Rabu, 12 Jun 2013

BOLEHKE HARGA KERETA TURUN HINGGA 30 PERATUS

Acara MOM 23 Jun tidak guna Padang Merbok

Harakahdaily, 11 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Sekretariat Pakatan mendapat makluman bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun 2013, melalui surat yang difakskan semalam.

“Melalui sidang media dan laporan berita berikutnya, saya mendapat tahu alasan-alasan kenapa permohonan itu ditolak, termasuklah alasan bahawa Padang Merbok diperlukan pada 22 Jun 2013 sebagai persiapan kepada satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada keesokan harinya iaitu 23 Jun 2013,” ujar Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Beliau telah membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur:

1.      Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald. (McDonald’s Olympic Run)



2.      Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka. (sila rujuk paparan skrin di bawah)

3.      Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminya www.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.



4.      Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.

“Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kata beliau acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

Beliau juga ingin menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok:

1.      Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi “Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja”.

2.      Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga.

3.      Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen.

4.      Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013.

“Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu,” tegasnya.

Anak kecil tahanan ISA belum jumpa ayah sejak dalam kandungan

Harakahdaily, 11 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) konsisten dengan tuntutan agar kesemua tahanan akta itu dibebaskan segera.

Sekretariat GMI, Syukri Razab berkata kerajaan perlu mewujudkan Suruhanjaya Rekonsiliasi bagi menyiasat semua salah laku di bawah ISA dan mengheret individu terlibat ke muka pengadilan serta memberi pampasan yang setimpal kepada mangsa ISA dan keluarga mangsa.

Katanya, 22 Jun ini genap setahun ISA dimansuhkan secara rasminya. Pemansuhan ISA itu berlaku serentak dengan pewartaan Akta Kesalahan Kesalamatan (Langkah-langkah Khas 2012) atau dikenali juga dengan ringkasan SOSMA.

Menruutnya, SOSMA dikuatkuasakan dalam keadaan Kerajaan masih belum memperbetulkan segala kesilapan sepanjang ISA digunakan. 15 orang tahanan ISA masih mendekam di Kem Tahanan Kamunting.

Daripada jumlah itu, jelasnya 8 orang merupakan warga tempatan, 3 Sri Lanka, 3 Filipina dan seorang Indonesia.

Di Tawau Sabah, ujarnya ada 6 orang isteri masih terpisah daripada suami  dan 20 orang anak kecil masih terpisah daripada ayah mereka.

“Lebih perit, sehingga ke hari ini masih tidak ada alasan jelas mengapa tahanan ISA terus dikurung sedangkan akta  yang digunakan untuk menahan mereka telahpun dimansuhkan,” katanya yang juga Penyelaras Suaram.

Tambah beliau, tahanan ISA yang paling akhir akan dibebaskan ialah tahanan dari Tawau Sabah.

Tempoh petisyen PRU13 berakhir esok

Harakahdaily, 11 Jun 2013


KUALA LUMPUR: Tempoh mengemukakan petisyen bagi mempersoal keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh mana-mana parti politik, akan berakhir esok.

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 22 Mei lalu.

Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam mengesahkan akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

Ianya termasuk dua petisyen bagi kerusi Bagan Datok, iaitu petisyen pilihanraya, dan satu lagi petisyen berhubung dakwaan kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya.

Selain kerusi parlimen, Pakatan Rakyat juga akan memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.
Menurutnya lagi, engikut perintah tahanan, mereka hanya akan dibebaskan pada Januari tahun depan setelah genap 2 tahun tempoh tahanan.

Beliau menegaskan, biarpun masa penahanan tinggal kurang lebih 7 bulan, Suaram dan GMI tetap konsisten mendesak pembebasan awal kesemua tahanan ISA.

Katanya, Suaram dan GMI ingin mendesak Menteri KDN yang baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar segera membebaskan kesemua tahanan ISA.

Menteri KDN yang baru tidak wajar meneruskan kegagalan yang lama kerana tidak wujud istilah terlambat untuk membetulkan segala kesalahan yang berlaku.

Beliau berkata, bekas Menteri KDN Datuk Seri Seri Hishammuddin Hussein semasa mengetuai Kementerian Dalam Negeri tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk memperbetulkan kezaliman ISA walaupun banyak kali menerima tuntutan dan protes dari rakyat.

Oleh itu, jelasnya lagi sebagai usaha untuk membela keluarga mangsa ISA, GMI akan mengadakan lawatan ke Kem Tahanan Kamunting bersama 5 orang isteri tahanan ISA dari Tawau Sabah.

“Lawatan akan berlangsung pada 15 dan 16 Jun ini. Turut hadir dalam rombongan lawatan tersebut ialah dua orang anak kecil yang belum pernah bertemu dengan ayah mereka kerana semasa ayah mereka ditahan, mereka masih di dalam kandungan,” ujarnya.

Katanya, lawatan itu juga bertujuan ingin mendedahkan kepada masyarakat umum mengenai sandiwara pemansuhan ISA yang masih menzalimi rakyat walaupun setelah setahun dimansuhkan.

Sokong Dr Dzul Pegawai Perhubungan Politik

Hazayani Zakaria, 11 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Selangor menyokong penuh keputusan PAS negeri menamakan ahli jawatankuasa parti itu Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata keputusan itu adalah tepat kerana Dr Dzulkefly berpengalaman untuk mewakili PAS di peringkat negeri itu.

Beliau juga berharap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menerima pencalonan tersebut.

"Pemuda PAS Selangor mengalu-alukan jika Dr Dzulkefly dilantik yang direstui oleh PAS Pusat.

"Pemuda harap beliau diberi peluang untuk bersama-sama membantu untuk membangunkan negeri Selangor," katanya yang juga Adun Gombak Setia ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mesyuarat PAS kelmarin menamakan Dr Dzulkefly selepas DAP mencadangkan Naib Pengerusi Kebangsaan, Teresa Kok memegang jawatan tersebut mewakili DAP.

Semasa Kongres Nasional ke-9 PKR baru-baru ini, Khalid melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik bagi melancarkan hubungan politik antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat negeri itu.

Justeru kata Hasbullah, gandingan ketiga-tiga pegawai tersebut diharapkan dapat membantu Khalid mentadbir negeri dengan lebih cemerlang lagi.

"Kami mengharapkan barisan pegawai ini dapat bergandingan khususnya untuk memberi pandangan dan nasihat kepada menteri besar dan kerajaan Selangor keseluruhannya," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap kepada Sinar Harian, Dr Dzulkefly berkata, pelantikan jawatan baru daripada ketiga-tiga parti komponen PR bukanlah melambangkan kelemahan tetapi kekuatan PR Selangor.

“Gandingan yang dipilih pimpinan tertinggi parti iaitu Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan diri saya sendiri yakin dapat memperkasa kepimpinan PR Selangor.

“Selangor cuba jadi perintis kepada keunikan pentadbiran PR. Jika di Pulau Pinang ia hanya dikuasai DAP, Kelantan hanya ditadbir Pas. Tetapi berbeza dengan PR Selangor yang melibatkan ketiga-tiga parti komponen,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bolehkah harga kereta turun 20-30 peratus?

Dr. Rosli Yaakop, 11 Jun 2013
Harga kereta di Malaysia adalah di antara yang tertinggi di kalangan negara-negara pesat membangun (emerging nations bloc), malah, ada yang mengatakan di dunia. Pastinya, rakyat negara-negara Arab, England, Amerika Syarikat, Jerman, Thailand, Indoneisa dan pelbagai negara lagi menikmati harga kereta yang lebih rendah.

Ia berpunca dari dasar perlindungan yang diamalkan di negara ini sejak awal tahun 1980an bagi melindungi projek kereta nasional, Proton yang ditubuhkan pada tahun 1983 dan memulakan operasi berskala komersial dalam tahun 1985. Apabila projek kereta nasional kedua – Perodua - ditubuhkan dalam tahun 1993, ia juga berikan perlindungan yang sama.  Dasar perlindungan itu mengambil bentuk kadar cukai yang tinggi ke atas kereta import menyebabkan harga kereta import menjadi berkali ganda lebih tinggi dari harga asalnya dan lebih mahal dari kereta jenama nasional, Proton dan Perodua.

Dasar “harga kereta import mahal, harga kereta nasional murah” mendorong rakyat Malaysia yang mampu memiliki kereta membeli kereta berjenama Proton, melariskan jualannya sehinggalah ia menguasai  60-70% pasaran kereta di Malaysia dalam tahun 1980an dan 1990an (paling tinggi 74% dalam tahun 1993) sebelum merosot ke paras di bawah 20-30% dalam tahun tahun- tahun akhir 2000an bila ia terpaksa bersaing terutamanya dengan Perodua dan kereta buatan Jepun terutamanya Toyota. Pada tahun 2012, bahagian pasaran Proton ialah 26% berbanding Perodua (30%) dan Toyota (17%).  Pembeli-pembeli kereta Proton ini majoritinya terdiri dari rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan ke bawah dan mereka yang membeli kereta untuk kali pertama. Pemasaran yang agresif dan tiupan semboyan patriotisme – “tidak patriotik  sesiapa yang tidak membeli kereta berjenama Proton” - juga melonjakkan jualan Proton.  Rakyat Malaysia yang berpendaptan tinggi membeli Proton sebagai “kereta tambahan” (kereta yang keempat atau kelima) untuk digunakan oleh isteri dan orang gaji ke pasar.

Walaupun sudah ada kelihatan langkah liberalisasi dalam industri otomobil Malaysia - misalnya, di bawah ASEAN AFTA dan bilateral AFTA (yang ditadantangani Malaysia dengan  sebuah negara lain), duti import bagi kereta telah dikurangkan beransur-ansur, malah ada yang sudah dihapuskan – namun, harga kereta import masih terlalu tinggi. Ini disebabkan terutamanya oleh cukai dalam negara yang tinggi. Kesannya, ia menghalang majoriti rakyat Malaysia daripada memiliki kereta import dari negara-negara pengeluar kereta utama dunia seperti Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat dan sebagainya.  Oleh itu, pasaran kereta jenama import hanya terhad di kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi. Maka, wujudlah dua pasaran kereta di Malaysia – pasaran kereta nasional yang majoriti pembelinya adalah rakyat Malaysia berpendapatan sederahana dan ke bawah dan pasaran kereta import yang majoriti pembelinya adalah rakyat Malaysia berpendapatan tinggi.

Dasar melindungi kereta nasional ini masih diteruskan walaupun Proton sudah wujud selama 30 tahun. Tidak ada tanda-tanda jelas bahawa tembok perlindungi ini akan dirobohkan sepenuhnya. Nampaknnya, masa perlindungan selama 30 tahun yang diberikan kepada Proton telah tidak berapa berjaya melonjakkan kereta nasional itu ke jenama antarabangsa. Ia kekal dalam status “kereta pengganti import” tanpa mampu menembusi pasaran kereta antarabangsa dengan signifikan. Pada suatu ketika memang kelihatan pemasaran kereta Proton di peringkat antarabangsa itu agresif sehingga berjaya menembusi pasaran di lebih daripada 70 negara di dunia. Namun, sejak kebelakangan ini pengekalan dan penembusan seterusnya pasaran antarabangsa Proton banyak mengalami setback. Maka kekallah jenama Proton dengan nama “kereta jagoh dalam negara.” Kedudukan ini pun semakin tergugat sekarang.

Tekanan memang semakin tinggi menghendaki pihak berkuasa merobohkan tembok perlindungan ke atas kereta nasional ini tetapi pihak berkuasa setakat ini masih terus bertahan dengan memainkan persoalan: Jika pasaran kereta Malaysia diliberalisasikan apa akan jadi kepada nasib 300,000 pekerja Proton dan kalau cukai eksais diturunkan maka kutipan hasil cukai kereta yang kini menyumbang RM7 bilion se tahun kepada tok kerajaan akan terjejas. Pada pemikiran pihak berkuasa ruang pertandingan yang lebih luas boleh memudharatkan syarikat Proton malah boleh mengakibatkan Proton tutup kedai meyebabkan 300,000 pekerjanya menganggur. Kesan sosio-politik juga ada jika kemungkinan ini berlaku. Juga digunakan hujjah bahawa harga kereta yang murah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk  di bandar, pekan, kampong dan lebuhraya.

Akibatnya kebimbangan ini, struktur cukai ke atas kereta impot masih tinggi dan pasaran kereta Malaysia kekal dikuasai olih kereta nasional, khususnya Proton dan Perodua, bukan atas dasar pertandingan di padang sama rata tetapi kerana ada kuasa monopoli terhasil dari tembok perlindungan yang kebal.  Oleh itu, selagi kereta nasional memerlukan tongkat untuk terus bernafas maka selama itulah harga kereta akan kekal tinggil di Malaysia.

Dasar melindungi kereta nasional menyebabkan pengeluarannya tidak efisyen-kos, bermakna kos setiap unit kereta jenama nasional yang dijual kepada pengguna relatif tinggi menyebabkan pemiliki kereta di Malaysia menanggung beban harga kereta yang tinggi. Beban harga kereta yang tinggi berpunca dari ketidakefisyenan pengeluaran ini di tambah oleh pengenaan cukai yang tinggi telah ditanggung oleh rakyat Malaysia selama hampir 30 tahun. Kecuali sesuatu yang drastik dilakukan bagi meliberalisasikan industri otomobil Malaysia dan melebarkan ruang pertandingan, sukar untuk diduga sampai bilakah rakyat Malaysia harus memikul beban ini?

Sebaliknya, Thailand memilih strategi menggalakkan pembuat kereta dari luar negara untuk membuka kilang kereta di negara itu. Pelbagai insentif menarik diberikan. Akhirnya, Thailand menjadi pengeluar dan pengeksport kenderaan yang terbesar di kalangan negara-negara ASEAN sehingga ia digelar “Detroit of the East“ meninggalkan Malaysia di belakang dalam perlumbaan membangunkan industri otomobil. Thailand menjadi pengeksport keenderaan sementra Malaysia terpaksa berpuashati dengan pasaran dalam negara sahaja. Ertinya, dasar pembangunan industri otomobil Thailang berjaya dan Malaysia tidak berapa berjaya, malah ada pihak yang menyatakan gagal. Apa pun, beban dari “under-performance” ini ditanggung oleh pengguna kereta Malaysia.

Dalam Manifesto PRU13, UMNO-BN berjanji kepada rakyat Malaysia akan menurunkan harga kereta sebanyak 20-30% dalam tempoh lima tahun. Manifesto Pakatan Rakyat, yang diumumkan lebih awal juga menjanjikan perkara yang sama. Jalan yang dipilih oleh PR ialah dengan menurunkan cukai eksais ke atas kereta.  UMNO-BN masih belum menunujukkan jalan menurunkan harga kereta kerana cukai eksais ke atas kereta menghasilkan RM7 bilon pungutan cukai dan menurunkan kadar cukai eksais bermakna “membunuh itik angsa yang mengeluarkan telur emas.”

Jadual 1: Struktur Cukai bagi Kenderaan Penumpang Persendirian (Termasuk Station Wagon, Kereta Sport dan Kereta Perlumbaan) dari ASEAN*

Kapasiti Enjni (cc)
Duti import (%)
Cukai Dalam Negera atas CBU dan CKD (%)

CBU
CKD
MSP
Cukai Eksais
Cukai Jualan
< 1,800
0
0
0
75
10
1,800 - 1,999
0
0
0
80
10
2,000 - 2,499
0
0
0
90
10
2,500 dan ke atas
0
0
0
105
10
* ASEAN dianggotai 10 negara. Enam negaraa yang awal ialah Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan /Thailand. Empat anggota yang masuk kemusdian terdiri dari Vietnam (1995), Laos (1997), Myanmar (1997) dan Kemboja (1999).

Jadual 2: Struktur Cukai bagi Kenderaan Penumpang Persendirian (Termasuk Station Wagon, Kereta Sport dan Kereta Perlumbaan) dari Negara Terpilih (Most Favored Nations)

Kapasiti Enjni (cc)
Duti import (%)
Cukai Dalam Negera atas CBU dan CKD (%)

CBU
CKD
MSP
Cukai Eksais
Cukai Jualan
< 1,800
30
10
10
75
10
1,800 - 1,999
30
10
10
80
10
2,000 - 2,499
30
10
10
90
10
2,500 dan ke atas
30
10
10
105
10

Kereta yang dimport dari negara-negara ASEAN ke Malaysia kini tidak lagi mengundang duti import. Namun, masih ada dua jenis cukai dalam negara yang dikenakan ke atas kereta import dari anggota-anggota ASEAN, iaitu, cukai eksais dan cukai jualan. Cukai eksais kadarnya menaik semakin tinggi kapasiti injin kereta, bermula dari 75% bagi injin berkapasiti di bawah 1800cc hinggalah ke 105% bagi injin berkapasiti 2500cc dank e atas.

Tetapi kenderaan yang diimport dari negara-negara bukan anggota ASEAN mengundang tiga jenis cukai  - duti import, cukai eksais dan cukai jualan. Kadar cukai-cukai yang berkenaan ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2.

Bagaimanakah cukai ke atas kenderaan import di kira? Cukai dikira atas nilai import yang termasuk harga kereta, kos pengangkutan dan kos insurans. Kaedah pengiraan menyebabkan adanya kesan “cukai atas cukai” bermaknan kadar cukai efektif menjadi lebih tinggi. Kalau kadar duti import ialah 30%, cukai eksais 75% dan cukai jualan 10%, maka kadar cukainya bukan 115% (30% + 75% + 10%) tetapi lebih tinggi, iaitu, 150%. Contoh pengiraan cukai ke atas kereta di tunjukkan dalam Jadual 3.

Dari contoh ini jelas bahawa, pertama, cukai yang dipungut oleh kerajaan jauh melebihi nilai import kereta berkenaan (RM168,280 berbanding RM112,000, iaitu, 150.2% lebih tinggi). Kedua, akibat daripada kadar cukai yang tinggi dan kesan “cukai atas cukai,” maka harga kereta yang dibayar oleh rakyat Malaysia menjadi hampir tiga kali ganda dari harga asal kereta itu (RM280,280 berbanding RM112,000) dan ini belum lagi “on the road price” yang menambahkan harga kereta. Ketiga, pembeli kenderaan juga membayar cukai perkhidmatan, iaitu, atas perkhidmatan perkapalan dan insurans  pada kadar cukai efektif 150.2%.

Jadual 3: Pengiraan Cukai ke atas Kereta yang diimport dari Most Favored Nation (Misalnya Jepun

Kereta Penumpang Persendirian <1800cc strong="">
RM
Cukai (RM)

Kos Kereta
100,000


Kos Perkapalan
10,000


Kos Insurans
2,000


Nilai import
112,000


Duti Import %
30%


Duti import RM
33,600
33,600

Nilai Import + Duti Import
145,600


Cukai Eksais %
75%


Cukai Eksais RM
109,200
109,200

Nilai import + Cukai eksais
254,800


Cukai Jualan %
10%


Cukai Jualan RM
25,480
25,480

Harga Kereta Selepas Kenaan Semua Cukai
280,280


Jumlah cukai RM

168,280

Kadar Cukai Efektif


150.2%





Walaupun harga kereta ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, kos pengeluaran dan mark-up keuntungan, yang ketara di Malaysia ialah kadar cukai yang tinggi dan cara pengiraan cukai yang membawa kepada kesan “cukai atas cukai” adalah komponen utama harga kenderaan di Malaysia. Kecuali sesuatu dilakukan ke atas struktur cukai berkenaan, khasnya dalam keadaan kos pengeluaran yang terus meningkat, sukar untuk harga kereta diturunkan sebanyak 20-30% sebagaimana yang dijanji. Tetapi, rakyat Malaysia pasti akan tetap menagih janji ditepati.  Lebih baik lagi bila penurunan cukai dipakej dengan langkah-langkah seperti menangani isu AP, pembaikan sistem pengangkutan awam, pembaikan dalam kawalan dan penyuraian trafik dan sebagainya.  Cukai ke atas import kereta mewah boleh dikekalkan tinggi tetapi jenis kereta yang rakyat terbanyak mahu beli dan guna biarlah harganya cukup rendah.

Rembau NS
Selasa, 11 Jun 2013

PAS Perak fail 3 petisyen PRU13 pagi ini

Muhammad Faeez Azahar, 11 Jun 2013


IPOH: Tiga wakil calon PAS mewakili Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang, Lubok Merbau dan Manjoi telah memfailkan petisyen pilihan raya pagi ini.

Petisyen tersebut difailkan menerusi Tetuan Amin Amirul & Partners yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang- Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Perak, Aminuddin Zulkipli di Mahkamah Tinggi, Ipoh.

Menurut sumber, tiga lagi petisyen akan dibuat oleh PAS untuk Dun Rungkup, Manong dan Selama petang ini.

“Setakat pagi ini tiga Dun telah difailkan dan insya Allah akan ada lagi beberapa Dun akan turut berbuat demikian pada petang ini atau esok,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas selesai memfailkan petisyen.

Hadir sama ialah pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat Perak yang hadir untuk memberikan sokongan.

Menurut beliau, pihaknya akan menunggu maklum balas oleh pihak mahkamah sebelum ditetapkan tarikh pengurusan kes tersebut.

Petisyen dibuat katanya adalah berdasarkan hujah serta asas kukuh tentang kepincangan, salah laku dan ketidakadilan dalam proses pilihanraya lalu.

“Perkembangan berikutnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa dan kami berharap seluruh rakyat Malaysia khususnya di Perak agar dapat mendoakan kejayaan petisyen yang dijalankan ini seterusnya dapat mengangkat kembali hak rakyat Perak,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, calon PAS di Dun Manjoi Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed dengan majoriti tipis iaitu 132 undi manakala di Pasir Panjang, calon PAS Rohawati Abidin tewas dengan majoriti 304 undi kepada Rashidi Ibrahim.

Majoriti 53 undi memisahkan antara calon PAS di Lubok Merbau, Zainudin Mohd Yusof dengan calon BN, Siti Salmah Mat Jusak.

Tiada ulasan: