Isnin, 5 Ogos 2013

ADA YANG LAIN TU TELUS KE...DIAKHIRAT NANTI SANGAT TELUS ...YANG TAK SANGKUT DIDUNIA....AKAN SANGKUT DIAKHIRAT...SENDIRI MAU INGATLAH


Mazlan serah 'surat misteri' pada SPRM
2:58PM Ogos 5 2013
Bekas calon BN Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail semalam menyerahkan semua "surat misteri" Bankleaks Anwar/Karpal yang diterimanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEMazlan berkata beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat yang didakwa mengandungi 'urus niaga' oleh pemimpin berkenaan, lapor Utusan Malaysia.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap dakwaan Mazlan yang memetik dakwaan "surat misteri" bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan calon BN itu.

Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya dan kedua-dua pemimpin itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan dan media arus perdana itu.

'Ibu Revolusi' disekat masuki Mesir
11:35AM Ogos 5 2013
Pihak berkuasa Mesir menyekat pemenang hadiah Nobel Keamanan dari Yaman, Tawakul Karman - penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan - daripada memasuki negara itu pada Ahad.

Beliau juga dihantar pulang melalui penerbangan ke Dubai, menurut sumber keselamatan.

Agensi berita nasional Mena melaporkan, Karman yang sebelum ini mengumumkan solidariti bersama penyokong Mursi termasuk dalam senarai yang dilarang memasuki Mesir.

Jurucakap Ikhwanul Muslimin berkata, Karan sebelum ini pernah menyertai tunjuk perasaan di Kaherah bagi menuntut presiden yang digulingkan tentera sebulan lalu dikembalikan ke tampuk kekuasaan.

Menurut Tiwtter Karman pada Ahad, penulis dan aktivis itu ditahan di lapangan terbang Kaherah dan dilarang menyertai perhimpunan.

Beliau dihantar kembali ke kapal terbang yang sama membawanya masuk, menurut sumber.

Tindakan itu dikritik Ikhwan dan menyifatkan langkah ini mirip amalam semasa pemerintahan autokrat Hosni Mubarak.

"Kerajaan nampaknya mengamalkan semula amalan keselamatan negara Mubarak," kata Yasser Ali, seorang pemimpin Ikhwan dan bekas jurucakap presiden.

Karman, 34, ibu kepada tiga anak, merupakan simbol penting dalam kebangkitan Yaman 2011.

Beliau wanita pertama Arab yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan.

Karman juga digelar, "Wanita Besi" dan "Ibu Revolusi".

Anggota parti Islam besar di Yemen, Islah, Karman menyifatkan penggulingan Mursi sebagai "rampasan kuasa" dan "tamparan kepada demokrasi".

- Reuters
Lelaki cedera parah kemalangan di Sg Petani meninggal

Lelaki yang cedera parah dalam kemalangan ngeri mengorbankan tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan di Jalan Sidam Kiri petang semalam, meninggal dunia pada 9.30 pagi ini.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kuala Muda DSP Ahmad Kamil Ahmad berkata Hou Guan Ting, 18, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.

"Mangsa yang mengalami kecederaan dalaman dan kepala, meninggal pukul 9.30 pagi tadi. Siasatan lanjut berhubung punca kemalangan masih dijalankan," katanya di Sungai Petani hari ini.

Mayat Hou dituntut ayah angkatnya, Lawrence Teh, 48, pada 1.20 tengah hari ini.

Dalam kejadian 5.45 petang semalam, tiga wanita iaitu Ong Siew Ean, 62, Tan Sou Kim, 50, dan Tan Siew Chin @ Doad Serni, 45, serta Tan Jit May, 11, maut di tempat kejadian selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tanah.

Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, dari sebuah kuil di Sidam.

-Bernama

Penoreh getah maut ditembak

Oleh Muhamaad Razis Ismail
PASIR PUTEH: Seorang penoreh getah maut akibat terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan di dada, perut dan punggung selepas bersahur di sebuah kedai makan di Kampung Gong Mengkeleh, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, mangsa Amirul Tajo Nasir, 40, dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum disahkan meninggal dunia jam 1.20 tengah hari tadi.

Seorang lagi mangsa yang juga pembantu kedai makan, Nor Hadiyana Zakaria, 25, cedera di lutut kaki kanan selepas terkena sedas tembakan dan dilaporkan stabil di HUSM.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, selepas Amirul minum di luar kedai berkenaan bersama dua rakan dan membayar harga minuman sambil berbual dengan Nor Hadiyana, muncul sebuah motosikal Yamaha LC warna merah hitam ditunggang dua lelaki berjaket hitam memakai topi keledar.

Katanya, dalam jarak kira-kira dua meter, pembonceng motosikal melepaskan tembakan ke arah Amirul dan turut terkena Nor Hadiyana.

Amirul rebah, manakala Nor Hadiyana berlari masuk ke dalam kedai, manakala dua rakan Amirul sempat menyelamatkan diri.

"Motif kejadian masih disiasat dan suspek sedang dikesan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Tragedi ngeri lima sahabat karib



BEGINILAH keadaan MPV jenis Honda Odyssey yang remuk selepas terlibat dalam nahas hingga meragut lima nyawa di Kulaijaya semalam.


KULAIJAYA - Ibarat medan perang. Begitulah gambaran mayat empat daripada lima sahabat karib yang ditemui bergelimpangan pada jarak lima meter antara satu sama lain selepas masing-masing tercampak keluar dari kereta dalam satu kemalangan ngeri semalam.
Kejadian di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Ayer Itam berhampiran Senai pada pukul 2.30 pagi itu mengakibatkan Mohd. Fadzli Mohd. Fakri, 20, dari Melor, Kelantan; Hairul Adham Hamidan, 21, dari Klebang Besar, Melaka; Nazierul Khalies Mohd. Ashari, 19, dari Taman Setia Tropika, Johor Bahru; Nor'ain Alias, 23, dari Bandar Mas, Kota Tinggi dan Siti Sabariah Mohd. Norddin, 24, dari Temangan, Kelantan maut di tempat kejadian.
Nazierul Khalies merupakan penuntut tahun satu Universiti Kuala Lumpur dalam jurusan Kejuruteraan Marin. Hairul Adham pula bekerja di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Johor Bahru.
Rohani, imam aliran sederhana dilantik presiden Iran

Imam beraliran sederhana Hassan Rohani yang dilantik sebagai presiden baharu Iran pada majlis yang berlangsung di bangunan Parlimen di Tehran Ahad, menekankan perhubungan dengan negara Islam harus berdasarkan "hormat menghormati, dan bukannya sekatan".

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau turut berjanji bahawa usaha memerangi rasuah dan kesaksamaan akan menjadi agenda utama pentadbiran beliau serta memahami kehendak rakyat Iran untuk kehidupan yang lebih baik dan menikmati faedah daripada kestabilan hidup.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang tiba di ibu negara Iran dari Kuala Lumpur awal pagi ini, menyertai pemimpin-pemimpin kerajaan dari lebih 50 negara menyaksikan majlis yang berlangsung selepas pilihan raya presiden 14 Jun lepas.

Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rohani, 64, menang pilihan raya presiden setelah meraih 50.7 peratus atau lebih 18 juta undi daripada jumlah keseluruhan lebih 36 juta undi.

Rohani, ketua perunding nuklear Iran antara 2003 dan 2005, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.

Muhyiddin ialah antara pemimpin yang menemui presiden baharu Iran itu untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau di luar majlis pelantikan itu.

"Saya juga membawa mesej muhibah dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah) untuk presiden baharu itu," katanya kepada Bernama.

Timbalan perdana menteri melahirkan harapan bahawa hubungan antara Kuala Lumpur dan Tehran akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan presiden baharu memandangkan kedua-dua negara telah lama mempunyai hubungan dalam perdagangan dan pelaburan.

"Tetapi kami percaya bahawa masih terdapat banyak prospek (dalam bidang ini) dan harapan saya ialah dasar yang lebih terbuka dan pro-perniagaan yang disebut dalam ucapan beliau (Rohani) akan memberi pertanda baik untuk perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Iran," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai keperluan meneruskan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Iran (JCM), yang kali terakhir diadakan di Putrajaya pada 2008, untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala.

"Saya rasa kami akan minta Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia) untuk mencari tarikh yang sesuai untuk mesyuarat, memandangkan kini presiden baharu telah dilantik," katanya.

"Dan kami berharap urusan bukan hanya sebagaimana biasa tetapi (bertukar kepada) sesuatu yang lebih positif, lebih berhasil, lebih bermanfaat untuk Malaysia dan Iran," katanya.

Malaysia membuka kedutaannya di Tehran pada 1970 manakala Iran membuka kedutaan di Kuala Lumpur pada 1981.

Mengenai pelbagai sekatan terhadap Iran yang menjejaskan ekonominya serta mewujudkan kesukaran kepada rakyatnya, Muhyiddin berkata: "Mereka (sekatan) telah mewujudkan banyak kesukaran bukan hanya kepada Iran tetapi juga banyak negara yang mempunyai hubungan dengan Iran.

Sehubungan itu, beliau berkata terdapat keperluan untuk pendekatan baharu mengenai bagaimana Iran berurusan dengan negara-negara lain dan "apa yang boleh dunia lakukan dengan Iran dalam erti kata bahawa ia mesti berdasarkan saling hormat menghormati dan mengiktiraf peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai sebuah negara".

- Bernama
PERTAHANKAN ISLAM LEBIH AULA...


Wanita pertahan presiden, timbalan jika dicabar
1:56PM Ogos 5 2013
Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita Umno kelmarin sebulat suara bersetuju supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu akhir tahun ini.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata gandingan mantap Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu terus dikekalkan bagi memperkasakan lagi parti serta kepimpinan negara pada masa akan datang, lapor Berita Harian.

NONE"Jika ada yang teringin mencabar jawatan berkenaan, Wanita Umno akan berlawan habis-habis dan menjadi benteng pertama mempertahankan kedua-dua," katanya seperti yang dilapor akhbar itu.

Diminta mengulas keputusan Umno Wilayah Persekutuan yang mahu jawatan naib presiden dipertandingkan, Shahrizat berkata ia terpulang kepada individu tersebut, asalkan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Akhbar itu juga melaporkan perebutan bagi jawatan ketua Wanita Umno dijangka sengit berikutan beberapa calon dikatakan akan bertanding termasuk bekas ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

Selain itu, ahli parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohd Sadique turut disebut-sebut berminat bertanding jawatan nombor satu pergerakan itu, tetapi setakat ini beliau masih 'kunci mulut'.

Sementara itu, Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini juga melaporkan ahli parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Puteri Umno yang kini disandang oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Mas Ermieyati yang juga ketua Puteri Umno Melaka bakal berdepan dengan exco Puteri Umno dan Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan Jamilah Hanim Othman yang turut menawarkan diri merebut jawatan ketua pergerakan sayap Umno itu.

Sebelum ini, Rosnah yang juga timbalan menteri kerja raya dilapor tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatan ketua puteri Umno dalam pemilihan pucuk pimpinan parti, akhir tahun ini.

Beliau juga belum memutuskan untuk bertanding sebarang jawatan peringkat kepimpinan Wanita Umno atau Majlis Tertinggi parti.
Ramasamy: Dominasi Cina tak bermakna DAP rasis

P Ramasamy hari ini menolak dakwaan bahawa DAP, yang didominasi kaum Cina, sebagai sebuah parti perkauman.

Pemimpin DAP dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, dakwaan itu tidak berasas , justeru "tidak berbaloi sama untuk diulas".

penang save democracy rally 180513 ramasamy"Hanya kerana terdapat banyak anggota Cina tidak menjadikan DAP parti perkauman. Kami semua rakyat Malaysia. Dasar-dasar kita untuk semua kelompok masyarakat," katanya kepada Malaysiakini.

"Lihat pada BN, ia diasaskan atas dasar kaum, bukan DAP, ia tidak adil untuk mengatakan parti perkauman hanya kerana majoriti anggotanya orang Cina," tambahnya.

Semalam, The New Straits Times (NST) melaporkan, DAP cuba "menulis semula sejarahnya" dengan bersedia membiarkan pendaftarannya dibatalkan, untuk memadamkan hakikat bahawa bekas presiden Singapura Devan Nair merupakan pengasas parti itu.

Kenyataan dalam NST dibuat oleh bekas naib presiden Ladang Paroi A David Dass yang keanggotaannya dibatalkan parti baru-baru ini.

Dakwaan hampir sama dinyatakan dalam buah tangan penulis tidak dikenali Father Augustus Chen, yang mendakwa pemimpin popular DAP Lim Kit Siang pernah menggunakan sentimen Cina untuk menolak Nair.

Tiada ulasan: