Khamis, 13 Jun 2013

BUKAN ITU SAJA...HUKUM ALLAH PUN DIPERTIKAIKAN

Taklimat: DAP beri amaran keras kepada Teck Hwa

Harakahdaily, 12 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa (gambar) tidak mematuhi arahan parti dengan menghadirkan diri di taklimat Parlimen semalam adalah satu tindakan yang telah melanggar disiplin parti.
Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook berkata, pihak kepimpinan parti memandang serius terhadap perkara tersebut dan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Teck Hwa semalam untuk memberikan penjelasan kepada parti.

Bagaimanapun, jelasnya Teck Hwa telah memberikan penjelasan secara bertulis dan memohon maaf di atas tindakannya itu.

“Setelah berbincang dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, saya selaku Whip DAP akan memberikan satu surat amaran keras kepada Er Teck Hwa supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut.

“Namun, memandangkan beliau telah mengakui kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka, saya mengambil keputusan untuk tidak merujuk beliau ke Jawatankuasa Disiplin DAP,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Seremban dalam satu kenyataan.

Tegasnya, perkara itu perlu dijadikan sebagai satu pengajaran kepada Teck Hwa dan semua Ahli Parlimen DAP supaya sentiasa bertindak secara kolektif dan mematuhi keputusan pucuk pimpinan parti dalam menjalankan tugas mereka sebagai Ahli Parlimen DAP.

RCI untuk PRU13 selari dengan tuntutan Pakatan

Harakah, 12 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan, gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) kepada kerajaan agar diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat salah laku dan kepincangan PRU13 selari dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat.

“Saya selaku Setiausaha Agung PAS menyokong penuh gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu.

“Gesaan Tuan Guru Abdul Hadi itu adalah lanjutan kepada keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat,” tegas beliau kepada Harakah.


Dapatkan laporan penuh mengenainya dalam Harakah edisi Jumaat.

Jambatan runtuh: PM hanya bermain tweet saja

Mohd Sabri Said, 12 Jun 2013
BAYAN BARU: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin kesal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum menjejakkan kaki meninjau sendiri keruntuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang berdekatan Batu Maung beberapa hari lalu sebaliknya sekadar 'bermain tweet' sahaja, itupun hanya sekali sahaja.

Sikap yang ditunjukanya jelas, bukti ketidak perhatinan orang nombor satu negara terhadap petaka yang berlaku hasil 'hadiah' Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Pulau Pinang.

"PM sampai sekarang tidak turun lagi melihat sendiri keruntuhan penyambung Jambatan Pulau Pinang walaupun sudah berlaku beberapa hari.  Beliau hanya bertweet dalam tweeternya sahaja dengan perkataan 'authority will investigate tragic insident on penang bridge, let’s focus on rescue effort and pray for victims and their families', tegasnya.

Begitu juga Menteri Kerjaya, Datuk Fadilah Yusof serta Pengerusi Panel Penasihat Projek Persekutuan di bawah ICU, Teng Chang Yeow langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Beliau menambah, sebuah akhbar, Sinar Harian dalam laporannya baru-baru ini memuji dengan melaporkan, hanya pemimpin Pakatan Rakyat yang turun padang meninjau kejadian itu dan cuba menyelesaikan permasalahan yang berbangkit.

Sim dalam kenyataanya juga mendesak Perdana Menteri menubuhkan segera 'Independent Technical Investigation Committee” dengan ketelusan dalam kuasa penyiasat, untuk menyiasat segala punca tragedi ini.

Sambungnya, ia perlu dianggotai oleh pakar-pakar teknikal yang terulung di negara ini mahupun dari luar negeri.  Jawatankuasa ini, katanya, harus mencontohi jawatankuasa yang ditubuh untuk tragedi Highland Tower sebelum ini.

Buat masa sekarang katanya, siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa adalah sulit dan tidak akan dipaparkan kepada rakyat melainkan di makhamah.

"Cepatkanlah tubuh Indenpent Technicial Investigation Committee dengan telus supaya mengesan punca kejadian kerana kelewatan akan menyukarkan pemulihan kepercayaan rakyat terhadap keselamatan jambatan kedua itu, " jelas beliau.

Rakyat Pulau Pinang sekarang mengalami krisis kepercayaan terhadap projek-projek kerajaan persekutuan setelah berlakunya beberapa kes projek persekutuan menghadapi pelbagai masalah seperti Stadium Kuala Terenganu runtuh dua kali, Hospital Shah Alam tidak dapat digunakan, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu yang berkuman, KLIA2 dan projek naik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang ditunda.

Belanja kempen: Pemuda PAS desak penjelasan Zahid

Harakahdaily, 12 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan jumlah perbelanjaan kempen beliau semasa Pilihan raya Umum ke-13 baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) menyatakan demikian ekoran Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mendedahkan bahawa beliau telah membelanjakan sebanyak RM100 dan 5 kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh pada PRU13.

Dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan Ahmad Zahid telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu sebanyak RM200,000.

Itupun, katanya belum dicampur dengan segala perbelanjaan lain termasuk tenaga petugas kempen, jentera, peralatan serta bahan-bahan kempennya yang mungkin jauh lebih banyak daripada apa yang didedahkan oleh Rafizi.

Justeru, ujar Riduan DPPM merasa hairan bagaimana Ahmad Zahid boleh mendapat duit sebanyak itu untuk perbelanjaan kempennya.

“Apakah ianya duit daripada poket beliau, parti mahupun daripada kerajaan?

“Mungkinkah ini menandakan bahawa setiap pemimpin BN diberikan peruntukan besar semasa kempen PPRU13 untuk diberikan kepada pengundi-pengundi?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam hal ini, katanya respons daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat penting bagi menjawab persoalan mengenai status pemberian wang tunai kepada pengundi ketika musim kempen pilihanraya sama ada ia boleh dikategorikan sebagai rasuah atau sebaliknya.

Beliau berkata, rakyat perlu mengetahui sumber kewangan Ahmad Zahid dan ke mana dihabiskan duit kempennya.

Speaker: Palanivel ugut sedekah dari Umno

Harakahdaily, 12 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Siapa akan mendapat jawatan Speaker Perak, menjadi satu lagi isu yang bangkit selepas PRU13 di mana beberapa pihak tertentu menaruh minat terhadap jawatan tersebut.
“Selepas ‘rampasan kuasa’ berlaku di Perak pada tahun 2009, Datuk R. Ganesan telah diangkat untuk menyandang jawatan tertinggi itu,” kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

Katanya, seluruh rakyat Malaysia masih ingat lagi bagaimanapun beliau selaku Speaker sah Dun Perak ketika itu diusung dan dikurung sebelum Ganesan menjadi Speaker.
Menurutnya, jawatan Speaker diberikan kepada wakil MIC, Ganesan semata-mata untuk menggantikan beliau supaya tidak timbul isu perkauman dan menjaga hati kaum India.

Baginya, kerajaan BN yang diterajui oleh Umno Perak tidak memberi jawatan itu kepada MIC dengan niat murni.

“Malah jawatan  itu diberikan kepada MIC dengan niat jahat supaya boleh dirampas daripada V.Sivakumar tanpa reaksi hangat daripada masyarakat itu,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Dalam kata lain, ujarnya MIC juga telah diperbodohkan oleh Umno dalam permainan kotornya untuk menipu masyarakat India.

Beliau berpandangan, Ganesan telah menjawat jawatan itu selama 4 tahun walaupun bukan dengan kerelaan Umno.

Baginya, MIC tidak boleh berbangga dengan jawatan itu kerana ia adalah sedekah yang diberikan oleh Pakatan Rakyat.

“MIC tidak pernah bermimpi untuk mendapatkan jawatan itu untuk ahlinya. MIC tidak berani menuntut jawatan itu sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata, hanya selepas V.Sivakumar dipilih sebagai Speaker Perak, sekarang MIC menuntut haknya untuk jawatan itu, sungguh menyedihkan dan memalukan.

Katanya, akhbar-akhbar harian Tamil membawa tajuk utama bahawa Presiden MIC, Datuk Palanivel mengugut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengenai jawatan Speaker.

Bagi beliau, tindakan Palanivel mengugut Menteri Besar Perak supaya memberikan jawatan Speaker itu kepada MIC sungguh melucukan.

Palanivel memaksa Zambry dengan terma  'jika tidak memberi jawatan Speaker kepada MIC, maka parti itu tidak akan mengambil apa-apa jawatan  yang lain termasuk Penasihat MB'.


Katanya, ugutan Palanivel tidak berasas kerana beliau hanya berani menggugurkan jawatan-jawatan untuk MIC di Perak, tidak menunjukkan kesungguhan dalam tuntutannya.

“Beliau sepatutnya meletak jawatannya bersama dengan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri MIC, bukan sekadar mengugut Zambry untuk jawatan-jawatan kecil di Perak,” katanya.

Perkasa hanya pengampu sahaja - Anwar

Bashir Ishak, 12 Jun 2013

(Setelah mogok lapar, akhirnya Waythamoorthy dapat jadi timbalan menteri, namun di mana suara Perkasa?)


KANGAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pergerakan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Pemuda Umno hanya pengampu sahaja tetapi tidak berani bersuara apabila suara mereka diperlukan.

"Puak-puak ni semuanya penipu saja bila bercakap tentang bangsa, yang jelasnya nereka ni hanya pegampu," katanya kepada sekitar 7000 orang ramai yang hadir ke program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam tadi yang diadakan di dataran kompleks perniagaan Kampung Bakau dekat sini.

Beliau mengulas tindakan mereka yang senyap sepi walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik wakil Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai salah seorang timbalan menteri di jabatan Perdana Menteri.

"Waythamoorthy ni perlembagaan negarapun dia bantah, tapi Najib angkat dia menjadi (timbalan) menteri, ada suara pemuda Umno atau Perkasa membantah?" tanya Anwar.

Bagi Anwar, sekiranya orang Melayu mempunyai kumpulan pelampau bernama Perkasa, orang India pula ada pejuang bangsa mereka iaitu Hindraf.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini, Waythamoorthy telah membuat mogok lapar sehinggalah Najib berjumpanya dan menandatangani satu perjanjian dengannya.

Selepas itu, apabila Najib mengumumkan barisan kabinet barunya, turut dinamakan adalah Waythamoorthy sebagai timbalan menteri.

Ekoran itu, MIC membantahnya namun ia tidak diendahkah oleh Najib. Kini Hindraf menjadi saingan kepada MIC dalam mewakili kepentingan orang India dalam kerajaan.

Nelayan ditahan: PAS gesa kerajaan bertindak

Harakahdaily, 12 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Wisma Putra dan Kerajaan Negeri Johor perlu bertindak cepat bagi membawa pulang enam nelayan Melayu dari Pengkalan Nelayan Pontian Kecil yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara berkenaan berhampiran Belerang sejak 23 Mei lalu.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Mahmood (gambar) berkata, kelewatan mengambil sebarang tindakan dibimbangi akan mengulangi kes yang pernah berlaku pada 9 Mac 2011 di mana 6 nelayan Pontian ditahan selama 8 bulan di sana, lapor Selatan Online.

Beliau yang juga calon PAS bagi Dun Pulai Sebatang pada PRU13 lalu berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian semalam berkenaan luahan Hamidah, isteri salah seorang nelayan yang ditahan teramat rungsing memikirkan perbelanjaan persekolahan dan harian bersama dua anaknya.

Dia dilaporkan berkata, kini hampir tiga minggu mereka ditahan di penjara Batam.

Pada 23 Oktober 2011, blogger Ibn bacoks pernah melaporkan 7 keluarga nelayan yang ditahan disantuni Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.

Dilaporkan seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak 9 Mac 2011 dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.

Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara tiga bulan.

PAS kekalkan tuntutan pemimpin SPR berundur

Bashir Ishak, 12 Jun 2013

(Mohamad Sabu berucap di himpunan Black 505 Kangar)

KANGAR: Sekiranya tatacara pengurusan pihan raya di negara ini tidak diperbetulkan, parti yang mendapat undi minoriti akan terus memerintah dan parti yang memperolehi majoriti akan terus tertindas kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Berucap dalam himpunan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, bersama-sama dengan sokongan padu suara rakyat beliau sekali lagi mempertegaskan bahawa kedua-dua penjawat tertinggi di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meletakkan jawatan.

"Melihat kepada segala bentuk penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu, SPR bukan lagi bebas dan sudah menjadi kuda tugggangan, kita mahu Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan," ujarnya di hadapan kira-kira 7000 orang yang hadir membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini.

Menurutnya lagi, rakyat sudah sedar dengan segala penipuan yang dibuat dan mereka bangkit tanpa perlu diseru atau dihasut.

"Lihat saja himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, siapa yang hasut rakyat? 5 Mei hari mengundi, 6 Mei semua orang letih, 7 Mei barulah kita mula bercakap dan melalui SMS dan sebagainya, pada 8 Mei 200 ribu orang hadir. Ertinya rakyat dengan sendirinya sedar belaku penipuan dalam pilihan raya.

"Jika penipuan berlaku dengan berleluasa tak payah siapa seru atau hasut, rakyat sendiri akan turun ke jalanraya.. Jadi,sebelum sampai ke peringkat itu kena perbetulkan tatacara pengurusan pilihan raya sebab sekarang ini ni kami di pihak majoriti, Najib hanyalah kerajaan minoriri.

"Kalau keadaan ini tidak dipebetulkan, inilah yang akan terus berlaku dalam PRU14. Dikatator akan terus berkuasa, minoriti berkuasa dan majoriti akan tertindas. Malaysia akan terus menjadi negara paling pelik di dunia. Biarlah penipuan PRU13 ini menjadi yang terakhir,"katanya lagi.

Mahathir pelopor hina Agong - Tamrin

Harakah, 12 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu pelopor yang mengaibkan institusi beraja di negara ini, tegas Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu mempersoalkan mengapa Mahathir yang suatu masa dahulu melakukan tindakan berupa penghinaan ke atas sultan tidak pula dikatakan menderhaka.

Beliau membangkitkan kisah Mahathir “membelasah” institusi beraja ekoran muncul semula isu Kerajaan Umno-BN yang galak mengaitkan kenyataan beberapa orang awam di laman sosial sebagai kononnya menderhaka kepada sultan atau Yang di-Pertuan Agong.


Baca laporan penuh dalam Harakah edisi Jumaat esok.

Tiada ulasan: