Sabtu, 28 April 2012

APA YANG BERLAKU TELAH DALAM TAKDIR ALLAH...JANGAN TAKDIR YANG KITA PILIH...JANGAN NAK TAHAN KUASA MENGORBANKAN PRINSIP2 ISLAM...BERLAKU BAIK BALASANNYA BAIK JUGA...BEGITU SEBALIKNYA...HIDUP IBARAT RODA...KADANG2 KITA DIATAS...KADANG2 KITA DIBAWAH...

BERSIH: Kita akan cuba sedekat mungkin ke Dataran
Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah esok, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
PERKASA pertahan keahlian Umno bos SPR
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mempertahankan keahlian Umno pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi PERKASA, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata, mana-mana penjawat awam bebas menjadi ahli parti selagi tidak aktif memegang jawatan,

NONE"Penjawat awam tak jadi larangan jadi ahli mana-mana parti. (Cuma) mereka tak boleh aktif dalam mana-mana parti," katanya.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali pula berpendapat perkara itu tidak menjadi isu kerana kedua-dua pengerusi dan timbalan pengerusi SPR menjalankan tugas mereka dengan profesional.

"Dia lebih profesional daripada Majlis Peguam yang tidak profesional. Mungkin ada di antara mereka (ahli Majlis Peguam) yang mempunyai keahlian DAP," sindirnya.

Ahli Dewan Tertinggi PERKASA, Laksamana Madya (Bersara) Datuk Mat Rabi Abu Samah menambah bahawa perkara yang sama turut berlaku di negara lain.

"Jika ada parti komunis di Jerman, anggota tentera negara itu boleh menyertainya dengan syarat mereka tidak aktif dalam parti itu," katanya.

Menurutnya, penjawat awam yang mempunyai keahlian parti politik adalah perkara yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya dalam negara ini.

PKR hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Abdul Aziz hari ini dilaporkan berkata, beliau tidak pernah memohon untuk menjadi ahli Umno, tetapi kemungkinan ada pihak memasukkan namanya selepas tamat universiti sekitar tahun 70-an.

Manakala Wan Ahmad pula terus terang mengaku pernah menjadi ahli Umno tetapi tidak pernah hadir sebarang aktiviti dan mesyuarat parti serta "tidak pernah mengambil tahu".
Polis dapat perintah mahkamah, Dataran ditutup 4 hari
Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.

Menurut notis yang dikeluarkan petang semalam, larangan tersebut termasuk jalan-jalan yang menuju ke situ.

Sementara itu, awal pagi ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup Dataran Merdeka di mana BERSIH mahu mengadakan protes duduk esok.

BERSIH - gabungan menuntut pilihan raya bebas dan adil - berkeras untuk mengadakan protes duduk, bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya, dengan menegas bahawa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini sudah cukup menjadi alasan bagi mewajarkan perhimpunan itu diadakan.
Hisham: Apa pun berlaku esok, tugas saya selesai
Menyifatkan perhimpunan BERSIH 3.0 esok sebagai hari negara akan diuji, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan telah melakukan segala-galanya untuk menghadapi apa jua yang akan berlaku.

NONE"Kita akan diuji esok dan semua orang perlu bertanggungjawab.
Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan secukupnya untuk menunjukkan beliau serius membawa pembaharuan?

"Esok adalah hari yang besar, tetapi hati nurani saya jelas. Saya telah lakukan semua yang saya boleh sebagai Menteri Dalam Negeri dan Najib telah melakukan semua yang beliau boleh untuk membawa pembaharuan," kata Hishammuddin dalam satu taklimat media khas di ibupejabat polis Bukit Aman petang ini.

Bercakap kepada kira-kira 30 editor akhbar, beliau berkata, apa-apa jua boleh berlaku esok dan NGO-NGO tulen yang mahu mendapat manfaat daripada pembaharuan yang dibawa oleh perdana menteri, akan rugi terutamanya jika ahli politik merampas perhimpunan BERSIH 3.0.

Tindakan polis esok, tambahnya, akan bergantung kepada apa yang penganjur BERSIH 3.0 putuskan pada hari protes dan bergantung kepada keadaan.

Hishammuddin berkata, beliau agak kecewa kerana menurutnya BERSIH nampaknya menolak setiap peluang yang telah diberikan kepada mereka.

Beliau merujuk lokasi alternatif  yang ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada BERSIH untuk mengadakan perhimpunannya esok.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan BERSIH 3.0 diadakan di Dataran Merdeka tetapi pihak penganjur perhimpunan itu bertegas untuk mengadakan perhimpunan duduk bantah di situ.

Bagaimanapun, berikutan perintah mahkamah yang diperolehi oleh pihak polis awal hari ini melarang semua pihak berkumpul di dataran bersejarah itu, maka penganjur BERSIH 3.0 berkata mereka akan mematuhinya tetapi akan cuba berada seberapa hampir yang mungkin ke Dataran Merdeka.
Polis: Duduk boleh, berarak jangan
Penyokong BERSIH dibenarkan berhimpun di tempat yang dirancang tetapi dilarang berarak ke Dataran Merdeka seperti digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur.

Datuk Mohmad Salleh berkata, sebarang kumpulan yang menuju ke Dataran untuk mengikuti perhimpunan "duduk bantah" yang dilarang akan menghadapi tindakan polis atau kemungkinan ditahan.

Mohmad berkata, penyokong dan penganjur juga dilarang berarak daripada tempat berkumpul ke lokasi yang terlalu hampir dengan jalan yang berdekatan Dataran.

Beliau juga menjelaskan, polis mendapatkan perintah mahkamah kerana mempertimbangkan isu keselamatan memandangkan penganjur sebelum didapati mahu meneruskan rancangan mereka itu.
Anwar: Tiada kompromi untuk hadir BERSIH
Menjadi kewajipan tanpa kompromi untuk semua rakyat Malaysia hadir ke perhimpunan BERSIH bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Kuala Lumpur esok, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEIni kerana, kata Anwar, kehadiran mereka bertujuan menuntut hak yang dijamin dalam perlembagaan dan bukan menuntut elaun atau ganjaran untuk diri sendiri.

Menurut Anwar, perhimpunan itu juga akan memberitahu perdana menteri dan anggota kabinetnya serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak melakukan penipuan dalam pilihan raya.

Bercakap dalam ceramah di hadapan kira-kira 1,000 orang malam tadi, Anwar menyelar pengerusi jawatankuasa pilihan khas parlimen Datuk Seri Maximus Ongkili kerana gagal mengetengahkan isu daftar pemilih di sampai pelbagai cadangan lain.

"Dakwat kekal? Pasti. Tetapi perkara pentung siapa akan mengundi? Hantu, manusia, lembu?" soalnya yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh.
PERKASA seru Melayu tak sertai BERSIH
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menyeru orang Melayu Islam di negara ini agar tidak turun ke perhimpunan BERSIH 3.0 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka esok.

NONE"Jangan jadi pak turut kepada pihak-pihak yang menghuru-harakan negara dan tidak tahu berterima kasih," kata Timbalan Pengerusi PERKASA, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Menurutnya, PERKASA mengambil pendirian sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang menggesa umat Islam mengelak menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.

"Kita awal-awal lagi tolak dan tentang mereka yang sokong BERSIH," katanya.

Ahli-ahli PERKASA juga katanya tidak akan turun menyanggah himpunan BERSIH kerana menghormati arahan mahkamah dan pihak berkuasa yang menutup Dataran Merdeka.

"Kita akur pada arahan. Kita dapat arahan mahkamah yang tidak membenarkan untuk turut serta," kata Rahman.

Langkah itu berbeza sekali dengan perhimpunan sebelum ini apabila PERKASA berjanji akan menurunkan 15,000 ahlinya bagi menentang himpunan BERSIH pada 9 Julai 2011.

Bagaimanapun hanya kira-kira 300 sahaja anggotanya yang berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada hari itu dengan alasan mengelak daripada berlaku pertembungan antara orang Melayu.
MB: PAS tawan Perlis 'lawak politik'
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu meminta Umno dan BN negeri bekerja keras bagi menafikan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa PAS akan menawan Perlis dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Beliau yang menyifatkan kenyataan Azizan itu sebagai "lawak politik" berkata bagi beliau, kenyataan Azizan itu boleh menjadi sebaliknya, dengan BN menawan kembali Kedah yang kini nampak terserlah sokongan rakyat di negeri tersebut kepada BN, dan akan terus kekal memerintah Perlis.

NONE"Saya kenal Ustaz Azizan sebagai seorang yang suka melawak, justeru saya yakin apa yang diperkatakannya itu sebagai lawak politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kecemerlangan dan dua blok bangunan baru Sekolah Menengah Agama (P) Kangar di Kangar, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan menteri besar Kedah itu yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa PAS bukan sahaja akan mempertahankan negeri Kedah, malah juga akan merampas Perlis.

Md Isa berkata BN Perlis bukan sahaja akan menang ketiga-tiga kerusi Parlimen sedia ada, malah juga semua kerusi dewan undangan negeri termasuk dua kerusi di Sanglang dan Simpang Empat yang kini dikuasai PAS.

Beliau yang juga pengerusi badan perhubungan Umno dan BN negeri berkata perbincangan PAS tentang siapa di kalangan pemimpin parti berkenaan akan menjadi Menteri Besar jika mereka berjaya menawan Perlis, hanyalah sebagai provoksi untuk menarik perhatian rakyat Perlis.

Katanya rakyat sekarang sudah boleh menilai siapa paling layak menerajui pentadbiran kerajaan negeri kerana apa yang didapati rata-rata rakyat di negeri ini sudah selesa dengan kepimpinan yang ada sekarang.

Mengenai bangunan sekolah baru yang dirasmikannya, beliau berkata bangunan tersebut mengandungi dua blok dengan setiap satu setinggi tiga tingkat dibina dengan kos RM3.7 juta.

Kedua-dua blok bangunan berkenaan siap dibina awal tahun 2007 lalu dan mula beroperasi Januari 2010 dengan menempatkan sembilan bilik darjah, sebuah bilik makmal, sebuah bilik guru, sebuah bilik pejabat dan sebuah bilik makmal komputer.

-Bernama
Lagu BERSIH terus berkumandang
Pelbagai lagu terus dicipta dan dikumandangkan menjelang perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH dan adil di Kuala Lumpur esok.

Selepas Tears for Malaysia (air mata untuk Malaysia) ciptaan Michelle Hoo – penyokong BERSIH daripada Johor – mencuri tumpuan, satu lagu gubahan kolumnis, aktivis dan pemantau pilihan raya juga mula meniti di bibir peminat.

NONEDidendangkan pertama kali pada ceramah pengiraan detik 10 hari BERSIH di Kampung Baru pada 21 April lalu, Amin Iskandar tampil dengan Mentari Kuning Menyalalah.

Lagu itu ternyata mempunyai melodi indah yang santai untuk mereka yang mendengarnya buat kali pertama.

Namun, jangan tertipu dengan semua itu kerana bait-bait liriknya sarat dengan mesej untuk meniup semangat peserta BERSIH hujung minggu ini.

Kita laungkan BERSIH
belantan perisai baja,
siapakah akan gentar
bila Tuhan bersama kita.


Menurut Amin Iskandar atau lebih dikenali sebagai “Black”, lagu itu penzahiran kepada pengalamannya yang terlibat dengan dunia aktivisme politik dan sosial sejak lebih 10 tahun lalu.

Beliau terlibat secara langsung dengan Institut Kebangsaan untuk Ketelusan Pilihan Raya (NIEI) yang memantau perjalanan pilihan raya negara lain selaku pemerhati bebas.

"Lagu itu saya cipta berdasarkan pengalaman melihat bagaimana dunia berhadapan dengan masalah pilihan raya," katanya yang pernah memantau perjalanan pilihan raya beberapa negara di Asia Tenggara.

Tiup semangat juang

Mendapat ilham dari pengalaman sendiri, Black percaya pilihan raya bebas kemestian yang harus diperjuangkan setiap warganegara Malaysia.

NONE"Saya melihat sendiri bagaimana mereka (negara lain) berjuang untuk mendapatkan pilihan raya bebas," kata Black.

Beliau berharap lagu ciptaannya itu mampu meniup semangat juang ke dalam jiwa mereka yang turun berhimpun esok.

"Lagu itu curahan hati saya dan kalau ia dapat difahami orang lain, itu lebih baik," katanya lagi.

Kini, lagu itu diedarkan dalam bentuk CD yang boleh diperolehi menerusi derma amal sebanyak RM5 melalui pengedar atau tempahan melalui lamanweb www.aminiskandar.net

Hasil jualan CD lagu itu disalurkan semula kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah kumpulan anak muda yang turut giat mempromosikan himpunan BERSIH 3.0 ke seluruh negara.

Kemunculan 'single' Mentari Kuning Menyalalah itu mengiringi beberapa lagu lain seumpamanya dalam pelbagai bahasa yang dimuatnaik ke laman perkongsian video Youtube.

Tonton video 4.02 minit

Tiada ulasan: