Jumaat, 2 Ogos 2013

ISLAM TELAH LENGKAP DAN SEMPURNA...CUMA IBLIS@SYAITAN MENGHASUT SERTA MENYESATKAN MANUSIA

'Undang-undang Islam boleh ganti ISA, EO'
5:25AM Ogos 2 2013  
Undang-undang Islam boleh menggantikan kekosongan akibat penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dikatakan punca meningkatnya kadar jenayah akhir-akhir ini, kata Pemuda PAS.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, setelah sekian lama negara ini menggunakan "undang-undang ciptaan manusia", gejala jenayah terbukti bukan sahaja tidak menurun, bahkan semakin parah.

"Undang-undang Allah ada keberkatan, (ia mekanisme) tegah dan kawal daripada Allah SWT yang selama ini hilang dari perlaksanaan undang-undang negara kita dan akhirnya jenayah tidak pernah surut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan lanjut cadangnya sebelum ini yang menggesa undang-undang syariah digunakan bagi membanteras jenayah, daripada aspek mekanisme dan kaedah pelaksanaannya.

Anggota Parlimen Temerloh itu pada 31 Julai lalu berkata, jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu menangani jenayah yang meningkat mendadak, undang-undang syariat Islam mesti dikuatkuasakan sebagai alternatif dari "kegagalan teruk" sistem sedia ada.

Beliau berkata, undang-undang itu bukan sahaja dapat membanteras jenayah, tetapi juga memastikan keadilan kepada semua kaum, terutamanya kepada mangsa jenayah.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Nasrudin bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci cadangannya tetapi membayangkannya dalam bentuk "akta baru" bagi menggantikan ISA dan EO.

Kenyataan beliau itu disambut baik oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang mencadangkan ia harus turut diguna pakai kepada orang bukan Islam melalui penyatuan sistem sivil dan syariah di negara ini.

Bagaimanapun, peguam dan aktivis perlembagaan Syahredzan Johan berpendapat, cadangan itu jika dilaksanakan tidak akan menyelesaikan masalah kerana kegiatan jenayah bukan disebabkan undang-undang tetapi kegagalan pelaksanaan pihak polis.

Menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara sekular, beliau berhujah, undang-undang syariah sedia ada terbatas kerana bergantung pada undang-undang negeri dan tertakluk ke atas umat Islam sahaja.
Polis minta tak tolak saranan bulat-bulat
6:50AM Ogos 2 2013  
Polis meminta masyarakat agar menilai cadangan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung akta pencegahan jenayah (PCA) baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat.
NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (kiri) berkata orang ramai tidak seharusnya menolak bulat-bulat saranan yang dibuat beberapa pihak terutamanya jika ia mendatangkan manfaat kepada mereka, terutama dalam mengekang jenayah.
Beliau menegaskan akta berkenaan diperlukan polis memandangkan dua akta iaitu Akta Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) telah dimansuhkan.
"Saya minta masyarakat menilai. Memanglah ia (cadangan) hak mereka untuk terima atau tidak, tapi bagi kita, kita memang perlukannya," katanya pada sidang media selepas Kempen Balik Kampung Rumah Selamat Keluarga Sejahtera di Petaling Jaya semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menghantar draf pertama set undang-undang baharu untuk menggantikan EO ke Jabatan Peguam Negara.
Bagaimanapun, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dilaporkan mencadangkan agar PCA sedia ada diperbaiki bagi memberi kuasa kepada polis untuk memerangi jenayah berat, dan bukannya memperkenalkan satu akta baru yang berfungsi sama seperti EO.

- Bernama
Kes bunuh Dhamendran ke Mahkamah Tinggi
 
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan kes empat anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor yang didakwa membunuh tahanan lokap N Dhamendran pada 21 Mei lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membenarkan permohonan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya S Nithia.

Hare Krishnan, 40, dari Sungai Petani Kedah bersama tiga yang lain iaitu Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini antara 12.20 tengah hari dan 2.50 petang, 21 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pihak pembelaan diketuai Datuk Hazman Ahmad manakala peguam Michelle Yesudas bertindak sebagai peguam pemerhati bagi isteri mangsa.

-Bernama
Penyokong Mursi kini ikrar sedia mati
4:52AM Ogos 2 2013  
Kerajaan Mesir yang disokong tentera pada Khamis memberi amaran kepada penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan supaya meninggalkan kem tunjuk perasaan di Kaherah, dengan menjanjikan jalan keluar selamat tanpa pertempuran.

Rayuan itu dibuat oleh jurucakap kementerian dalam negeri Hany Abdel Latif dalam saluran televisyen negara selepas kerajaan pada Rabu memberi amaran bertindak menamatkan tunjuk perasaan dua minggu oleh ribuan penyokong Mursi.

Sejak tentera menggulingkan Mursi, pemimpin kumpulan Islamis pada 3 Julai, pemimpin-pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin dituduh menghasut keganasan.

Amaran terkini dikeluarkan berhubung kemungkinan berlakunya pertumpahan darah akibat ketegangan berterusan.

Latif berkata, jika penunjuk perasaan meninggalkan tapak bantahan mereka secara aman, mereka akan menjamin keselamatan kumpulan itu. Tiada tarikh akhir ditetapkan.

"Tiada tarikh tepat (ditetapkan). Kami akan terus melihat keadaan di lapangan," kata Latif kepada Reuters.

Sehingga Khamis, penunjuk perasaan tidak menghiraukan kenyataan itu dan bersedia untuk kemungkinan terburuk.

Di kem Rabaa al-Adawiya, sampah sarap dibersihkan bagi memudahkan laluan ambulans. Pasir-pasir ditimbun di sekitar kawasan untuk menimbus kanister gas pemedih mata yang mungkin dilepaskan.

Di balik benteng pasir, batu-batu juga dikumpulkan untuk dijadikan senjata jika perlu.

"Kami sudah bersedia. Kami bersedia untuk mati demi legitimasi. Serangan boleh berlaku pada bila-bila mata sahaja," kata Mohamed Saqr, aktivis Ikhwan yang mengawal laluan masuk tempat perkhemahan di masjid di Kaherah Utara.

Polarisasi di Mesir sekarang paling ketara sejak autokrat yang disokong Amerika Syarikat Hosni Mubarak digulingkan pada 2011, sekali gus bermulanya peralihan politik penuh pergolakan.

Mursi menjadi pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat pada Jun 2012 tetapi menghadapi tentangan kemudiannya apabila gagal menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi yang sentiasa menjadi ketakutan di negara itu.
Anwar gesa Najib jangan jadi seperti 'burung unta'...
8:39PM Ogos 1 2013  
dikemaskini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa berpura-pura yang pentadbirannya mengekalkan "nisbah hutang-KDNK yang sihat" ekoran langkah terbaru Fitch Rating menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada "stabil" kepada "negatif".

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata fakta-fakta menunjukkan bahawa hutang yang dijamin kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Najib telah melonjak kepada hampir RM150 bilion pada 2012 daripada RM96.9 bilion pada 2010, yang pasti akan menjejaskan ekonomi.

Beliau bertanya berapa lama lagi Najib mahu menjadi umpama pepatah 'burung unta yang menyembunyikan kepala dalam pasir' dengan berpura-pura yang salah urus pentadbirannya dalam kewangan awam, tidak mempunyai kesan ketara ke atas prospek ekonomi?

Malah, katanya, tiada jumlah amalan perakaunan kreatif yang boleh mengubah kedudukan kewangan itu daripada merah kepada hitam.

Menurut Fitch Ratings, hutang kerajaan persekutuan telah meningkat kepada 53.3 peratus daripada KDNK pada akhir 2012, meningkat daripada 51.6 peratus pada tahun sebelum dan 39.8 peratus pada akhir tahun 2008.

Kenaikan 19 peratus dalam perbelanjaan gaji penjawat awam kerana pilihan raya umum telah juga menyumbang melebarkan defisit bajet, kata Fitch Ratings.

Rating Fitch menyemak semula prospek Malaysia daripada "stabil" kepada "negatif", dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.

Ia juga mengetengahkan kebimbangan berhubung peningkatan hutang isi rumah dan hutang kerajaan, sebanyak 53.3 peratus pada penghujung 2012, tidak termasuk liabiliti luar jangka.

Hutang tersembunyi

Anwar berkata Pakatan Rakyat secara konsisten menegaskan bahawa kerajaan persekutuan tidak mengamalkan kewangan berhemah, akauntabiliti dan ketelusan, di mana pentadbiran Najib bertindak balas dengan memanggil pengkritik sebagai pengkhianat.

Sebaliknya, kata Anwar lagi, daripada sepatutnya mengambil kira kebimbangan yang sah dan membetulkan keadaan tersebut, Najib telah menjunamkan negara ke dalam defisit fiskal yang lebih besar, menjejaskan lebihan akaun semasa dan mengabaikan tanda-tanda yang jelas kelemahan struktur.

Sebaliknya, kata beliau lagi, pentadbiran Najib telah 'menyapunya ke bawah permaidani'.

Melainkan tindakan pemulihan segera diambil, Anwar memberi amaran bahawa budaya perbelanjaan melulu, perolehan kerajaan dan proses penswastaan yang legap, akan kekal menjadi lambang "transformasi" kerajaan Najib.
Ada usaha dalaman jatuhkan Hadi, dakwa menantu
5:20PM Ogos 1 2013  
Menantu kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa wujudnya usaha dalam parti itu untuk menjatuhkan bapa mertuanya sebagai pemimpin nombor satu parti Islam itu.

NONEZaharudin Muhammad (kanan) yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, beliau berkata terdapat saksi bagi mengesahkan dakwaan yang didakwa bermula sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 itu.

"Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan saya jika diperlukan," katanya sambil turut menepis dakwaan beliau mempengaruhi Hadi, antaranya ketika proses mengeluarkan watikah calon secara kontroversi di Kota Damansara dalam PRU lalu.

"Ini bermaksud, bukan saya punca sebenarnya (di Kota Damansara) dan bukan juga TG presiden, tetapi isu sebenar ialah usaha mengambil alih jawatan presiden. Itu blind spotnya (titik butanya)."

Pada 27 Julai lalu, memetik sumber PAS Selangor, sebuah portal berita melaporkan Zaharudin mempengaruhi Hadi menandatangani watikah kepada Rizuan Ismail untuk bertanding di Kota Damansara sehingga menyebabkan pertandingan tiga penjuru dengan PSM (yang menggunakan lambang PKR) dan BN.

NONEMenulis di Facebook-nya semalam, Zaharudin bagaimanapun tidak menyebut secara khusus pihak yang didakwa mahu menjatuhkan Hadi, sebaliknya hanya merujuknya sebagai "kumpulan kecil".

Zaharudin tidak menjelaskan bentuk usaha menjatuhkan Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

Menurut juga menjelaskan beliau "terpaksa menjadi team back-up mempertahankan parti itu dan bukan mempertahankan bapa mertua atau sebaliknya."
'Bukan tangguh, Sanjeevan belum sedia dibedah'
 
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menjelaskan, pembedahan melibatkan Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan tidak dilengahkan, sebaliknya pesakit belum bersedia secara perubatan.

Katanya, walaupun keadaan pesakit bertambah baik, secara perubatan lebih baik untuk beliau menunggu sehingga keadaan terbaik untuk menjalani pembedahan kritikal membuang peluru di rusuk.

NONEPemimpin NGO pemantau jenayah itu ditembak di Jempol, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu oleh dua lelaki yang menunggang motosikal.

Beliau sudah dipindahkan ke empat hospital sejak itu.

"Keadaannya bertambah baik. Peluru itu tidak menyebabkan masalah buat masa ini," kata Subramaniam.

Subramaniam (kanan) berkata, sebarang kelewatan merawat Sanjeevan semata-mata atas alasan perubatan, dan prosedur yang sama mesti diikuti walaupun melibatkan "perdana menteri atau mana-mana orang kenamaan".

Tiada ulasan: