Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
meminta Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya jangan panik dengan pengumuman
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menganjurkan
perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012.
Bagi Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor, kenyataan Wan Ahmad yang
menyifatkan perhimpunan itu sebagai tindakan terburu-buru menunjukkan
‘kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu’.
Sepatutnya, kata beliau Wan Ahmad tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0 kerana itu bukan kerjanya.
“Tugas utama beliau, adalah memastikan perjalanan pilihnraya
berlangsung dengan adil dan bersih. Beliau tidak perlu bertindak bagi
pihak Perdana Menteri atau kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu
kenyataan.
Riduan menambah, yang perlu mengulas isu himpunan Bersih 3.0 adalah
kerajaan, sama ada Perdana Menteri, menteri terbabit atau pihak polis.
Justeru, katanya kenyataan Wan Ahmad menyerlahkan lagi tahap kecondongannya kepada satu pihak.
Beliau menambah, Wan Ahmad tidak perlu merasa cemas kerana himpunan Bersih 3.0 adalah perhimpunan aman.
“Tujuannnya adalah untuk mengingatkan kerajaan dan SPR agar berlaku
adil dalam PRU ke 13. Jangan menipu, jangan menyeleweng, jangan main
wayang atau ‘silap mata’,” ujarnya.
Justeru, ujarnya SPR jangan bimbang kerana hasil himpunan itu rakyat
sendiri akan memerhati setiap pergerakan SPR mahupun kerajaan dalam
PRU13 dan setiap penipuan pasti akan dapat dihidu dan dibongkarkan.
Ini, ujar beliau kerana sudah banyak hints oleh banyak pihak sebagai
gambaran PRU13 adalah pilihan raya yang paling kotor dan rakyat tidak
bersedia mendengarnya.
“Justeru, jika SPR yakin tidak ada unsur penipuan selama ini apa yang hendak ditakutkan,” katanya.
Beliau berkata, SPR patut ucap terima kasih kerana rakyat membantu
melicinkan lagi usaha SPR mahu membersihkan sistem pilihan raya.
Jelasnya, Bersih 3.0 juga membantu PSC dalam mendesak kerajaan
mempercepatkan pembersihan pilihan raya, hanya dibimbangi rakyat usul
PSC tidak sempat dilaksanakan kerana Perdana Menteri membubarkan
parlimen mengikut hati beliau.
Menurutnya, himpunan Bersih 3.0 juga adalah sebagai ‘loceng amaran’
kepada rakyat supaya bersedia menghadapai PRU13 yang dijangka akan
diadakan pada bila-bila masa.
Katanya, himpunan Bersih 3.0 akan mengingatkan rakyat supaya
mengosongkan tarikh pada 2 bulan terakhir ini (Mei dan Jun) agar jangan
menyusun jadual ke luar negara.
“Memandangkan Perdana Menteri tidak mahu mengumumkan tarikh awal pilihanraya, rakyat hidup dalam keadaan teraba-raba.
“Justeru, Bersih 3.0 terpaksa diadakan bagi membina momentum rakyat menghadapi PRU13,” katanya lagi.
KUALA LUMPUR, 5 April:
PAS hari ini secara rasmi menyatakan sokongan penuh terhadap
perhimpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28
April ini.
Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS akan
mengerahkan seramai mungkin ahli untuk "Duduk dan Bantah" di Dataran
Merdeka, jam 2 petang.
"Saya menyeru ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat turun beramai-ramai bagi menuntut pilihan raya yang bersih.
"Kita
anggarkan kehadiran dalam setengah juta rakyat untuk menunjukkan
kesungguhan rakyat hendakkan pilihan raya yang bersih dan adil," kata
beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini
hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, hasrat badan bukan
kerajaan (NGO) mengadakan Bersih 3.0 adalah tepat kerana hanya satu
daripada lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dilaksanakan,
iaitu penggunaan dakwat kekal.
"Daftar pemilih adalah paling
kotor dan tuntutan PSC tidak diendahkan, hanya satu dariapda lapan
diterima. Jadi kita kena turun membantah," kata beliau yang juga
Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS.
Mengulas
dakwaan bahawa "Duduk dan Bantah" di Dataran Merdeka akan mencetuskan
kekecohan, beliau berkata perhimpuan sebelum ini aman sebelum provokasi
pihak polis dan pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
"Itu
merupakan tafsiran pihak berkuasa tapi Bersih memilih untuk duduk dan
bantah kali ini . Lain kali mungkin kita akan pilih berlari pula... itu
dari semasa ke semasa, nanti akan berlari dari Johor ke Kuala Lumpur.
"Selalu (perhimpunan)aman , selalu dia (polis) tembak gas, orang lari merata. Kalau tak tembak gas tak ada masalah.
"Jangan
sekatlah, biar orang masuk ke (Dataran Merdeka). Kalau sembur gas,
kandang babi pun kita masuk (sebab pedih) mata," selorohnya.
Perjumpaan awal dengan polis
Sementara
itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil
berkata, pihaknya akan bertanggungjawab menjaga keamanan perhimpunan dan
akan mengadakan pertemuan awal dengan polis bagi mendapatkan kerjasama.
"Pemuda akan berusaha mengadakan pertemuan awal dengan pihak keselamatan untuk beri kerjasama yang baik.
"Kita
mahu perbincangan dua hala, tak mahu ada provokasi sama ada dari parti
lawan atau mana-mana pihak yang mahu melihat perhimpunan menjadi kacau
bilau," katanya.
Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti
Mariah Mahmud pula turut menyatakan kesediaan muslimat untuk turut serta
pada 28 April ini.
Beliau turut menghadrapkan kerjasama yang baik daripada pihak polis.
"Dewan
muslimat beri sokongan penuh dan akan gerakkan ahli muslimat. kami
biasa menyertai perhimpunan dan aman kalau polis tak kacau.
"Biarkan
kita berlalu dan berjalan ke Dataran Merdeka, lepas tu kita pergi
shopping. Ini bergantung kepada pihak kerajaan bagaimana menangani
perkara ini. Kalau polis yang bertindak kasar, jangan salahkan kami
Wakil aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul halim yakin mampu mengumpulkan ribuan mahasiswa untut turut serta.
"Dari
segi mobilisasi kita telah mengerakan sebahagian besar warga kampus
yang mana kita ada wakil di setiap kampus untuk mempromosikan Bersih 3.o
dan saya yakin 5,000 hingga 6,000 ribu boleh hadir," katanya.
Turut
bersama pada sidang media Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman,
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, Ketua Pemuda
PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan
Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi.
Umno Putrajaya koyak Harakah, tak jadi bakar
|
Harakahdaily,
|
05 Apr 2012
|
PUTRAJAYA, 5 April:
Kerja-kerja PAS Putrajaya untuk menyebarkan fikrah PAS melalui
pengedaran Harakah secara percuma kepada penduduknya mula memberikan
kesan.
(Pemimpin Umno mengoyak Harakah di depan kamera menandakan
keberkesanan kerja PAS Putrajaya yang menyebarkan Harakah secara percuma
di sana)
Ia dapat dilihat apabila Umno Putrajaya merancang untuk membakar
akhbar yang menjadi suara rasmi PAS itu hari ini di food court Presint 8
tengahari ini.
Namun Harakah tidak jadi dibakar tetapi hanya dikoyakkan saja oleh pemimpin Umno tempatan.
"Penduduk Putrajaya akan membakar surat khabar Harakah sebagai tanda
protes terhadap pihak PAS yang mengedar dan menggangu kententeraman
penduduk di Putrajaya.
"Tarikh 5/4/2012 jam 1.00 tghr. Bertempat
di Presint 8, berdekatan dgn medan selera. Dato/tuan/puan dijemput
buat liputan," kata satu SMS yang diedarkan oleh pemimpin Umno tempatan.
Ketua
Penerangan PAS Putrajaya, Uzir Abdullah berkata, beliau bersama petugas
PAS di sana mengedarkan 1,000 hingga 1,500 akhbar Harakah setiap minggu
secara percuma kepada penduduk Putrajaya.
Ia diedarkan dari
rumah ke rumah untuk memberikan maklumat tambahan kepada penduduk di
kota pentadbiran negara yang kebanyakannya didiami oleh kakitangan
kerajaan itu.
"Orang kuat Umno Putrajaya sudah ada di sini tetapi
belum nampak lagi akan adanya majlis pembakaran ini," kata Uzir kepada
Harakahdaily
Firman Allah s.w.t:
وَلَقَدْ
بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ
وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ
مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَDan
sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat
seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah
kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka
(yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk
oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu
mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya
kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
Murtad: Mapim sambut baik kesediaan Selangor
|
Harakahdaily,
|
05 Apr 2012
|
KUALA LUMPUR, 5 April: Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut baik kesediaan
Kerajaan Negeri Selangor menyiasat aduan kes murtad.
“Tindakan ini adalah wajar memandangkan isu ini menjadi perhatian
yang amat sensitif dikalangan umat Islam,” Setiausaha Agungnya, Mohd
Azmi Abdul Hamid
(gambar).
Katanya, aduan yang dilaporkan mengenai wujudnya pihak yang telah
memurtadkan orang Islam perlu diambil tindakan tegas jika benar
mempunyai bukti yang kukuh.
Tegasnya, Mapim berpendirian bahawa soal murtad bukan sahaja soal
pelanggaran undang-undang negara, malah ia adalah soal maruah agama dan
kemuliaan hukum Allah.
“Keputusan Kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa khas adalah
wajar agar pemantauan dan tindakan dapat diambil dengan tepat
berdasarkan undang-undang yang wujud,” katanya kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, ujarnya Mapim menggesa umat Islam perlu peka dengan
kelemahan dan kecuaian yang telah lama menjangkiti mereka akibat leka
dengan kehidupan materialistik sehingga pihak lain mengambil kesempatan
untuk mengubah pegangan Islam yang dianuti selama ini.
Beliau berkata, agenda pihak tertentu yang mahu menggugat aqidah umat
Islam akan dapat dikekang jika peruntukan undang-undang dikuatkuasakan
dan pendidikan diperkukuhkan.
Di samping itu, kata beliau semua agensi agama Islam semada agensi
kerajaan mahupun bukan kerajaan perlu diperkasa supaya program
pengukuhan aqidah dapat dilaksanakan dengan lebih dinamik dan kreatif.
Katanya, kesungguhan pihak lain berperanan untuk menghulurkan bantuan
dan menangani keperluan mereka yang menghadapi kesempitan hidup
menunjukkan betapa kesalahan harus juga diletakkan ke atas agensi-agensi
Islam yang bertangunggjawab.
“Mapim menegaskan bahawa selagi pihak berkuasa dan pelbagai badan
dakwah gagal bekerjasama untuk mengukuhkan pendidikan penghayatan Islam
di kalangan masyarakat selagi itu umat Islam akan terdedah kepada
gugatan aqidah,” ujarnya lagi.
Menurutnya, sudah sampai masanya setiap institusi Islam di peringkat
akar umbi seperti masjid dan surau bertindak lebih bersungguh mendidik
anak qaryah masing-masing agar kefahaman dan penghayatan Islam
disemarakkan
Najib bertanggungjawab 'task force' warga asing
|
Harakahdaily,
|
05 Apr 2012
|
KUALA LUMPUR, 5 April:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling
bertanggungjawab atas kewujudan 'task force' yang memberi taraf
kerakyatan kepada warga asing, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Apabila 'task force' itu memberi taraf kerakyatan kepada warga asing
bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tak mungkin
mereka diberi kerakyatan untuk memilih mana-mana parti. Tentulah mereka
dikehendaki memilih Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib
sahaja.
"Lebih penting lagi, tak mungkin 'task force' seperti
itu boleh wujud tanpa keizinan dan persetujuan Perdana Menteri
memandangkan sebahagian dari yang terlibat itu adalah pegawai-pegawai
kerajaan berprofil tinggi," katanya.
Bagi Salahuddin, apa yang
berlaku itu adalah satu pengkhianatan yang sangat keji ke atas
kedaulatan negara dan undang-undangnya.
"Lebih malang lagi, bolehkah kita mendakwa bahawa Perdana Menteri bukanlah boss besar kepada 'task force' itu?
"Apabila berlaku pengkhiantan, bolehkah kita mendakwa Perdana Menteri
tidak mengetuai pengkhianatan terhadap negara itu?" katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga yakin projek memenangkan BN yang
melibatkan 'task force' itu pasti menggasak wang rakyat dalam jumlah
yang sangat besar.
"Selepas diberi taraf kerakyatan kepada
warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti,
tentulah wajib diadakan sistem pemantauan dan ugutan untuk memastikan
warga asing berkenaan mengundi BN.
"Semua itu tentulah
menggasak begitu banyak wang rakyat. Tak mungkin Najib dan para
pemimpin Umno dan BN mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk
membiayai projek memenangkan BN itu," kata Salahuddin.
Malah,
katanya, pelbagai kesan dan akibat dari tindakan membanjirkan negara
ini dengan warganegara asing yang diberi taraf kerakyatan itu juga akan
memakan belanja yang luar biasa besar.
"Dengan taraf sebagai
warganegara semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN, mereka
juga akan mendapat pelbagai keistimewaan yang sememangnya dinikmati
oleh rakyat negara ini. Semua itu akan memakan belanja berterusan yang
sangat besar jumlahnya.
"Negara terpaksa menangung beban
tambahan berterusan semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN.
Itu belum lagi diambilkira kesan dan masalah sosial yang tidak dapat
dielakkan akan tercetus," kata Salahuddin.
Sebab itulah
beliau yakin, 'task force' tersebut akan menjadi pencetus kemarahan
rakyat dan mereka akan membanjiri ibu negara dan tempat-tempat
perhimpunan lain yang ditentukan di seluruh negara pada 28 April ini.
Bersih 3.0 menetapkan 28 April ini untuk mengadakan perhimpunan
besar-besaran duduk bantah di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat lain
yang ditentukan di seluruh negara.
"'Task force' itu pasti
menjadi satu lagi penyebab utama yang mendorong seramai-ramai rakyat
berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 seluruh negara 28 April ini.
"500,000 duduk dan bantah di ibu negara bukanlah sesuatu yang mustahil
untuk dicapai oleh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata
beliau.
Salahuddin tidak menolak kemungkinan besar PAS akan
menubuhkan 'task force'nya sendiri bagi menghadapi kerja jahat 'task
force' itu
FAM: Pemuda PAS simpati Annuar Musa digantung
|
Ahmad Najib Deris,
|
05 Apr 2012
|

Dewan
Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan simpati terhadap nasib
yang menimpa Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan
Sri Annuar Musa yang digantung selama dua tahun enam bulan dari
terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di
peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.
Beliau dikenakan tindakan demikian setelah Jawatankuasa Tatatertib
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati beliau bersalah membuat
kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat.
DPPNK secara dasarnya menghormati keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan
induk tertinggi sukan bola sepak Malaysia itu namun di dalam masa yang
sama melihat bahawa keputusan ini merupakan satu kerugian kepada sukan
bola sepak negara.
Ini kerana beliau dilihat sebagai seorang individu yang berpotensi
untuk memajukan sukan bolasepak tanah air sebagaimana yang dilakukan
oleh beliau di Kelantan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA).
Rakyat tentunya amat kecewa sekiranya ada unsur politicking di dalam
keputusan ini. DPPNK sejak dulu lagi menentang sebarang unsur
mempolitikkan sukan khususnya bola sepak yang diminati ramai dalam apa
jua bentuk sekalipun.
Justeru, DPPNK satu ketika dulu mengecam tindakan mengarak Piala
Malaysia yang dimenangi oleh pasukan Kelantan pada tahun 2010 ke kawasan
pilihanraya kecil DUN Galas untuk kepentingan politik pihak tertentu.
DPPNK amat berharap agar kemelut pergantungan yang melibatkan Tan Sri
Annuar Musa ini dapat dijernihkan. Sesungguhnya, pergantungan beliau
merupakan satu kerugian yang besar kepada bola sepak negara khususnya
negeri Kelantan.
Kepada Tan Sri Annuar Musa, DPPNK ucapkan semoga bersabar dan menempuhi saat-saat ini dengan tenang dan tabah.
Ahmad Najib Deris,
Pengerusi Bahagian Sukan, Seni dan Budaya (DACS)
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bersih 3.0: Pemuda sedia, tunggu pendirian PAS
|
Hazayani Zakaria,
|
05 Apr 2012
|
KUALA LUMPUR, 5 April:
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) menyokong himpunan Bersih 3.0 bagi
menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini dan bersedia
mengerahkan semaksimum ahli untuk turut serta.
Ketuanya, Nasrudin Hassan
(gambar)
berkata, DPPM bersedia membatalkan semua program melibatkan pemuda di
peringkat negeri atau pusat bagi memberi laluan kepada Bersih 3.0 yang
akan diadakan di Dataran Merdeka, jam 2 petang.
Namun katanya, DPPM tetap bersama pendirian PAS Pusat yang akan mengeluarkan kenyataannya petang ini.
"Pemuda
akan mengerahkan semaksima mungkin ahli dan akan membatalkan semua
program kawasan, negeri mahu pun nasional supaya mereka boleh
bersama-sama Bersih 3.0.
"Walau bagaimanapun, pemuda bersama dengan pendirian PAS Pusat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Nasrudin
juga menegaskan, "format" Bersih 3.0 dengan "Duduk Bantah" lebih dekat
dengan rakyat dan tidak ada sebab rakyat takut untuk menyertainya.
"Format Bersih yang baru ini lebih lunak dan santai, jadi tidak ada sebab rakyat tidak mahu turun.
"Saya yakin format ini menjadi ibu kepada himpunan-himpunan selepas ini," katanya.
Mengulas
lanjut, beliau berkata, Bersih 3.0 sangat penting kerana lapan tuntutan
rakyat ke arah penambaikan pilihan raya belum dilaksanakan kerajaan.
"Kita
kena berusaha menjayakan Bersih 3.0 ini kerana kerajaan dan pihak
betanggungjawab masih bersikap acuh tak acuh dan mempersenda tuntutan
rakyat seperti pembersihan daftar pemilih dan akses kepada media yang
adil," katanya.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan
mengumumkan secara rasmi pendirian parti berhunung perkara ini pada jam 2
petang ini di ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan