Jumaat, 6 April 2012

GOLONGAN PROFESIONAL BUKAN MESTI TAKWA..BUKAN MESTI MAHIR AGAMA...BUKAN MESTI CINTAKAN AKHIRAT...BUKAN MESTI AHLI@KUAT IBADAH...BUKAN MESTI TAK BUAT DOSA...BUKAN MESTI TAK BUAT SALAH...BUKAN MESTI DAPAT MEMBEZAKAN YANG MANA HAQ DAN YANG MANA BATIL....

Surirumah OKU diugut bunuh pasang bendera PAS

Harakahdaily, 06 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 6 April: Majlis Tindakan Dun Bukit Baru membuat laporan polis, semalam di atas ugutan bunuh yang dilakukan oleh seorang Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil ke atas seorang suri rumah OKU.

Menurut blog http://jasindaily.blogspot.com, ketua Umno tersebut dengan lagak ala gangster bersama beberapa orang pengikut datang ke rumah OKU tersebut dan menurunkan bendera PAS yang dipasang di rumah tersebut yang terletak berhadapan dengan Flat Sri Siantan, di Bukit Baru, semalam.

"Dia turunkan bendera dan ugut hendak bunuh saya jika terus gantung bendera PAS" kata surirumah OKU yang tidak mahu namanya disiarkan.

Berikutan dengan kejadian itu, Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Yani Ismail telah membuat laporan polis petang semalam.

Yusof berkata, perbuatan biadap dan ala gangsterisme itu jelas menunjukkan bahawa Umno benar-benar terdesak dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Tidak lama dahulu Umno menceroboh dan merampas markas kita di sebelah rumah surirumah OKU ini. Hari ini bila kita sewa rumah OKU ini untuk dijadikan markas kita, mereka datang turunkan bendera dan ugut hendak bunuh tuan rumah.

"Ini merupakan tindakan yang zalim dan pengecut, lebih-lebih lagi isteri tuan rumah adalah orang kurang upaya" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Sewaktu kejadian suami surirumah OKU tersebut tiada di rumah.

Inilah beza polis Malaysia dengan Kanada

http://naimnikmat.blogspot.com, 06 Apr 2012
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/294897_112391348893656_111719785627479_70466_1178572466_n.jpg

Nak rasa water canon jom turun Bersih 3.0...Setakat water canon jer xder hal....Perjuangan bukan sekadar kata2 betul tak.....

Rampas tanah: PAS Terengganu demo 24 April

Harakahdaily Foto: BuletinOnline, 06 Apr 2012
KUALA TERENGGANU, 6 April: PAS Terengganu akan mengadakan Himpunan besar-besaran 24 April ini bagi menyerahan memorandum isu tanah negeri kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Himpunan yang dijangka disertai lebhih 50,000 orang itu akan diadakan di hadapan Wisma Darul Iman, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata ia merupakan jalan yang terakhir yang terpaksa diambil setelah perlbagai kaedah sebelum ini gagal menyelesaikan masalah tersebut.

“Isu-isu rampasan tanah rakyat yang membabitkan pembinaan kolam udang dan jelapang padi di Setiu, kes rampasan tanah Kampung Banggol Donas, rampasan tanah generasi kedua Felda di Ketengah Jaya dan tanah Sekolah rendah Islam Darul Bayan yang dirampas 5 JKKK,

“Pelbagai kaedah telah diambil termasuk perbincangan, perundingan, usaha menyerahkan memorandum telah gagal,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Beliau berkata demikian pada sidang media (gambar) di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu semalam.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah PegarahJabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah.

Pendedahan surat makan diri Zambry sendiri!

http://alhusseyn51.blogspot.com/, 06 Apr 2012
"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," demikian akuan DS Nizar berhubung surat yang didedahkan oleh Zambry.

Surat itu adalah di peringkat awal perbincangan dan hanya bermaksud setuju berbincang lanjut. Tidak ada pernyataan bahawa kerajaan PR telah meluluskan tapak di Teluk Rubiah.Mana ada?

Zambry cuba memutar belitkan isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak.Korang boleh baca sendiri kandungan surat itu di sini.

Tidak masuk akal, hanya dengan sekeping surat tersebut, Vale sudah mendapat kebenaran untuk beroperasi di Teluk Rubiah. Sudah tentu ada dokumen-dokumen lain selain yang Zambry dedahkan ini.Kenapa Zambry tidak dedahkan dokumentasi yang lain?

Kalau Zambry benar-benar ikhlas dan jujur, dia kena buat begitu. Apa alasan Zambry untuk menyorokan dokumentasi yang lainnya itu?

Kita beruntung kerana dapat membaca surat DS Nizar tersebut kerana kita dapat tahu apa yang tersirat di sebaliknya.Kita dapat tahu mengenai penglibatan syarikat tempatan iaitu Harta Makmur.

Walaupun Zambry tidak pernah mahu mendedahkan atau menjawab apabila ditanya - siapa dia Lembaga Pengarah Harta Makmur, rakyat yang celik IT hari ini boleh buat SSM.

Klik untuk besar
Kita boleh semak dengan SSM dan kita boleh tahu siapa dia ahli pengarah dan tuan punya Harta Makmur!

Kita boleh tahu siapa Lembaga Pengarah KYM HOLDINGS BHD. Alahai, korang google saja 'Harta Makmur' maka akan keluar 'KYM HOLDINGS BHD, dan korang - kliklah yang itu!

Nizar minta Zambry supaya bertanggung jawab kalau sekiranya berita ini terdedah luas, melibatkan pihak-pihak VVIP tertentu.

Nampaknya, pendedahan surat oleh Zambry akan memberikan implikasi yang kurang baik keatas dirinya sendiri.Omputeh kata, the joke is on you, Zambry!

Pendedahan surat tersebut menjadikan diri Zambry menjadi satu liabiliti terhadap kemusnahan Umno/BN di negeri Perak.Tindakan gopoh dan gelojoh Zambry telah memakan dirinya sendiri.

Lantaran itu, dalam ucapan di persidangan DUN kelmarin, Nizar mengucapkan terima kasih kepada Zambry kerana dengan pendedahan surat tersebut ianya akan lebih memudahkan PR kembali memerintah negeri Perak semula.

Surat tersebut juga menunjukan hubungan baik Pakatan Rakyat dengan pelabur-pelabur asing. "Saya seronok kerana surat itu”, sindir Nizar dengan sinis.

Sememangnya Nizar, melalui ceramah-ceramahnya, sering kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah bermusuhan dengan Vale. Malah menurut katanya, mereka mengalu-alukan Vale melabur di negeri Perak dan PR senantiasa mahu bekerjasama dengan Vale!

Ianya bukan cerita baru sebagaimana yang mahu digembar gemburkan melalui pendedahan surat tersebut.

Orang-orang Umno yang tidak pernah mahu tahu cerita Nizar mengenai perkara ini, dengan sendirinya kini sudah tahu cerita ini. Ya cerita tentang PR yang tidak pernah bermusuhan dengan syarikat Vale. Cerita mengenai penglibatan 'Harta Makmur'.

Dan apa yang penting sekali, Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa kepentingan dalam perkara ini. Korang kena tanya Zambry siapa yang berkepentingan mendapat balak-balak di situ?

"Kalau surat itu, 17 Disember, yang saya tandatangani, saya minta dan merayu , seluruh surat menyurat, dokumentasi daripada awal saya duduk sebagai Menteri Besar, minit-minit mesyuarat, surat kelulusan yang ditandatangan oleh Pangkor , didedahkan kepada rakyat”, kata Nizar.

Pilihan raya berasingan, Azizan ikut arahan pusat

Harakahdaily, 06 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 6 April: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, beliau akan mengikut nasihat PAS Pusat sama ada Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah wajar dibubar serentak dengan Parlimen atau tidak.

Menurut Azizan, biarpun beliau mempunyai pandangan peribadi, namun sebagai satu pasukan, beliau tetap akan akur dengan keputusan pusat.

“Saya hanya beri laporan tentang kewajaran mengadakan pilihan raya serentak atau berasingan kepada Pas Pusat, selepas berbincang keputusan diputuskan PAS Pusat.

“Saya bertindak atas nasihat mereka dan tidak boleh ingkar arahan sebab kami satu pasukan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Katanya, buat masa ini, pihaknya hanya memfokuskan kepada persiapan awal dengan memperkemas jentera pilihan raya parti untuk mempertahan kuasa di Kedah.

“Ikut hati saya, jika yakin buat berasingan saya boleh menang, saya buat berasingan. Jika buat serentak boleh bagi kemenangan pada saya, saya buatlah,” katanya.

Sebelum ini Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengumumkan keputusan sama ada mengadakan pilihan raya bersekali atau berasingan antara negeri Pakatan Rakyat dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

Mereka juga telah melantik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menyelaras satu pertemuan antara Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatam Rakyat bagi mencari kata sepakat dalam soal itu.

Pegawai kumpulan Profesional terlibat koyak Harakah

RM7662,

(Hasil carian di Mampu)

Saya ada baca mengenai UMNO Putrajaya mengoyak akbar Harakah di Presint 8 Putrajaya
( http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9351-umno-putrajaya-mahu-bakar-harakah) dan dapat maklumat dari rakan terdekat yang berkhidmat sebagai penjawat awam kumpulan sokongan, terdapat seorang pegawai kumpulan Profesional join upacara ini(rujuk attachment yang disertakan).

Kalau boleh mendapatkan gambar/video yang lebih jelas lagi bagus sebab saya nak emel kepada bahagian admin MAMPU untuk diambil tindakan tatatertib sebab dah langgar akta pegawai kerajaan 1993. boleh emel kepada saya tak?

Kalo camni lah pegawai kerajaan sekarang, nanti Barisan Alternatif menang, sure dia buat perangai time berkhidmat walaupun dah jelas cakap pegawai kerajaan kena setia kepada kerajaan yang memerintah (tak kira la sapa pon)

sekian..wassalam

Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)


Pantai Desaru terancam!

Aishah Abdullah,
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan projek RAPID Petronas yang bernilai RM 120 bilion di Teluk Ramunia. Kami sebagai penduduk sangat-sangat menyokong projek ini. Tetapi kami sangat runsing dengan syarikat subcontraktor yang menyedut pasir daripada laut untuk menambak lot tanah lebih daripada 500 ekar untuk projek perumahan penempatan semula penduduk.

Dengan menyedut pasir dihadapan pantai Teluk Ramunia / Desaru semua pantai yang cantik sekarang akan hapus disebabkan oleh hakisan. Ratusan ekar tanah tepi pantai kami akan tenggelam jika pengambilan pasir laut ini diteruskan.

Pengambilan pasir ini juga akan merosakkan pendapatan nelayan di kawasan Pengerang yang bergantung pada hasil sumber laut. Tidak ada sebarang kajian Enviomental Impact Assesment (EIA-Kajian Alam Sekitar). Pengambilan pasir laut ini dilakukan secara semborono dan boleh memusnahkan keseluruhan ekosistem pantai Johor.

Kami mengharapkan pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat mengambil tindakan segera untuk menghentikan pengambilan pasir ini.

Di kawasan Teluk Ramunia ada banyak bukit yang boleh ditolak untuk menambak tanah rendah tanpa merosakkan ekosistem laut dan pantai yang indah ini.

Apa akan jadi kepada projek Theme Park/Hotel Desaru bernilai RM6 bilion oleh Khazanah Nasional jika kesemua pantai Desaru musnah dihakis disebabkan pengambilan pasir laut ini?

Sekali lagi kami merayu kepada Menteri Besar dan Perdana Menteri untuk campur tangan sebelum malapetaka alam sekitar yang besar ini melanda pantai Desaru dan Pengerang.


Sekian, Terima Kasih.

Task force IC: Pemuda PAS Alor Setar lapor polis

Harakahdaily, 06 Apr 2012
ALOR SETAR, 6 April: Pemuda PAS Alor Setar hari ini membuat satu laporan polis berhubung pendedahan wujudnya task force khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Laporan polis itu dibuat Ketua Pemuda PAS Alor Setar Norazam Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar di sini kira-kira jam 11 pagi ini.

Turut mengiringinya, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman, Setiausaha Akbar Presiden PAS, Nasaie Ismail serta 10 penyokong.

“Bagi saya pendedahan itu sangat serius seolah-olah nak jual Negara kepada orang asing.

“Ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana ianya pengkhianatan kepada Negara,” kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut berada di sana sempena lawatan kerja Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipengerusikannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar Rabu lalu mendedahkan, bahawa wujud satu pasukan khas yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Ianya antara lain turut dianggotai wakil SPR, adalah pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun beberapa nama yang dikaitkan dengan task force itu menafikan dakwaan itu termasuk Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

“Kita mintak perbuatan jijik ini dihentikan segera oleh pihak-pihak terlibat.

“Saya juga menggesa dewan pemuda, muslimat kawasan di seluruh Negara untuk membuat laporan sama,” kata Mazlan.

Tiada ulasan: