Bekas polis tidak berkasar masa bertugas dahulu
Warga Marhain, |
Waktu itu jam menunjukkan 7.00pm, saya berserta isteri dan anak keluar dari Pasaraya SOGO kerana dimaklumkan pasaraya tersebut akan ditutup kerana faktor keselamatan. Kami seterusnya menuju ke Stesen LRT Bandaraya yang tidak jauh dari situ. Ketika berada di platform atas, ramai orang sedang beratur untuk mengambil "token" di mesin tiket. Keadaan ketika itu begitu tenang dan kelihatan segelintir peserta Bersih 3.0 berpakaian kuning turut sama beratur untuk mengambil tiket untuk pulang.
15 minit kemudian keadaan disitu menjadi tegang dengan kehadiran sekumpulan anggota PDRM beranggaran 15-20 orang berpakaian uniform operasi biru gelap. Mereka menyerbu stesen itu dengan tujuan membuat "search party" bagi menangkap mereka yang berpakaian kuning. Apa yang menyedihkan saya, anggota PDRM tersebut tidak menjalankan tugas dengan cara berhemah dan profesional dengan orang awam yang berada disitu. Mereka memasuki kawasan itu dengan jerit pekik seolah-olah hendak menakut-nakutkan orang awam di situ yang rata-ratanya terdiri daripada golongan bekerja, wanita dan kanak-kanak. Macam samseng jalanan dalam filem-filem bercorak gangster, cuma kali ini ianya dilakukan oleh mereka yang beruniform bertugas untuk melindungi ketenteraman awam.
Mereka berada dalam keadaan seolah-olah hilang ingatan dan semacam dirasuk ketika "search party" tersebut. Untuk makluman saudara, keadaan disitu sama sekali tidak ada aktiviti perhimpunan. Semua orang sedang bergegas untuk pulang. Sangat menyedihkan saya apabila beberapa anggota PDRM berbangsa Melayu menarik baju salah seorang peserta Bersih berbangsa Melayu juga yang boleh dianggap seusia dengan bapanya dengan kasar sekali. Sungguhpun demikian, beliau tidak melawan dan memberi jawapan "dah nak balik.." dan diarahkan supaya menanggalkan baju kuning tersebut serta merta. rupa-rupanya beliau bekas anggota PDRM juga. Beliau meluahkan perasaan kepada saya, sewaktu bertugas dahulupun beliau tidak pernah berkasar sedemikian rupa, tidak dengan apa yang berlaku pada hari ini. Wajah kecewa beliau sangat ketara sekali.
Di satu sudut berhadapan dengan saya seorang remaja belasan tahun memakai baju jersi bolasepak Kedah turut dicekup dengan alasan berbaju kuning serta diheret keluar seolah-olah penjenayah besar. Saya amat hairan dan khuatir dengan keadaan yang berlaku ini. Begitu zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Mereka seolah-olah hilang kewarasan apabila melompat naik melintasi kaunter laluan untuk ke platform menunggu bagi mencari saki baki baju kuning yang lain. Samseng berlesen barangkali.
Saya amat menghormati serta berterima kasih dengan tugas serta pengorbanan anggota PDRM, tetapi oleh kerana segelintir daripada mereka yang tidak profesional dan 'kekampungan' telah mengikis tanggapan tersebut. Memang jelaslah bahawa negara ini merupakan "police state" acuan dan tinggalan penjajah. Apabila agama dan lunas-lunas kewarasan ditinggalkan jauh dari jiwa mereka, hanya sekadar untuk mengisi kekosongan jawatan dan cari makan..maka kesan dan akibatnya amatlah serius. Inilah PDRM masa hadapan yang dicorakkan oleh pemerintah untuk melindungi ketenteraman awam abad mendatang. Sekiranya ini berterusan, kita khuatir budaya gangsterisma ini bakal menggugat keharmonian negara.
Persoalannya, apakah peranan Institusi Raja Berperlembagaan ketika ini hanya sekadar tunggu dan lihat diatas segala kelancangan yang dilakukan oleh sekeliaan hulubalang-hulubalang dan juak-juak mereka? Apakah mereka tidak mengenal sejarah sebelum ini? Dimanakah rakyat disisi mereka? Apakah suara rakyat tidak laku lagi di istana-istana mewah mereka? Apakah mereka tidak akan disoal oleh Allah Azza Wajalla di atas amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka? Apakah definasi rakyat ini adalah kakitangan awam sahaja dan bukan rakyat marhain seperti saya?
Wallahualam. Hanya Allah SWT sahajalah tempat kita mengadu kali ini.
Sekian. Terima kasih.
Anda Kenal SB? Adakah SB Polis Yang Memulakan Provokasi?
http://kerabubersuara.blogspot.com, | 29 Apr 2012 |
Written By admin on April 29, 2012 | 4/29/2012 01:22:00 PM
Pernah dengar apa itu SB?
Pernah dengar apa itu provokasi?
Diharapkan polis menyiasat kejadian ini dengan tulus ikhlas.
Saksi lihat kereta polis langgar peserta Bersih
Aslani M, | 29 Apr 2012 |
Pada kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah kereta polis didakwa dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan Mohamad.
Dan semalam kejadian hampir serupa berulang kembali apabila beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 juga dilanggar kenderaan polis.
Banyak saksi bergambar dimuat turun dalam internet mengenai insiden tersebut.
Malangnya gambaran sebenar mengenai insiden berkenaan tidak diberitakan dalam media arus perdana, sebaliknya secara total menyalahkan peserta Bersih, kononnya bertindak ganas.
Shamsuddin Mat Daud dari Berek 12 dekat sini, yang melihat kejadian tersebut berkata, sebuah kereta polis melintasi kawasan orang ramai tidak jauh dari pusat membeli belah Sogo.
“Ketika itu kereta Waja tersebut bergerak perlahan-lahan. Kemungkinan selepas itu berlaku provokasi di mana saya lihat ada peserta yang melontarkan botol minuman ke arah kenderaan polis.
“Selepas melepasi kawasan yang sesak dengan orang ramai, kereta itu memecut laju. Saya tengok tiba-tiba merempuh beberapa lelaki yang berada tidak jauh dari Sogo.
“Seorang lelaki terpelanting ke atas bonet kereta. Ekoran itu kereta tersebut terbabas dan merempuh tembok di tepi Sogo,” katanya yang berada di atas tembok di tepi Sogo ketika kejadian semalam.
Ekoran itu peserta Bersih yang berada di kawasan berhampiran marah kerana ada yang menganggap lelaki yang dirempuh berada di bawah kereta berkenaan.
Menurutnya beberapa peserta menembalikkan kenderaan tersebut bagi memastikan lelaki yang dilanggar ada di bawah kereta atau sebaliknya.
Kata beliau juga peserta yang marah bertindak memukul lelaki yang keluar daripada kereta polis terbabit.
Shamsuddin bersama isterinya menyaksikan kejadian berkenaan memberitahu selepas itu datang ambulans membawa kedua-dua anggota polis yang cedera ke hospital.
Beliau juga melihat dua Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub berada di belakang Sogo selepas terkena gas pemedih mata.
Seorang lagi saksi, Nik Azman Nik Mahmood dari Tumpat berkata, ketika kereta polis melanggar peserta Bersih beliau berada berhampiran Medan Mara.
Katanya, selepas itu beliau bergegas ke tempat kejadian dan melihat kereta Waja diterbalikkan.
Menurut beliau orang ramai mulai bertindak kasar selepas mereka terkena tembakan gas pemedih mata dan dibasahi water canon.
Seorang veteran PAS dari Cheras, Ali Abdullah, 63 berkata, sekiranya tidak berlaku provokasi sudah tentu perhimpunan semalam berlangsung dengan aman.
Beliau juga bimbang ada pihak luar yang menyelinap masuk dalam kumpulan peserta Bersih dengan melakukan provokasi sehingga mencetus beberapa kekasaran
Dakwa wartawan jika fitnah, bukan tangkap
Harakahdaily, | 29 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 April: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) mempersoalkan undang-undang mana yang digunakan oleh pihak polis merampas rakaman wartawan pada Bersih 3.0 semalam.
“Undang-undang mana PDRM pakai sehingga boleh menahan dan merampas rakaman beberapa aksi keganasan polis di himpunan Bersih 3.0 pada 28 April?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Baginya, ia satu pencabulan terhadap hak wartawan yang dijamin oleh undang-undang.
Semalam, antara yang ditahan adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin, di mana kamera dan kad memori telah dirampas.
Begitu juga seorang wartawan akhbar Guang Ming Daily selepas beliau enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.
“Di dalam peperangan pun wartawan dilindungi. Tugas mereka merakam dan melaporkan.
“Jika laporan mereka berupa fitnah maka tindakan boleh diambil, bukan menangkap dan merampas serta mengganggu tugas wartawan,” kata Idris lagi.
Beliau berkata, tindakan tidak profesional anggota polis amat memalukan kerana ianya satu badan yang sepatutnya bertindak secara adil untuk keamanan rakyat.
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/04/kantoi-lelaki-ini-kejap-jadi-peserta.html#ixzz1tRHNv3Bj
“Undang-undang mana PDRM pakai sehingga boleh menahan dan merampas rakaman beberapa aksi keganasan polis di himpunan Bersih 3.0 pada 28 April?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Baginya, ia satu pencabulan terhadap hak wartawan yang dijamin oleh undang-undang.
Semalam, antara yang ditahan adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin, di mana kamera dan kad memori telah dirampas.
Begitu juga seorang wartawan akhbar Guang Ming Daily selepas beliau enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.
“Di dalam peperangan pun wartawan dilindungi. Tugas mereka merakam dan melaporkan.
“Jika laporan mereka berupa fitnah maka tindakan boleh diambil, bukan menangkap dan merampas serta mengganggu tugas wartawan,” kata Idris lagi.
Beliau berkata, tindakan tidak profesional anggota polis amat memalukan kerana ianya satu badan yang sepatutnya bertindak secara adil untuk keamanan rakyat.
KANTOI: Lelaki ini kejap jadi peserta, kejap jadi polis
http://kafesantai.blogspot.com, | 29 Apr 2012 |
Gambar atas kiri: Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis
Gambar bawah: lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH
Sedikit
demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali
polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan
berkhidmat di IPD mana.
Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!
Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/04/kantoi-lelaki-ini-kejap-jadi-peserta.html#ixzz1tRHNv3Bj
Menilai siapa yang kejam
http://www.msomelayu.blogspot.com/, | 29 Apr 2012 |
Bersih 3.0 ini tidak memberi peluang banyak untuk
saya menyaksi dan merakam aksi sadis kedua-dua pihak kerana keuzuran
tidak dapat bergerak lincah. Di sini saya cuplik beberapa foto menarik
menunjukkan keganasan dan kekejaman polis terhadap para himpunan.
Gambar-gambar ini dapat menjadi bukti dan saksi kejadian sebenarnya.
Mungkin caption saya tidak tepat tetapi inilah tafsiran saya. Terima
kasih kepadsa blog Pinkturtle.
Sesiapa yang memiliki atau merakam gambar Bersih yang menarik kirimlah untuk dikongsikan dalam blog Merah Tinta. [wm.kl.12:49 t/hari 29/04/12]
Polis memulakan serangan dengan kelengkapan penuh. |
Serangan dimulakan, bedil kemudian serang... |
Rakyat merempuh hanya menggunakan tangan. |
Yang mampu dilakukan tengok dan lari. |
Polis menembak para himpunan macam tembak gagak. |
Kabur dan pening dalam tembakan polis. Hanya jiwa berani saja bisa menghadapinya. |
Ditangkap dan dibelasah. |
Digereng ke lokap.... |
Kesadisan yang kontroversi, siapa yang memula dan melakukannya/ |
Jadikan gambar ini sebagai bukti perjuangan ayah... |
Cara pengamanan yang kolot.... |
Bertempiaran melarikan diri dari tembakan gas. |
Inilah jaguh Bersih 3.0 peluru yang dihala kepadanya ditangkap dan dilontar kembali kepada polis. |
Sesiapa yang memiliki atau merakam gambar Bersih yang menarik kirimlah untuk dikongsikan dalam blog Merah Tinta. [wm.kl.12:49 t/hari 29/04/12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan