Selasa, 10 April 2012

KADANG2 KENYATAAN KITA...MEMBENARKAN TUDUHAN YANG DIBUAT...ELOKLAH JANGAN PILIH BULUH...AKHIRAT NANTI ALLAH TAK PILIH BULU..YANG INGKAR MAKA TEMPATNYA NERAKA JAHANAM

Anwar dakwa kes Scorpene akan bongkar kes Altantuya
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno.

shah alam pas ceramah 070412 anwar ibrahim 02"Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.

"Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula.
"Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.

Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.
shah alam pas ceramah 070412 anwar ibrahim 01Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia.
Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.

Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.

Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.

Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib telah didakwa dan dibicarakan ekoran pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.
Abdul Razak bagaimana kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.
Bapa Altantuya mahu jumpa peguam, NGO
Bapa kepada wanita Mongolia yang dibunuh kejam enam tahun lalu, Setev Shaariibuu berkunjung ke Malaysia hari ini untuk bertemu peguam dan kumpulan aktivis hak asasi.

Menurut peguam Setev di Ulaanbaatar, Munkhsaruul Mijiddorj, professor di universiti Mongolia itu berada di Singapura selama dua hari sebelum tiba di Kuala Lumpur untuk kunjungan tiga hari.

Munkhsaruul berkata kunjungan itu merupakan lawatan tidak rasmi dan Shaariibuu bersama dua pegawai Mongolia akan menemui beberapa individu untuk berbincang mengenai kes saman ke atas kerajaan Malaysia.

Munkhsarul, dalam satu e-mel berkata demikian dengan merujuk kepada saman RM100 juta yang difailkan Setev dan juga dua anggota polis yang didapati bersalah kerana membunuh wanita tersebut, Altantuya.

Setev memfailkan kes tersebut pada Jun 2007 untuk menuntut kerugian atas seksaan zahir dan batin yang dialami isterinya dan dua anak Altantuya atas kematian anak sulungnya itu.

Difahamkan, Setev bercadang untuk bertemu peguamnya, Karpal Singh dan bertemu dengan aktivis hak asasi Suaram.

Suaram sebelum ini memfailkan saman ke atas syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS kerana didakwa membayar sogokan berjumlah jutaan ringgi kepada pegawai tinggi kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.
Tewas p'raya, Samy Vellu salahkan Mahathir
Bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menyalahkan  bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kekalahannya pada pilihan raya umum 2008.

Dalam wawacara disiarkan akhbar The New Straits Times hari ini, Samy mendakwa jumlah undi rosak di kawasan parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya itu disebabkan oleh kenyataan Mahathir.

Ia disebabkan oleh nasihat Mahathir kepada pengundi Melayu supaya ahli Umno tidak memberi undi kepadanya, dakwa Samy.

Samy menjelaskan, beliau diberitahu demikian oleh pengundi yang berkata Mahathir memberitahu supaya tidak mengundinya.

Samy juga mendakwa, Mahathir menaruh dendam kepadanya kerana menghalang kemasukan parti Indian Progressive Front (IPF) ke dalam BN walau dipersetujui parti komponen lain.

Namun, Samy berkata beliau masih menghormati Mahathir dan khidmatnya selama 22 tahun bersama bekas presiden Umno itu merupakan pengalamannya yang "maha hebat."
MP pertikai Tabung Haji pindah wang ke akaun CEO
MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini mempertikaikan dakwaan pemindahan wang Tabung Haji sebanyak RM300,000 ke akaun peribadi ketua pegawai eksekutif badan tersebut, Ismee Ismail.
Mahfuz berkata, kerajaan dan tabung haji perlu menjelaskan dakwaan tersebut ekoran jawapan yang diberikan timbalan menteri kewangan Datuk Donald Lim di Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz berkata, Donald sekadar menjawab bahawa langkah itu dibuat mengikut prosedur tetapi tidak menjelaskan sebab pemindahan wang itu dilakukan.

"Duit itu untuk apa"," soalnya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Duit berkenaan mungkin untuk bayaran gaji Ismee "berjumlah RM85,000 sebulan", kata Mahfuz lagi yang turut mengedarkan dokumen berhubung dakwaan tersebut.

Dokumen yang diedarkannya itu antara lainnya menunjukkan arahan terperinci ketua pegawai kewangan Tabung Haji kepada pengurus banknya supaya memindahkan wang ke akaun peribadi Ismee.
Tim pengarah SKMM didakwa subahat rasuah
Seorang timbalan pengarah Bahagian Kandungan dan Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didakwa hari ini atas tuduhan bersubahat dengan perbuatan rasuah isterinya dan seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta
membabitkan nilai RM250,000 pada Mac lepas.

Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Asmadi Hussin.

Dia didakwa bersubahat dengan isterinya Suraya Hani Ahmad Zaki dan Noorshidin Mohd Noor, yang didakwa menerima bagi diri mereka suapan wang tunai RM250,000 daripada ketua pegawai operasi Syarikat Siaga Informatics Sdn Bhd Mohd Shukri Othman sebagai upah kononnya telah membantu syarikat itu memperoleh surat penganugerahan bagi tender untuk mereka bentuk, melaksana, menguji dan pentauliahan makmal forensik digital di SKMM.

Noor Mohamed Khan didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Siaga Informatics di Suite 2-6, Level 6, Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre, Subang Jaya, kira-kira 10.25 pagi pada 14 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dibaca bersama Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Noor Mohamed Khan juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan bersubahat dengan Suraya Hani dan Noorshidin yang didakwa cuba menipu Mohd Shukri dengan memperdayakan beliau bahawa mereka telah membantu Siaga Informatics sehingga berjaya memperoleh surat penganugerahan bagi tender yang sama sehingga mendorong Mohd Shukri menyerahkan kepada mereka wang tunai RM250,000 di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 107 dan Seksyen 511 kanun sama.

Hakim Asmadi membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin serta menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, Noorshidin, 40, dan Suraya Hani, 32, pengurus akaun sebuah syarikat swasta, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerima suapan itu.

Kedua-duanya, yang ditangkap pada 14 Mac lepas, juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan cuba menipu Mohd Shukri.

Hakim M.Bakri Abd Majid membenarkan Noorshidin dan Suraya Hani, yang sedang mengandung dua bulan, dibebaskan dengan jaminan RM15,000 setiap seorang serta seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes.

M.Bakri juga memerintahkan supaya pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada SPRM Mahamad Sukri Abu Seman.

- Bernama
Pemuda PAS cadang Najib 'bolot semua jawatan'
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mencadangkan kepada pemangku menteri wanita Datuk Seri Najib Tun Razak supaya turut "membolot semua jawatan menteri kabinet yang lain."

Dengan menyindir, ketua penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor berkata cadangan tersebut akan membolehkan perdana menteri itu lebih dikenali dan popular di kalangan rakyat Malaysia berbanding pemimpin Umno yang lain.

"Paling penting adalah untuk memastikan Datuk Seri Najib menang dalam pilihan raya umum ke-13, tidak kisah apa jadi kepada Umno atau pemimpin yang lainnya," kata Ridhuan lagi.

Bercakap dalam satu kenyataan, Riduan berkata, Najib "memang sesuai" sebagai menteri wanita dan "tiada lagi pemimpin Wanita yang layak" memegang jawatan itu.

Langkah itu juga, menurut Riduan, membuktikan "kehebatan" Najib sebagai "pemimpin serba boleh" selepas menjadi perdana menteri dan menteri kewangan.

"Mungkin semua pemimpin lain yang ada dalam Umno mahupun Barisan Nasional tidak sehebat dan setanding dengan Datuk Seri Najib, ataupun mungkin kesemua pemimpin Umno yang lain tidak boleh dipercayai untuk dijadikan menteri.

"Malah DPPM juga mencadangkan supaya Datuk Seri Naib membolot semua jawatan menteri kabinet yang lain," sindir Riduan dalam satu kenyataan.
Agih tugas dengan Rosmah
Riguan mengulas pengumuman Najib untuk memangku jawatan berkenaan berikutan pengumuman Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator yang berakhir semalam.

Riduan juga berkata, Najib "mungkin" boleh mengagih tugas di kementerian itu bersama isteri perdana menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor yang menurutnya, "bukan calang-calang orang."

"Dengan itu, isterinya boleh diangkat setanding dengan menteri-menteri kabinet yang lain, serta boleh menentukan dasar dan polisi negara," kata Riduan lagi.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin pula menyifatkan tindakan Najib memangku jawatan tersebut sebagai "satu langkah kebelakang dalam memperkasakan usaha penglibatan 30% wanita di peringkat pembuat keputusan."

"Tambah malang lagi apabila Najib tidak berani dan tiada 'political will' untuk meletakkan seorang tokoh wanita yang layak untuk memegang jawatan Menteri Wanita. Ini menunjukkan Wanita Umno ketandusan kepimpinan wanita.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampangturut  mendakwa tindakan Najib juga memperlihatkan kepimpinan yang lemah dan tiada hala tuju yang jelas.

"Apakah Wanita UMNO sanggup dipimpin oleh seorang pemimpin yang lemah, dan tidak memperjuangkan kepentingan wanita walaupun diperingkat parti, apatah lagi diperingkat Kerajaan?" soal Zuraida dalam satu kenyataan
IGP enggan ulas perhimpunan BERSIH 3.0
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar masih enggan mengulas mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang untuk diadakan pada 28 April.

Ditanya dalam satu sidang media hari ini, Ismail berkata, wartawan perlu menunggu sehingga sidang akhbar selepas ini untuk dimaklumkan mengenai persediaan polis untuk menghadapi perhimpunan berkenaan.

Ismail juga enggan menyatakan sama ada penganjurnya BERSIH 2.0, yang dianggotai kira-kira 80 NGO, memohon permit untuk perhimpunan tersebut.

Pasukan itu menerima kecaman atas tindakan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai perhimpunan haram, menjelang perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu.

Berikutan itu, polis menghalang BERSIH 2.0 daripada mengadakan ceramah dan turut menahan individu yang memakai baju dan juga membawa bahan publisiti perhimpunan tersebut.

Status gabungan BERSIH 2.0 setakat ini masih belum dipastikan namun belum ada tindakan diambil ke atas pengerusi bersamanya, S Ambiga dan juga ke atas anggota sekretariat BERSIH 2.0
Persiapan SPR cetus spekulasi p'raya
Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof hari ini tentang persiapan suruhanjaya itu menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 mencetuskan spekulasi dalam kalangan petugas media di Kuching bahawa ia mungkin diadakan Jun ini.

Abdul Aziz terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada Jun apabila beliau berkata SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada bulan tersebut.

"Dari segi pentadbiran, saya sedang mempersiapkan para pegawai saya untuk menghadapi Jun...tapi saya tidak mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat bagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pembantu mereka di Kuching.

Abdul Aziz berkata mungkin beberapa isyarat akan diberi kepada beliau sebelum PRU diadakan, tetapi setakat ini, beliau belum menerimanya.

Seramai 151 pegawai pilihan raya yang terdiri daripada 31 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 120 pembantu mereka menghadiri taklimat dua hari itu.

Abdul Aziz berkata taklimat serupa akan diadakan di Sibu pada 12 April dan di Miri pada 16 April untuk membiasakan pegawai berkenaan dengan prosedur baru yang akan diguna pakai pada PRU akan datang.

"Pilihan raya umum ke-13 tidak sama dengan pilihan raya umum sebelum ini. Banyak perkara baru akan diperkenalkan," katanya.

- Bernama
Dakwaan Ramli isu lama, kata IGP
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar menyifatkan pendedahan oleh bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff sebagai dakwaan lama.

Katanya, beliau tidak menerima laporan baru berhubung dakwaan tersebut.

Ditanya pemberita berhubung isu Copgate itu dalam satu sidang media hari ini, Ismail berkata isu lama itu telah telah diselesaikan.

Katanya, bukan saja Ramli malah ramai pihak tampil membuat dakwaan namun perkara itu mesti bersandarkan fakta dan bukti.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ramli bahawa bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan dilindungi oleh seorang tokoh dari dunia jenayah.

Ramli juga mendakwa bahawa Musa dan juga peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta Badan Pencegah Rasuah pada masa itu telah menganiaya orang-orangnya.
Ramli juga mendakwa bahawa tokoh berkenaan, yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, telah mempengaruhi Musa berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis

Tiada ulasan: