Isnin, 16 April 2012

SESUAI TAK SESUAI...KENA JUGA PRU13...MASA MASIH TAK SESUAI...ISU LAMA DAN BARU MENUNGGU..JADI MAU TAK MAU...TERPAKSA JUGA....PERUNTUKAN AGAMA PATUT BANYAK...RAKYAT TAQWA...MALAYSIA DILINDUNGI ALLAH..TAPI JIKA BUAT MUNGKAR ...BAGAIMANA NAK DAPAT RAHMAT ALLAH....

Kelantan yang menakjubkan

zulsulung, 16 Apr 2012
Ada sebuah peribahasa Tamil yang mengingatkan bahawa apa-apa yang didengar mungkin palsu dan apa-apa yang dilihat juga palsu; lalu tindakan terbaik adalah menyelidik sendiri sesuatu perkara.
Sambil berpegang pada peribahasa itulah juga saya memutuskan untuk tidak mempercayai bulat-bulat kempen besar-besaran pihak tertentu yang berusaha keras memberi gambaran paling negatif mengenai keadaan di Kelantan.
Akhirnya, apabila berada di Kota Baru pada 11-14 Mac 2012, saya berpeluang mendapatkan sendiri jawapan berhubung pelbagai perkara berkaitan Negeri Serambi Mekah yang mengamalkan corak pentadbiran “Membangun Bersama Islam”.
Kebanyakan maklumat yang sahih dan tepat ini saya peroleh menerusi perbualan santai bersama-sama pelbagai pihak yang sempat saya temui di sana. Misalnya rakan-rakan penulis yang sama ada berasal dari Kelantan atau kini tinggal di negeri itu.
Tidak ketinggalan juga hasil perbualan bersama-sama sekian ramai golongan orang kelainan upaya (OKU) yang menghadiri Persidangan OKU Darul Naim Peringkat Kebangsaan di Hotel Raudah.
Saya juga berkesempatan bergaul bersama penduduk setempat yang cukup mesra dan tidak keberatan untuk berkongsi kisah dan pengalaman. Selebihnya, juga menerusi pemerhatian — bukan sekadar melihat, tetapi meneliti apa-apa yang berlaku di depan mata.
Selain daripada itu, pelbagai bahan bacaan yang diperoleh dari pejabat Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan juga amat membantu usaha mengumpulkan fakta sebenar yang malangnya kurang diketahui orang ramai; khususnya generasi muda.
Mutalib (kiri) dan Hidayah (kanan) yang mengiringi saya sepanjang lawatan.
Misalnya, buku “100 Fakta Kelantan Menerajui Perubahan” (2011) menyebut bahawa “sebahagian besar program yang dilaksanakan di Kelantan telah diciplak oleh Kerajaan Pusat dengan menampal label lain dan mengaku kononnya merekalah yang memulakan program tersebut”.
Saya tidak mahu menyokong mana-mana pihak dalam “pertikaian” ini, sebaliknya sekadar mahu meneliti sebahagian daripada perkara-perkara yang menarik perhatian saya mengenai kehebatan di Kelantan sejak 1990.
Abdul Mutalib Awang, pemuda berusia 23 tahun yang menjadi “pemandu pelancong” saya antara lain menceritakan mengenai Skim Az Ziwaaj iaitu bantuan bagi pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga tetapi kurang mampu.
Skim berkenaan yang diperkenalkan pada 2011 memperuntukkan bantuan RM1,000 bagi individu berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan.
Bagi keluarga miskin tegar, bantuan makanan asas berupa beras (10 kilogram sebulan) diberikan sejak Februari 2011 di bawah Skim Al It’aam.
Menurut sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, sehingga September 2011, sekitar 8,100 penduduk miskin dari seluruh Kelantan menerima bantuan itu.
Kakitangan kerajaan persekutuan sudah biasa dengan jadual kerja lima hari seminggu. Rupa-rupanya, sistem ini mula-mula diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi cuti pada Jumaat dan Sabtu.
Begitu juga dengan cuti bersalin 60 hari yang dinikmati kakitangan wanita. Dahulu, cuti hanya 42 hari. Kakitangan kerajaan negeri menjadikannya 60 hari supaya si ibu boleh meluangkan lebih banyak masa bersama bayi, serta untuk berehat.
Rakan-rakan penulis yang ditemui turut berkongsi pelbagai kisah dan maklumat positif.
Di Kelantan, apabila seorang wanita bersalin, si suami diberi cuti kebajikan seminggu supaya dia dapat membantu menguruskan dan menyediakan keperluan isteri.
“Hospital Bersalin An-Nisa dikendalikan doktor dan kakitangan wanita serta mengikut kaedah Islam. Selain memberi keselesaan kepada bakal ibu, hospital seperti ini juga menjamin ketenangan fikiran kepada semua pihak,” kata Nur Hidayah yang menjadi penyelaras program sepanjang saya berada di Kota Baru.
Saya juga diberitahu oleh seorang pak cik yang bekerja di sebuah rumah kebajikan anak-anak yatim mengenai Skim Kifalah Warga Emas yang diberikan tanpa batas kaum, agama dan fahaman politik.
Di bawah skim berkenaan yang diperkenalkan pada 2007, apabila warga emas (lebih 60 tahun) yang mendaftar meninggal dunia, sumbangan RM500 diberi untuk menguruskan jenazah. Baki RM1,000 pula akan diberi kemudian kepada warisnya.
Selain daripada itu, Tabung Serambi Mekah yang ditubuhkan pada 1991 bertujuan membantu golongan tua, daif, miskin dan uzur membaiki rumah. Tabung itu juga digunakan untuk pelaksanaan kerja-kerja bantuan berikutan kemusnahan akibat bencana alam dan kebakaran.
Bagi penduduk miskin tegar yang tidak mampu memiliki rumah, disediakan pula Rumah Dhuafat sejak 2007. Skim berkenaan juga boleh dimanfaatkan oleh keluarga yang menghadapi masalah berikutan rumah asal terbakar, rumah terlalu uzur, pendapatan tidak tetap atau mempunyai ramai anak/tanggungan.
Tabung Amanah Tok Kenali yang ditubuhkan pada 1992 adalah untuk membantu penduduk Kelantan yang cemerlang dalam pelajaran dan mahu melanjutkan pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Kerja-kerja meningkatkan taraf pendidikan sekolah agama rakyat dan pusat pengajian pondok juga tidak dilupakan.
Buku kecil ini memuatkan pelbagai maklumat dan fakta yang sangat menakjubkan.
Kota Baru diisytiharkan sebagai “Bandar Raya Islam” pada Oktober 2005. Pasti sahaja pelbagai pihak cuba memberi gambaran negatif terhadap perkara yang baik itu kerana mahu meraih “keuntungan politik”. Tidak perlulah dihuraikan lebih lanjut di sini.
Bagaimanapun, daripada apa yang saya perhatikan sendiri, pengisytiharan itu sebenarnya membuktikan komitmen kerajaan negeri di bawah pimpinan golongan ulama untuk melaksanakan secara lebih menyeluruh aspek-aspek pembangunan yang selaras dengan ajaran Islam.
Saya tidak akan terkejut jika masih ada pihak tertentu yang mahu memanipulasi usaha murni itu dengan cuba menyebarkan fitnah bahawa masyarakat Bukan Melayu dan Bukan Islam akan tertindas.
Penyebaran dakyah seperti itu membuktikan bahawa golongan tertentu tidak memahami ajaran sebenar Islam. Malah, kedudukan Kota Baru sebagai “Bandar Raya Islam” sejak 2005 menjadi bukti nyata bahawa tidak ada sebarang penindasan ke atas sesiapa.
Saya rasa bertuah kerana berpeluang mengalami sendiri suasana sebenar di Kelantan — khasnya di Kota Baru — dan dapat pula berkongsi maklumat itu bersama orang ramai.
Seperti kata Mahatma Gandhi, jadilah perubahan yang mahu anda saksikan di dunia ini kerana tidak akan tercapai kebaikan sekiranya tidak ada sesiapa yang berani mengetengahkan kebenaran.- The Malaysian Insider.
--------------------------------------------------------------------------------------------
* Uthaya Sankar SB akan mengendalikan Bengkel Cereka UPSR di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 April 2012.
Benteng manusia pecah, khemah siswa roboh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mahukan kira-kira 30 mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpindah daripada kawasan itu.

Kelihatan pegawai penguatkuasa menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini.

PTPTN dataran sit in by studentsMahasiswa diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk bandar.

Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.

Aktivis Adam Adli Abd Halim (atas) berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.

dataran sit in PTPTN.Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini.

Mereka antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut pendidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Sementara itu, DBKL kira-kira jam 4 petang ini berkeras mahu mengalihkan khemah itu sehingga memaksa mahasiswa membuat benteng manusia dan berlaku adegan tolak menolak antara kedua-dua pihak.

DBKL bagaimanapun berjaya merobohkan empat khemah dan merampas satu daripadanya. Mahasiwwa mendakwa DBKL melakukan kekasaran ketika bertindak.
Polis sahkan siasat saudara Soi Lek
Polis mengesahkan menerima laporan polis yang mendakwa saudara lelaki kepada presiden MCA Chua Soi Lek - Chong Seng - terlibat dalam amalan rasuah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Syed Ismail Syed Azizan melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini mengesahkan laporan itu dibuat pada Jumaat.

Tambahnya, pasukan daripada jabatannya sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan itu tetapi belum mengelaskan di bawah mana-mana seksyen dalam Kanun Keseksaan.

Menurut The Edge, penternak ikan hiasan Xiang Leng Holdings Bhd dalam audit khas gagal memasukkan RM90.7 juta dalam perbelanjaan modal antara 2005 hingga 2008.

Laporan itu menyebut, tiga bekas pengarah termasuk Chong Seng sebagai penandatangan cek tunai bernilai RM85.7 juta yang diberikan secara mencurigakan kepada empat kontraktor untuk kerja-kerja pembinaan kolam ikan dan RM5 juta lagi dibayar kepada 52 kontraktor lain.
Mahathir: Sekarang nampak bagus untuk p'raya
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.

Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, hari ini.

Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.

"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya.

- Bernama
Debat Lynas di RTM tak muncul-muncul
Selepas tiga minggu, rakaman debat melibatkan anggota parlimen Kuantan daripada PKR Fuziah Salleh berhubung kontroversi pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan masih tidak disiarkan di televisyen.

NONEFuziah berkata, RTM tidak memberikan sebarang penjelasan kepadanya kepada debat dalam rancangan "Bicara Rakyat" yang dikendali oleh Syed Munawar Syed Mustar masih belum disiarkan.

Katanya, beliau hanya dapat berhubung dengan moderator yang berkata masih belum menerima sebarang arahan siaran setakat ini.

Ahli panel lain termasuk Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan dan Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang.

Rancangan itu dirakam pada 16 Mac dan dikatakan sepatutnya disiarkan pada 23 Mac. Rakaman audio rancangan itu kini dimuatkan di Internet.
Pesawat pengangkut RM3.5b mula diterima 2015
Malaysia dijangka menerima empat buah pesawat pengangkut generasi baru, Airbus Military A400M, secara berperingkat mulai Januari 2015, kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Katanya kesemua pesawat yang dibeli dengan kos RM3.5 bilion termasuk pakej khidmat sokongan latihan dan logistik, dijangka diterima sepenuhnya oleh TUDM menjelang 2016.

Malaysia telah membuat tempahan itu pada Disember 2005 dan mengikut jadual Airbus Military, pengeluar pesawat pengangkutan ketenteraan dan sivil, sepatutnya menghantar kesemua pesawat itu pada tahun depan.

Rodzali berkata pembelian pesawat itu bukan untuk menggantikan pesawat pengangkut C130 Hercules yang sedia ada tetapi bagi meningkatkan kemampuan TUDM sebanyak dua kali ganda.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan  Grizzly 4, salah satu daripada lima model pesawat berkenaan, yang dalam siri jelajah ke tiga negara Asia, iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand di Pangkalan TUDM di Subang dekat Petaling Jaya, semalam.

Turut hadir ialah Naib Presiden Kanan Airbus Asia Pasifik, Ignacio Alonso.

Katanya pesawat itu mempunyai keupayaan melakukan tiga tugas utama iaitu keupayaan mengangkut peralatan berat, misi taktikal udara dan keupayaan mengisi bahan bakar ketika di udara.

Rodzali berkata A400M turut mampu membawa 116 anggota payung terjun dengan kelengkapan penuh serta membuat terjunan melalui dua pintu.

"Mereka akan mampu membuat tugasan dengan begitu cepat, ini berguna untuk ketika menjalankan penerjunan operasi khas," katanya.

Malaysia merupakan persinggahan pertama dan paling lama dalam siri jelajah tiga negara Asia Airbus Military A400M iaitu mulai hari ini hingga Rabu ini.

Grizzly 4, diterbangkan daripada Toulouse, Peranchis oleh Ketua Juruterbang Ujian, Ed Strongman, dan berlepas ke Jakarta pada Rabu ini, sebelum ke Chiang Mai dan Bangkok pada Khamis dan pulang ke Eropah Jumaat ini.

Pesawat A400M direka bagi operasi di kawasan pendaratan tidak tersedia, boleh menggabungkan keupayaan logistik dan taktikalnya untuk membawa beban hingga 30 tan metrik sejauh 2,450 batu nautika.

- Bernama
Menteri: Belanja pertahanan negara Asia bertambah
Cabaran keselamatan kontemporari disusuli teknologi dan pembangunan produk telah meningkatkan aktiviti pemerolehan khususnya di Asia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya perbelanjaan pertahanan Asia telah memintas negara-negara Eropah dan trend tersebut akan berterusan dengan angkatan tentera di rantau Asia akan meneruskan proses menaiktaraf dan pemodenan.

Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm, Asia merangkumi 40 peratus penerima senjata konvensional, katanya ketika merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahmad Zahid berkata Asia sedang menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat di dunia dan perbelanjaan pertahanan tidak terkecuali.

"Keperluan melindungi integriti wilayah negara dan kepentingan strategik merupakan kepentingan paling utama," jelasnya.

Ahmad Zahid berkata dengan faktor demografi, geopolitik, ekonomi dan trend ketenteraan beralih ke arah rantau Asia maka "ia merupakan waktu sesuai bagi kami di rantau ini menjadikan saling pelengkap dengan keupayaan masing-masing dalam membangunkan sebuah pasaran yang lebih bersepadu".

Beliau juga meminta firma pertahanan Malaysia mengambil kesempatan daripada DSA 2012 untuk terus menjalinkan rantaian dan pakatan perdagangan.

"Kerajaan Malaysia akan terus menyokong kerjasama seumpama itu menerusi pelbagai bentuk seperti Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES), aturan dua hala, pelaburan langsung asing dan usaha sama," katanya.

Pameran DSA 2012 selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur telah melakarkan rekod dengan penyertaan lebih 850 syarikat dari 50 negara.

- Bernama
'BERSIH perlu yakinkan tak susahkan orang'
Kerajaan tidak menyekat kemahuan mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman asalkan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata antaranya mereka mesti memastikan perhimpunan tidak menyusahkan orang ramai selain perlu meyakinkan pihak polis bahawa perhimpunan yang bakal dianjur itu aman.

"Seperti BERSIH, kalau mahu lakukan (perhimpunan aman), mereka (penganjur perhimpunan) perlu yakinkan pihak polis mengenai apa dan di mana mahu berhimpun (agar) tidak susahkan orang ramai. Semua pihak terikat pada syarat yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan BN Pilihan Orang Muda, di Ipoh.

Beliau diminta mengulas mengenai permohonan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) semalam untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka pada 21 April ini, bagi membantah usaha pihak tertentu menjayakan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender serta seks bebas di negara ini.

Mengenai tindakan sekumpulan mahasiswa berhimpun mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di ibu negara Sabtu, Hishammuddin berkata perkara itu adalah isu yang cuba dieksploitasi pihak pembangkang.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata Pergerakan Pemuda BN dan Pergerakan Puteri Umno perlu mewujudkan 'gelombang orang muda' di setiap negeri.

Beliau berkata masa depan negara adalah bergantung kepada tindakan golongan muda pada masa sekarang.

- Bernama
BN Selangor lancar 'Ops Kibar' & santai seni
Dalam usaha mendekati golongan muda, BN Selangor melancarkan "Ops Kibar dan Santai Orang Muda" yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung
minggu.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata buat permulaan program itu akan diadakan Jumaat depan di perkarangan Bangunan Umno Selangor di Seksyen 14 di sini.

Menerusi program, itu, katanya, belia yang berbakat akan diberi peluang untuk membuat persembahan setiap minggu sama ada dalam bentuk persembahan muzik, kebudayaan dan mendeklamasi sajak.

Selangor Umno liaison committee secretary Mohd Zin Mohamed"Program ini bertujuan menyedarkan golongan muda bahawa BN tidak pernah menyisihkan mereka, malahan sokongan mereka diperlukan bagi menjayakan matlamat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang, katanya kepada pemberita ketika melancarkan program itu di Shah Alam, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi era 80-an Poe mendendangkan beberapa lagu berbentuk humor dan sindiran manakala Mohd Zin pula mendeklamasikan sebuah sajak.

- Bernama

Tiada ulasan: