Jumaat, 13 April 2012

Altantuya..MEMBONGKAR SERTA MENCARI SIAPA PEMBUNUH SEBENAR...CERITANYA TERUS BERHANTU...MAKA KALAU ALLAH BUKA...TIADA SAPE BOLEH MENGHALANG...HUKUM AKHIRAT MENUNGGU...ITU SATU KEPASTIAN....

Visa Altantuya bergema jadi isu pilihan raya

Abdul Aziz Mustafa, 13 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 13 April: Pilihan raya akan datang akan bergema dengan isu visa yang diberikan di negara ini kepada Altantuya Shaariibuu untuk memasuki Perancis, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Bapa Altantuya mendedahkan bahawa anaknya itu telah memberitahunya bahawa Abdul Razak Baginda telah meminta bantuan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, dan Altantuya akhirnya diberikan visa untuk pergi ke Perancis dengan menggunakan nama Amina Abdullah," katanya.

Malaysiakini melaporkan, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu mendedahkan kesemua itu berlaku antara 2004 dan 2005, sebelum Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bom C4 pada tahun 2006.

Mahfuz menegaskan, sekadar penjelasan semata-mata mengenai pendedahan itu adalah tidak memadai dan tidak boleh diterima.

"Kalau penjelasan semata-mata, tentulah Perdana Menteri akan memberikan penjelasan yang menyebelahi dirinya.

"Kalau penjelasannya meragukan sekalipun, media-media di bawah kawalannya tentu akan mencanang-canangkan kononnya itu adalah penjelasan tanpa sebarang keraguan," katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz, pendedahan Setev itu memerlukan tidak kurang dari siasatan sebuah badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi atau ditakut-takutkan oleh Perdana Menteri dan kerajaannya.

"Persoalannya, banyak perkara yang berbangkit dari tuduhan itu termasuk elemen jenayah.

"Bila Altantuya diberikan visa dengan menggunakan nama Amina Abdullah, tentulah wujud pasport antarabangsa atas nama tersebut.

"Siapa arahkan pemberian pasport atas nama tersebut kerana Jabatan Imigresen Malaysia tidak mungkin bertindak sendirian tanpa sebarang sebab dan suka-suka memberikan pasport kepada Altantuta dengan menggunakan nama Amina," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Nizar, isteri bermotosikal bantu mangsa banjir

Harakahdaily, 13 Apr 2012
KAMPAR,13 April: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam hanya menaiki motosikal melawat mangsa banjir di selatan Lembah Kinta.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya Datin Seri Fatimah Taat  dan anggota Unit Amal PAS selepas mendapat maklumat awal jam 5 pagi semalam.

Dalam kejadian semalam kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sejak jam 4 pagi.

Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk sebagai banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.

Di antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.

Kejadian tersebut didakwa berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam semalam dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tembok sungai yang pecah.

Dalam pada itu selain membantu mangsa berpindah, Mohammad Nizar juga sempat memasak untuk mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan.

Ketika ditemui, Nizar yang juga bekas menteri besar Perak mahu kerajaan negeri melalui Majlis Keselamatan Negeri menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.

Beliau juga turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera tebing sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan aktiviti pembalakan haram dan pembukaan hutan secara berleluasa menjadi penyebab banjir besar berlaku hanya dalam tempoh dua jam selepas hujan lebat pada malamnya.

Beliau selaku timbalan pesuruhjaya PAS negeri juga turut mengarahkan jabatan amal PAS kawasan Kampar dan kawasan berdekatan untuk membantu mangsa terutamanya penyediaan makanan, pakaian dan tempat perlindungan sementara.

Orang yang mengarahkan kesemua itu dan memaksa perkara itu dilakukan, kata Mahfuz, telah melakukan jenayah.

"Kita mahu percaya bahawa Najib tidak terlibat dengan apa jua proses dalam pemberian visa kepada Altantuya atas nama Amina Abdullah.

"Hanya satu cara sahaja untuk kita mempercayainya iaitu dengan menubuhkan badan siasatan bebas untuk menyiasat perkara itu," katanya.

Jika tidak, kata Mahfuz, perkara tersebut akan menjadi salah satu isu utama yang mesti dijawab oleh Najib, terutama dalam pilihan raya akan datang.

"Jika beliau enggan menubuhkan badan bebas untuk membersihkan namanya dari dikaitkan dengan pemberian visa itu, ia boleh mengakibatkan Najib dilihat telah melakukan jenayah.

"Kita lihat sahaja nanti apa terjadi apabila Najib yang dilihat telah melakukan jenayah memimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Malaysiakini melaporkan, pegawai kementerian luar Mongolia hairan bagaimana Altantuya mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia.

Beliau memberitahu, warganegara Mongolia tidak boleh mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia.

Pegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negara mereka sendiri.

"Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain.

"Kami akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon mendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada Malaysiakini.

Ambiga dipanggil siasatan Bersih 2.0 hari ini

Harakahdaily, 13 Apr 2012


KUALA LUMPUR, 13 April: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan  dipanggil memberikan keterangan dalam siasatan awam yang akan dilakukan Suhakam hari ini.

Ini ekoran tindakan Suhakam meneruskan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011.

Siasatan yang bermula jam 9 pagi diadakan di Tingkat 13, Pejabat Suhakam, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Siasatan ini terbuka kepada media dan orang ramai juga dijemput untuk menghadiri siasatan awam tersebut.

Rombak sistem pendidikan, bukan sekadar kosmetik

Mohd Azmi Abdul Hamid, 13 Apr 2012
Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan reformasi pendidikan bukan suatu yang baru. Seruan pelbagai pihak agar sistem pendidikan dirombak sudah lama disuarakan.

Rasa resah melihat kegagalan pendidikan negara melahirkan generasi yang mempunyai sahsiah yang seimbang seperti yang dinyatakankan dalam Falsafah Pendidikan Negara jelas menuntut agar sistem yang sedia wujud disemak semula secara total.

Bermakna bermula dari aspek konsep kesepaduan ilmu sehingga aspek sistem kurikulum, kokurikulum, buku teks, skima peperiksaan, sistem pelatihan guru, pentadbiran dan kepimpinan sekolah dan universiti, skima perlantikan dan saraan guru, prasarana dan kemudahan, pensijilan dan pengiktirafan, sistem pengajaran dan pembelajaran.

Teras berpendapat tidak ada gunanya reformasi pendidikan diumumkan jika yang ingin dilakukan hanyalah perubahan bersifat superfisial dan kosmetik semata-mata.

Malah sudah  menjadi kelaziman setiap menteri yang dimandatkan untuk menerajui Kementerian Pendidikan (istilah yang sepatutnya diguna semula) ada sahaja  pengumuman besar yang akan diisytiharkan.

Akan tetapi perubahan yang diumumkan sering tidak menyentuh perubahan yang mendasar. Natijahnya adalah  sistem sedia ada kembali seperti asal. Hanya yang dilihat berubah ialah prasarana fizikal.

Konsep dan falsafah yang menepati pendidikan dalam ertikata sebenar tidak berubah.

Teras mendapati terlalu banyak forum dan persidangan untuk menilai semula pendidikan negara diadakan. Namun  sistem pendidikan yang terus berlanjutan masih dalam bingkai  sistem pendidikan penjajah.

Tidak berlaku anjakan yang benar-benar bermakna untuk melambangkan erti pendidikan yang merdeka.

Tanda negara maseh melanjutkan pendidikan penjajah dari peringkat prasekolah  sehingga ke peringkat universiti jelas dilihat dari budaya dan konsep kehidupan yang berkembang dalam masyarakat masakini.

Malah kesan pendidikan  yang dilalui telah melahirkan manusia yang sangat berciri materialistik, individualistik dan komersialistik.  Jelas isu kehilangan jatidiri, buta sejarah, tidak menghargai dan tidak bangga dengan budaya dan tradisi sendiri, terhakisnya bahasa dan persuratan Melayu sebagai teras  kebudayaan bangsa dan negara, rendahnya kesedaran sosial dan terlalu ghairah dengan budaya hidup asing,  sangat berkait dengan sistem pendidikan yang pincang.

Keghairahan kepada sistem ilmu yang merujuk kepada sumber Barat sangat ketara sehingga golongan akademik  hanya diiktiraf jika menulis dan berkarya dengan merujuk sumber mereka kepada sarjana Barat.
Malah tidak keterlaluan jika disebut bahawa sistem pendidikan yang dilaksanakan sekarang melahirkan perhambaan yang sepenuhnya kepada Barat.

Pengiktirafan dan pentarafan universiti diukur hanya dari kriteria yang ditentukan dari Barat. Sementara karya dan penyelidikan yang dihasilkan hanya dapat diiktiraf jika ia diterbit dalam jurnal yang ditentukan di Barat.
Demikian rendahnya daya intelektual dan yakin diri yang dihasilkan oleh sistem pendidikan kini menyebabkan Teras berpendirian selagi reformasi dalam ertikata yang sebenar tidak dilakukan ke atas pendidikan masakini, negara ini tidak boleh berbangga bahawa ia telah melahirkan generasi yang benar-benar merdeka.

Nilai dan falsafah pendidikan yang diamalkan gagal membentuk kualiti manusia sebagai warga masyarakat mahupun warga negara dan warga dunia yang menghayati nilai-nilai murni yang sepatutnya, melainkan lahirnya keperibadian yang sarat dengan kekaguman kepada tamadun Barat dari sekecil-kecil aspek tabiat makan sehingga kepada aspek pembangunan.
Malah jenis manusia yang  dilahirkan dari pendidikan kini sarat dengan nilai tamak, eksploitatif, tidak berperikemanusian, gelojoh, menindas, zalim, penting diri dan mengutamakan nilai kebendaan yang sangat tinggi.

Apa yang dizahirkan melalui pembangunan negara adalah lambang langsung dari jenis warga professional yang dilahirkan oleh sistem pendidikan yang diamalkan dinegara ini.

Jenis dan bentuk pembangunan yang wujud sekarang  adalah hasil dari pemikiran dan nilai yang tertanam dalam warga yang telah melalui sistem pendidikan negara.

Kami melihat persoalan perubahan pendidikan tidak bermula dari asasnya yang mendasar. Sejak Laporan Razak hingga Pelan Induk Pembangunan Pendidikan  Hishammuddin, sistem pendidikan masih berada di tahap yang lama jika dilihat dari isinya.


Persoalan merubah beberapa skima yang melibatkan isu saraan pendidik, peruntukan dan pembangunan prasarana pendidikan tidak menandakan reformasi pendidikan akan berlaku dalam bentuk yang sepatutnya.


Isu dasar yang harus diberi perhatian ialah bagaimana sistem pendidikan negara yang maseh bercorak feudal bermula dari pra sekolah sehingga keperingkat menengah dan ke peringkat pendidikan tinggi boleh diubah?

Keluhan bahawa pendidikan negara gagal mellahirkan insan yang berwatak mulia dan beriltizam dengan kesedaran sosial yang tinggi adalah isu utama yang seharusnya ditangani.

Teras mengambil perhatian kepada isu pembiayaan pendidikan yang semakin tinggi. Sementara semakan kepada bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pelajar dari skim PTPTN perlu dilakukan, Teras percaya suatu mekanisme yang baru untuk membiaya kos pendidikan negara perlu dicari.

Teras bersetuju bahawa kerajaan sepatutnya mencari jalan bagaimana pembiayaan pendidikan harus ditanggung oleh dana khas yang diberi keutamaan dari pendapatan yang diperolehi dari industri petroleum negara. Sepatutnya perolehan dari petroleum memberi keutamaan kepda pembiayaan pendidikan, bukan kepada projek-projek mega yang membazir.

Teras meletakkan kesalahan kepada kegagalan kerajaan menyediakan pendidikan yang lebih murah kepada rakyat adalah kerana ketirisan dan salahguna peruntukan negara yang sangat berleluasa.

Pendidikan tinggi percuma di Malaysia tidak dapat diaksanakan kerana Malaysia mengamalkan sistem pendidikan mengikut pasaran. Ekonomi pasaran terbuka telah menjadikan pendidikan tinggi sangat kompetitif dan yuran lebih ditentukan oleh pasaran, bukan oleh kualiti pendidikan yang sebenar. Kehadiran IPTS yang begitu banyak menjadikan peluang untuk memasuki universiti atau kolej swasta sangat terbatas bagi golongan berpendapatan rendah.
Teras berpendapat pendidikan percuma diperingkat universiti boleh dilaksanakan dengan mengujudkan dana khas dari GLC negeri dan pusat. Sementara itu agensi pembiaya seperti JPA , Mara, Bank, Petronas, Zakat Negeri hendaklah memperluaskan pembiayaan dengan menubuhkan Lembaga Pembiayaan Pendidikan Tinggi Malaysia. Sebuah dana yang disatukan boleh diwujudkan untuk memastikan penyaluran pembiayaan pendidikan dapat dilaksanakan dengan efektif.

Penulis ialah Presiden Teras Penguapayaan Melayu (Teras).

Pakatan tidak dendam pada Umno walau dizalimi

Harakahdaily, 13 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 13 April: Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia memaafkan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Umno BN asalkan mereka sanggup mengaku salah terhadap kesalahan mereka terhadap rakyat.


Justeru, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar) melahirkan keyakinan, Pakatan Rakyat akan memberikan contoh yang terbaik dalam pemerintahan nanti.

“Semua rakyat akan diperlakukan dengan adil dan saksama dan tidak akan insan yang akan menerima nasib sebagaimana yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, kata beliau DPPM meyakini akan berlaku kejutan dan perubahan dalam pemerintahan negara selepas PRU13 nanti.

Ini, katanya dapat dilihat melalui petunjuk daripada mood serta sokongan rakyat akhir-akhir ini kepada Pakatan Rakyat yang semakin meningkat mendadak.

Ini juga, tambahnya menandakan bahawa era pemerintahan Umno BN bakal berakhir tidak lama lagi.

Justeru, ujarnya DPPM meminta pemimpin Umno BN bersedia menerima kenyataan sekiranya rakyat menghukum dan menolak kepemimpinan mereka dalam PRU13.

Oleh itu, katanya lagi DPPM meminta supaya Umno BN tidak menggunakan taktik kotor dalam PRU13 semata-mata mahu mengekalkan kuasa mereka.

“Bagi DPPM, cara ini adalah cara yang tidak beradab kerana menolak hak rakyat yang sebenar di negara ini.

“Pemimpin Umno BN juga diminta berlapang dada dan berjiwa besar dengan tidak menggunakan taktik ganas seperti mengugut, memukul atau mencederakan mana-mana aktivis atau pemimpin PR,” katanya.

Bagi DPPM, tambah Riduan kezaliman Umno BN sudah berada di kemuncaknya.

Menurutnya, selama berpuluh tahun rakyat bersabar di atas segala penindasan yang dilakukan seperti ISA, OSA, AUKU, fitnah pemimpin PR melalui media, akses media yang berat sebelah, serta ugutan-ugutan terhadap rakyat.

Kini,kata beliau adalah masa rakyat meluahkan segala kemarahan mereka melalui PRU13.

Dalam pada itu, beliau berkata DPPM menegaskan bahawa segala kezaliman yang dilakukan oleh Umno BN tidak akan dibalas dengan bentuk kezaliman yang sama sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti.

“Segala akta yang menjerut rakyat akan dihapuskan manakala rakyat akan dibantu semaksimum mungkin bagi meringankan beban hidup mereka,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, hak rakyat yang diambil pula akan diberikan kepada mereka kembali.

PTPTN: Kerajaan hanya perlu RM2 bilion setahun

Harakahdaily, 13 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 13 April: Kerajaan hanya perlu membayar RM2 bilion setahun hutang PTPTN jika membuat keputusan untuk menghapuskan hutang itu kepada peminjamnya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana jumlah hutang PTPTN adalah RM24.7 bilion sahaja yang boleh dibayar dalam tempoh yang lama.

"Jumlah RM2 bilion itu juga adalah kecil berbanding keputusan-keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akhir-akhir ini yang merugikan rakyat," kata Rafizi.

Misalnya, kata beliau, geran berjumlah RM1 bilion diberikan begitu sahaja kepada Maju Holdings dalam penjualan Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya.

Juga hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang berjumlah hampir RM600 juta juga dimaafkan, malah wang RM250 juta yang diselewengkan oleh keluarga menteri dalam skandal NFC sehingga sekarang masih belum dikutip, kata beliau.

Beliau juga mengalu-alukan persetujuan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang dibuat melalui laman Twitter dua hari lepas bahawa “penghapusan PTPTN adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi persoalannya adakah ia wajar”.


Khairy dalam twitternya menulis “PKR missing the point re PTPTN. Its not whether govt CAN write off the loans. Its whether the govt SHOULD. Most don't think govt should”.

Katanya, pelaburan yang diperlukan kerajaan untuk menghapus hutang PTPTN hanyalah RM2 bilion setahun dan pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran.

Hakikatnya, kata beliau, setiap tahun pembaziran yang berlaku jauh melebihi jumlah RM2 bilion yang diperlukan untuk menghapuskan PTPTN.

Lebih penting lagi, ini peluang baik untuk mengkaji semula kerangka sistem pendidikan tinggi di Malaysia, katanya.

"PKR mengesyorkan supaya kita kembali kepada model pendidikan percuma yang meletakkan tanggungjawab menyediakan kemudahan pendidikan tinggi di bahu kerajaan," katanya.

Bagi beliau, langkah ini mengurangkan keperluan tempat-tempat pendidikan tinggi disediakan oleh pihak swasta, seterusnya mengurangkan perlunya sebuah dana yang besar untuk dipinjamkan kepada rakyat bagi tujuan pendidikan.

Untuk tujuan itu, katanya, sebuah dana baru yang akan diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran secara swasta sudah tentu lebih kecil nilainya dari tanggungan PTPTN selama ini.

Isu hala tuju sistem pendidikan tinggi negara dan penghapusan hutang PTPTN adalah isu penting yang wajib diperhalusi dan didalami, katanya.

Menurut beliau, PKR dan Pemuda Umno sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan pihak-pihak terbabit untuk memahami isu ini dengan lebih baik.

Sudah tiba masanya, hasil dan pandangan yang berbeza dari kedua-dua belah pihak diketengahkan untuk dibahaskan di hadapan rakyat.

"Oleh itu, saya mengesyorkan supaya Saudara Khairy mengotakan janjinya untuk berdebat dengan saya ketika skandal NFC memuncak.

"Kesediaan itu dinyatakan sekali lagi oleh beliau selepas kami berdebat buat kali pertama di London akhir Januari lalu," tambah beliau.

Demi kepentingan orang muda, kata Rafizi, beliau juga mengesyorkan isu debat itu diganti – dari skandal NFC kepada persoalan PTPTN dan hala tuju sistem pendidikan negara.

"Saya percaya Saudara Khairy seorang yang rasional dan faham bahawa debat ini ditunggu-tunggu oleh rakyat," katanya.

Jasin: 40 ahli Umno sertai PAS

Zaili Mohamad, 13 Apr 2012

(Azahari menyerahkan borang permohonan keahlian PAS dari 40 ahli Umno kepada Kintan sambil disaksikan Bob Lokman.)

MELAKA, 13 April: 40 ahli Umno daripada tiga cawangan di Unit Peti Undi Seri Mendapat, Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Jasin, di sini telah mengistiharkan keluar Umno dan menyertai PAS Cawangan Felcra Lembah Kesang.

Borang permohonan keahlian telah disampaikan oleh Ketua PAS Cawangan, Azahari Md Shah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man sambil disaksikan oleh Bob Lokman pada program ceramah beliau yang diadakan di Seri Mendapat, baru-baru ini.

Menurut Azahari bahawa gerakerja secara tersusun bagi penambahan ahli baru yang dilaksanakan selama ini telah berjaya dengan kemasukan empat puluh orang ahli ke dalam PAS Cawangan dan  kebanyakkannya terdiri daripada golongan pemuda.

"Ianya menyuntik semangat kepada kami untuk meningkatkan lagi gerakerja, lebih-lebih lagi untuk menghadapi PRU13 yang semakin tiba dan dengan pelbagai isu yang melanda negara kita kini termasuk di Felcra dan Felda," ujarnya.

Manakala, Bob Lokman dalam ucapannya menegaskan kepada anak muda supaya menerima perjuangan yang dibawa oleh PAS kerana ianya selari dengan Islam dan memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.

"PAS parti dakwah, bukan kata PAS dan Umno sama macam Manchester United dengan Arsernal iaitu siapa pandai kelecek dapat jaring gol dia menang, perjuangan PAS dan Umno jauh beza, ini anak muda kena faham.

"Umno pejuang dasar 1Malaysia, Islam Hadhari, DEB dan Buku Hijau tapi PAS perjuangkan dasar Islam, penjajah dah jauhkan kita dari Islam datang Umno pula tak kuatkan Islam maka hina kita hari ini di mana kita sebelum ini dapat kemuliaan kerana Islam," kata beliau.

Bob Lokman turut menempelak Umno yang hanya berdiam diri walaupun Islam dihina oleh pemimpin MCA, Chua Soi Lek yang mengugut untuk keluar daripada BN sekiranya Umno melaksanakan hukum hudud.

"Kita kena tebang dan tanam semula BN ini dengan digantikan Pakatan Rakyat untuk ubah negara ini dan bagi mengubah nasib kita semua," tambahnya.

Adnan diminta selesai masalah tanah Cameron Highland

Rizal Tahir, 13 Apr 2012

(Kampung Mawar Tepian Desa, pandangan dari tepi lebuh raya Simpang Pulai-Cameron Highland)

CAMERON HIGHLAND, 13 April: Masyarakat Kampung Raja dekat sini meminta kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Datuk Sri Adnan Yaacob menangani segera permasalahan penduduk di situ khususnya berhubung status tanah.

Salleh Mat Saman, 55, salah seorang penduduk, ketika ditemui berkata apa yang menjadi masaalah sekarang empat buah rumah yang sedang dalam pembinaan telah dirobohkan baru-baru ini tanpa sebarang notis terakhir, kecuali yang telah diterima pada tahun lalu.

Salleh (gambar kanan bersama anaknya) yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Raja berkata, apa yang menjadi masaalah sekarang, kawasan perumahan India dan Cina langsung tidak diusik, sedangkan kawasan Melayu tidak dibenarkan membuat sebarang pembinaan, sebaliknya mana-mana bangunan baru dalam pembinaan dirobohkan.

“Bila kami kenapa hanya penempatan kami orang Melayu sahaja diperbuat demikian, Majlis Daerah kata tidak mahu membangkitkan isu perkauman,”ujarnya.

Pihaknya kini dalam proses untuk bertemu menteri besar untuk meminta kebenaran bagi memohon tapak rumah berkenaan.

Beliau yang masih lagi menjadi ahli Umno menambah, setakat ini pihaknya tidak mendapat maklum tanah terbabit ingin dibangunkan sama ada sebagai taman perumahan atau lain-lain pembangunan.

“Cuma kita berharap penempatan ini kekal sebagai kawasan perkampungan orang Melayu yang terdiri dari penyokong kuat parti kerajaan iaitu Umno,”ujarnya.

Umno Kampung Raja termasuk pemimpinnya Ketua Cawangan Kampung Raja, Yaacob Ismail tidak melakukan sebarang tindakan sewaktu Majlis Daerah meroboh empat buah rumah yang dalam pembinaan.

Tambahnya, begitu juga dengan Ketua Umno Bahagian Cameron Highland, Datuk Wan Rusdi Wan Ismail,yang juga Adun Jelai juga tidak hadir sewaktu rumah dirobohkan serta tidak membuat sebarang tindakan termasuk Ketua Kampung.

“Kita ni bukan sahaja penyokong, malah telah menjadi ahli Umno sejak tahun 70-an lagi, memang kawasan ni kawasan Umno kuat lah,”ujarnya sambil menambah tawar hati dengan sikap kerajaan Umno.

Mengulas lanjut berhubung sejarah asal penempatan berkenaan beliau memberitahu  tapak berkenaan asalnya milik Malaysian Thai Development (MTD), yang ketika itu diberi tanggungjawab membuat jalan Simpang Pulai ke Cameron Highland.

“Bila siap jalan, MTD serahkan tapak berkenaan kepada Umno Kampung Raja dan kami mengambil tanggungjawab itu,”ujarnya.

Katanya, permohonan itu bertujuan untuk membuat perkampungan orang Melayu pada akhir tahun 1998 dan permohonan itu dipersetujui.

Menurutnya, mana-mana rumah yang ada ketika itu di kawasan berkenaan diserahkan pada Umno Kampung Raja juga.

“Tapak ini asalnya tertulis atas nama TOL, bagaimanapun untuk menghidupkan lesen TOL perlu dihidupkan setahun sekali, kalau tidak ianya akan mati begitu sahaja dan akan menjadi tanah kerajaan balik.

“Setelah menjadi perkampungan baru, ianya dinamakan Mawar Tepian Desa (MTD) dengan  121 anggota keluarga dan semuanya berbangsa Melayu,”ujarnya.

Bagaimanapun, katanya setelah ianya diambil alih sejak tahun 1998, hanya kini masaalah baru telah bermula apabila timbul pula ianya tanah kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui kenapa perkara itu boleh berlaku sekarang dan siapa pula yang mendesak sehingga perkara itu berlaku sehingga empat buah  rumah yang sedang dalam pembinaan dirobohkan.

“Sekarang ini baru pihak kerajaan datang memohon untuk mengambil semula tanah berkenaan melalui Pejabat Tanah sendiri  dengan alasan tanah kerajaan.

“Saya akui ini memang tanah kerajaan, tetapi kenapa masyarakat  India atau Cina tidak berlaku pula masaalah seperti kami, sedangkan status tanah sama sahaja,”ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal alasan ‘perkauman’ menyebabkan pihak kerajaan tidak meroboh kawasan perumahan dan kebun pihak terbabit sebagai ‘longgar’.

Katanya, setakat ini empat buah rumah telah diroboh oleh Majlis Daerah Cameron Highland dengan alasan tanah kerajaan dan terdapatnya pembangunan terbengkalai.

Sedangkan, tambahnya bukan pembangunan terbengkalai sebaliknya pihak Majlis Daerah sendiri tidak membenarkan proses menyiapkan bangunan dilakukan.

“Kami perlu menunggu arahan pihak mereka terlebih dahulu sama ada ianya boleh diteruskan atau sebaliknya, kalau pihak mereka kata boleh buat, baru kita boleh buat (meneruskan pembangunan),”ujarnya.

Sambungnya, surat notis meminta rumah dirobohkan diterima sejak setahun lalu, bagaimanapun empat buah rumah yang diroboh itu tidak mendapat sebarang kenyataan bertulis.

Menurutnya, tiba-tiba sahaja pihak Majlis Daerah datang roboh begitu sahaja.

Tiada ulasan: