Selasa, 10 April 2012

BILA CAKAP BERCANGGAH2...GETIR...AKAN MENANG...RAKYAT SEKARANG DAH PANDAI MENILAI SAPE...PENYAMUN TARBUS...

Syed Sobri: ‘Saya masih Adun Kuala Nerang’
ROSLINDA HASHIM
9 April 2012
Syed Sobri Syed Hashim
ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim kecewa kerana ada pihak mendahului keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat.        
Katanya, ada pihak mendakwa beliau sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, malah ada ura-ura mengatakan tempatnya akan diambil alih Adun Angkat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya tidak terabai.

Syed Sobri ketika ditemui menegaskan, beliau masih Adun Kuala Nerang selagi Jabatan Insolvensi belum mengeluarkan laporan rasmi berhubung status muflisnya itu.         

“Saya anggap saya masih wakil rakyat Dun Kuala Nerang. Saya tetap akan teruskan tugas sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana masih banyak perkara belum selesai, termasuk program yang sudah diatur,” katanya.         

Menurutnya, beliau bersedia berundur dengan syarat SPR memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Nerang perlu dikosongkan selepas Jabatan Insolvensi mengeluarkan laporan rasmi berhubung statusnya.         

“Sehingga keputusan SPR dikeluarkan untuk kosongkan kerusi Dun Kuala Nerang, selepas itu baru saya akur dan akan berundur,” katanya.         

Syed Sobri yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap berkata, walaupun dirinya diisytihar muflis tetapi selagi keputusan SPR belum dikeluarkan, beliau masih wakil rakyat.         

“Saya ikut prosedur, saya sudah maklumkan kepada Speaker Dun, Datuk Dr Abd Isa Ismail dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku ketua kerajaan, dan selebihnya kita tunggu laporan Jabatan Insolvensi dan SPR,” katanya.         

Syed Sobri mendakwa beliau seolah-olah berseorangan berdepan kemelut ini, apabila Umno Kedah mengumumkan akan menjadikan kerusi Dun Kuala Nerang sebagai kawasan angkat.         

“Saya berterima kasih kepada Umno yang banyak bantu saya sebelum ini tetapi saya juga banyak menyumbang kepada Umno. Pengorbanan saya kepada parti bermula sejak tahun 1995. Malah pada 1999, saya dipilih sebagai salah seorang calon PRU tetapi bagi laluan pada rakan, termasuk tahun 2004,” katanya.         

Menurutnya, beliau juga berkorban jawatan demi untuk melihat kesepakatan dalam Umno Bahagian apabila memberi laluan kepada Datuk Mahdzir Khalid untuk menjadi Ketua Umno Bahagian.         

“Ketika itu saya jadi timbalan, sekarang Datuk Ghazali Ibrahim jadi timbalan dan saya sebagai naib. Saya rela korban jawatan saya dan undur, tak ada dalam sejarah Umno, Padang Terap yang pertama buat macam itu. Tetapi dalam situasi ini, takkan biar saya keseorangan,” katanya dengan nada kecewa.         

Syed Sobri berkata, perjuangannya tetap bersama Umno kerana darah dagingnya terdiri daripada pejuang-pejuang Umno yang cukup dikenali di Kedah.

“Datuk saudara saya, Tan Sri Syed Omar Syed Abdullah Shahabuddin adalah Menteri Besar Kedah ketiga; Menteri Besar Kedah keempat, Tun Syed Ahmah Syed Mahmud Shahabuddin dan Menteri Besar Kedah kelima, Datuk Seri Syed Nahar Tun Syed Shahabuddin bapa saudara saya. Generasi saya adalah pejuang Umno dan saya juga akan berjuang hingga ke akhir hayat,” katanya.
MCA: Malaysia muflis dalam 2 tahun jika Pakatan tadbir

9 April 2012
BENTONG - Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerinthan dengan menunaikan tiga janji mereka.

Katanya, dalam siri kempen politik mereka, pakatan pembangkang berjanji menghapuskan kutipan tol, gaji minium RM4,000 sebulan dan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara, mereka memerlukan RM200 bilion setahun untuk menunaikan janji mereka.

"Ketiga-tiga janji itu tidak realistik kerana untuk menghapuskan kutipan tol sahaja kerajaan memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 bilion, PTPTN RM43 bilion dan gaji minimum hampir RM60 bilion setahun," katanya.

Liow, yang juga Menteri Kesihatan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Felda Sertik, dekat sini, hari ini.

Justeru itu, beliau berharap golongan muda tidak terpengaruh dengan janji kosong pakatan pembangkang kerana ketika ini kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung 70 peratus kos pendidikan di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). – Bernama
SPR tukar istilah, ‘undi ditanda’ bukan dibuang

9 April 2012
KUALA LUMPUR - Pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Antara pindaan pada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong termasuk memperluaskan sempadan bagi orang ramai yang menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada hari pengundian, kecuali bagi mereka yang mahu mengundi daripada 50 meter pada masa kini kepada 100 meter.

Di bawah pindaan dalam subfasal 8(c), perkataan "tempat mengundi" yang kini digunakan, akan digantikan dengan "pusat mengundi".

Fasal 3 bertujuan untuk meminda Seksyen 4 dengan menggantikan perkataan "dibuang" dengan perkataan "ditandakan" bagi mengelakkan perkataan "dibuang" digunakan dalam teks bahasa kebangsaan, kerana perkataan "dibuang" boleh membawa kepada takrifan negatif kepada sesuatu pilihan raya.

Fasal 5 pula bertujuan untuk meminda pada Seksyen 14 adalah bagi menghapuskan kehendak mandatori bagi seseorang ejen pilihan raya seseorang calon untuk melantik mana-mana ejen tempat mengundi atau ejen mengira.

Pada persidangan yang sama, Liew turut membentangkan bacaan kali pertama pindaan pada Akta Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) dan Akta Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan).

Fasal 3 pada Rang Undang-Undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) dan Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemberian elaun kenangan sebanyak RM1,000 sebulan kepada penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan dan penerima Bintang Kehormatan Pingat Tentera Udara yang masih hidup.

Fasal 5 pada kedua-dua Rang Undang-undang pula bertujuan mengadakan peruntukan bagi pemberian wang sejumlah RM10,000 sekali sahaja kepada waris kadim (saudara terdekat) seseorang penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan dan Bintang Kehormat Pingat Tentera Udara yang telah meninggal dunia. – Bernama
Shahrizat: 'Saya percaya pada qada dan qadar'
NORHASPIDA YATIM
8 April 2012
shahrizat
KUALA LUMPUR - Sambil menyifatkan beliau seorang yang optimis dan percaya pada 'qada dan qadar", Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengakhiri tugas rasmi sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini, berjanji akan terus mencurahkan khidmat ke atas kumpulan sasar walaupun tanpa jawatan Kabinet.
“Saya akan teruskan khidmat saya terhadap kumpulan sasar kementerian walau di mana saya berada kerana saya amat menyayangi mereka.
“Walaupun tiada jawatan, tidak bermakna saya tidak boleh meneruskan khidmat saya kepada mereka. Saya akan terus berkhidmat,” kata beliau pada sidang media terakhirnya sebagai menteri Kabinet, di Masjid Wilayah Persekutuan sekitar jam 4.30 petang tadi.
Pada 11 Mac lalu, Shahrizat mengumumkan keputusan akan melepaskan jawatan menteri mulai hari ini - hari ini terakhir selaku anggota Dewan Negara. Keputusan itu dikaitkan dengan isu projek lembu daging Pusat Fidlot Kebangsaan, yang muncul kontroversi, diuruskan oleh National Feedlot Corporation (NFCorp), syarikat diketuai suaminya.
Shahrizat dilantik sebagai senator pada 9 April 2009. Penggal pertama tiga tahun berakhir hari ini.
Katanya, mesej terakhir yang ingin disampaikannya ialah kepentingan untuk melihat masa depan kementerian dan kumpulan sasar.
“Masa depan kementerian dan kumpulan sasar adalah begitu mustahak dan saya harap dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Barisan Nasional (BN) akan menang.
"Kita akan luangkan masa untuk kuatkan lagi jentera Wanita BN bagi menentukan kemenangan BN nanti. Saya seorang yang optimis dan saya percaya kepada qada dan qadar. Jadi, saya terima semua ketentuan ini dengan reda dan rela,” katanya.
Shahrizat turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana berpeluang menjawat jawatan menteri selama 11 tahun.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk jadi menteri.
“Kita di kementerian bertuah sebab bekerja dalam satu keluarga, suka duka kita dan kejayaan yang dicapai kerana kami di kementerian dan agensi di bawahnya sama ada di Kuala Lumpur mahupun di peringkat negeri hingga ke daerah, semua pegawai dan kakitangan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.
Beliau turut menyatakan rasa gembira kerana pada saat terakhir menyandang jawatan itu, isu berkaitan pembangunan sosial mendapat perhatian kerajaan.
“Saya gembira kerana pada saat-saat akhir perkhidmatan saya, pembangunan sosial terutama kumpulan sasar di bawah kementerian iaitu wanita, keluarga, orang kurang upaya, kanak-kanak, isu kebajikan, warga emas dan isu pembangunan sosial mendapat perhatian yang amat serius daripada kerajaan terutama dalam perancangan kerajaan.
“Saya rasa ini adalah satu anugerah kementerian kepada rakyat Malaysia, saya bersyukur kerana selepas saya lepaskan jawatan saya, kementerian ini akan berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya.
Ketua Wanita Umno ini tampil pada program yang terakhir selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Majlis Swadaya Tahfiz 1Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Program itu dihadiri kira-kira 1,000 pelajar tahfiz penyeliaan Persatuan Tahfiz 1Malaysia, yang juga salah satu badan bukan kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kesemua pelajar tahfiz yang datang dari seluruh Malaysia itu hadir untuk menyertai program kali ketiga yang dijalankan bersama Persatuan Tahfiz 1Malaysia.
Kita mati jika hanya dengar pembangkang, kata Azeez

7 April 2012
LENGGONG - Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini menepis dakwaan pembangkang yang menyifatkan misi bantuan kemanusiaan kelab itu sebagai hanya gimik politik.

Beliau menegaskan bantuan tersebut diberikan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik penerima.

Azeez yang juga pengerusi Putera Umno Malaysia berkata, pembangkang hanya mampu mengkritik segala usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu rakyat sedangkan pembangkang sendiri tidak mengotakan segala janjinya kepada rakyat.

"Kalau nak dengar kata pembangkang saja memang kita mati... (bagi) dia(pembangkang) semua tak betul. Dia bukan beri manfaat kepada rakyat tapi asyik nak kritik, kalau mereka tak boleh bantu jangan kacau (orang) yang boleh bantu, duduk diam sudahlah," katanya. Azeez bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir bagi kawasan Parlimen Lenggong di Majlis Daerah Lenggong di sini, hari ini.

Sebanyak 646 keluarga dari kawasan Kota Tampan (317) dan Kenering (329) menerima bantuan berupa tilam, dapur, sejadah dan pakaian seragam sekolah. - Bernama
Jasa yakin BN kuasai PRU13
NOOR’AINON MOHAMED YUSOF
6 April 2012
IPOH – Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila sokongan rakyat semakin meningkat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan berkata, ia berdasarkan kajian yang dibuat penganalisis politik bebas dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), termasuk dari pihak pembangkang.

Menurutnya, isu-isu besar seperti rasuah, harga barang, Lynas dan sebagainya diurus baik walaupun ia cuba ditimbulkan oleh pembangkang sebagai isu yang boleh dijadikan kontroversi.

“Kajian itu menunjukkan rakyat kembali yakin dengan kepimpinan Najib. Umumnya, sokongan rakyat kepada Najib semakin memuncak daripada semua kaum termasuk Cina yang kini merangkak bangkit di bawah kepimpinan beliau.

“Mereka (pembangkang) cuba menimbulkan isu kerana mereka sudah habis idea dan sudah berlalu ditelan masa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Budi dan Jasa bersama Mantan Pegawai dan Muzakkir/Aktivitis Jasa Negeri, di sini, semalam.
Sudah tiba masa rakyat Kelantan beri mandat kepada BN
Wartawan Sinar Harian
6 April 2012
Ahmad Maslan
KOTA BHARU - Sudah tiba masanya rakyat Kelantan melakukan perubahan besar kepada kemajuan negeri dengan memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun penduduk Kelantan memberi tempoh 22 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri itu namum tidak banyak kemajuan dicapai di negeri itu.

Pas memerintah kerajaan negeri Kelantan sejak PRU pada 1990.

"Keputusan yang silap jika terus beri mandat kepada pemimpin Pas memerintah kerana mereka akan terus tidak menunaikan janji," katanya kepada pemberita
selepas menjadi tetamu siaran langsung Radio Malaysia Kelantanfm di Wakaf Che Yeh, di sini, hari ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kerajaan BN sudah terbukti dengan kemampuannya membangun serta memajukan negara dan tidak mustahil Kelantan boleh dimajukan setanding dengan negeri lain.

Beliau meminta rakyat Kelantan memberi sokongan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi membawa perubahan besar di negeri itu pada PRU ke - 13. - Bernama

Fuad berkata, bagi mengukuhkan BN, perkhidmatan dan jentera parti komponen perlu diperbaiki selain faktor meletakkan calon boleh menang.

Selain itu, Jasa menggunakan konsep lautan biru yang bekerjasama dengan pelbagai agensi umpama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi mencapai matlamat sama.

“Cabaran paling besar adalah haluan pemikiran golongan muda yang sukar dijangkakan. 48 peratus pengundi terdiri daripada golongan itu dan 1.4 juta pengundi baru mendaftar.

“Salah tanggapan dan maklumat, kita (kerajaan) akan runtuh. Kalau tidak dapat baca perasaan dan pandangan orang muda, kita tidak akan tahu hala tuju negara,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 45 mantan pegawai dan Muzakkir Jasa menerima sagu hati berjumlah RM3,000 seperti yang diumumkan oleh Najib pada pembentangan bajet 2012 lalu.
'Pegawai tinggi kerajaan sokong Pas'
WAN SAIDATUL FADZILAH WAN NAJEMUDIN
7 April 2012
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
KUALA TERENGGANU – Pas mendakwa ada pegawai tinggi kerajaan yang bersedia berkhidmat untuk parti itu dan sanggup menjadi calon sekiranya ditawarkan.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, pengakuan itu dibuat beberapa pegawai kerajaan dalam satu perjumpaan dengan beliau sendiri.

“Senario ini menunjukkan kebangkitan dan jumlahnya bukan sedikit kerana pegawai kerajaan tersebut bukan sahaja di peringkat negeri malah juga pusat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, keadaan itu membuktikan rakyat di pelbagai peringkat yakin dengan kemampuan pihak lain selain Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara.

Katanya, dalam masa yang sama mereka mahu memastikan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) lebih baik berbanding yang ada sekarang, selain itu untuk menghapuskan segala penyelewengan kuasa dan rasuah.

Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu berkata, perkembangan itu selari dengan kajian dan analisis politik sama ada daripada pro pembangkang atau pihak luar bahawa PR akan menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu turut bergantung pada peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang proses mengendalikan pilihan raya.

“Dengan perkembangan positif terhadap Pas, kita yakin boleh menang lebih-lebih lagi kalau SPR boleh berlaku adil,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, rakyat semakin menolak Barisan Nasional (BN) kerana sikap pemimpin parti itu yang berlumba-lumba mencari kekayaan untuk diri sendiri.

Katanya, sikap mementingkan diri sendiri merupakan salah satu sebab rakyat yang masih dibebani dengan kenaikan harga barang kecewa dengan sikap pemimpin BN

Tiada ulasan: