Rabu, 25 April 2012

DIDUNIA JIKA KITA ADA KUASA..KITA BOLEH TAHAN SAPE KITA SUKA...AKHIRAT ALLAH TAHAN SERTA HUKUM SETIMPAL KEJAHATAN YANG KITA LAKUKAN..AGAK2 SAPE BOLEH TOLONG....ATAU MASUKLAH KEDALAM NERAKA...

Tunku Monsor Tunku Kassim bukan Tunku Laksamana
Tunku Monsor Tunku Kassim tidak menyandang jawatan Tunku Laksamana Kedah seperti yang terkandung dalam berita 'Tunku Laksamana Kedah Buat Laporan Polis Mengenai Pindaan Enakmen' yang disiarkan Bernama Ahad lepas.
  
Menurut kenyataan Pejabat Sultan Kedah hari ini, kekeliruan berlaku mungkin disebabkan ayahanda Tunku Monsor iaitu Tunku Kassim telah menyandang jawatan Tunku Laksamana Kedah sebelum mangkat.
  
Jawatan itu tidak diwarisi dan jawatan Tunku Laksamana Kedah yang sekarang disandang oleh salah seorang Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah, yang merupakan adinda Yang di-Pertuan Agong.
  
Sehubungan itu, pihak Bernama memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.
  
- Bernama
Video Indie sokong BERSIH dapat sambutan
Pada mulanya, ketika bilik berita kami dipertontonkan dengan video muzik yang dihasilkan bagi menyokong BERSIH 3.0, sebahagian kakitangan merasakan ia agak membingungkan.

NONE"Ia tidak cukup sebagai video propaganda," kata seseorang, manakala seorang lagi melihatnya tidak cukup sebagai "lagu rasmi" bagi mengiklankan perhimpunan itu.

Bagaimanapun, lagu lima minit 26 saat berjudul "Tears of Malaysia" (air mata Malaysia) yang diluncurkan pagi semalam ditonton lebih 22,000 orang tidak sampai 24 jam.

Penerbit muzik daripada Johor yang kurang dikenali itu Michelle Hoo asalnya menggubah lagu itu tahun lalu untuk orang tersayang, lama sebelum BERSIH 3.0 terilham.

Gadis yang terikat di rumah ekoran penyakit lumpuh ayahnya, menulis lagu itu akibat kecewa tidak dapat menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu.

"Semua orang menyumbang dengan cara masing-masing. Saya boleh menggubah lagu. Saya boleh menyumbang walaupun dengan berada di rumah," kata penerbit yang pertama kali menghasilkan video itu.
 
 
 
 
Selepas bakar kereta, KL diserang geng bakar motor
Selepas 23 kes membakar kereta mewah berlaku di sekitar ibu negara pada Mac lepas, perbuatan khianat itu kini menyasarkan motosikal pula dengan 32 kenderaan itu dibakar di kawasan kediaman dalam tempoh 24 jam lepas.
  
Kejadian terbaru dilaporkan pada jam 1.23 pagi semalam apabila 21 buah motosikal milik penduduk Flat Seri Selangor, Jalan Sun Peng rentung selepas dibaling dengan minyak petrol di kawasan meletak motosikal sebelum si pelakunya melarikan diri.
  
Empat jam selepas kejadian itu, sebuah bengkel motosikal di Kampung Padang Balang, Gombak, pula dibakar dipercayai angkara perbuatan khianat hingga menyebabkan dua buah motosikal rentung.
  
Awal pagi Ahad lepas, dua buah motosikal dan sebuah kereta milik penduduk Flat Sri Tioman, Taman Melati dibakar dalam kejadian pada jam 5.58 pagi sebelum enam lagi motosikal pelbagai jenis rentung selepas dipercayai dibakar suspek yang sama di Blok 61, Bandar Baru Sentul, tiga jam kemudian.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata berdasarkan siasatan awal Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Unit Forensik Polis Kuala Lumpur, polis percaya terdapat unsur khianat dalam kesemua kejadian itu.

Beliau berkata polis percaya kesemua kejadian ini dilakukan empat lelaki bertopi keledar berdasarkan keterangan beberapa saksi.
  
"Beberapa saksi memberitahu melihat kelibat kesemua suspek sebelum kejadian berlaku namun kita masih menjejaki mereka berdasarkan beberapa petunjuk," katanya.
  
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat supaya dapat menyalurkan maklumat segera kepada Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.

"Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan api," katanya.
  
Pada Mac lepas, kejadian membakar kereta mewah dilakukan lelaki berumur 42 tahun, yang turut dipercayai terbabit dalam kejadian membakar kereta mewah seperti Skoda Octavia, BMW 523i, Kia Sorento dan Honda Accord dengan sekurang-kurangnya 23 kes dilaporkan.
  
Bagaimanapun, lelaki itu meninggal dunia pada 29 Mac di Hospital Kuala Lumpur selepas enam hari menerima rawatan akibat cedera ketika cuba melarikan diri daripada polis di persimpangan Kampung Pauh, Sentul.

- Bernama
 
Empat lagi ditahan cuba pasang khemah di Dataran
Empat orang lagi ditahan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila para aktivis cuba memasang khemah baru di Dataran Merdeka selepas kemah mereka sebelum ini dirampas dalam satu serbuan DBKL pagi ini.

NONEPengerusi kumpulan pelajar - Bangkit Malaysia - Mohd syahid Mohd
Zaini berkata, dua pelajar dan dua aktivis yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

"Kami cuba memasang khemah baru apabila pegawai DBKL datang untuk menghalang kita.

"Berlaku pergelutan dan empat orang ditahan," kata syahid.
Mereka yang ditahan ialah pelajar Ekhsan Bukharee Badarul Hisham dan Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin serta aktivis Saiful Buhari Ramlan dan Karim Abdullah.
Empat lagi ditahan cuba pasang khemah di Dataran
Empat orang lagi ditahan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila para aktivis cuba memasang khemah baru di Dataran Merdeka selepas kemah mereka sebelum ini dirampas dalam satu serbuan DBKL pagi ini.

NONEPengerusi kumpulan pelajar - Bangkit Malaysia - Mohd syahid Mohd
Zaini berkata, dua pelajar dan dua aktivis yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

"Kami cuba memasang khemah baru apabila pegawai DBKL datang untuk menghalang kita.

"Berlaku pergelutan dan empat orang ditahan," kata syahid.
Mereka yang ditahan ialah pelajar Ekhsan Bukharee Badarul Hisham dan Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin serta aktivis Saiful Buhari Ramlan dan Karim Abdullah.
 

Tiada ulasan: