Selasa, 24 April 2012

OTAK YANG SIHAT..LOMPAT2...KACANG LUPAKAN KULIT...MENANG GUNA LAMBANG ORANG..DAH MENANG TIBAI LAMBANG YANG MENYEBABKAN IA MENANG...INI OTAK SIHAT KOD....

Dakwaan bayar Zahida: Shafie Apdal mahu saman
Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.

"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.

NONEBeliau turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin.
"Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"Kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini.

Zuraida mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudara lelaki itu dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Pelakon berkenaan, Zahida yang tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.
Bayaran RM1.5 juta: Artis ancam tindakan mahkamah
Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya.

Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.

NONE"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!

"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.

PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Peguam: Tiada misi rahsia untuk PM dan isteri
Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau berada di luar negara dalam satu misi rahsia perundangan untuk perdana menteri dan isterinya.
Beliau yang kelihatan tidak senang apabila ditanya mengenai perkara itu, pada mulanya enggan memberi respon kepada pihak media.

Apabila terus ditanya oleh Malaysiakini, beliau menjawab ianya karut dan apa saja yang dikatakan oleh akhbar adalah karut.

Shafee yang berada di lobi mahkamah jalan Duta kompleks untuk menerima bungkusan dari anak guamnya, Datuk S Nallakarupan,
juga mengingatkan pihak media supaya tidak mereka apa-apa.

Dikaitkan dengan siasatan Scorpene?

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution telah mendedahkan bahawa Shafee dalam surat kepada mahkamah berkata beliau akan berada di luar negeri untuk tugasan rahsia untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dari 2 April hingga 25.

Dalam surat yang dialamatkan kepada Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raud Sharif dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad, Shafee berkata beliau akan menemuduga saksi di New York, London, Paris atau Basel.

military malaysia navy french built submarine scorpene classIni menimbulkan spekulasi bahawa misi itu ada kaitan dengan kes yang sedang berjalan di Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.

Bagaimanapun, menurut portal berita The Malaysian Insider, satu lagi surat dari firma guaman Shafee, bertarikh 9 April, mengatakan bahawa peguam itu akan menghadiri satu persidangan perundangan di Sydney dari 18-22  April.
Datuk Bandar: DBKL cuma iringi aktivis ke balai
Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menafikan bahawa tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengheret dua aktivis ke dalam van penguatkuasanya dalam operasi Ahad lalu merupakan tindakan menangkap individu berkenaan.

Jelasnya, DBKL hanya mengiringi pemuda berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan individu berkenaan kemudiannya dibebaskan.

Tambahnya, tindakan itu hanyalah untuk membuat laporan polis atas dakwaan kesalahan yang dilakukan kedua-dua pemuda berkenaan, katanya dalam satu sidang media hari ini.

Individu berkenaan juga menuruti tindakan pegawainya itu, katanya lagi di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tidak tahu jika ini dianggap sebagai tangkapan, ia hanya untuk buat laporan polis," katanya lagi yang menambah individu berkenaan juga tidak diletakkan di dalam lokap.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya DBKL berkuasa untuk menahan aktivis terbabit.
10 syarikat PNB dan Khazanah akan dilupuskan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sepuluh syarikat, masing-masing lima syarikat di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan selebihnya di bawah Khazanah, akan dilupuskan.
  
Perdana Menteri yang juga menteri kewangan berkata pelupusan itu bertujuan membolehkan kesemua syarikat itu diserah milik kepada syarikat Bumiputera lain melalui tender terbuka.
  
Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikannya, yang berlangsung selama kira-kira dua jam di Putrajaya hari ini.
  
"Keputusan itu membolehkan PNB dan Khazanah melupuskan perniagaan yang bukan teras, selain untuk memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi dan mempunyai kemampuan terbukti, untuk mengambil alih syarikat tersebut dan memajukannya lagi," kata Najib dalam sidang media selepas mesyuarat itu.
  
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Najib berkata pengumuman nama-nama syarikat tersebut akan dibuat tidak berapa lama lagi memandangkan ia perlu melalui proses mendapatkan keputusan daripada lembaga pengarah.
 
Dalam mesyuarat tersebut, perdana menteri berkata keputusan turut dicapai untuk menambah sejumlah 50 lagi syarikat teras Bumiputera yang menjadikan keseluruhan 130 syarikat Bumiputera berprestasi tinggi.
  
"Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa beberapa buah syarikat yang telah tersenarai berjaya menjadikan syarikat itu sebagai sebuah syarikat utama dalam bidang masing-masing," katanya.

Najib berkata sebagai contoh, syarikat AZRB yang memperoleh kontrak besar daripada program MRT, selanjutnya menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta dalam jangka masa dua tahun kepada syarikat-syarikat Bumiputera.
  
Selain itu katanya, MITC Ancasa Hotel (M) Sdn Bhd bekerjsama dengan Teraju dalam sektor industri pelancongan, dan MITC akan melabur RM100 juta dalam jangka masa tiga tahun untuk merealisasikan pelan perkembangannya selain membantu syarikat Bumiputera yang lain.

- Bernama
Ibrahim: Pemimpin BERSIH 'otak tak berapa sihat'
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 bersifat "otak tidak berapa sihat" kerana berkeras untuk mengadakan acara tersebut di Dataran Merdeka walau ditawarkan lokasi alternatif.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Ibrahim berkata golongan itu juga bersikap "degil" kerana mahu melanggar undang-undang dengan berbuat demikian.
"Otak mereka tak berapa sihat. Orang yang suka melanggar undang-undang dan degil ini otak tak berapa bersih.

"Inilah yang dikata diberi betis nak paha," katanya lagi.
Tambahnya, penganjur berkenaan sepatutnya mematuhi dan menghormati keterbukaan kerajaan yang membenarkan perhimpunan tersebut diadakan.

Dalam pada itu beliau turut mengumumkan bahawa PERKASA juga akan mengadakan satu perhimpunan untuk menunjukkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu pada 29 April.

Perhimpunan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
"Perhimpunan ini diadakan untuk tunjukkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu khusunya Duli Yang maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

"Ia juga diadakan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Bercakap lanjut, Ibrahim berkata himpunan itu juga adalah manifestasi usaha mempertahankan Perlembagaan Persekutuan melalui pemerkasaan institusi Raja-Raja Melayu.

Bagaimanapun katanya, perhimpunan ini tetap terbuka kepada kaum-kaum lain.

Menurutnya lagi, perhimpunan itu akan menampilkan ucapan beberapa tokoh terkemuka sebagai pengisian program.

Ia dijangka bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12 atau 1 tengahari pada hari yang sama.

Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan nama mereka dan akan mengumumkannya kemudian untuk 'kejutan.'

Menurutnya, di akhir himpunan itu, satu perisytiharan taat setia akan dibuat untuk diserahkan kepada Raja-Raja Melayu setiap negeri.

"Di hujung himpunan, kita akan zahirkan satu deklarasi (dinamakan) '7 Jamadilakhir 1433 Hijrah' untuk tunjukkan taat setia rakyat pertahan sistem raja berperlembagaan," katanya.

Deklarasi itu kemudiannya akan disampaikan Yang Dipertua Perkasa setiap negeri kepada raja-raja mereka, katanya.
Serangan di Dataran: Polis tahan tiga lagi suspek
Polis menahan tiga lagi individu yang didakwa menyerang 'perkhemahan' aktivis yang menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma pada awal pagi Khamis lalu.

Jumlah itu menjadikan kesemuanya empat orang ditahan polis setakat ini berhubung insiden serangan yang menyebabkan kecederaan ke atas siswa berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh ketiga-tiga lelaki itu ditahan di Subang Jaya dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh).

Dalam satu kenyataannya hari ini, Mohmad berkata pihak polis telah memperolehi perintah reman sehingga 25 April ini.

Katanya, dua daripada suspek berkenaan daripada Kampung Kebun, Kelang masing-masing merupakan seorang tukang kimpal berusia 30 tahun dan seorang penganggur berusia 28 tahun.

Seorang lagi suspek, daripada Kampung Pandan Klang merupakan seorang penganggur berusia 29 tahun.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng'.

Saksi berkata kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu  kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.

Koordinator Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Heng Kiah Chun memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan tersebut kemudiannya mengasari siswa berkenaan dan turut merobohkan khemah mereka.

Pelajar yang mengalami kecederaan itu dibawa ke hospital.

Kumpulan berkenaan juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden itu menggunakan kamera dan telefon bimbit serta merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut.
Penyelidik dakwa wujud 3.3 juta pengundi meragukan
Penyelidik, Ong Kian Ming mendakwa terdapat 3.3 juta kes melibatkan pengundi meragukan dalam daftar pemilih, di mana sebahagian besarnya melibatkan kawasan mengundi berbeza daripada alamat di kad pengenalan.

Berdasarkan data yang berusia sedekad itu, Ong mendakwa terdapat sejumlah 3.1 juta pengundi yang mengundi di suatu kawasan tidak mengikut dengan alamat mengikut kad pengenalan mereka.

"Ini secara khusus memberi masalah kerana maklumat ini diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2002," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Ong yang juga pengarah projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) berkata beliau menemui data berkenaan sejak 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau memerlukan tempoh seminggu untuk mengumpul maklumat tambahan, katanya.

Tiada ulasan: