Sami Di Jepun Bertapa Sampai Mati Kerana Ingin Menjadi Dewa ( 8 Gambar ).
Mumia sinonim dengan Mesir, tetapi ternyata anda juga boleh melihatnya
di Jepun. Kalau biasanya mumia dipelihara dengan diawetkan, tidak dengan
yang ada di sana. Melihat dan mendengar ceritanya dijamin membuat anda
meremang bulu roma.
Yang menarik, mumia ini tidak dipelihara dengan pengawet. Mereka punya cara sendiri yang berbeza dan boleh membuat meremang bulu roma.
Sebelum menjadi mumia, orang-orang ini adalah seorang sami. Sepanjang
hidupnya, mereka selalu melakukan pertapaan. Para sami ini dilatih hanya
bergantung pada air, kekacang dan meditasi sepanjang hari. Automatik,
gaya hidup seperti ini membuat dirinya kehilangan berat badan.
Setelah dirasa telah siap untuk bertapa menuju Sokushinbutsu, mereka dikebumikan di dalam kotak kayu untuk meditasi. Pertapaan ini pun berakhir pada kematian.
Dikutip dari laman web rasmi pelancongan Jepun, setelah 1,000 hari sejak
dikubur, keranda para sami ini akan digali oleh muridnya. Jika
penampilan mereka tetap sama dan tidak ada perubahan, maka sami ini akan
diberi status Sokushinbutsu.
Kedengaran amat mengerikan. Tapi ada alasan lain mengapa para sami ini
rela berbuat demikian.Salah satunya adalah untuk mengatasi kebuluran.
Setelah dirasa telah siap untuk bertapa menuju Sokushinbutsu, mereka dikebumikan di dalam kotak kayu untuk meditasi. Pertapaan ini pun berakhir pada kematian.
Saat itu di Jepun sedang terkena wabak kebuluran. Untuk membantu orang
dari kemiskinan dan kelaparan, mereka pun berkorban dengan melakukan hal
demikian.
Amalan Sokushinbutsu yang telah ada sejak abad 11 hingga 19 ini telah
dilarang oleh undang-undang.Alasannya kerana kegiatan ini sama saja
dengan amalan bunuh diri.
Sampai saat ini, mumia tersebut masih dianggap oleh beberapa penduduk tempatan sebagai dewa atau tuhan.
Jika ingin melihatnya, pelancong boleh datang ke Wilayah Yamagata di utara Jepun. Ada kira-kira 6 mumia yang tersimpan di kuil tersebut.
Salah satu yang paling terkenal adalah Ryusui-ji di Kuil Dainichibou di
Bandar Tsuruoka. Ini adalah mumia sami Daijuku Bosatsu Shinnyokai-Shonin
(1687-1783). Selepas 70 tahun hidup sebagai pertapa, ia menjadi
Sokushinbutsu pada usia 96.
Mumia lain juga boleh dilihat di Kuil Nangaku-ji juga di Tsuruoka. Yang
ketiga di Kuil Zoukou-in di Bandar Shirataka, dan yang keempat di Kuil
Kaikou-ji di Bandar Sakata.
Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai proses Sokushinbutsu,anda boleh menonton video dibawah ini:>
Jika ingin melihatnya, pelancong boleh datang ke Wilayah Yamagata di utara Jepun. Ada kira-kira 6 mumia yang tersimpan di kuil tersebut.
Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai proses Sokushinbutsu,anda boleh menonton video dibawah ini:>
Hukum Merokok
SETIAP SESUATU PERKARA ITU DIANTARA 3 KEADAAN :
1. Mengandungi mudharat,tidak ada maslahat(kebaikan) sama sekali.
2. Mempunyai maslahat,tidak ada mudharat sama sekali.
3. Mengandungi mudharat dari satu sisi dan mudharat di satu sisi yg lain.
KAEDAH FIQH : Sesuatu yang mngandungi
mudharatnya sama banyak dengan maslahatnya atau mudharatnya lebih besar
dari maslahatnya,maka hukumnya adalah HARAM,berdasarkan sabda Nabi s.a.w
:
لا ضرر ولا ضرار
“Tidak ada mudharat diri sendiri dan tidak ada memudharatkan orang lain”
Demikian juga maksud firman Allah:
“Dan janganlah kamu mncampakkan dirimu ke dalam kebinasaan.”
(Al-Baqarah ayat 195)
Mudharat dari kesan merokok telah diakui
oleh sebilangan besar Doktor-doktor di dunia,sehinggakan kemudharatan
merokok ini sudah boleh dianggap sebagai sesuatu yang “disepakati”
dikalangan para doktor.Ekoran dari keadaan rokok yang banyak memberi
kesan buruk kepada manusia,maka ramai ulama-ulama mula berijtihad dalam
menyatakan hukum rokok itu adalah HARAM.
Fatwa Semasa Status Hukum Merokok :
1. Kerajaan Arab Saudi
mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan
memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat
kemudaratan.
2. Ulama-ulama semasa
seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia
boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.
3. Dr Zakaria Al Bari
(anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lajnah Fatwa Al-Azhar)
menyatakan merokok hukumnya haram adalah pendapat yang kuat.
4. Syeikh Abdul Halim
Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika
ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah
haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
5. Syeikh Hasanain
Makhluf iaitu mantan Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok
adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak
keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya.Makruh jika
mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.
6. Ulama terkenal masa kini Dr Yusof Qaradhawi juga telah menfatwakan bahawa merokok adalah HARAM disisi agama.
7. Di
Malaysia,Muzakarah Jawatankuasa Fatwa,Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam
Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan
bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
8. Fatwa Negeri
Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah
Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa
amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang
Islam.
9. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.
10. Jawatankuasa Fatwa
Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun
sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana
berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh
mendatangkan mudarat.
11. Jawatankuasa Fatwa
Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa,Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37
bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.
Insan-insan Yang Mati Dalam Husnul Khatimah
1. Meninggal Dunia Ketika Sedang Sujud
Lelaki dalam gambar di bawah ini adalah warga Negara Mesir yang bekerja di Arab Saudi.
Setelah dua hari tidak datang bekerja maka seorang dari kawannya pun pergi mencari ke biliknya.
Bila dia buka pintu,dia melihat kawannya itu sedang sujud kepada Allah.
Kawannya telah dijemput oleh Allah dalam keadaan husnul khotimah..
Setelah dua hari tidak datang bekerja maka seorang dari kawannya pun pergi mencari ke biliknya.
Bila dia buka pintu,dia melihat kawannya itu sedang sujud kepada Allah.
Kawannya telah dijemput oleh Allah dalam keadaan husnul khotimah..
2. Meninggal Dunia Dalam Keadaan Sujud
Kisah ini berlaku pada tahun 2010
lalu.Kejadian ini terakam dalam sebuah CCTV dan menjadi buah mulut orang
karana begitu menggetarkan hati dan mengharukan.
Saat itu pukul 11: 08 pada tanggal 1 Januari 2010,seperti tertera dalam kamera CCTV.Kelihatan seorang lelaki sedang solat..
Lelaki ini solat sekitar dua
rakaat,kelihatan ok je..Namun setelah melakukan salam dan berzikir
beberapa saat,perlahan-lahan ia nampak menunduk dan makin
menunduk..Seperti mahu bersujud,dan ketika itu tak ada seorang pun yang
sedang memperhatikannya meski ada 2 orang di dalam masjid yang masih
lalu lalang.
Ketika jam 11.11 belum ada lagi yang
menyadari bahawa lelaki itu tak bangun-bangun dari sujudnya.Setelah 10
minit kemudian,datang seorang menghampirinya karana nampak
curiga..Beberapa kali dia menghampiri almarhum yang sedang bersujud
itu..
Satu minit kemudian,semua orang baru
menyedari bahawa lelaki ini telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan
sujud..Beberapa orang pun menghampiri almarhum..Membantu
menelentangkannya dan semakin ramai orang berduyun-duyun menghampiri
almarhum.
3. Meninggal Dunia Ketika Sujud Di Masjid Nabawi
Insan ini juga tergolong dari kalangan orang-orang yang beruntung..Tanda-tanda mati dalam husnul khatimah ada pada almarhum..
Dari Ibn Umar r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW:
“Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah,maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi SYAFAAT kepada mereka yang mati di sana”.
(Riwayat Tirmizi,al-Nasaii dan disahihkan oleh al-Albani)
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : Ya Allah,kurniakanlah aku syahid di jalanmu,matikan aku di Negeri Rasulmu SAW (Madinah)
4. Solat Jenazah Seorang Ulama Bangladesh
Antara tanda-tanda sesorang itu mati
dalam husnul khotimah ialah terdapat ramai orang yang mensolatkan
jenazahnya.Doa-doa orang yang mensolatkan jenazah Allah makbulkan.
Dalil:
“Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia
lalu ada empat puluh orang yang mendirikan solat Jenazah baginya,yang
mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun,melainkan Allah
akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut”
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya,Kitab al-Janaaiz,no: 948)
Daripada Aishah radhiallahu’anha, dia berkata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Tidaklah seorang yang
meninggal dunia lalu disolatkan oleh umat Muslim yang jumlahnya mencapai
seratus orang,yang semunya memohon syafaat baginya,melainkan mereka
akan diberikan izin memberi syafaat untuk jenazah tersebut.
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya,Kitab al-Janaaiz,no: 947)
Beruntungkan siapa yang mati disolatkan
oleh ramai orang seperti Ulama Bangladesh tersebut.. lebih-lebih lagi
yang solatkan jenzah itu orang-orang soleh dari kalangan ulama dan
auliya’.
5. Seorang Bilal meninggal dunia dalam
keadaan sujud ketika sedang solat sunat ba’diah Zuhur..Beruntung
almarhum meninggal dunia di dalam bulan Ramadhan karim,dalam waktu 10
akhir Ramadhan pula,selepas solat Zuhur dan ketika sedang sujud dalam
solat sunat selepas Zuhur..
Almarhum ketika hayatnya banyak menghabiskan masa dan tenaga menjaga kebersihan surau Al-Mujaahideen,Bangi.
Semua orang ingin meninggal dunia dalam
keadaan yang indah,mati dalam husnul khotimah(penyudah yang baik)namun
sudahkah kita mempersiapkan diri kita untuk dipanggil oleh-Nya pada
bila-bila masa sahaja yang tidak seorang pun dari kita tahu bila tarikh
dan masanya?
اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah,akhirilah hidup kami dengan
islam,akhirilah hidup kami dengan membawa iman,akhirilah hidup kami
dengan husnul khotimah”MindaKini.Com
Kenali Imam-Imam Masjidil Haram
10 Imam Masjidil Haram:
1. Syeikh DR Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-Sudais
NAMA: Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-SudaisTAHUN LAHIR: Tahun 1382H/1961M
TEMPAT LAHIR: Riyadh Arab Saudi
PENDIDIKAN: Berjaya menghafaz al Quran pada usia 12 tahun..Menamatkan pendidikan dasar di Al-Munatha bin Harits dengan cemerlang dan berkelulusan sarjana Syariah Universiti Riyadh
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram,Khotib Masjid al-Haram,Pensyarah UMM QURA UNIVERSITY (Universiti Islam Makkah) dan beliau telah dilantik sebagai pengerusi kepada 2 masjid mulia iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi bagi menggantikan Syeikh Soleh Al-Hosain.
2. Syeikh DR.Su’ud bin Ibrahim as-Syuraim
NAMA: Su’ud bin Ibrahim as-Syuraim
TAHUN LAHIR: Tahun 1386 H
TEMPAT LAHIR: Riyadh Arab Saudi
PENDIDIKAN: Lulusan usuludin Universiti Islam Imam Muhammad bin Su’ud di Riyad..Menyambung pengajian diperingkat sarjana di Ma’had ‘Ali lilqodho(bidang kehakiman) dan pada tahun 1416H beliau menyambung pengajian ke peringkat PHD di Universiti Ummul Quro Makkah dalam bidang feqh.
Beliau baru sajaha meraih gelaran Profesor dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.
PEKERJAAN TERKINI:
•Dilantik sebagai pensyarah di Ma’had ‘Ali lilqodho pada tahun 1410 H.
•Dilantik sebagai Imam dan Khotib di Masjidil Haram pada tahun 1412 H.
•Dilantik sebagai Hakim di Mahkamah tinggi Makkah pada tahun 1413 dan beliau meletakkan jawatan pada tahun 1418.
•Pada tahun 1414 H beliau dilantik sebagai tenaga pengajar di Masjidil Haram selain itu beliau juga adalah pensyarah di jurusan kehakiman fakulti Syariah Universiti Ummul Quro Makkah.
3. Syeikh DR.Shalih bin Abdillah Alu Humaid
NAMA: Shalih bin Abdillah Alu Humaid
TAHUN LAHIR: Tahun 1369 H
TEMPAT LAHIR: Buraidah Arab Saudi
PENDIDIKAN: Mendapat gelar doktor PHD dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh tahun 1402 H.
PEKERJAAN TERKINI: Ketua Majelis Syura dan anggota Haiah Kibarul Ulama.
Beliau dilantik sebagai Imam Masjidil Haram pada 1 Muharram 1404 H.
Beliau mengimami sekali dalam sebulan iaitu untuk solat Subuh..Sebahagian besar waktu digunakan beliau untuk urusan Majlis Syura..Beliau datang sekali sebulan untuk khutbah Jumaat..
4. Syeikh DR.Shalih bin Muhammad Alu Thalib
NAMA: Shalih bin Muhammad Alu Thalib
TAHUN LAHIR: Tahun 1393 H
TEMPAT LAHIR:Riyadh Arab Saudi
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram bermula tahun 1423 H.
Qadhi di Mahkamah Tinggi Makkah
5. Syaikh DR.Usamah bin ‘Abdillah Khayyath
NAMA: Usamah bin ‘Abdillah Khayyath
TAHUN LAHIR: Tahun 1375 H
TEMPAT LAHIR: Makkah al-Mukarramah.
PENDIDIKAN: Berjaya mendapat ijazah sanad kutubus sittah dan sanad dari kitab-kitab hadis yang lain.Merupakan lulusan dari fakulti al-Quran dan Sunnah.
PEKERJAAN TERKINI:
• Tenaga pengajar di masjidil Haram
• Mantan Anggota Majlis Syuro
• Pensyarah di fakulti Syariah Jami’ah Ummul Quro.
Dilantik sebagai imam Masjidil Haram pada tahun 1418 H.
6. Syeikh Mahir bin Hamd al-Mu’aiqili
NAMA: Mahir bin Hamd al-Mu’aiqili
TEMPAT LAHIR: al-Madinah al-Munawwarah.
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram bermula tahun 1428 H
7. Syeikh Abdullah bin ‘Awad al-Juhani
NAMA: Abdullah bin ‘Awad al-Juhani
TAHUN LAHIR: 1396 H
TEMPAT LAHIR: al-Madinah al-Munawwarah
PENDIDIKAN: Lulusan Fakulti al-Quranul Karim di Jami’ah Islamiyah.
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram
8. Syaikh DR.Khalid al-Ghamidi
NAMA: Khalid al-Ghamidi
TAHUN LAHIR: Tahun 1388 H
TEMPAT LAHIR: Makkah
PENDIDIKAN: Memperolehi MA dan PHD dalam bidang tafsir di Jami’ah Ummul Qura’
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram dari tahun 1428 H
9.Syeikh DR.Faishal Ghazawi
NAMA: Faishal Ghazawi
TAHUN LAHIR: Tahun 1388 H
TEMPAT LAHIR: Makkah
PENDIDIKAN: Memperolehi MA dan PHD di Jami’ah Ummul Qura’
PEKERJAAN TERKINI: Imam Masjidil Haram dari tahun 1428 H.
10. Syeikh Muhammad bin ‘Abdillah as-Subayyil
NAMA: Muhammad bin ‘Abdillah as-Subayyil
TAHUN LAHIR: Tahun 1345 H
TEMPAT LAHIR: Qashim
PEKERJAAN TERKINI: Anggota Kibarul Ulama dan anggota al-Majma’ al-Fiqhi
Saidina Umar Ditimpa Sakit Kerana Mendengar Ayat Azab
Satu malam di Madinah,Amirul Mukminin
Saidina Umar ra.keluar menyiasat keadaan umat Islam dan telah melalui
rumah seseorang yang sedang melakukan Solat Sunat. Umar ra.berdiri disitu dan berdiam diri sambil mendengar bacaan surah Thuur dari mula,sehinggalah ayat 7-8 :
“Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku.Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya.“ (Thuur : 7-8).
Umar berkata: Demi Tuhan Ka’bah,ini satu
sumpah yang benar.. Umar ra.membuka tali untanya dan duduk bersandarkan
dinding berseorangan.Kemudian dia kembali ke rumah dan sakit selama
satu bulan.Semasa sakitnya,ada yang melawat beliau, namun tidak siapa
yang tahu sebab penyakitnya.
Bayangkan Saidina Umar ra.ditimpa sakit
kerana mendengar ayat-ayat azab ini! Moga kita sentiasa menghayati isi
kandungan al-Quran lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini.
Sumber : Tafsir Ibnu KathirKeluarga Umar Ibn Al-Khatab r.a
Para ulama Hadis dan sirah antaranya Imam Ibnu al-Jauzi telah menulis sejarah hidup Saidina Umar ibn al khatab..Mereka telah merekodkan senarai isteri-isteri Saidina Umar r.a dan anak-anaknya serta hamba sahayanya..Sebahagiaan anak-anak Umar r.a lahir dari isteri-isterinya dan sebahagian lain lahir dari hamba sahayanya..
Isteri-Isteri Saidina Umar Ibn Al- Khatab:
1. Zainab binti Maz’un..Dengan Zainab ini Saidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah,Abdullah dan Abdul Rahman.
2. Atikah binti Zaid bin Amar bin Nufail.Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘lyadh.
3. Isteri yang ketiga ialah Jamilah binti Tsabit bin Aflah. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim.
4. Ummul Hakam binti al-Harits bin Hisyam.Dengannya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah.
5. Ummul Kultsum binti Jarwal bin Malik.Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Ubaidullah dan Zaid al-Akbar.
6. Ummul Kultsum binti Ali bin Abi Talib.Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid al-Ashghar dan Ruqayyah.
7. Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan Luhayyah Saidina Umar r.a juga telah mendapat anak.Dengan Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan dengan Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman al-Ausath dan Abdul Rahman al-Ashghar..
Anak-Anak Saidina Umar Ibn Al-Khatab:
Lelaki:
1. Abdullah
2. Abdul Rahman al-Akbar
3. Abdul Rahman al-Ausath
4. Abdul Rahman al-Ashghar
5. Zaid al-Akbar
6. Zaid al-Ashghar
7. Ubaidullah
8. ‘Aasim
9. ‘lyadh
Perempuan:
1. Hafsah
2. Ruqayyah
3. Fatimah
4. Zainab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan