Bersih 3.0 mahu PRU13 bersih dari penipuan
Harakahdaily, | 17 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 April:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh rakyat untuk turun ke
Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April bermula jam 2.00
petang bertempat di Dataran Merdeka.
“Perhimpunan ini amat penting bagi memastikan perjalanan pilihan raya ke-13 nanti benar-benar bersih dari sebarang penipuan,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).
Katanya, sejarah akan mencatatkan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah solidariti rakyat yang mahukan amalan demokrasi benar-benar tertegak di negara ini.
Beliau bekata, rakyat tidak rela diperkotak-katikkan dengan pelbagai penipuan oleh kerajaan Umno BN.
Menurutnya, selama 55 tahun negara ini dirundung kemuraman dan kegelitaan kerana demokrasi yang mati.
“Sistem pilihanraya adalah penentu hidup dan mati demokrasi di negara ini. Sistem pilihanraya yang pincang akan memincangkan seluruh amalan demokrasi negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kebebasan berhimpun, bersuara, berpersatuan, berpolitik, dan lain-lain lagi tidak akan menjadi realiti sekiranya sistem pilihanraya di negara ini masih terkongkong dan dikawal rapi oleh parti pemerintah.
Beliau berkata, kekangan dalam sistem pilihanraya menandakan kerajaan BN tidak rela demokrasi tertegak sepenuhnya.
“Tindakan kerajaan BN berlunak dengan pelbagai pembaharuan adalah kosmetik semata-mata bagi mengabui mata rakyat untuk mendapatkan sokongan,” katanya lagi.
Menurut Riduan lagi, DPPM mengingatkan rakyat jika kehadiran rakyat kurang dari sasarannya, tidak akan ada pembaharuan dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan sistem pilihanraya di negara ini bersih dan adil.
Tambahnya, tuntutan Bersih 2.0 sebelum ini hanya dilayan dan dilaksanakan satu sahaja daripada lapan yang dituntut.
“Jawatankuasa Khas bagi penambah baikan sistem pilihanraya (PSC) pula adalah tempelan bagi menunjukkan seolah-olah kerajaan telah membuat perubahan yang hakikatnya hanya sedikit dari sekian banyak desakan pembaharuan dibuat,” katanya lagi.
Beliau berkata, pendedahan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengenai kewujudan task force pemberian kad pengenalan palsu yang diketuai oleh beberapa kakitangan tinggi kerajaan mengesahkan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 wajib diadakan dan perlu disertai oleh semua rakyat di negara ini.
Justeru, ujarnya DPPM yakin, Bersih 3.0 sebagai usaha menghalang penipuan task force itu.
Beliau menambah, rakyat perlu bangkit menjadi hakim kepada pengkhianat negara yang sanggup menjual kedaulatan negara kepada warga asing.
Katanya lagi, DPPM menganggap Bersih 3.0 sebagai benteng dan harapan terakhir rakyat bagi mengekang ‘grand design’ penipuan terbesar BN dalam PRU13.
“Jika tidak rakyat terpaksa berdepan dengan ribuan pengundi luar negara yang diberikan kad pengenalan dan hak mengundi dalam pilihanraya kali ini,” ujarnya.
Tambahnya, tidak akan ada lagi ruang demokrasi di negara ini jika BN terus memerintah dengan sokongan daripada warga asing yang diberikan hak mengundi.

Anak muda makin berani perjuangkan hak
Yaakub Dasan, | 16 Apr 2012 |
RANTAU PANJANG, 16 April: Momentum
sokongan anak muda kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin jelas sekarang
apabila mereka mempamerkan keberanian memperjuangkan hak.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, berdasar kepada siri jelajah ke banyak negeri didapati golongan muda terutamanya mahasiswa dan pelajar peringkat menengah mulai memperlihat kecenderungan politik mereka.
Katanya, negeri yang telah dijelajahi Pemuda PAS yang bermula di Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang menampakkan reaksi positif anak muda.
“Malah pada pertemuan dengan anak-anak muda, Pemuda PAS menekankan pentingnya memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 demi masa depan mereka.
“Anak muda perlu memikirkan sungguh-sungguh tentang kerajaan yang akan memerintah nanti,” katanya selepas majlis pelancaran buku 100 Sebab Kenapa Umno Wajib Ditolak di pusat khidmat Adun Gual Periok, malam tadi.
Beliau juga berkata, Pemuda PAS Pusat kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ekoran tuduhannya PAS parti ajaran sesat.
Nasruddin berkata, proses ke arah tersebut sedang dilakukan selepas mendapat pandangan barisan peguam.
“Kita telah membuat laporan polis, jadi kita akan meneruskan tindakan saman tidak lama lagi,” ujarnya.
Hadir sama di majlis berkenaan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Ashaari, Ketua Pemuda PAS Rantau Panjang, Zamakhsari Muhamad dan Adun Gual Periok Mohamad Awang.
Sebelum ini Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu menganggap PAS parti ajaran sesat pada satu program di Kampung Kijal awal Februari lalu.
Malah baru-baru ini Umno Terengganu turut mengadakan seminar mengenai tema berkenaan.

Mansuh ISA, tidak perlu akta baru - GMI
Hazayani Zakaria, | 16 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 April:
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap berpendirian Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) harus dimansuhkan terus tanpa diganti dengan akta baru.
(Syed Ibrahim [kiri] dalam sidang medianya di Parlimen hari ini)
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) tidak perlu kerana Parlimen Malaysia telah menambah undang-undang termasuk kesalahan berkaitan keganasan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah pada 2006.
Beliau berkata, akta baru ini sama dengan ISA yang terdedah kepada ruang penyalahgunaan oleh pihak berkuasa.
"Walaupun tempoh masa penahanan oleh polis telah dipendekkan dari 60 hari di bawah ISA kepada 28 hari dan ia boleh dikaji semula setiap lima tahun serta tidak dipakai melainkan pelanjutannya diluluskan oleh Parlimen, namun terdapat beberapa masalah besar yang perlu ditimbulkan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, tafsiran 'Kesalahan Keselamatan' itu terlalu luas dan samar.
"Penahanan seseorang sehingga 28 hari tanpa dibawa ke mahkamah hanya atas dasar syak wasangka bahawa seseorang itu terlibat dalam kesalahan keselamatan akan membenarkan ruang penyalahgunaan kepada polis dan membawa kepada penahanan sewenang-wenangnya sebelum siasatan benar-benar dilakukan," katanya yang ditemani Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.
Tambahnya, hak kepada polis untuk menangguhkan akses kepada peguam sehingga tidak melebihi 48 jam juga membuka ruang penyalahgunaan kuasa.
Selain itu katanya,penggunaan peralatan pengawasan elektronik walaupun seseorang telah dibebaskan adalah bercanggah dengan hak kebebasan bergerak dan privasi seseorang warganegara dan prinsip seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
GMI juga mengingatkan rakyat bahawa ISA masih belum dimansuhkan dan tertakluk kepada kelulusan rang undang-undang baru.
"GMI amat berharap akta baru tersebut didebatkan dengan sewajarnya di Parlimen dengan mengambilkira pendirian GMI dan badan-badan hak asasi antarabangsa," katanya.

PAS pakar demonstrasi, jamin Bersih 3.0 aman
Hazayani Zakaria, | 16 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 April: PAS meletakkan objektif 'aman' dalam setiap himpunan yang dianjurkan dan disertai.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, PAS sangat berpengalaman dalam menganjurkan dan mengawal perhimpunan tanpa menyebabkan kacau bilau.
"PAS bersama Pakatan Rakyat bukan sekali menganjurkan dan menyertai perhimpunan tapi kita sangat berpengalaman dan berkepakaran dalam perkara ini.
"Objektif utama kita dalam setiap perhimpunan ialah keamanan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa peserta 'Duduk Bantah' mesti memastikan perhimpunan tidak menyusahkan orang ramai.
Nasrudin juga berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berniat membuat huru-hara, mereka tidak akan menuntut penambahbaikan pilihan raya.
"Bersih 3.0 merupakan kemuncak kepada tuntutan reformasi pilihan raya.
"Kalau kita mahu mencetuskan huru-hara, kita tak akan tuntut reformasi pilihan raya. Tapi kita menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Itu termasuk dalam demokrasi," katanya.
Beliau memberi jaminan 'Duduk Bantah' kan berlangsung aman sekiranya tiada sebarang provokasi daripada pihak polis dan pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Seperti himpunan Mansuhkan PTPTN anjuran mahasiswa, ia berjalan aman sebab tiada siap mengganggu," katanya.
Justeru katanya, pemuda PAS akan bertemu dengan pihak polis beberapa hari sebelum 'Duduk Bantah' bagi meminta kerjasama mereka.
"Beberapa hari sebelum perhimpunan pada 28 April, pemuda akan bertemu dengan pihak polis meminta mereka menjaga keamanan," katanya.

Warga emas dapat pampasan RM46 juta
Mohd Nor Yahya, | 16 Apr 2012 |
KOTA BHARU, 16 April: Sejak
dilancar pada 2007 sehingga akhir Mac lalu keluarga warga emas yang
meninggal dunia di Kelantan dibayar pampasan sebanyak RM46 juta melalui
Skim Takaful Kifaalah.
Dan bilangan peserta skim berkenaan iaitu warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sehingga Mac lepas berjumlah lebih 117,000 orang.
Lebih membanggakan lagi apabila skim kebajikan serupa turut dilaksanakan di Selangor dikenali Skim Mesra Warga Emas, Kedah (Skim Kafallah) dan Pulau Pinang (Penghargaan Warga Emas).
Pengurus Besar Takaful Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie (gambar) berkata, sempena lima tahun Takaful Kifaalah diwujudkan pihaknya akan mengadakan penyampaian secara menyeluruh baki semasa pencarum yang telah meninggal dunia pada 26 April ini di Kompleks Darul Naim.
Manakala program munajat serta tahlil perdana dan penyampaian cek wasi (keluarga) akan diadakan bermula akhir April ini
“Program tersebut akan diadakan selepas solat Asar dan turut diadakan jamuan rakyat. Kemudian solat Maghrib, solat hajat perdana, solat Isyak, majlis tahlil perdana dan penyampaian kad ahli serta cek kepada wasi,” katanya di sini.
Menurutnya selama sebulan bermula 30 April ini penyampaian cek akan diadakan di 14 kawasan parlimen bertempat di masjid-masjid terpilih.
“Dalam tiga bulan pertama tahun ini sejumlah RM1.5 juta telah dibayar kepada wasi dan masih berbaki RM4 juta belum dibayar. Jumlah tersebut akan diselesaikan dalam program Takaful Kifaalah turun padang,” katanya di sini.

Akta ganti ISA lebih keras - Anwar
Hazayani Zakaria, | 16 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 April:
Pakatan Rakyat menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun membantah pindaan Rang
Undang-undang (RUU) yang disifatkan sebagai lebih keras.
Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa perkara dalam RUU Keselamatan 2012 bercanggah dengan prinsip menghormati demokrasi.
Beliau merujuk kepada fasal 4 RUU tersebut yang menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan.
Ia ada menyebut bahawa mereka yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan.
Kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada mahkamah bukan seperti peruntukan dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman kecuali dalam tatacara tahanan.
"Apa yang kita bantah ialah cadangan pindaan peruntukan yang memperkenalkan peruntukan yang lebih keras daripada sebelum ini.
"Sekarang (RUU baru) kita rujuk ke mahkamah tapi semua mandatori. Pendakwa hanya bangun dan katakan tahanan perlu ditahan semula. Hakim tidak ada pilihan.
"Apa beza dengan ISA? ISA guna Jabatan Peguam Negara dan polis untuk tahan orang tetapi sekarang guna mahkamah tapi mahkamah tak ada peranan seperti mahkamah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum itu, sewaktu berbahas di dalam dewan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa RUU itu kepada Jawatankuasa Khas Parlimen sebelum dibahaskan.
Katanya, masa sehari yang diperuntukkan untuk membahaskan RUU tersebut tidak mencukupi kerana banyak isu-isu yang berbangkit.
"Saya mengusulkan Perdana Menteri menimbangkan secara serius dalam jawatankuasa khas sebelum kita luluskan dalam waktu yang cukup terbatas.
"Kalau ada semangat nak memperjuangkan demokrasi apa salahnya dirujuk supaya diteliti dan tidak diserahkan hanya kepada kerajaan dan peguam negara untuk diptuskan dan diluluskan dalam masa sehari," katanya.
Terdahulu, RUU Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR, 16 April:
Himpunan Bersih 3.0 mesti diteruskan walaupun kerajaan cuba
membatalkannya dengan membubarkan Parlimen, kata Naib Presiden PAS Datuk
Mahfuz Omar (gambar).
"Ada kemungkinan Perdana Menteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong ke arah membubarkan Parlimen sebelum atau pada tarikh perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April dengan tujuan untuk membatalkan parhimpunan itu apabila sepenuh tumpuan dialihkan untuk menghadapi pilihan raya umum.
"Bagaimanapun saya berharap apa pun terjadi, perhimpunan aman Bersih 3.0 mesti diadakan kerana hanya itulah sahaja salah satu cara terbaik untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan adil dan bersih," katanya.
Ketika para mahasiswa yang tabah dan berani mendirikan khemah di satu sudut Dataran Merdeka dan bertegas untuk terus berkhemah di situ sehingga perhimpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 diadakan, Mahfuz yakin pembatalan perhimpunan itu sewajibnya tidak berbangkit sama sekali.
"Pembubaran Parlimen bukan bermakna perhimpunan aman Bersih 3.0 mesti dibatalkan," tegas beliau.
Menurut Mahfuz, dalam keadaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bergantung hampir sepenuhnya kepada sokongan orang-orang Melayu sahaja, secara umum ramai yang percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih cenderung mengadakan pilihan raya sebelum atau selepas sebahagian umat Islam di negara ini mengerjakan haji di Mekah.
Mengambilkira perkara tersebut, katanya, tidak mungkin pilihan raya akan diadakan dari 10 hari terakhir bulan Ogos hinggalah kepada penghujung Oktober.
"Sebab itulah ramai yang menjangka pilihan raya diadakan antara bulan Mei hingga bulan Julai ini," katanya.
Mengambilkira perkara itulah, Mahfuz tidak menolak kemungkinan Najib bertindak nekad membubarkan Parlimen sebelum 28 April ini supaya tumpuan diberikan sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya dan perhimpunan Bersih terpaksa dibatalkan.
"Kalau terjadi begitu, perhimpunan Bersih tetap tidak boleh dibatalkan sebab masih ada banyak pilihan.
"Pertama, kita mesti meneruskan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.
"Kedua, menjadikan hari penamaan calon sebagai medan perhimpunan Bersih 3.0 malah setiap hari dalam tempoh berkempen boleh dijadikan perhimpunan Bersih," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz melihat keadaan menjadi lebih mudah jika setiap rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih memakai baju Bersih ketika menghadiri kempen-kempen pilihan raya.
"Sambil mengibarkan bendera mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat yang disokong, pakai baju Bersih untuk membuktikan solidariti dengan tuntutan supaya pilihan raya yang adil dan bersih diadakan di negara ini," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat.
"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.
"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, semalam.
Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.
Dr Mahathir sebelum ini berkali-kali menyatakan adalah sukar bagi BN untuk mendapat majoriti dua pertiga.

Bersih 3.0 diteruskan walau parlimen dibubar
Abdul Aziz Mustafa, | 16 Apr 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan