Usah pertikai hak Selangor
23 April 2012
SHAH ALAM – Keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara
bersama atau berasingan dengan Pusat adalah hak Kerajaan Negeri yang
tidak sepatutnya dipertikaikan Barisan Nasional (BN).
Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail berkata, mengadakan pilihan raya
berasingan tidak bermakna PR takut kepada BN sebaliknya sejak dahulu
lagi PR ada pendirian sendiri dalam memastikan PRU13 dilaksanakan dengan
telus dan hak rakyat tidak dinafikan disebabkan penipuan dalam pilihan
raya itu nanti.
“Kenapa beliau (Noh) nak mendesak PR dalam perkara tersebut kalau BN
pun boleh mengubah pendirian yang kita inginkan. Melihat kepada
kenyataan yang dikeluarkan, jelas menunjukkan Noh kekeringan idea.
“Apakah disebabkan kenyataan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim) sebelum ini menyebabkan BN akan mengadakan PRU13 selepas Jun?
Adakah semata-mata ingin mengadakan PRU bersama Selangor, mereka tidak
berani mengumumkan tarikh sebenar,” katanya mengulas Timbalan Pengerusi
Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa PR takut dengan
kebangkitan BN Selangor.
Rodziah berkata, Noh perlu melihat mengapa PR menolak untuk mengadakan
pilihan raya bersama di mana perkara sama ditimbulkan di Parlimen
termasuk perjumpaan Kerajaan Negeri dengan pihak SPR baru-baru ini.
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr Ahmad Yunus Khairi malah
menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai alasan tersendiri yang
kukuh mengapa beliau membuat keputusan bahawa PR terutamanya Selangor
tidak menyertai PRU13.
“Kita rasa masih ada ketidaktelusan dalam senarai daftar pemilih, kita
mahu memberikan keadilan kepada seluruh rakyat yang mengundi.
“Dalam Dun Sijangkang, sejak keluar senarai daftar pemilih banyak yang
berjaya di bantah sebab kita meraguinya. Lebih kurang 6,000 pengundi
baru di Sijangkang, ada yang kita sangsi, lebih kurang 50 hingga 100
(setiap kawasan) tiada alamat lengkap,” katanya.
22 April 2012
SELAYANG – Kerajaan Negeri akan melancarkan Program Bersih Selangor
dalam masa terdekat bagi membuat semakan selepas negeri itu mencatatkan
peningkatan mendadak jumlah pengundi baru.
Selangor mengumumkan langkah ini sementara desa-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berlangsung dalam waktu terdekat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program yang fokus siri jelajah akan membuat semakan pengundi baru sama ada wujud di sesebuah bahagian pilihan raya.
“Contohnya, pengundi baru menggunakan alamat tingkat tujuh yang tidak wujud, bagaimana nak cari tangga untuk ke tingkat tujuh sedangkan rumah pangsa berkenaan hanya lima tingkat,” katanya.
“SPR sendiri mengakui terdapat kekeliruan alamat pengundi baru,” katanya pada Majlis Undian Rumah Berkembar Bukit Botak, semalam.
Minggu lalu, rombongan Kerajaan Negeri, dengan diketuai beliau sendiri, telah mengadakan pertemuan dengan SPR di Putrajaya.
Abdul Khalid berkata, program berkenaan juga memberi penerangan kepada rakyat tentang kawasan sebenar sepatutnya mereka undi.
Beliau berkata, pihaknya menghormati hak rakyat dan tidak takut dengan hak rakyat mengundi kerana ia merupakan salah satu elemen dalam sistem demokrasi di Malaysia tetapi perlu memastikan tanggungjawab itu dilaksanakan oleh orang yang betul dan layak.
“Rakyat telah membuat pembaharuan pada 2008, kita mahukan pilihan raya akan datang dibuat dengan cara yang betul dan adil dengan pastikan hanya rakyat yang benar-benar layak sahaja yang mengundi untuk wakil pentadbiran di Selangor.
“Siri jelajah akan dimulakan di Batang Kali sebelum mengenal pasti beberapa kawasan lain yang dirasakan perlu sehingga sampai ke seluruh Selangor,” katanya.
Kata beliau, setakat ini pihaknya mengenal pasti dua kawasan yang menunjukkan trend peningkatan jumlah pengundi baru melibatkan Batang Kali dan Seri Serdang.
Menurutnya, dalam tempoh empat tahun bermula 2008, Batang kali mencatat jumlah pengundi baru 8,000 orang belum dikenal pasti identiti dan alamatnya, serta telah arahkan ketua kampung dan jabatan kerajaan membuat semakan.
“Kawasan ini terpencil dan jauh kerana terletak di Hulu Selangor yang jumlah pengundi kurang 5,000 orang, tetapi meningkat kepada 8,000 dalam tempoh pentadbiran Pakatan Rakyat.
“Dalam tempoh sama, Seri Serdang mencatat jumlah pengundi baru kepada 12,000 dan tidak menafikan hak rakyat sebagai pengundi tetapi perlu dipastikan mereka yang mengundi benar-benar layak,” katanya.
23 April 2012
MB: Selangor lancar Program Bersih kesan pemilih 'diragui'

SU Politik Nik Aziz bayang tidak tanding PRU13
23 April 2012
KOTA BHARU - Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar, Wan Nik Wan
Yusof, membayangkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) walaupun ura-ura menyatakan beliau akan bertanding lagi.
Bekas Ahli Parlimen Bachok itu berkata, tugasnya kini adalah untuk
memastikan Pas mendapat kemenangan besar pada pilihan raya umum yang
akan diadakan pada bila-bila masa.
Sebelum ini, desas desus mengatakan Wan Nik yang juga Pengarah Pilihan
Raya Pas akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang pernah
tersebar.
“Keputusan parti sudah menetapkan pengarah pilihan raya hanya perlu
menguruskan tentang jentera bagi memastikan Pas menang besar pada
PRU13 nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Menurutnya, beliau menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dan akan memikul amanah yang dipertanggungjawabkan.
Wan Nik sebelum ini pernah memenangi pilihan raya umum 1999 apabila
mendapat 24,637 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Dr Azaki
Ishak dengan majoriti 9, 817.
23 April 2012
SERENDAH – Barisan Nasional (BN) dibidas kerana sering mengatakan
negara akan bankrap sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan penurunan
harga minyak termasuk pendidikan percuma dilakukan.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah.
“Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan RM10,000 tapi PM kata negara bankrap.
“Anak pemimpin gaji ratusan ribu ringgit sebulan, gaji anak penternak lembu yang baru keluar universiti berusia 22 tahun dapat RM20,000 satu bulan, manakala anak orang kampung baik daripada Melayu, Cina, India atau Singh, kita nak bagi gaji minimum RM1,100 orang itu jawab negara bankrap, mana ada perasaan hati perut punya manusia,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk pada sambutan Perayaan Vasaikhi di Tampel Gurduara Singh di sini semalam.
Anwar berkata, rakyat perlu membawa perubahan dalam negara terutama pendapatan rakyat.
Menurutnya, Malaysia bukan negara miskin kerana hasil minyak setahun mencecah RM80 bilion.
Beliau turut mengulangi penurunan harga minyak mampu dilaksanakan dan pengumuman itu akan dilakukan sehari selepas beliau mengangkat sumpah sekiranya PR memerintah.
“Saya bukan kata pemberian minyak seperti pemberian air percuma di Selangor, kalau itu bankrap la kita, tapi saya kata hari ini pilihan raya, esok angkat sumpah satu hari lepas itu kita umum harga minyak seluruh neraga turun.
“Perdana Menteri kata bankrap tapi kita sekarang dapat RM80 bilion setahun dan ini jumlah yang banyak, turunkanlah harga minyak,” katanya.
Katanya, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga mampu dilaksanakan dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan rendah.
Menurutnya, menteri dalam negara ini dahulu mendapat gaji RM38,000 sebulan, tetapi sekarang meningkat RM80,000 sebulan.
Bagaimanapun, dengan sinis beliau mengatakan menteri-menteri masih masih mahukan saham, kontrak termasuk mengaut peruntukan jutaan ringgit untuk penternakan lembu.
“Jadi, sebab itu saya kata kita mampu laksanakan. Najib kata mana nak cari RM40 bilion, saya kata tak sampai RM30 bilion bukan untuk setahun, jumlah ini untuk 16 tahun jadi kira-kira RM3 bilion setahun tapi kalau saya akan tambah lagi RM5 bilion setahun.
“Ini termasuk yuran, makan, tempat tinggal dan buku supaya kualiti pendidikan kita meningkat. Semuanya hanya RM5 bilion setahun, minyak RM80 bilion setahun, jadi akan bankrap ke negara kita?” katanya.
22 April 2012
SHAH ALAM - Tindakan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Negeri Selangor
tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bukti gabungan
tersebut takut angin perubahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan mencari alasan lain sememangnya cara PR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lari dari kenyataan sebenar.
Menurutnya, keputusan terbaru PR ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Negeri yang memutuskan untuk menyertai PRU13 selepas enam bulan pertama, 2012.
"Ini bukti PR takut berhadapan dengan rakyat, kerana kita telah nampak angin perubahan bertiup kencang di Negeri Selangor.
"Oleh kerana sekarang sudah memasuki April dan masih belum nampak pilihan raya akan diadakan, maka Anwar mencari alasan lain untuk tidak menyertai PRU-13," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jimat Belanja Dapur, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa Negeri-negeri di bawah PR terutama Negeri Selangor berkemungkinan besar tidak menyertai PRU-13, sekiranya daftar pemilih masih diragui.
Noh berkata, beliau tidak hairan tindakan PR yang selalu menukar kenyataan untuk menyelamatkan diri kerana tindakan tersebut dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Negeri Selangor.
"Ini semua gimik untuk menarik perhatian rakyat, dari hakikat sebenar bahawa di Selangor ini, mereka tidak dapat menahan angin perubahan ini," katanya.
Menurutnya, PR kini tidak lagi mempunyai kumpulan sokongan untuk digunakan dalam pilihan raya, ini kerana kumpulan seperti Hindraf telah sedar dan beralih sokongan.
"Golongan India kini sudah kembali menyokong BN, terbaru lebih 5,000 orang India hadir dalam program saya di Taman Sentosa," katanya.
18 April lalu, Anwar mengumumkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak akan menyertai PRU-13 sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.
Anwar berkata, pihaknya kesal janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi yang masih belum dilakukan dan terdapat usaha meneruskan cara kaedah penipuan dalam pilihan raya akan datang.
20 April 2012
KUANTAN - Barisan Nasional (BN) Pahang yakin dapat mengekalkan
penguasaan ke atas negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) akan
datang di sebalik menghadapi tentangan hebat pihak pembangkang.
"Bagi kawasan Kuantan, saya boleh katakan 65 peratus pengundi atas pagar, jadi semuanya bergantung pada rakyat yang akan mengundi nanti. Jika letak calon yang boleh menang, disukai rakyat, insyaAllah, kita boleh rampas kembali kawasan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik Tahunan Persatuan Pakar Bius Malaysia 2012 di sini hari ini.
'Dasar PR tidak akan buat negara bankrap'
23 April 2012
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah.
“Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan RM10,000 tapi PM kata negara bankrap.
“Anak pemimpin gaji ratusan ribu ringgit sebulan, gaji anak penternak lembu yang baru keluar universiti berusia 22 tahun dapat RM20,000 satu bulan, manakala anak orang kampung baik daripada Melayu, Cina, India atau Singh, kita nak bagi gaji minimum RM1,100 orang itu jawab negara bankrap, mana ada perasaan hati perut punya manusia,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk pada sambutan Perayaan Vasaikhi di Tampel Gurduara Singh di sini semalam.
Anwar berkata, rakyat perlu membawa perubahan dalam negara terutama pendapatan rakyat.
Menurutnya, Malaysia bukan negara miskin kerana hasil minyak setahun mencecah RM80 bilion.
Beliau turut mengulangi penurunan harga minyak mampu dilaksanakan dan pengumuman itu akan dilakukan sehari selepas beliau mengangkat sumpah sekiranya PR memerintah.
“Saya bukan kata pemberian minyak seperti pemberian air percuma di Selangor, kalau itu bankrap la kita, tapi saya kata hari ini pilihan raya, esok angkat sumpah satu hari lepas itu kita umum harga minyak seluruh neraga turun.
“Perdana Menteri kata bankrap tapi kita sekarang dapat RM80 bilion setahun dan ini jumlah yang banyak, turunkanlah harga minyak,” katanya.
Katanya, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga mampu dilaksanakan dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan rendah.
Menurutnya, menteri dalam negara ini dahulu mendapat gaji RM38,000 sebulan, tetapi sekarang meningkat RM80,000 sebulan.
Bagaimanapun, dengan sinis beliau mengatakan menteri-menteri masih masih mahukan saham, kontrak termasuk mengaut peruntukan jutaan ringgit untuk penternakan lembu.
“Jadi, sebab itu saya kata kita mampu laksanakan. Najib kata mana nak cari RM40 bilion, saya kata tak sampai RM30 bilion bukan untuk setahun, jumlah ini untuk 16 tahun jadi kira-kira RM3 bilion setahun tapi kalau saya akan tambah lagi RM5 bilion setahun.
“Ini termasuk yuran, makan, tempat tinggal dan buku supaya kualiti pendidikan kita meningkat. Semuanya hanya RM5 bilion setahun, minyak RM80 bilion setahun, jadi akan bankrap ke negara kita?” katanya.
PR takut angin perubahan di Selangor, kata Noh
22 April 2012
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan mencari alasan lain sememangnya cara PR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lari dari kenyataan sebenar.
Menurutnya, keputusan terbaru PR ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Negeri yang memutuskan untuk menyertai PRU13 selepas enam bulan pertama, 2012.
"Ini bukti PR takut berhadapan dengan rakyat, kerana kita telah nampak angin perubahan bertiup kencang di Negeri Selangor.
"Oleh kerana sekarang sudah memasuki April dan masih belum nampak pilihan raya akan diadakan, maka Anwar mencari alasan lain untuk tidak menyertai PRU-13," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jimat Belanja Dapur, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa Negeri-negeri di bawah PR terutama Negeri Selangor berkemungkinan besar tidak menyertai PRU-13, sekiranya daftar pemilih masih diragui.
Noh berkata, beliau tidak hairan tindakan PR yang selalu menukar kenyataan untuk menyelamatkan diri kerana tindakan tersebut dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Negeri Selangor.
"Ini semua gimik untuk menarik perhatian rakyat, dari hakikat sebenar bahawa di Selangor ini, mereka tidak dapat menahan angin perubahan ini," katanya.
Menurutnya, PR kini tidak lagi mempunyai kumpulan sokongan untuk digunakan dalam pilihan raya, ini kerana kumpulan seperti Hindraf telah sedar dan beralih sokongan.
"Golongan India kini sudah kembali menyokong BN, terbaru lebih 5,000 orang India hadir dalam program saya di Taman Sentosa," katanya.
18 April lalu, Anwar mengumumkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak akan menyertai PRU-13 sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.
Anwar berkata, pihaknya kesal janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi yang masih belum dilakukan dan terdapat usaha meneruskan cara kaedah penipuan dalam pilihan raya akan datang.
BN Pahang yakin kekal kuasai negeri pada PRU13
20 April 2012
Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob
berkata faktor calon berpotensi menang menjadi taruhan utama BN
mengekalkan kedudukan di 13 kawasan Parlimen dan 40 Dewan Undangan
Negeri (DUN) dikuasai Umno dan parti komponen lain di Pahang pada
pilihan itu nanti.
"Berdasarkan calon yang akan kita letakkan, BN yakin mengekalkan kemenangan pada PRU kelak di kesemua kawasan, melainkan di DUN Triang dan Tras, yang dikuasai DAP dan Kuantan oleh PKR, kena lawan habis-habisan.
"Berdasarkan calon yang akan kita letakkan, BN yakin mengekalkan kemenangan pada PRU kelak di kesemua kawasan, melainkan di DUN Triang dan Tras, yang dikuasai DAP dan Kuantan oleh PKR, kena lawan habis-habisan.
"Bagi kawasan Kuantan, saya boleh katakan 65 peratus pengundi atas pagar, jadi semuanya bergantung pada rakyat yang akan mengundi nanti. Jika letak calon yang boleh menang, disukai rakyat, insyaAllah, kita boleh rampas kembali kawasan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik Tahunan Persatuan Pakar Bius Malaysia 2012 di sini hari ini.
Mengulas nama calon Umno yang tersenarai untuk PRU akan datang, Adnan
yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata beliau telah
memberi tiga nama bagi setiap bahagian dan mereka adalah dari kalangan
yang oleh menang dan mampu bekerja untuk rakyat.
"Sesiapa pun yang tercalon, saya tetap mahukan semua pihak, termasuk
wakil rakyat yang tidak tersenarai, teruskan bekerja untuk rakyat.
Bekerjalah demi rakyat kerana kemenangan terletak pada rakyat yang akan
mengundi nanti.
"Jangan fikir kerja untuk diri sendiri, sebab ini akan menyebabkan
rakyat meluat, kalau dah meluat macam mana nak menang," katanya. Adnan
berkata rakyat Malaysia beruntung kerana kerajaan menyediakan kemudahan
kesihatan yang setanding dengan negara-negara maju termasuk
mempunyai pakar bius yang mampu memberi khidmat terbaik.
"Justeru, masyarakat perlu menghargai sumbangan pakar bius yang selama ini menjadi tulang belakang kepada setiap pembedahan demi menyelamatkan nyawa setiap pesakit.
"Justeru, masyarakat perlu menghargai sumbangan pakar bius yang selama ini menjadi tulang belakang kepada setiap pembedahan demi menyelamatkan nyawa setiap pesakit.
"Bukan semua orang boleh jadi seperti mereka, selain terpaksa bekerja
lebih 60 jam seminggu, mereka perlu teliti dan memastikan setiap
pembedahan berjalan lancar, kerana sedikit kesilapan boleh membahayakan
nyawa pesakit," atanya. Mesyuarat berlangsung selama empat hari
bermula hari ini itu dihadiri 870 anggota persatuan, pakar perubatan dan
bius seluruh negara yang turut disertai Presiden persatuan, Datin Dr V
Sivasakthi dan Presiden Kolej Pakar Bius, Akademi Perubatan Malaysia,
Prof Madya Datin Dr Norsidah Abdul Manap. --Bernama
20 April 2012
GEORGETOWN - Tindakan Kerajaan Negeri yang enggan menerima pelantikan
Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul
Malik Kassim sebagai Yang Dipertua Majlis (YDP) Agama Islam Negeri
Pulau Pinang (MAINPP) dianggap membelakangkan dan mempersendakan titah
Yang di-Pertuan Agong.
Umno dakwa Pulau Pinang persenda Agong
20 April 2012
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman
berkata, alasan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang
mengakui Kerajaan Negeri telah melakukan kesilapan dalam pelantikan
jawatan penting itu juga tidak boleh diterima kerana ia bukan perkara
yang boleh dipermainkan.
Zainal berkata, pelantikan Abdul Malik untuk jawatan itu adalah atas
permintaan Kerajaan Negeri sendiri, namun apabila ia telah diperkenankan
oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 10
Februari lalu tetapi titah berkenaan tidak dilaksanakan.
Katanya, tindakan Kerajaan Negeri membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan
Agong supaya Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man pula
dilantik untuk jawatan berkenaan jelas memperlihatkan mereka cuba
mencabar institusi raja.
“Alasan kesilapan Kerajaan Negeri dalam isu pelantikan ini sukar
diterima. Bagaimana mereka (Kerajaan Negeri) nak mentadbir hal ehwal
agama Islam kalau hal-hal semudah pelantikan YDP ini pun boleh
tersilap,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Musa
Sheikh Fadzir; Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar
Ibrahim dan bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya.
Kelmarin, pada satu sidang media khas, Mansor mengakui Kerajaan Negeri
telah melakukan kesilapan dalam isu pelantikan YDP MAINPP yang baru.
Dalam pada itu, Zainal turut membidas tindakan Kerajaan Negeri yang
lewat menghantar nama pengganti YDP sedangkan Kerajaan Negeri tahu
tempoh perkhidmatan YDP terdahulu iaitu Elias Zakarian akan tamat pada
31 Disember 2011.
Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya menghantar nama pengganti YDP untuk
dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan pada 22
Disember 2011.
“Sepatutnya sebagai Kerajaan Negeri perlu menghantar nama itu sebulan atau dua bulan untuk dipersembahkan kepada Agong.
“Ini dah la lambat. Kemudian bila dah diperkenankan titah itu tidak dilaksanakan pula,” katanya.
Zainal berkata, MAINPP mempunyai bidang kuasa amat besar di mana mereka
boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam
kecuali hukum syarak.
20 April 2012
PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri Selangor akan melancarkan program
‘Selangorku Bersih’ bagi memastikan daftar pemilih di negeri itu adalah
bersih dan teratur.
Katanya, kerajaan PKR Selangor memandang serius mengenai pergerakan dan perpindahan pengundi ke negeri itu dan mahu SPR mengambil langkah tertentu memastikan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bersih.
MB Selangor: Daftar pemilih kena bersih
20 April 2012
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimberkata, program tersebut
adalah inisiatif Kerajaan Negeri membantu Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
Katanya, kerajaan PKR Selangor memandang serius mengenai pergerakan dan perpindahan pengundi ke negeri itu dan mahu SPR mengambil langkah tertentu memastikan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bersih.
“Dalam program ‘Selangorku Bersih’, kakitangan Kerajaan Negeri akan
ditugaskan membantu memastikan senarai daftar pemilih adalah bersih dan
teratur.
“Kita juga mengambil langkah untuk menguatkan demokrasi di negeri ini
antaranya geran RM5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran
Selangorku demi membolehkan semua pihak dan individu tanpa mengira parti
buat bantahan berkenaan nama pengundi yang meragukan,” katanya selepas
sesi taklimat bersama SPR di sini, semalam.
Abdul Khalid memberitahu, pada sesi taklimat tersebut, Kerajaan Negeri
dan SPR membincangkan mengenai peratusan jumlah pengundi di Selangor dan
juga mengenai pertukaran tempat mengundi beliau.
“Mengenai pertukaran tempat mengundi mengikut alamat di Bukit Rotan,
Selangor tersebut proses permohonan sedang diteliti oleh SPR dan jika ia
tidak sempat siap saya akan mengundi seperti biasa di Pantai Dalam,”
katanya. Menjawab dakwaan pengundi Sabah dan Sarawak yang dibawa masuk
untuk mengundi di Selangor, beliau dimaklumkan SPR bahawa pengundi yang
boleh mengundi di kawasan tersebut berdasarkan pendaftaran mereka.
Abdul Khalid berkata, jumlah pengundi di Selangor masih lagi dalam
perkiraan dan dimaklumkan pada Mac 2012 seramai 5,000 telah berdaftar
sebagai pengundi di Selangor malah jumlah pengundi di beberapa kawasan
juga bertambah.
“Kita juga dimaklumkan bilangan pengundi yang berdaftar juga bertambah
termasuk di Batang Kali bagi tempoh 2008 hingga 2011 bertambah 45
peratus kepada 39,928, Bukit Lanjan meningkat 34 peratus kepada 35,357,
Paya Jaras meningkat 31 peratus kepada 39, 061.
“Antara kawasan lain yang turut meningkat jumlah daftar pengundi ialah
Sri Serdang meningkat 20 peratus kepada 65,369, Pandamaran meningkat 6
peratus kepada 26,909, Serdang meningkat 24 peratus kepada 119,724 dan
Subang meningkat 31 peratus kepada 112, 966,” katanya.
Ditanya sama ada Kerajaan Negeri membincangkan soal pilihan raya
berasingan dengan Pusat, Khalid berkata, perkara tersebut tidak
dibincangkan.
“Kami tidak membincangkan perkara tersebut... Ia bukan keputusan SPR (untuk putuskan buat berasi- ngan),” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan