Sabtu, 14 April 2012

BILA KITA MULA DIPINGGIRKAN DIHATI RAKYAT...INI HASIL PUTAR-BELIT TELAH DIKETAHUI UMUM...TERIMALAH PADAH DARI HASIL TANGAN2 KITA SENDIRI..

Siswa berarak tuntut mansuh pinjaman PTPTN
Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
NONEPelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.
Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."

NONEKumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.
Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati."
Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.
Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan.
J/kuasa masjid diarah hadiri program Najib
Kesemua 180 masjid di daerah Batu Pahat, Johor diarahkan menghantar lima wakil, termasuk imam, bilal dan noja bagi menghadiri program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 April lalu.

Arahan itu dibuat melalui surat rasmi daripada pejabat kadi daerah bertarikh 2 April yang turut meminta pihak masjid memberikan wang RM50 kepada individu yang mewakili masjid masing-masing.

Salinannya kini beredar di laman blog dan Facebook oleh pihak yang mempertikaikan arahan tersebut yang didakwa menggunakan masjid dan kewangannya untuk kepentingan politik kepartian.

NONEDalam tinjauan ke Batu Pahat pada tarikh itu, Najib dilapor tiba seawal jam 9.15 pagi untuk bersarapan di sebuah kopitiam sebelum meninjau kawasan pasar dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.

Beliau antaranya diiringi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakarshi.

Selepas kira-kira 45 minit membuat tinjauan mesra, perdana menteri dilaporkan bertolak ke program "Jelajah Janji Ditepati" di Stadium Batu Pahat.

Kadi pertahan arahan

Sementara itu, Kadi Daerah Batu Pahat Bahrin Jalal ketika dihubungi Malaysiakini mengakui mengeluarkan surat arahan itu dan mengesahkan kesahihan kandungannya.

Bagaimanapun, katanya, surat itu dikeluarkan hanya sebagai “ tanda sokongan kepada pemimpin” dan bagi memberi pendedahan kepada lima anggota jawatankuasa masjid di daerah itu.

"Kita suruh hadir ke majlis itu sebagai tanda sokongan kepada pemimpin. Perdana menteri baru pertama kali datang ke Batu Pahat.

“Jadi kita arahkan mereka supaya mendengar amanat daripada pemimpin," katanya.

Menurutnya lagi, wang untuk bayaran “duit minyak” itu diambil daripada peruntukan yang disediakan untuk tujuan pembangunan masjid oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

"Bukan setiap seorang dapat RM50, tetapi satu kereta dapat RM50. Maknanya seorang RM10. Duit itu kita beri sebagai duit minyak. Itu sahaja.

“Wang itu memang boleh digunakan sebab majlis itu sebahagian daripada program masjid,” katanya lagi.

NGO: Arahan pasang bendera jadi bahan ketawa
Presiden NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, arahan supaya pegawai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera di stesen komuter merupakan tindakan "kebudak-budakan."
Katanya lagi, tindakan itu juga akan menjadi bahan ketawa pengamat politik luar kerana menunjukkan "kerendahan pemikiran parti politik menghina minda rakyat."

"Rakyat pasti tidak dapat menerima kegelojohan parti politik yang  memenuhi bendera ditempat awam bertujuan berkempen kerana ia seperti tindakan kebudak-budakan," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Azmi mengulas laporan Malaysiakini berhubung arahan yang dikatakan dikeluarkan pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed supaya pegawai terlibat membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera itu.

Mohd Zin yang juga merupakan koordinator BN Selangor dalam arahan itu turut dikatakan meminta supaya pegawai berkenaan memelihara bendera berkenaan daripada dibuang atau disabotaj.

Katanya lagi, perang bendera seperti itu harus terbatas dan memadai jika bendera parti itu hanya digantung di tepi jalan dengan mematuhi peraturan ditetapkan.

Beliau turut menyuarakan tuntutan supaya pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya mengawal parti politik daripada mencemari kawasan awam dengan menggantung bendera.

Katanya, tindakan sepert itu mengganggu keselesaan orang awam.

"Membenarkan semua tempat dipenuhi dengan bendera parti amat mencemarkan pemandangan dan menunjukkan ketidakmatangan di pihak parti yang berkenaan," katanya lagi.
Pemuda PAS: Batal kebenaran kibar bendera BN
Dewan Pemuda PAS mendesak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) supaya membatalkan kebenaran yang diberikan kepada BN untuk memasang bendera di stesen komuter kelolaan syarikat itu.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor dipetik lidah parti PAS Harakahdaily sebagai berkata, bendera BN itu akan menimbulkan ketidakselesaan penyokong Pakatan yang menggunakan perkhidmatan komuter.

"Jika bendera BN terus berkibar di stesen komuter, Dewan Pemuda PAS merasa bimbang jika rakyat akan memboikot daripada menggunakan perkhidmatan komuter dan KTM akan menanggung kerugian yang besar nanti," kata Riduan seperti dilaporkan.

Beliau juga menyifatkan langkah memasang bendera di stesen tersebut sebagai tindakan "terdesak" dan "memualkan."

Katanya, rakyat berhak menikmati perkhidmatan tren komuter tanpa mengira jalur politik.

“Ia juga bukan dibina hasil duit dari BN, tetapi ia adalah hasil daripada duit yang disumbangkan oleh rakyat kepada kerajaan,” katanya lagi dalam laporan itu.

Riduan mengulas laporan Malaysiakini berhubung arahan yang dikatakan dikeluarkan pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed supaya pegawai terlibat membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera itu.
Mohd Zin yang juga merupakan koordinator BN Selangor dalam arahan itu turut dikatakan meminta supaya pegawai berkenaan memelihara bendera berkenaan daripada dibuang atau disabotaj.
Penyanyi dakwa dipukul kerabat diraja
Seorang pemuzik cedera di bahagian kepala dan muka selepas mendakwa dipukul seorang kerabat diraja di hadapan sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam, lapor akhbar Berita Harian.
Menurut laporan tersebut hari ini, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, menerima rawatan selepas didakwa pengsan selepas diserang dalam kejadian awal pagi itu.
Sementara itu Bernama melaporkan, Mikael Adam didatangi suspek ketika beliau dan dua rakan perempuannya baru memasuki kereta yang kemudian bertindak menariknya keluar dari kereta dan memukulnya dalam kejadian awal pagi itu.
NONE"Ketika itu saya baru pulang dari kerja...sebaik ditarik keluar, saya ditumbuk bertalu-talu sehingga terjatuh sebelum kepala saya dipijak dengan kuat menyebabkan saya tidak sedarkan diri.

"Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala dengan kedua belah tangan saya bagi mengelakkan kecederaan lebih parah," katanya dalam laporan tersebut.
Laporan itu juga menyebut, Mikael Adam membuat laporan di Balai Polis Tun Razak tidak lama selepas insiden tersebut berlaku.
"Saya mahu lelaki itu diambil tindakan kerana memukul saya sesuka hati hingga cedera parah tanpa sebab," katanya.

Mikael Adam yang lebih dikenali dengan nama pentas SonaOne, merupakan artis grafiti, penerbit muzik, pencipta lagu dan penyanyi rap.

Beliau bernaung di bawah label Kartel Records, yang diterajui artis hip-hop tempatan terkenal Joe Flizzow.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Tiada ulasan: