawa undang-undang Islam mampu dilaksanakan dalam masyarakat majmuk dan berbilang agama seperti ditunjukkan dalam sejarah Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
"Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Kedua-dua hukum ini mengambil contoh kepada undang-undang Islam. Hasil perlaksanaan kedua-dua hukum inilah, Melaka telah melalui zaman kegemilangannya iaitu menjadi pusat perdagangan dan juga menjadi pusat penyebaran agama Islam di nusantara.
"Bahkan bahasa Melayu ketika itu menjadi 'lingua franca'. Kegemilangan Melaka adalah disebabkan perlaksanaan syariat Islam yang menjadi tunjang kepada undang-undang Melaka ketika itu," katanya.
Harga gas memasak naik, PAS tuntut penjelasan
Salmiyah Harun, | 02 Ogs 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung surat pekeliling yang memaklumkan berlakunya kenaikan harga gas memasak berkuatkuasa hari ini.
Surat pekeliling tersebut kini diedarkan melalui laman Facebook dan ditujukan kepada pemborong, penjual dan pelanggan gas Petronas turut memberitahu alasan mengapa kenaikan itu berlaku.
Jika benar kenaikan gas memasak berlaku berdasarkan pekeliling itu, Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan ianya sangat tidak wajar dalam suasana pengguna yang cukup tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang mutakhir ini.
Apatah lagi katanya, alasan kenaikan gas kerana selaras dengan gaji minimum RM900 untuk setiap pekerja swasta sepertimana yang tercatat di pekeliling itu adalah sangat tidak munasabah.
"Alasan tidak munasabah, macam mana dengan orang yang bekerja di kampung dan bekerja sendiri, mereka tidak ada kenaikan gaji minimum. Saya fikir satu tindakan yang tidak wajar," katanya kepada Harakahdaily.
Kenaikan ini juga katanya, akan memberi kesan kepada pengguna khususnya musim perayaan sekali gus membuatkan beban pengguna semakin membesar.
Justeru, beliau meminta kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) campur tangan dan pihak Petronas untuk memastikan tarik balik pekeliling tersebut dan kembalikan kepada harga asal.
TPPA dan masa depan negara
Muhammad Hafiz Bin Mansor, | 02 Ogs 2013 |
"This TPPA threatens the future of New Zealand as an independent nation, and yet we are not allowed to know what is on the table for discussion. That is correct; the text of the agreement will only be released after it is done and dusted."
Kebimbangan utama yang disuarakan di negara-negara yang terlibat dengan rundingan TPP hampir sama iaitu tentang kerahsiaan kandungan perjanjian, apatah lagi kandungannya hanya boleh didedahkan selepas 4 tahun.
Gary Horlick, seorang peguam dari AS menyebutkan;
"This is the least transparent trade negotiation I have ever seen."
Perunding yang mewakili negara masing-masing perlu menandatangani 'Memorandum of Understanding' yang menegah mereka untuk mendedahkan isi kandungan perjanjian sehinggalah 4 tahun berikutnya selepas perjanjian ini dimeterai.
Selepas kegagalan AS dalam menentukan hala tuju agenda dalam perjanjian perdagangan World Trade Organization (WTO) dan North American Free Trade Agreement (NAFTA) pada era 1990, AS sebagai kuasa besar dunia menggunakan 'jalan' TPP ini untuk meluaskan pengaruh ekonominya.
Saya tidak menolak kemungkinan ini adalah antara usaha AS untuk memperluaskan kuasa ekonomi kapitalisnya yang sudah terjejas teruk sama ada datang dari kelemahan sistem kapitalis itu sendiri mahupun dari persaingan ekonomi sosialis-komunis dan kemudian dengan gelombang kebangkitan ekonomi Islam (selepas era pendemokrasian Gerakan Islam).
Justeru, tidak mustahil mengapa kandungan perjanjian ini tidak boleh didedahkan kepada umum. Banyak perkara yang berada di luar kerangka perbincangan TPP ini yang perlu diteliti dan diperhalusi, bukan hanya melihat kepada isi kandungan perjanjian semata-mata. Siapa yang tidak kenal dengan kelicikan AS dalam menggerakkan agenda sulitnya?
Meskipun keterangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tentang ketelusan kerajaan untuk memastikan masa depan negara lebih terjamin dengan TPP, ia tidak cukup untuk melegakan hati rakyat Malaysia.
Selagi mana isi kandungan perjanjian tidak dibahaskan hingga ke akar umbi, selagi itu tidak ada ruang untuk rakyat menerima perjanjian TPP.
Muhammad Hafiz Bin Mansor,
Pengarah Operasi,
Institut Pemikiran Fadzil Noor (INFO).
Peliharalah aib orang lain
Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, | 02 Ogs 2013 |
TAHASSUS
(mengendap mencari rahsia dengan mata dan telinga) dan tajassus
(mencungkil rahsia buruk seseorang), kedua-duanya ditegah oleh Islam.
Kecuali berlaku jenayah dalam negeri dan seseorang itu ditugaskan oleh pihak berwajib menyiasat bagi membasmi jenayah tersebut.
Pegawai khas yang ditugaskan untuk menyiasat jenayah itu mestilah melakukan tugasnya, berhak untuk bertanya sesiapa jua untuk mencari punca jenayah tersebut. Hingga jenayah dan penjenayah dapat dibasmi dalam negeri.
Bertugas menyiasat berbeza dengan orang yang mengintip dan mencari keburukan orang lain, tugas yang dipikulkan seorang pegawai penyiasat mengharuskan dia berbuat sesuatu yang melibatkan pengintipan rahsia (tajassus).
Jika tidak berbuat demikian maka jenayah tidak mungkin dapat dibasmi, rakyat sentiasa bimbang dengan meningkatnya kadar jenayah.
Ada perbezaan yang nyata antara mencungkil rahsia untuk memuaskan nafsu dengan petugas khas mencari punca rahsia untuk membasmi jenayah. Justeru pegawai berkenaan apabila menjalankan penyiasatan tidak boleh berat sebelah.
Ini kerana ia mendatangkan ketidakadilan, sedangkan tugasnya menghendaki yang didapati bersalah untuk dihukumkan salah, yang tidak bersalah segera dibebas. Jika berat sebelah dalam penyiasatan mungkin akan berlaku kezaliman. Orang yang bersikap seolah-olah tidak tahu keaiban orang secara personal, tidak menceritakan kepada pihak lain adalah tanda orang itu beragama.
Orang beragama itu bukan saja dia mempunyai banyak ilmu, tetapi berperangai murni kerana tidak mencerita dan mendedahkan keburukan orang.
Ketahuilah sesungguhnya tidak sempurna iman seserorang itu, selagi dia tidak sayang kepada kawannya apa jua perkara yang ia sayang untuk dirinya.
Inilah pedoman hidup di dunia supaya hubungan manusia jadi baik dan harmoni, iaitu lakukan sesuatu yang baik untuk orang seperti yang ia setuju dilakukan terhadap dirinya.
Umpamanya; marah apabila kawan lambat memulangkan barang yang dipinjamnya, begitulah sebaliknya segera pulangkan barang yang kita pinjam daripada orang lain, kerana mereka pun tidak setuju diperlakukan demikian.
Apa yang menyebabkan seseorang suka menceritakan keburukan orang lain, ialah disebabkan oleh penyakit hati yang telah lama tertimbus tanpa rawatan. Tubuh manusia ini terbahagi dua anasir, unsur pertama ialah jasad yang zahir (jasmani) yang dapat disentuh dan dilihat.
Unsur kedua ialah batin rohani (jiwa) yang seni, yang tidak dapat disentuh atau dipandang. Penyakitnya dua jenis juga, penyakit pada jasad yang zahir boleh dirawat oleh tabib dan doktor.
Tetapi penyakit rohani tidak mudah dirawat kecuali oleh pakar ilmu jiwa yang mukmin iaitu ulama ahli tasauf.
Penyakit yang menyebabkan manusia gemar bercerita dan dedah keaiban orang, iaitu “dendam” dan “dengki.” Ia sukar dilihat dan dirawat, kerana penyakit tersebut ibarat telah lama tertanam, di luarnya kelihatan elok tetapi di dalam amat buruk.
Orang yang jiwanya dihinggapi penyakit tersebut, menyebabkan mata dan telinga hatinya buta dan tuli daripada menghargai kebaikan orang.
Sebaliknya hanya memandang dan mendengar keburukan orang sahaja. Manusia yang berdendam sesama Muslim atas dorongan nafsu tanda kelemahan imannya, kedudukan dirinya amat bahaya jika tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.
Hatinya keji dan kotor (khobais) tidak layak untuk berdepan dengan Allah SWT setelah rohnya diambil oleh malaikat maut.
Justeru iman yang lemah pada sudut apa pun hendaklah digagahkan, sama ada lemah iman dalam urusan sesama manusia apatah lagi terhadap Allah SWT.
Antara kaedah mengawal lidah ialah jangan dedah rahsia peribadi dan hendaklah senyap daripada memperkatakan rahsia yang diamanahkan kepada kita. Ini kerana ada kalanya manusia terpaksa menceritakan kekurangan diri untuk melapangkan dada, tetapi pihak yang menerima curahan bukan untuk diceritakan kepada pihak lain.
Selain daripada mengambil sikap menyepi terhadap rahsia orang, seseorang itu berhak menidakkan jika ada orang membawa cerita rahsia seseorang itu sekalipun betul. Meskipun bercakap benar itu wajib, tetapi tidak pada semua ketika dan semua keadaan mesti bercakap benar.
Menurut Al-Ghazali sayogia tidak bercakap benar jika sesuai dengan ketikanya, iaitu ketika hendak menyelamatkan maruah kawannya daripada tercemar.
Seseorang hendaklah tutup rahsia keaiban dirinya sekalipun terpaksa tidak bercakap benar, kerana dedah rahsia diri tidak baik di sisi agama.
Begitu juga jika tidak berusaha menutup rahsia maruah kawannya, kerana kawan adalah umpama diri sendiri yang wajib dipertahankan juga.
Seseorang dengan kawannya bagai satu anggota yang tiada beza kecuali tubuhnya sahaja, sebagaimana seseorang dianjur menutup keaiban diri, begitu juga berkewajipan menutup rahsia keaiban kawannya. Inilah hakikat persahabatan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang sanggup menutup keaiban saudaranya, Allah SWT akan tutup keaiban (kecacatan) dirinya di dunia dan di akhirat.”
Lebih memalukan apabila keburukan terdedah di akhirat kelak, di hadapan Nabi Muhammad s.a.w. dan para rasul yang lain. Namun Allah SWT berjanji akan menutupnya jika di dunia ini dia berusaha menutup keburukan orang lain.
* Baca tulisan asal di dalam Harakah edisi Isnin ini.

Hari itu saya sendiri yang lawan hakim
Misbahul Munir Masduki, | 01 Ogs 2013 |
Petisyen
Dun Rungkup ditolak oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hanya kerana masalah
teknikal. Setelah hakim membuat keputusan menolak dengan kos, saya
sebagai pempetisyen memberanikan diri bangun untuk minta izin bercakap.
Kelihatan pegawai polis yang bertugas cuba bangun untuk menghalang tetapi Yang Arif Hakim membenarkan saya bercakap.
Dalam kesempatan itu saya bercakap dua perkara. Yang pertama mohon kos yang dikenakan ditolak @ dikurangkan kadarnya. Keran kos yang dikenakan membebankan dan mendera pempetisyen.
Saya beritahu kos yang dikenakan kepada semua pempetisyen sebelum ini terlalu tinggi dan tidak munasabah.
Yang kedua saya bercakap sepatutnya kes ini tidak perlu ditolak hanya kerana masalah yang begitu teknikal.
Penolakan petisyen ini menyekat hak pemetisyen untuk membuktikan dakwaan yang terkandung dalam afidavit.
Namun hakim tetap dengan keputusannya menolak dengan kos sebanyak RM35 ribu. 30 ribu kepada SPR dan 5 ribu kepada Adun BN. Saya menghormati keputusan yang arif.
Teknikalnya, ada satu salinan avidavit dalam bahasa Melayu dalam satu halaman ditanda tangani oleh peguam, tetapi satu salinan lagi dalam bahasa Inggeris saya menanda tangani. Namun kesilapan penanda tangan itu telah diperbetulkan sebelum ini.
Yang hairan peguam kita tidak pula dibenarkan bercakap untuk berhujah di mahkamah. Saya sebagai pempetisyen dibenarkan pulak oleh mahkamah bercakap selepas hakim buat keputusan.
Kalau begitu apa guna ada peguam, lebih baik pempetisyen sahaja yang mewakili dirinya sendiri untuk berhujjah lawan peguam SPR dan umno.
Tak faham betul sistem perbicaraan pilihanraya kali ini.
Persoalan lain, mengapa kos-kos yang dikenakan berbeza antara satu sama lain. Rungkup rasanya yang paling rendah berbanding yang lain, ada yang dikenakan sehingga lebih RM100 ribu.
Isu penolakannya pula berkisar isu teknikal sahaja. Ini menunjukkan hakim boleh guna budi bicara bagi menentukan kos.
Adilkah sistem perundangan di negara ini? Rakyat berhak buat petisyen bila meragui perjalanan pilihanraya, tetapi petisyen ditolak mentah-mentah di peringkat awal lagi tanpa membenarkan pihak peguam menjawab di mahkamah.
Sepatutnya bantahan itu yang ditolak supaya bila perbicaraan dijalankan masing-masing pihak akan buat penghujahaan.
Pempetisyen ada hujahnya, responden juga ada hujahnya. Selepas itu hakim buatlah keputusan. Saya percaya pempetisyen dan rakyat lebih puas hati dengan cara begini sekalipun keputusan tidak menyebelahinya.
Sebelum ini rakyat sering dicabar oleh SPR, kerajaan dan umno untuk failkan petisyen di mahkamah kalau tidak puas hati.
Bila petisyen dibuat, peringkat awal lagi ditolak dengan alasan-alasan yang begitu teknikal dan setengah tu tidak munasabah.
Jadi apa ertinya petisyen dibenarkan tetapi keputusannya seolah-olah sudah ada.
Ini menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap sistem perjalanan bicara pilihanraya di negara ini.
* Penulis adalah calon PAS Dun Rungkup, Perak dan membuat petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 untuk Dun ini.

Petisyen P’raya: Ustaz Misbahul jadi peguam hebat
http://mutaligat.blogspot.com, | 01 Ogs 2013 |
31 July 2013
Petisyen Dun Rungkup ditolak oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hanya kerana masalah teknikal. Setelah hakim membuat keputusan menolak dgn kos, saya sebagai pemetisyen memberanikan diri bangun unt minta izin bercakap. Kelihatan pegawai polis yg bertugas cuba bangun unt menghalang tetapi Yg Arif Hakim membenarkan saya bercakap. Dlm kesempatan itu saya bercakap 2 perkara.

Yg pertama mohon kos yg dikenakan
ditolak @ dikurangkan kadarnya. Krn kos yg dikenakan membebankan dan
mendera pemetisyen. Saya beritahu kos yg dikenakan kpd semua pemetisyen
sebelum ini terlalu tinggi dan tidak munasabah.
Yg kedua saya bercakap sepatutnya kes
ini tidak perlu ditolak hanya krn masalah yg begitu teknikal. Penolakan
petisyen ini menyekat hak pemetisyen unt membuktikan dakwaan yg
terkandung dalam afidavit. Namun hakim tetap dgn keputusannya menolak
dgn kos sebanyak 35 ribu. 30 ribu kpd spr dan 5 ribu kpd adun bn.
Saya menghormati keputusan yg arif.
Teknikalnya, ada satu salinan avidavit dlm bahasa Melayu dlm satu
halaman ditanda tangani oleh loyer, tetapi satu salinan lg dlm bahasa
Inggeris saya menanda tangani. Namun kesilapan penanda tangan itu telah
diperbetulkan sebelum ini.
Yg hairan loyer kita tidak pula
dibenarkan bercakap unt berhujah di mahkamah. Saya sebagai pemetisyen
dibenarkan pulak oleh mahkamah bercakap selepas hakim buat keputusan.
Klu begitu apa guna ada loyer, lebih baik pemetisyen shj yg mewakili
dirinya sendiri unt berhujjah lawan peguam spr dan umno. Tak faham
betul sistem perbicaraan pilihanraya kali ini.
Persoalan lain mengapa kos2 yg
dikenakan berbeza antara satu sama lain. Rungkup rasanya yg paling
rendah berbanding yg lain, ada yg dikenakan sehingga lebih 100 ribu.
Isu penolakannya pula berkisar isu teknikal shj. Ini menunjukkan hakim
boleh guna budi bicara bg menentukan kos.
Adilkah sistem perundangan di negara
ini?, rakyat berhak buat petisyen bila meragui perjalanan pilihanraya,
tetapi petisyen ditolak mentah2 di peringkat awal lg tanpa membenarkan
pihak loyer menjawab di mahkamah. Sepatutnya bantahan itu yg ditolak
supaya bila perbicaraan dijalankan masing2 pihak akan buat
penghujahaan. Pemetisyen ada hujahnaya, responden jg ada hujahnya.
Selepas itu hakim buatlah keputusan.
Saya percaya pemetisyen dan rakyat
lebih puas hati dgn cara begini sekalipun keputusan tidak
menyebelahinya. Sebelum ini rakyat sering dicabar oleh SPR, kerajaan
dan umno untuk failkan petisyen dimahkamah klu tidak puas hati. Bila
petisyen dibuat, peringkat awal lg ditolak dgn alasan2 yg begitu
teknikal dan setengah tu tidak munasabah.
Jadi apa ertinya petisyen dibenarkan
tetapi keputusannya seolah2 sudah ada. Ini menimbulkan persepsi negatif
rakyat terhadap sistem perjalanan bicara pilihanraya di negara ini.
~ fb misbahul munir
Peningkatan kes tembak mati yang drastik baru-baru ini telah menyebabkan satu perniagaan juga meningkat naik.
Rakyat Malaysia yang selama ini terkenal mementingkan keselesaan dalam perjalanan menggunakan kenderaan mereka kini mencari cara untuk menjadikan kenderaan mereka kalis peluru.
Pemeriksaan menunjukkan bahawa untuk menjadikan tingkap kereta Perodua Kancil kalis peluru, kos yang diperlukan ialah RM1,000 dan ia sudah pasti lebih mahal untuk model lain.
Baca di sini
Kes tembak mati meningkat, bussines ini pun meningkat
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 01 Ogs 2013 |
Peningkatan kes tembak mati yang drastik baru-baru ini telah menyebabkan satu perniagaan juga meningkat naik.
Rakyat Malaysia yang selama ini terkenal mementingkan keselesaan dalam perjalanan menggunakan kenderaan mereka kini mencari cara untuk menjadikan kenderaan mereka kalis peluru.
Pemeriksaan menunjukkan bahawa untuk menjadikan tingkap kereta Perodua Kancil kalis peluru, kos yang diperlukan ialah RM1,000 dan ia sudah pasti lebih mahal untuk model lain.
Baca di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan