MBSA patut berbangga utama kebajikan rakyat
Muhammad Faizal, | 04 Jun 2013 |
SHAH ALAM:
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sepatutnya berbangga kerana dapat
melaksanakan kadar bayaran tempat letak kereta terendah di bawah
pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada sidang media di pejabatnya pagi ini memberitahu MBSA juga sepatutnya meletakkan kebajikan rakyat sebagai perkara asas dalam setiap perkhidmatan yang mereka sediakan.
Katanya lagi, Datuk Bandar MBSA juga perlu memastikan perkhidmatan yang berkualiti diberikan kepada rakyat bukannya menyukarkan warga Shah Alam dengan kenaikan kadar tersebut.
"Kita mendapat makluman mengatakan MBSA akan menaikkan kadar letak kereta dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam.
"Saya berpendapat MBSA perlu mengekalkan kadar yang sedia ada dan berbangga kerana dapat melaksanakan kadar harga yang rendah di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat," jelasnya yang juga AJK PAS Pusat.
Tambah Khalid (gambar), walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat memberi kebebasan untuk setiap institusi kerajaan negeri membuat perubahan tetapi ia perlu meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas utama.
Malah katanya lagi dengan kenaikkan kadar tersebut akan menyukarkan warga penduduk Shah Alam khususnya.
"Kita perlu mengambil kira kehendak rakyat dan bukannya menyukarkan kehidupan harian mereka dengan kenaikkan harga walaupun hanya 20 sen.
"Sebagai sebuah kerajaan yang perihatin hak dan kehendak rakyat menjadi agenda utama kita," sambung beliau.
Khalid yang meminta agar MBSA mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam perkhidmatan mereka terutamanya soal kualiti tempat letak kereta.
Jelasnya lagi, perjanjian antara MBSA dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut juga perlu ditelitikan semula bagi kebaikan untuk semua pihak.
MBSA dalam satu kenyataan sebelum ini akan berbincang dengan syarikat penyedia dan konsesi tempat letak kenderaan, Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. mengenai kadar bayaran baharu itu bagi menentukan tarikh untuk dikuatkuasakan.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd Atan ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA baru-baru ini menyatakan kadar bayaran tempat letak kereta dinaikkan daripada 40 sen kepada 60 sen sejam.
Beliau berkata, kenaikan itu wajar memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenal sejak 1998.
KOTA BHARU: Kelantan berminat untuk meninjau perkembangan teknik pertanian moden yang dilaksanakan di Jepun.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengerusi Rhom Wako Jepun, Datuk Yasuke Yoshioka di pejabat Menteri Besar petang semalam.
Kunjungan itu juga sebagai kunjungan hormat dan ucapan tahniah dari Rhom Wako kepada Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru.
Menurutnya lagi, bersesuaian dengan Kelantan yang menjadikan pertanian sebagai agenda utama dalam pembangunan ekonomi, teknik itu boleh dicuba.
Menurut Yoshioka, teknik pertanian moden khususnya sayuran yang hanya menggunakan sebuah rumah seluas dua setengah ekar itu begitu menjimatkan.
Katanya, bukan itu sahaja ianya menjimatkan ruang tanah, bebas serangga perosak, racun dan sebagainya.
Sehubungan itu, beliau menjemput wakil kerajaan negeri yang berkaitan melawat teknik pertanian itu di Jepun.
“Sayuran ini khususnya salad boleh dibuat aiskrim dan biskut sayur,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: Jika benar rundingan Persefahaman Perjanjian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) memberi banyak kebaikan kepada negara, maka tidak ada apa yang perlu disembunyikan.
Demikian respons Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersekutu (MTEM) dalam satu kenyataan berhubung TPPA.
Malahan, tambah kenyataan itu langkah-langkah persediaan boleh diadakan oleh pihak berkepentingan khususnya masyarakat usahawan.
Satu perjumpaan tertutup di antara Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama MTEM dan ahli-ahli NGO telah diadakan di pejabatnya, Kompleks Kerajaan Jalan Duta, di sini baru-baru ini bagi membincangkan status terkini rundingan TPPA.
Menurut kenyataan itu lagi, MTEM telah melalui beberapa siri perbincangan dan ingin menyatakan pendirian terhadap perundingan TPPA:
1. Ketiadaan kajian mendalam terhadap kesan ekonomi dan sosial terhadap negara dan penyertaan Malaysia dalam perundingan ini juga dilihat tidak matang. Sekiranya MITI ada membuat analisa menyeluruh berkaitan TPPA, maka ia perlu dibentangkan kepada umum, terutamanya berkaitan manfaat dan risiko yang bakal dihadapi.
2. Perundingan TPPA ini diadakan secara sulit dan keengganan MITI mendedahkan teks-teks perjanjian adalah bertentangan dengan prinsip ketelusan dan akauntibiliti yang dijanjikan kerajaan. Jika benar TPPA memberi banyak kebaikan kepada negara maka tidak ada apa yang perlu disembunyikan malahan langkah-langkah persediaan boleh diadakan oleh pihak berkepentingan khususnya masyarakat usahawan.
3. Tiada sebarang perundingan bermakna dianjurkan oleh MITI, dan sesi taklimat dengan beberapa pihak sebelum ini hanyalah secara lisan tanpa sebarang komitmen bertulis daripada MITI sebagai jaminan kepada keselamatan dan kedaulatan negara. Tambahan pula pelbagai pihak yang didakwa MITI mengikuti perundingan telah menafikan penglibatan mereka.
4. MTEM berpendirian keburukan pada perjanjian ini jauh melampaui kebaikan, tidak sepertimana yang dicanangkan MITI terutamanya kesan TPPA kepada industri kecil dan mikro.
5. Perjanjian antarabangsa seperti TPPA yang mempunyai kesan besar dan mampu mencemar kedaulatan negara sewajarnya diperdebatkan dan mendapat mandat baru daripada parlimen sebelum ianya diteruskan.
SHAH ALAM:
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memberitahu beliau tidak
pernah menyalahkan istana dalam kelewatan pelantikan Exco Kerajaan
Selangor.
Beliau menyifatkan isu kelewatan tidak pernah timbul kerana Pakatan Rakyat telah memenangi dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak pernah menuduh pihak istana terlibat atas kelewatan pembentukan barisan exco kerajaan negeri.
"Ini jelas dengan apa yang saya tulis melalui blog saya, perkara ini kecoh apabila tajuk berita mengenai isu tersebut telah disensasikan oleh satu portal berita sehingga menyebabkan pihak istana telah mengeluarkan kenyataan," jelasnya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Khalid yang juga AJK PAS Pusat menegaskan sama sekali tidak menekan pihak istana, tetapi tulisan melalui blognya telah menyatakan formula bagi membentuk barisan exco mengikut parti dan seterusnya bergantung kepada istana untuk bersetuju ataupun tidak.
Katanya, laporan berita yang dikeluarkan oleh portal online itu telah menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak supaya tidak mengheret nama baginda dan pihak istana dalam kemelut kelewatan pelantikan exco Selangor sehingga tempoh tiga minggu.
Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani memaklumkan mengenai perkara itu.
"Saya cuma mengatakan mekanisma ataupun formula untuk mencari penyelesaian jumlah exco mengikut parti dan setiap keputusan yang diperolehi perlu mendapat persetujuan dari istana.
"Jauh sekali hendak menyalahkan istana dalam soal ini, jadi saya berharap mana-mana pihak juga perlu merujuk kepada tulisan saya di blog saya dan bukannya hanya merujuk kepada laporan berita sahaja," sambung beliau lagi.
Beliau berharap penjelasan itu dapat menenangkan mana-mana pihak yang menuduh beliau dengan tanggapan yang salah.
Barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah dibentuk dengan menggunakan formula 4:3:3 iaitu empat wakil PAS, masing tiga wakil PKR dan DAP.
KUALA LUMPUR:
Siasatan awal DAP menunjukkan, satu konspirasi yang ditaja Umno telah
dilancarkan tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen pada 3 April untuk
memburuk-burukkan DAP.
Kospirasi inilah yang turut melahirkan dakwaan dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army” yang ditaja DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu bagi tujuan pembunuhan karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.
Demikian dakwa Lim Kit Siang, Penasihat DAP dalam kenyataannya.
Bagi beliau, penyebar utama pembohongan mengenai “Red Bean Army” adalah media cetak milik/dikuasai UMNO/BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star, baik sebelum mahupun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei.
Bagi beliau, dakwaan tidak berasas yang disebarkan dan dilontarkan oleh Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star hendaklah tercatat dalam sejarah sebagai titik paling hina mereka dalam melacurkan kerjaya kewartawanan.
Ia disebabkan dasar pertimbangan dan objektif mereka bukanlah fakta dan kebenaran, yang sepatutnya menjadi pegangan bidang kewartawanan, dakwa Kit Siang yang menang di parlimen Gelang Patah dalam pilihan raya umum lalu.
"Bagaimana mereka yang kononnya digelar wartawan kepada Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star yang bersekongkol mencipta penipuan tentang 3,000 tentera siber “Red Beans Army” didanai DAP yang hanya wujud dalam imaginasi liar mereka mampu berbangga sebagai wartawan yang jujur, menegakkan kebenaran dan takutkan Tuhan?" dakwanya.
Akan tetapi, kata Kit Siang (gambar kanan), pembohongan tentang Red Beans Army yang kononnya didanai oleh DAP hanya sebahagian daripada jalan cerita yang lebih besar sejak Januari lalu.
Ia bertujuan untuk memburuk-burukkan DAP dengan pembohongan dan penipuan dan paling menyedihkan apabila terdapat bekas ahli dan pemimpin DAP yang bersedia untuk bertindak begitu hina dengan berbohong dan menipu untuk meneruskan agenda Umno/BN ini, kata beliau kecewa.
Namun, katanya, pembohongan dan penipuan mereka tidak dapat melukakan DAP memandangkan tiada siapa akan mempercayai mereka – jika tidak tentu DAP gagal memenangi 38 kerusi Parlimen dan 95 kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Untuk menjustifikasikan pelaburan UMNO/BN ke atas mereka, mereka yang ingkar terhadap DAP ini meneruskan kempen penipuan mereka terhadap pemimpin DAP.
Sehingga kini, katanya, kepimpinan DAP mengabaikan mereka kerana mereka tidak releven dan sekiranya mereka terus dengan pembohongan dan penipuan terhadap pemimpin DAP, maka mereka hendaklah bersedia untuk didedahkan kedurjanaan mereka.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada sidang media di pejabatnya pagi ini memberitahu MBSA juga sepatutnya meletakkan kebajikan rakyat sebagai perkara asas dalam setiap perkhidmatan yang mereka sediakan.
Katanya lagi, Datuk Bandar MBSA juga perlu memastikan perkhidmatan yang berkualiti diberikan kepada rakyat bukannya menyukarkan warga Shah Alam dengan kenaikan kadar tersebut.
"Kita mendapat makluman mengatakan MBSA akan menaikkan kadar letak kereta dari 40 sen sejam kepada 60 sen sejam.
"Saya berpendapat MBSA perlu mengekalkan kadar yang sedia ada dan berbangga kerana dapat melaksanakan kadar harga yang rendah di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat," jelasnya yang juga AJK PAS Pusat.
Tambah Khalid (gambar), walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat memberi kebebasan untuk setiap institusi kerajaan negeri membuat perubahan tetapi ia perlu meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas utama.
Malah katanya lagi dengan kenaikkan kadar tersebut akan menyukarkan warga penduduk Shah Alam khususnya.
"Kita perlu mengambil kira kehendak rakyat dan bukannya menyukarkan kehidupan harian mereka dengan kenaikkan harga walaupun hanya 20 sen.
"Sebagai sebuah kerajaan yang perihatin hak dan kehendak rakyat menjadi agenda utama kita," sambung beliau.
Khalid yang meminta agar MBSA mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam perkhidmatan mereka terutamanya soal kualiti tempat letak kereta.
Jelasnya lagi, perjanjian antara MBSA dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut juga perlu ditelitikan semula bagi kebaikan untuk semua pihak.
MBSA dalam satu kenyataan sebelum ini akan berbincang dengan syarikat penyedia dan konsesi tempat letak kenderaan, Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. mengenai kadar bayaran baharu itu bagi menentukan tarikh untuk dikuatkuasakan.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd Atan ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MBSA baru-baru ini menyatakan kadar bayaran tempat letak kereta dinaikkan daripada 40 sen kepada 60 sen sejam.
Beliau berkata, kenaikan itu wajar memandangkan kadar 40 sen sejam telah diperkenal sejak 1998.
Kelantan berminat teknik pertanian moden Jepun
Rizal Tahir, | 04 Jun 2013 |
KOTA BHARU: Kelantan berminat untuk meninjau perkembangan teknik pertanian moden yang dilaksanakan di Jepun.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengerusi Rhom Wako Jepun, Datuk Yasuke Yoshioka di pejabat Menteri Besar petang semalam.
Kunjungan itu juga sebagai kunjungan hormat dan ucapan tahniah dari Rhom Wako kepada Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru.
Menurutnya lagi, bersesuaian dengan Kelantan yang menjadikan pertanian sebagai agenda utama dalam pembangunan ekonomi, teknik itu boleh dicuba.
Menurut Yoshioka, teknik pertanian moden khususnya sayuran yang hanya menggunakan sebuah rumah seluas dua setengah ekar itu begitu menjimatkan.
Katanya, bukan itu sahaja ianya menjimatkan ruang tanah, bebas serangga perosak, racun dan sebagainya.
Sehubungan itu, beliau menjemput wakil kerajaan negeri yang berkaitan melawat teknik pertanian itu di Jepun.
“Sayuran ini khususnya salad boleh dibuat aiskrim dan biskut sayur,” ujarnya.
Jika TPPA baik, kenapa MITI tidak dedah perjanjian?
Harakahdaily, | 04 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Jika benar rundingan Persefahaman Perjanjian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) memberi banyak kebaikan kepada negara, maka tidak ada apa yang perlu disembunyikan.
Demikian respons Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersekutu (MTEM) dalam satu kenyataan berhubung TPPA.
Malahan, tambah kenyataan itu langkah-langkah persediaan boleh diadakan oleh pihak berkepentingan khususnya masyarakat usahawan.
Satu perjumpaan tertutup di antara Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama MTEM dan ahli-ahli NGO telah diadakan di pejabatnya, Kompleks Kerajaan Jalan Duta, di sini baru-baru ini bagi membincangkan status terkini rundingan TPPA.
Menurut kenyataan itu lagi, MTEM telah melalui beberapa siri perbincangan dan ingin menyatakan pendirian terhadap perundingan TPPA:
1. Ketiadaan kajian mendalam terhadap kesan ekonomi dan sosial terhadap negara dan penyertaan Malaysia dalam perundingan ini juga dilihat tidak matang. Sekiranya MITI ada membuat analisa menyeluruh berkaitan TPPA, maka ia perlu dibentangkan kepada umum, terutamanya berkaitan manfaat dan risiko yang bakal dihadapi.
2. Perundingan TPPA ini diadakan secara sulit dan keengganan MITI mendedahkan teks-teks perjanjian adalah bertentangan dengan prinsip ketelusan dan akauntibiliti yang dijanjikan kerajaan. Jika benar TPPA memberi banyak kebaikan kepada negara maka tidak ada apa yang perlu disembunyikan malahan langkah-langkah persediaan boleh diadakan oleh pihak berkepentingan khususnya masyarakat usahawan.
3. Tiada sebarang perundingan bermakna dianjurkan oleh MITI, dan sesi taklimat dengan beberapa pihak sebelum ini hanyalah secara lisan tanpa sebarang komitmen bertulis daripada MITI sebagai jaminan kepada keselamatan dan kedaulatan negara. Tambahan pula pelbagai pihak yang didakwa MITI mengikuti perundingan telah menafikan penglibatan mereka.
4. MTEM berpendirian keburukan pada perjanjian ini jauh melampaui kebaikan, tidak sepertimana yang dicanangkan MITI terutamanya kesan TPPA kepada industri kecil dan mikro.
5. Perjanjian antarabangsa seperti TPPA yang mempunyai kesan besar dan mampu mencemar kedaulatan negara sewajarnya diperdebatkan dan mendapat mandat baru daripada parlimen sebelum ianya diteruskan.
Exco Selangor: Khalid tidak salahkan istana
Muhammad Faizal, | 04 Jun 2013 |
Beliau menyifatkan isu kelewatan tidak pernah timbul kerana Pakatan Rakyat telah memenangi dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak pernah menuduh pihak istana terlibat atas kelewatan pembentukan barisan exco kerajaan negeri.
"Ini jelas dengan apa yang saya tulis melalui blog saya, perkara ini kecoh apabila tajuk berita mengenai isu tersebut telah disensasikan oleh satu portal berita sehingga menyebabkan pihak istana telah mengeluarkan kenyataan," jelasnya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Khalid yang juga AJK PAS Pusat menegaskan sama sekali tidak menekan pihak istana, tetapi tulisan melalui blognya telah menyatakan formula bagi membentuk barisan exco mengikut parti dan seterusnya bergantung kepada istana untuk bersetuju ataupun tidak.
Katanya, laporan berita yang dikeluarkan oleh portal online itu telah menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak supaya tidak mengheret nama baginda dan pihak istana dalam kemelut kelewatan pelantikan exco Selangor sehingga tempoh tiga minggu.
Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani memaklumkan mengenai perkara itu.
"Saya cuma mengatakan mekanisma ataupun formula untuk mencari penyelesaian jumlah exco mengikut parti dan setiap keputusan yang diperolehi perlu mendapat persetujuan dari istana.
"Jauh sekali hendak menyalahkan istana dalam soal ini, jadi saya berharap mana-mana pihak juga perlu merujuk kepada tulisan saya di blog saya dan bukannya hanya merujuk kepada laporan berita sahaja," sambung beliau lagi.
Beliau berharap penjelasan itu dapat menenangkan mana-mana pihak yang menuduh beliau dengan tanggapan yang salah.
Barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah dibentuk dengan menggunakan formula 4:3:3 iaitu empat wakil PAS, masing tiga wakil PKR dan DAP.
Konspirasi buruk DAP dilancar 3 bulan sebelum Parlimen bubar
Harakahdaily, | 04 Jun 2013 |
Kospirasi inilah yang turut melahirkan dakwaan dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army” yang ditaja DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu bagi tujuan pembunuhan karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.
Demikian dakwa Lim Kit Siang, Penasihat DAP dalam kenyataannya.
Bagi beliau, penyebar utama pembohongan mengenai “Red Bean Army” adalah media cetak milik/dikuasai UMNO/BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star, baik sebelum mahupun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei.
Bagi beliau, dakwaan tidak berasas yang disebarkan dan dilontarkan oleh Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star hendaklah tercatat dalam sejarah sebagai titik paling hina mereka dalam melacurkan kerjaya kewartawanan.
Ia disebabkan dasar pertimbangan dan objektif mereka bukanlah fakta dan kebenaran, yang sepatutnya menjadi pegangan bidang kewartawanan, dakwa Kit Siang yang menang di parlimen Gelang Patah dalam pilihan raya umum lalu.
"Bagaimana mereka yang kononnya digelar wartawan kepada Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star yang bersekongkol mencipta penipuan tentang 3,000 tentera siber “Red Beans Army” didanai DAP yang hanya wujud dalam imaginasi liar mereka mampu berbangga sebagai wartawan yang jujur, menegakkan kebenaran dan takutkan Tuhan?" dakwanya.
Akan tetapi, kata Kit Siang (gambar kanan), pembohongan tentang Red Beans Army yang kononnya didanai oleh DAP hanya sebahagian daripada jalan cerita yang lebih besar sejak Januari lalu.
Ia bertujuan untuk memburuk-burukkan DAP dengan pembohongan dan penipuan dan paling menyedihkan apabila terdapat bekas ahli dan pemimpin DAP yang bersedia untuk bertindak begitu hina dengan berbohong dan menipu untuk meneruskan agenda Umno/BN ini, kata beliau kecewa.
Namun, katanya, pembohongan dan penipuan mereka tidak dapat melukakan DAP memandangkan tiada siapa akan mempercayai mereka – jika tidak tentu DAP gagal memenangi 38 kerusi Parlimen dan 95 kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Untuk menjustifikasikan pelaburan UMNO/BN ke atas mereka, mereka yang ingkar terhadap DAP ini meneruskan kempen penipuan mereka terhadap pemimpin DAP.
Sehingga kini, katanya, kepimpinan DAP mengabaikan mereka kerana mereka tidak releven dan sekiranya mereka terus dengan pembohongan dan penipuan terhadap pemimpin DAP, maka mereka hendaklah bersedia untuk didedahkan kedurjanaan mereka.
Petisyen PRU13: BN Perak juga ragui peranan SPR
Harakahdaily, | 04 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Perak melihat cadangan Pengerusi
BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas
di bawah Parlimen bagi memantau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
telah secara langsung memperakui kelemahan dan ketidakbolehpercayaan
badan tersebut dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi
mengendalikan sistem pilihan raya di Malaysia.
“Tindakan BN untuk memfailkan petisyen untuk lebih 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) juga dilihat secara terangan sebagai satu bentuk protes dan bantahan terhadap kredibiliti SPR dalam menguruskan proses pilihanraya yang adil dan telus,” ujar Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Malah, ujarnya BN negeri adalah antara yang paling awal meragui ketelusan SPR bilamana Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, telah mengesahkan pihaknya akan memfailkan petisyen mencabar keputusan PRU13 sejak23 Mei lagi.
Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa BN Perak turut meragui peranan SPR dalam mengendalikan PRU yang lalu dan bersetuju dengan Pakatan Rakyat bahawa badan itu tidak cekap menjalankan pilihan raya yang perlu dicabar keputusan tersebut di mahkamah.
“BN Perak secara tidak langsung percaya bahawa keputusan PRU13 yang lalu tidak 'tepat' dan sewajarnya dicabar sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, ia juga kegagalan SPR menjalankan tugas yang sewajarnya dan selama ini menjadi pertikaian banyak pihak di atas ketelusan dan kemampuannya.
Tambah beliau, justerun ramai yang mendesak agar diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji peranan dan kebolehpercayaan SPR untuk mengendalikan PRU akan datang.
Soalan: Ada orang fakir miskin yang suka meminta-minta dan ada yang sebaliknya. Kenapakah situasi ini berlaku?
Jawapan: Saya mulai perbincangan ini dengan mengemukakan sebuah peringatan daripada Rasulullah SAW: “Orang fakir miskin bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari daripada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan daripada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan (orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat),” (Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah r.a)
Hakikatnya, fakir dan miskin sentiasa wujud dalam keadaan apa sekali pun. Satu-satunya catatan sejarah menunjukkan, fakir dan miskin mungkin pernah ‘hilang’ seketika, ialah pada era pemerintahan Umar bin Abdul Aziz pada tahun 717-720 M dalam Dinasti Bani Umayyah.
Walau bagaimanapun, dipercayai fenomena ‘hilang’ sekejap ini, bukan kerana tiada langsung fakir dan miskin. Tetapi, kerana sumbangan beberapa faktor lain. Antaranya, keadilan Umar mengembalikan harta rakyat yang sebelumnya diambil secara zalim dan juga pemerkasaan kefahaman Islam menerusi tarbiyyah, sehingga menjadikan rakyatnya kaya daripada sudut jiwa dan hati.
Dalam Islam, kekayaan itu sendiri dibahagikan kepada dua, iaitu kaya jiwa dan kaya harta. Kekayaan jiwa adalah lebih utama, kerana ia menjamin maruah seseorang, sehingga dia tetap mempertahankan integritinya daripada terjebak ke dalam salah laku seperti rasuah dan zina sekali pun dia miskin harta.
Dalam hal ini, sekali lagi nabi menyatakan: “Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yang bersifat takwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi),” (Hadis riwayat Muslim) di samping hadis yang popular; “Kaya itu bukanlah kerana banyaknya harta, tetapi kaya itu adalah kayanya jiwa,” (Hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah)
Dua hadis di atas adalah sejajar dengan hadis yang saya paparkan di awal perbincangan. Si miskin yang kekurangan harta tetapi kaya jiwa dan hatinya; tidak akan sengaja menjaja kemiskinannya. Mereka menahan diri daripada menzahirkan kemelaratan diri; namun mereka masih dapat dikenali sebagai fakir dan miskin berdasarkan keadaan mereka. Mereka inilah yang amat layak untuk dibantu oleh institusi zakat.
Firman Allah: “(Berinfaklah dengan sedekah atau zakat) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena (mereka) memelihara diri daripada minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,” (al-Baqarah: 267). Wallahua’lam.
Sebarang persoalan zakat boleh diemailkan kepada 26 Rejab 1434 H | 5 Jun 2013hamizul@e-zakat.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau sila layari www.e-zakat.com.my

Miskin tetapi kaya jiwa
Ustaz Hamizul Abdul Hamid, | 04 Jun 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan