Jumaat, 20 April 2012

BERKOKOK2LAH DIDUNIA...BERHUJAHLAH QURAN SERTA HADIS...MEMILIH2 FATWA..MUNGKAR BERCAMBAH...NYATA LAGI TERANG HARAMNYA...DIAM SERIBU BAHASA KERANA MENYENTUH DASAR..TAKUT PADA MANUSIA...TUNJUKLAH PANDAI DIAKHIRAT KELAK.APA HUJAH KITA KEPADA ALLAH YANG MENJADI SYAITAN BISU ...PENAKUT PADA MANUSIA...KAKI BODEK...NASIBLAH KE SYURGA ATAU NERAKA...SAMA2 KITA TUNGGGGGUUUUUU.....

Rakyat salahguna peruntukan atau kerajaan korup?

Muhammad Nuruddin Bashah,
Isu penghapusan PTPTN dianggap tindakan buta sifir oleh pihak tertentu malah usaha menabur janji kepada mahasiswa inbi dilayan dengan cukup agresif memnadangkan isu ini ‘isu swing’ anak muda yang cukup efektif. PTPTN dikatakan relevan kerana gaya hidup mahasiswa yang boros dan ketidakmampuan kerajaan menyara kesemua yuran pengajian tinggi. Malah mahasiswa dikatakan menyalahgunakan pinjaman tersebut untuk urusan peribadi.

Bila berbincang isu salah guna dana, salah urus peruntukan saya segera terkenang aktiviti semasa di bangku mahasiswaa, saya pernah menyertai kerja separuh masa bersama konsultan motivasi dan pernah menganjur program terhadap pelajar-pelajar daripada kalangan anak anak asnaf zakat. Mereka yang rata-rata berasal daripada keluarga miskin dan yatim menerima wang zakat yang disalur melalui akaun masing-masing.

Namun malang juga keadaannya apabila wang bantuan zakat yang diberi kepada anak susah disalah guna oleh segelintir dan bapa dan abang  untuk membeli dadah malah ada juga kes hisap ganja beramai-ramai bersama anak lelaki di hadapan  anak perempuan yang menerima bantuan zakat tersebut. Jelas masih banyak kes salah guyna dana di kalangan masyarakat kita.

Ramai menunding jari lurus ke dahi mahasiswa apabila wang PTPTN yang dipinjam juga dikatakan menjadi wang ‘joli’ di kalangan mahasiswa. Lantas kerajaan menganggap si pelajar tidak bersyukur dengan ‘wang pinjam’ tersebut walauapun ia hanya kegiatan segelintir pelajar di kampus. Ada bagus juga kerajaan menegur sikap boros kerana itulah tanggungjawab kerajaan mengasuh generasi yang terdidik.

Petani juga pernah dimarahi kerana kegiatan menjual subsidi baja dan anak benih padi. Ya si petani memang tidak seharusnya tidak menyalahgunakan wang peruntukan untuk bantuan baja tersebut. Petani layak dipersalah dalam satu aspek.

Bagaimana dengan salahguna atau salah salur wang peruntukan di kalangan kerajaan sendiri? Ini tpik yang patut digariskan dalam dada akhbar.

Bayangkan pendedahan  wang sejumlah RM2.71 bilion untuk peruntukan negeri Selangor tidak diterima oleh kerajaan negeri sebaliknya disalurkan kepada pemimpin BN negeri Selangor. Fakta yang disiar dalam  Selangorkini edisi 23-30 Disember 2011 juga  jelas menampilkan sikap kerajaan menyalahkan rakyat menyalahguna dana dan peruntukan adalah hipokrit dan umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Berdegar-degar Najib dan Timbalannya mengumumkan sejumlah bantuan itu dan ini, peruntukan itu dan ini, hakikatnya ia hanya sogokan kepada akar umbi BN sahaja untuk menggerakkan jentera pilihanraya korup mereka yang berkarat dengan wang dan rasuah.

Lihat sahaja pengagihan peruntukan perkapita kepada negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat yang jauh rendah berbanding negeri tadbiran BN.

Persoalannya kenapa lima negeri Pakatan Rakyat berada dalam senarai penerima peruntukan terendah. Pulau Pinang 119, Kedah 172, Kelantan 179, Selangor 221 dan Perak 230.  Sedangkan negeri-negeri yang diperintah PR juga turut sama menyumbang kepada hasil kerajaan persekutuan.

Lihat sahaja jumlah wang yang terpaksa ditabur PM dan TPM sepajang kempen penjelajahan mereka serata negara.

Paling tinggi Perak= RM220.38 juta , Johor =RM201.40 juta, Wilayah Persekutuan= RM63.25 juta, Kelantan= RM6.4 juta, Kedah = RM4.06 juta, Pulau Pinang= RM5.58 juta dan Selangor =RM17.3 juta. Adakah wang-wang ini sampai ke akar umbi? Tidak! Ia hanya disalurkan kepada penyokong BN di negernegeri berkenaan.

Jika anda memarahi petani dan mahasiswa, fikir dahulu peny

PRU13: Nyahkan pemimpin yang menyusahkan rakyat

Syed Abdullah Jamalullail,
Apabila bekas Presiden MIC,Datuk Seri S.Samy Vellu menempelak bekas 'bos' idolanya kerana menuduh Tun Dr.Mahathir Mohamad sebagai dalang yang membuatnya kalah teruk di kawasan kubu kuatnya di Parlimen Sungai Siput adalah sesuatu yang di uar jangkaan kita.

Kenapa baru sekarang meluahkan perasaan setelah 4 tahun terpendam rasa marah yang meluap-luap kepada Tun sedangkan semasa Datuk Seri Samy Vellu menjadi Menteri Kerja Raya berpenggal-penggal dahulu apa juga tindakan Tun atau apabila Tun didalam keadaan terancam pucuk pimpinannya Datuk Seri Samy Vellulah orang yang pertama tampil dengan penuh bersemangat membuat kenyataan bahawa beliau berdiri teguh di bawah kepimpinan Tun didalam apa juga situasi pun.

Inilah apa yang dikatakan adat resam politik di negara ini dimana semasa seseorang itu memegang tampuk pucuk pemerintahan semua orang akan 'menghimpit' dan sanggup buat serta berkorban apa sahaja termasuk membawa budaya mengampu yang melampau asalkan dapat kedudukan di dalam politik dan sudah tentunya di dalam kerajaan walau pun pada hakikatnya tidak ada nilai langsung di mata rakyat.

Datuk Seri Samy Vellu sepatutnya sedar bahawa kekalanan teruk yang berlaku ke atas dirinya dahulu bukannya kerana kenyataan Tun Mahathir semata-mata tetapi adalah kerana keangkuhan sikap sebagai seorang pemimpin parti MIC yang memecat sesiapa sahaja yang dianggap sebagai musuh dan yang paling ketara sekali adalah kebencian rakyat kerana mudah benar manaikkan bayaran harga tol di lebuhraya-lebuhraya termasuk lebuh raya PLUS dan lebuhraya yang pendek jarak perjalanannya dimana 50 sen pun dikenakan bayaran yang sepatutnya tidak berlaku.

Dalam pada itu terima kasih tidak terhingga rakyat Malaysia dan amat terhutang budi kepada penduduk Sungai Siput kerana bijak dan berani menyingkirkan wakil rakyat mereka sendiri yang pentingkan diri sendirinya itu.Diharap di dalam PRU-13 jika ada lagi pemimpin-pemimpin saperti perangai Datuk Seri Samy Vellu ini hendaklah dinyahkan sahaja mereka yang cuba menyusahkan kehidupan rakyat. Kuasa di tangan anda dan andalah terletaknya untuk menentukan masa hadapan rakyat dan negara.

Rakyat mesti pandai menilai diantara kaca dan permata kerana kilauannya sama tetapi perbezaannya ketara dan jika tidak tahu membeza atau tersalah pilih alamatnya 5 tahun lagilah kita akan tanggung derita yang memungkinkan anak cucu kita juga terjejas kehidupan mereka. Yang sebenarnya negara kita ini kayaraya kerana sumber aslinya yang melimpah ruah dan jika pandai mentadbirkannya dengan jujur dan baik serta mendapat berkat manfaatnya sudah tentu kepada rakyat semua.
elewengan sendiri yang jelas diperhatikan oleh rakyat yang bijak di bawah sana.
'PM patut jelaskan misi sulit Shafee di luar negara'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan tujuan menggunakan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bagi tugasan "sulit" di luar negara seperti didakwa, kata PKR.

Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution yang membuat dakwaan itu semalam berkata, penjelasan itu mesti diberikan kerana ia melibatkan kepentingan awam ekoran dakwaan Muhammad Shafee dilantik oleh kerajaan.

NONESaifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga mempersoalkan kenapa Muhammad Shafee itu mesti dilantik sedangkan kerajaan sudah mempunyai Jabatan Peguam Negara.

Semalam, Muhammad didakwa dilantik oleh perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.

Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya - dengan salinan kepada Najib dan Rosmah - supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 semalam.
Halang cabar fatwa tak demokratik, kata bekas mufti
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau meragui komitmen Pakatan Rakyat pada demokrasi, khususnya di Kedah yang memperkenal undang-undang baru bagi menghalang fatwa negeri dicabar di mahkamah.

Katanya, tindakan itu bukan sahaja "tidak demokratik", malah "mematikan intelektualisme" kerana menyamakan fatwa seperti nas dalam al-Quran dan Sunnah yang tidak boleh dipertikai.

Sedangkan, fatwa itu hanyalah panduan yang dibuat manusia dan hanya menjadi panduan kepada rakyat, katanya kepada Malaysiakini.

NONE"Ini adalah petunjuk bahawa demokrasi tidak subur dalam pemikiran sesetangah pemimpin termasuk di pihak Pakatan Rakyat.

"Fatwa itu banyak membabitkan perkara ijtihad ataupun pandangan. Banyak juga terdedah kepada faktor-faktor tertentu termasuk politik dan istana.

"Jika fatwa itu disamakan macam nas qat'i (nas yang putus) dalam Quran dan Sunnah sehingga tidak boleh dipertikaikan maka terbunuh intelektualisme rakyat," kata Dr Mohd Asri (kanan).
Tambahnya, kebanyakan daripada fatwa itu hanyalah buatan manusia mengikut kerangka ijtihad yang "mungkin betul, mungkin juga salah."
"Dalam dunia ini (terdapat) pelbagai fatwa yang lahir dari pelbagai negara, mazhab dan aliran.

"Jika semua mengamalkan dasar tidak demokratik seperti Kedah, matilah intelektualisme umat ini," katanya.

Beliau mengulas undang-undang baru untuk menghalang fatwa yang diputuskan mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.
Peruntukan dalam Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10).
Mufti: Ulama besar pun tolak jadi mazhab negara
Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (bawah) menasihatkan agar sesuatu fatwa yang mahu diputuskan mestilah mengambilkira keluasan roh Islam yang "meraikan perbezaan pandangan dan mengelak bersifat pemaksaan" pandangan itu ke atas umat Islam.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Katanya, umat Islam tidak boleh mempertikaikan perkara yang putus dalam nas syara' tetapi perkara yang bersifat sangkaan masih dilihat sebagai satu keluasan dalam syara'.

"(Oleh itu) perlu ada keterbukaan dalam membuat sesuatu fatwa dan pada masa yang sama kita tidak boleh menafikan peranan ulil amri (pemerintah) mentarjih bagi memilih apa-apa pandangan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Malah, katanya, para ulama mujtahid dahulu seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Malik sehingga menolak cadangan supaya pandangan mereka menjadi mazhab rasmi bagi sesuatu kerajaan ketika itu.

Peguam Syarie anggap tak salah
Manakala Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM) Musa Awang pula berkata tindakan kerajaan negeri Kedah itu "tidak salah" mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh negeri itu.

musa awang syarie lawyers association pgsmIni kerana, katanya, mahkamah syariah akan menjadikan fatwa mufti itu sebagai rujukan untuk membuat apa-apa keputusan penghakiman di mahkamah syariah.

"Bila fatwa daripada mana-mana jabatan mufti negeri, ia dijadikan sebagai satu yang mengikat mahkamah... fatwa diambil sebagai rujukan untuk membuat apa-apa keputusan mahkamah syariah," kata Musa (kanan).

Bagaimanapun, Musa menegas fatwa yang telah diwarta dan digazetkan sahaja yang tidak boleh dicabar di mahkamah, sebaliknya fatwa yang belum diwartakan masih boleh dicabar di mahkamah syariah.
PKR persoal 'bayaran RM1.5j' menteri pada artis wanita
PKR hari ini mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

NONELaporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Isu jualan MEX: Dr M 'hipokrit', kata DAP
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua berkata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap "hipokrit" apabila mengkritik penjualan konsesi lebuhraya Maju Expressway (MEX).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua berkata hujah Mahathir itu juga "berbelit" kerana perjanjian itu dianugerahkan oleh pentadbiran bekas perdana menteri itu.

"(Mahathir) yang menganugerahkan kontrak berat sebelah itu kepada Tan Sri Abu Sahid Mohamed pada 1997 dan kemudian menyemak semula perjanjian dan terma konsesi itu pada 2003 sebelum persaraannya.

"Oleh itu, sangat lucu apabila ia datang daripada bekas perdana menteri kita, untuk memarahi Abu Sahid kerana membuat untung sangat besar daripada konsesi kerajaan sedangkan Mahathir yang memberikannya kepada usahawan itu," katanya.

Konsesi untuk projek lebuhraya sepanjang 26 kilometer menghubungkan Kuala Lumpur dengan pusat pentadbiran Putrajaya itu dianugerahkan ketika pentadbiran Mahathir.

Jualan konsesi berkenaan kepada EP Manufacturing Bhd bakal memberi untung 1,800 peratus kepada Abu Sahid yang pada awalnya melabur RM60 juta untuk projek tersebut.

Jumlah berkenaan adalah tujuh kali lebih banyak daripada jumlah yang diperolehi sekiranya Abu Sahid terus mengendali konsesi tersebut untuk tempoh 25 tahun.

Pua berkata Mahathir juga telah memberikan "apa yang tidak dipunyainya" apabila pentadbiran beliau menganugerahkan geran berjumlah hampir satu bilion ringgit – wang awam yang tidak perlu dibayar semula oleh syarikat Maju Expressway Sdn Bhd.

Pandangan menembus ke akhirat

Nur Ilyani Mohamed Nawawi, 13 Apr 2012
(foto ihsan: gempa acheh)
Bismillahiwal hamdulillah...
Sudah hampir 4 tahun lebih saya terlibat dalam 2 lapangan yang agak kontra bagi sesetengah pihak. (iaitu dakwah juga perubatan). Maka pandangan saya kadang-kadang,kebanyakannya dipengaruhi oleh 2 bidang tersebut.
Sudah lebih 4 tahun juga post-post saya dalam dalam bidang dakwah sahaja (saya boleh katakan begitu). Hal ini kerana ada satu perkara yang saya pendamkan selama ini. Ya, bidang perubatan amat luas dan saya boleh bercerita pelbagai mengenainya. Tetapi saya rasa saya juga perlu menjentik sedar apabila berbicara berkenaan dunia perubatan. Dan ianya sangat banyak sehingga tidak mampu tertulis selama ini.

Tetapi perkara yang paling merunsingkan saya ialah apabila pesakit yang hadir adalah terdiri daripada mereka yang bermasalah sosial. Semasa berada di posting Perbidanan & Sakit Puan hati saya dirundung pilu melihatkan betapa ramainya kelahiran anak luar nikah saban hari seawal usia 14 tahun. Cuba anda bayangkan pada satu masa hampir 5 orang wanita yang mengandung tanpa suami di sisi berada di dalam ward sebuah hospital kerajaan. Cuba anda bayangkan lagi mereka ini tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta justeru terpaksa menebalkan muka walaupun masyarakat memandang sinis untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Yang mampu mendapatkan rawatan di klinik swasta? Sudah berapa ramaikah dicatatkan? Maka berapa ramaikah manusia(hamba Allah lelaki+perempuan) telah berzina sebenarnya?

Sabda Rasulullah s.a.w
"Hindarilah zina krn ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
-Hadis riwayat Baihaqi-

Ibrah Tsunami

Tsunami serta bala-bala lain hadir bukan kerana saja-saja. (simpati kepada sahabat-sahabat Acheh dan Indonesia semestinya) Dan al Quran diturunkan juga bukan kerana saja-saja. Bilangan muka surat berkenaan nikmat,azab,bala bencana juga bukan hanya sekadar memenuhi bilangan ayat dan muka surat. Mustahil Allah swt melakukan sesuatu dengan sia-sia.

Sabda Rasulullah saw:
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad-

Sesetengah masyarakat ada mengatakan kita di Malaysia bersyukur kerana tidak banyak bencana alam yang berlaku. Masyarakat kita aman damai. Kita harus bersyukur. Saya bersetuju di satu sudut,namun tidak bersetuju di satu sudut yang lain.

Adakah jenayah zina,rogol,rompak,bunuh,kecurangan,sumbang mahram dan segala bentuk keruntuhan akhlak itu bukan bala dalam bentuk azab? Jika ianya bukan bala kenapa setiap kali kita mendengar berita tersebut dada kita semakin sempit? Dan kita berdoa agar kita dijauhkan dari perkara tersebut. Hakikatnya kita lebih sempit dari negara yang berperang. Kita dilihat aman, tetapi hati kita sangat bimbang membiarkan anak gadis keluar hatta ke kedai runcit. Kebebasan apakah yang kita nikmati ini?

Adakah perlu untuk kita menunggu akan hadirnya gegaran serta ombak besar yang bisa menenggelamkan seluruh semenanjung Malaysia ini baru kita termagu-magu tersedar ini merupakan bala untuk hamba-hambanya yang lupa di Malaysia ini?

Firman Allah SWT:


( Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi)
(Hud: 82)

Firman Allah swt:

Dan Berapa banyak umat yang telah Kami (Allah) binasakan sebelum mereka, sedang mereka itu lebih kuat dari mereka (yang sekarang), lalu mereka berhempas pulas mencari rezeki) di dalam negeri. Adakah ada lagi (tempat melarikan diri )daripada maut?
(Qaaf: 36)

Mari Menjadi Negarawan

Adakah jawatan itu=tanggungjawab? Dan kita akan berasa tanggung jawab apabila berjawatan. Maka tiada jawatan tangungjawab pun terlepas. Saya tidak Nampak adanya manusia hidup tanpa tanggungjawab, melainkan manusia yang ditarik nikmat kewarasan akalnya untuk berfikir. Hal ini kerana, andai seorang manusia itu tidak memegang apa-apa jawatan sekalipun dia tetap mempunyai tanggungjawab sebagai hamba Allah swt.

Bukanlah jawatan kita yang menentukan tanggungjawab. Hakikatnya, semua kita berkongsi tanggungjawab yang sama. Cuma tujuan jawatan itu diwujudkan adalah untuk pembahagian tugas. Namun (rasa) kita tetap sama.

Maksud hadis Nabi: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Pelajar sekolah perlu mencintai sekolah, menjaganya sebagaimana Tuan Pengetua mencintai dan menjaganya. Pelajar universiti perlu mencintai universiti serta kolej kediaman sebagaimana principal mengambil berat. Bukan mengambil alih tugas,tetapi memiliki kepekaan yang sama. Contoh paling mudah tidak membuang sampah merata-rata dan tidak membuat bising kerana kita mencintai persekitaran kita serta tidak mahu membebankan pihak lain.

Begitu juga dengan NEGARA. Walaupun kita mungkin hanya seorang rakyat yang tidak dikenali, tetapi kita perlu mempunyai rasa tanggungjawab atas WATAN kita, seakan-akan kitalah seorang Perdana Menteri. Kita patut peka dan sensitif terhadap apa sahaja yang berlaku kepada negara kita, keadaan serta perjalanan negara dan rakyatnya. Kita tidak akan redha sedikit pun anasir buruk menguasai negara kita. Kita tidak akan redha dengan kebobrokan pemimpin atau rakyat yang merompak harta negara. Kita tidak akan redha dengan penghinaan terhadap hukum islam. Kita tidak akan redha dengan peningkatan gejala maksiat yang semakin membarah. Anda redha? Saya tidak.

Kita akan meredhai golongan yang yang akan menyeru untuk kembali kepada deen yang sebenar. Kami akan menyokong apa-apa usaha kearah kebaikan dan kami akan bersama mereka. Kerana Tuhan. Ya, kerana Allah. Kerana Allah kami akan menjadi golongan rakyat yang peka,proaktif dan bertanggungjawab dalam membantu dan membangunkan sebuah negara yang baik dan diredhai Allah. Silakan jika kamu wahai pemimpin ingin merosakkan negara ini, tetapi ingat saya tidak akan sesekali meredhai tugas kalian itu dan Allah Maha Mengetahui!

P/s: Kerana saya tidak mahu Allah menurunkan bencana kepada saya,keluarga saya, serta rakan-rakan terbaik saya dan kamu juga. Kerana bencana terhadap kamu juga akan terkena kepada hamba-hamba Allah yang soleh.Jadi, bertanggungjawablah kerana Allah.

(foto ihsan tsunami acheh)

(Tribute kepada rakan terdekat yang sentiasa update isu semasa. Ingatlah usaha anda tidak sia-sia. Pahala kalian akan berganda kerana hal itu melibatkan urusan negara)
Penulis adalah Pelajar tahun 4 Kursus Perubatan di UIAM Kuantan.

Tiada ulasan: