Rakyat dimusuhi berhimpun di Dataran Merdeka
Mohd Azmi Abdul Hamid, | 27 Apr 2012 |
Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal sikap pihak Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang beria-ia untuk tidak mahu membenarkan
rakyat berada di Dataran Merdeka sepanjang 4 hari kerana Bersih 3.0.
Bertindak sehingga mendapatkan arahan mahkamah untuk menghalang rakyat berhimpun di Dataran Merdeka menunjukkan bahawa undang-undang diguna semaksimanya untuk menyekat suara rakyat yang mahu menggunakan ruang demokrasi yang sah di negara ini.
Dataran Merdeka yang asalnya adalah khazanah rakyat kini menjadi milik parti pemerintah secara mutlak atas nama undang-undang.
DBKL nampaknya bersungguh-sungguh mahu menjadi agensi kepada parti pemerintah bukan kepada kerajaan semata-mata.
Hanya kerana rakyat memilih mahu berada di Dataran Merdeka seluruh bala tentera polis dikerah bukan kerana suatu jenayah bakal berlaku, bukan kerana ada ancaman keselamatan, bukan kerana KL akan menjadi kota kacau bilau.
Hanya satu alasan sahaja. Datuk Bandar menerima arahan dari parti pemerintah.
Nampaknya kerajaan yang sepatutnya menjadi pelindung kepada hak rakyat kini menjadi punca masalah kepada hak rakyat dinafi. Kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan rakyat boleh menyuarakan pandangan untuk mendapat jaminan pilihanraya yang bersih, ditohmah malah dilihat sebagai musuh yang perlu dihancurkan.
Apakah dosa rakyat sehingga suara mereka dilihat dengan prasangka buruk oleh pegawai kerajaan yang sebenarnya digajikan dari cukai rakyat sendiri. Kenapa pegawai kerajaan harus mengambil langkah memusuhi rakyat, padahal akhirnya rakyatlah yang akan menentukan siapa akan membentuk kerajaan.
Sikap Datuk Bandar yang menghalang rakyat berada di Dataran Merdeka akan tercatat dalam sejarah sebagai hari hitam dalam sejarah negara. Simbol kemerdekaan yang dilambangkan oleh dataran tersebut kini dirampas dan dimusnah oleh pegawai kerajaan sendiri yang lebih selesa mendengar arahan politik pemerintahan dari memelihara hak rakyat yang dijamin dalam Perlembagaan. Tidak ada bezanya tindakan itu dengan tindakan penjajah British dahulu.
Seluruh saluran undang-undang dicari untuk menghalang hak asasi rakyat untuk berhimpun. Suara rakyat yang sah untuk menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus, terang-terangan tidak dihirau malah rakyat diugut dengan tindakan polis dan tangkapan.
Mapim mengingatkan kepada semua pihak yang menjadi dalang menafi hak rakyat bahawa pada satu masa nanti semua konspirasi antara pegawai kerajaan dan pemimpin politik pemerintah dan pihak keselamatan akan terbongkar.
Semua alasan yang direka pada suatu waktu nanti akan terdedah. Politik angka yang cuba dimanipulasi melalui pendaftaran warga asing suatu hari akan dimaki oleh generasi akan datang sebagai kerajaan dan parti pemerintah yang mengkhianati amanah dan menjual kedaulatan negara demi mengekalkan kuasa.
Apa erti berkuasa jika ia datang dari sokongan dari warga asing yang sangat rapuh. Apa erti kemenangan jika ia dicapai dengan penipuan yang tidak akan dapat dirahsiakan selama-lamanya.
Semua harus tahu bahawa ketika kuasa imperialis British mengguna seluruh kuasa mereka untuk menghitamkan kambing rakyat yang mahu mencapai kemerdekaan, akhirnya terpaksa berhadapan dengan gelombang rakyat yang melancarkan pemberontakan melalui gerakan bawah tanah.
Kerajaan yang ada sekarang juga akan menerima akibat yang sama bila mereka merasa terlalu kuat dan menguasai semua perkakas kerajaan untuk membendung kebangkitan rakyat.
Pengalaman kebangkitan rakyat di Asia Barat harus dipelajari dengan cermat kerana ketika golongan elit politik yang kaya raya merasa selesa dan kekalahan dianggap bukan suatu pilihan, akhirnya berhadapan dengan gabungan kekuatan rakyat marhaen, petani dan buruh, professional dan pelajar, ahli seniman dan budayawan, kelompok mustadhafin dan golongan ulama, bergabung untuk bangkit menentang kezaliman.
Mapim menyeru agar semua kakitangan kerajaan dan pihak keselamatan menginsafi bahawa perubahan tidak mungkin boleh dibendung dengan kekerasan sepanjang masa. Suatu masa akan wujud dimana sejarah kuasa rakyat kembali berulang dan segala benteng akan pecah, dan mereka yang bertanggungjawab memukul dan menganiaya rakyat dengan belantan dan gas pemedih mata akan diadili rakyat di mahkamah rakyat nanti.
Penulis ialah Setiausaha Agung Mapim.

Hadir Bersih 3.0 bukti rasa cinta kepada negara
Abdul Aziz Mustafa, | 27 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 27 April: Kehadiran dalam perhimpunan Bersih 3.0 esok adalah bukti rasa cinta kepada negara, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).
Beliau juga menyeru semua rakyat yang cintakan negara agar tidak mempedulikan tindakan kerajaan Umno yang tidak membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka.
Bagi Mohamad, tidak pelik sama sekali jika kerajaan Umno tidak membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka dan sebab itulah perhimpunan tersebut mesti diteruskan.
"Kalau kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) benarkan perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, itu pelik.
"Kalau dia tak benarkan, itulah Malaysia di bawah BN (Barisan Nasional)," katanya.
Dan atas sebab yang sama jugalah perhimpunan sedemikian mesti diadakan terus-menerus bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil akhirnya menjadi kenyataan supaya Malaysia yang tertindas dapat dibebaskan, kata beliau.
"Kalau tidak berhimpun dan berhimpun lagi, jangan mimpilah pilihan raya yang adil dan bersih akan diadakan di negara ini.
"Selagi pilihan raya tidak adil dan tidak bersih, tidak ada harapan sama sekali untuk melihat Malaysia yang tertindas dapat dibebaskan," katanya.
Mohamad yakin rakyat yang waras tidak sanggup lagi melihat negara ini berada di bawah BN yang bukan sahaja tidak henti-henti menyembelih kebebasan rakyat malah semakin ditakuti akan menyebabkan negara ini bankrap.
"Tengoklah bila Najib pegang Felda, rizab tunai Felda tinggal RM1.35 bilion sahaja tahun ini dan berhutang pula RM6.5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Srdangkan sebelum Najib pegang, Felda ada rizab tunai sehingga RM4.5 bilion dan tak ada hutang.
"Bayangkanlah apa akan terjadi pada negara ini jika Najib dan Umno terus perintah," katanya.
Keadaan sedemikian, kata Mohamad, hanya boleh diubah dengan pilihan raya yang adil dan bersih.
"Sebab itulah hadir ke perhimpunan Bersih 3.0 adalah adalah tanda dan bukti rasa cinta kepada negara ini supaya penindasan serta pemunggahan kekayaan negara dapat dihentikan," katanya
Perhimpunan Bersih 3.0 esok akan mengulangi tuntutan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula memasang penghalang di sekeliling Dataran Merdeka sekitar jam 2.30 pagi tadi - lebih tiga jam sebelum arahan awal dikuatkuasakan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menyifatkan keputusan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai isu keselamatan.
Beliau berkata, polis patut campurtangan membantu DBKL bagi menegakkan undang-undang.

Pak Samad terus jadi perhatian
Harakahdaily, | 28 Apr 2012 |
(Bergambar bersama Pak Samad)
KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Bersih, Tan Sri Samad Said atau lebih dikenali dengan nama Pak Samad terus menjadi selebriti sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 ini.
Ke mana-mana sahaja beliau pergi, orang ramai akan mengerumuni beliau untuk bersalam dan bergambar.
Beliau juga diminta memberikan ucapan walaupun diperhimpunan kecil yang beliau ada.
Kegigihan beliau dalam menuntut hak rakyat juga menjadi inspirasi kepada anak muda untuk berjuang menuntut hak mereka.
Nik Aziz tegaskan lagi, wajib sertai Bersih 3.0
Khairul Azlam Mohamad, | 28 Apr 2012 |
(Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di Marang malam tadi)
Namun begitu, katanya, beliau yang pada awalnya bercadang mahu juga menyertai Bersih kali inii tidak dapat turut serta pada perhimpunan tersebut kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
“Sertai Bersih 3.0 wajib, masalah taknikal (tempat) itu boleh bincang. Tapi, saya sendiri tak dapat pergi, kerana keuzuran. Hari ini (Jumaat) pun, mengajar (kuliah pagi) di Kota Bharu pun tak larat.
“Sembahyang subuh pun baca surah pendek-pendek sahaja,” ujarnya kepada Harakah Daily selepas Ceramah Penerangan Isu-isu Semasa di Kampung Bukit Parit, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, Marang, semalam.
Sementara itu, berhampiran Dataran Merdeka seramai 2,000 hingga 3,000 orang telah berhimpun bermula jam 10.00 hingga awal pagi tanpa sebarang sebarang gangguan pihak berkuasa.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata sekumpulan rakyat yang datang lebih awal mula berkumpul secara santai berhampiran dataran tersebut.
Menurutnya, orang ramai yang berkumpul terdiri dari kalangan anak-anak muda yang akan menyertai himpunan Bersih 3.0 hari ini.
“Semalam, saya berada di sekitar Dataran Merdeka untuk melihat suasana di sana. Orang ramai sekitar 2,000 hingga 3,000 orang anak muda mula berkumpul sejak jam 10.00 malam dan saya tinggal (lokasi) jam 1.45 pagi, orang masih ramai lagi,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Guna LRT, Monorail dan Komuter ke Dataran Merdeka
Harakahdaily, | 28 Apr 2012 |
Menurut laporan-laporan yang dibuat melalui twitter dan laporan dari orang ramai, kenderaan yang menuju ke pusat bandar diarahkan keluar dari menuju ke situ.
Antara jalan yang dilaporkan di sekat adalah jalan Ampang menuju ke KLCC.
Kawasan Petaling Street dilaporkan sudah mula penuh dengan manusia berbaju kuning walaupun perhimpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 petang.
Tony Pua dalam pesanannya meminta orang ramai menggunakan LRT dan Komuter untuk ke Dataran Merdeka kerana jalan menuju ke situ ditutup.
Kenderaan yang menuju ke pusat bandar pula diarahkan oleh polis yang bertugas agar keluar dari pusat bandar.
Seorang pengguna Twitter, Justine Mei Ern pula melaporkan, Lebuhraya Persekutuan penuh dengan kenderaan yang menuju ke pusat bandar.
(Laluan menuju Bersih 3.0)
Mandy Oii pula melaporkan, Monorail yang beliau naiki juga berjalan dengan baik.
Beliau turun di stesen Maharajalel dan berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka.
Louise La Frouse pula melaporkan, komuter yang beliau naiki pula penuh dengan manusia.
"Kelihatan kesemua orang di atas komuter ini menuju ke perhimpunan Bersih," tulis beliau.
Hilang organ mangsa tembak: KDN kena jawab
Harakahdaily, | 28 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein mesti menjawab
dakwaan hilangnya organ dalaman dari mayat tenaga kerja Indonesia yang
di tembak mati baru-baru ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya berkata, Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) mendakwa organ tubuh tiga warga Indonesia yang ditembak mati baru baru ini didapati hilang.
Isu ini mendapat liputan meluas dari media Indonesia.
"Sekiranya dakwaan ini benar, kami mengecam perbuatan jelek ini serta menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan untuk menyiasat dakwaan berkaitan insiden kematian tiga warga Indonesia tersebut serta samada organ dalaman dikeluarkan dari tubuh mereka," kata Anwar dalam kenyataannya itu.
Oleh kerana polis didakwa terlibat makanya hanya satu siasatan yang bebas akan menjernihkan nama baik dan persepsi umum terhadap pihak Polis, katanya.
"Manakala demi memastikan hubungan baik rakyat Malaysia-Indonesia, serta nama baik Pasukan Polis, Parti Keadilan Rakyat bersedia menawarkan bantuan guaman," katanya.
PKR juga, katanya, bersedia bekerjasama dengan Kedutaan Indonesia di Malaysia bagi menemui kebenaran di sebalik kematian tiga warga Indonesia tersebut dan samada mayat mereka diuruskan secara tidak bertanggungjawab.
KUALA LUMPUR, 28 April: Kira-kira 1,000 orang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sehingga jam 2.30 pagi ini.
Mereka mulai memasuki kawasan berkenaan sejak jam 9.00 malam tadi bagi menyertai himpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang akan bermula tengah hari nanti.
Ucapan spontan disampaikan oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.
Mereka yang menyertai Himpunan Hijau Anti Lynas juga menyertai orang ramai yang berkumpul di kawasan persimpangan menuju ke Dataran Merdeka itu.
Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan turut hadir ke situ sekitar jam 1.30 pagi ini.
Sementara itu, beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka mulai ditutup secara berperingkat-peringkat sejak jam 12.00 tengah malam.
Sehingga jam 2.30 pagi ini, anggota polis trafik masih mengawal jalan-jalan berkenaan.
[LIHAT VIDEO]

Semua wanita perlu hadir Bersih 3.0
Muhammad Yusri Amin, | 28 Apr 2012 |
KOTA BHARU:
Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Wan Ubaidah Omar berkata
memberikan ingatan kepada wanita betapa pentingnya penyertaan mereka
dalam Himpunan Aman – Bersih 3.0 yang akan berlangsung hari ini, 28
April.
Bahkan sokongan padu PAS dan Pakatan Rakyat terhadap himpunan itu penting khususnya untuk sama-sama memperbetulkan (mereformasikan) 'sistem pilihan raya’ yang ada, sekaligus untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Saya mengharapkan semua wanita keluar (menyertai Himpunan Aman Bersih 3.0) bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya dan kepada dunia amnya supaya berlaku perubahan dalam kepimpinan negara," katanya yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kesihatan, ‘Kanser Payu Dara Wanita’ dan Kempen Menderma Darah di sebuah hotel di Jalan Sultan Yahya Petra dekat sini tengahari semalam.
Kempen anjuran (NGO) Pergerakan Pemuda Malaysia Kelantan(YMM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan, Lembaga Promosi Kesihatan Negara, Mobecomm, Mutiara, Billion Shopping Centre dan Hospital USM Kubang Kerian.
(Ubaidah [bertudung] bersama pemimpin YMM di majlis ini)
Turut hadir Pengerusi YMM Negeri Kelantan Ang Wui Chong dan kepimpinan YMM Negeri serta kakitangan Hospital USM.
“Kepada wanita, hadirlah beramai-ramai untuk Himpunan Aman Bersih 3.0 ini bagi melahirkan pernyataan kita.
“Kalau 'Malaysia' tidak nak dengar, kita nak menyatakan kepada dunia bahawa inilah pendirian kita," tegasnya.
Beliau mendakwa semua wanita, semua rakyat Malaysia sudah bosan dengan kepimpinan negara yang ada.
53 tahun rakyat berada di bawah kepimpinan porak-peranda Umno-Barisan Nasional yang membawa ‘hantu raya’, dan yang semakin gila.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan (DMPNK) mendakwa dengan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka bukan hendak ‘membebaskan rakyat’ tetapi menekankan rakyat, tidak membenarkan rakyat bersuara, bahkan menjadikan pilihan raya negara ini semakin buruk.
Cabaran globalisasi dan persaingan modenisasi telah member kesan dan
impak yang besar kepada pembangunan sosial duniahari ini. Selari dengan
itu juga teknologi dikemaskini dari semasa ke semasa, medium penyebaran
maklumat juga semakin canggih, maklumat hanya diperoleh dalam masa
beberapa saat hanya dengan menggunakan jari.
Malangnya pembangunan struktur masyarakat hari ini telah dipengaruhi oleh kepentingan diri dan kelompok tertentu yang menyebabkan wujudnya golongan ‘berkuasa’ dan golongan tertindas. Perkembangan ini juga telah dibangunkan secara tidak seimbang dengan pembangunan aspek rohani dan moral masyarakat hari ini.
Dalam perbahasan permasalahan ini, Malaysia adalah antara negara yang masih belum mencapai tahap negara yang mengamalkan konsep demokrasi secara sepenuhnya. Bahkan, intitusi-insitusi yang dinaungi oleh kerajaan masih dipertikai dan diragui integritinya untuk mengurus tadbir negara ini. Antara faktor yang boleh kita bincangkan dalam isu ini adalah peranan dan kebebasan media di Malaysia, pengamalan rasuah yang semakin meningkat dalam institusi kerajaan dan pengurusan dan urus tadbir negara yang lemah.
Apabila kita menyentuh perkara yang berkaitan dengan politik atau pemerintahan negara, pastinya kita tidak dapat menafikan fungsi dan peranan pilihanraya untuk memilih calon terbaik mewakili rakyat secara demokrasi. Dalam ilmu politik, perjalanan pilihanraya lazimnya dikaitkan dengan "3M" yang merujuk kepada faktor media, money dan machinery (jentera). Media adalah saluran terbaik untuk menyampaikan agenda bagi sesiapa pun yang menguasainya, sehingga ada penganalisis politik yang berpendapat kumpulan yang menguasai media akan menguasai ‘medan peperangan’.
Dan inilah yang berlaku di Malaysia, saluran media arus perdana bukan lagi dijadikan saluran informasi rakyat tetapi dimanipulasikan sehabis-habisnya untuk memberi keuntungan politik kepada parti pemerintah semata-mata. Bahkan lebih memalukan lagi, media umum seperti RTM1 dan Utusan Malaysia mahupun media swasta seperti Astro digunakan untuk memburuk-burukkan parti yang tidak menyebelahi kerajaan atau parti pembangkang.
Jika benar kerajaan Malaysia berwawasan tinggi untuk meletakkan negara di taraf yang tinggi, beberapa negara maju boleh dijadikan sebagai contoh seperti Amerika Syarikat yang diberikan kebebasan untuk membeli airtime di mana-mana stesen televisyen atau radio sebagai wadah kempen. Begitu juga dengan apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia yang membuka ruang debat dan soal jawab secara terbuka kepada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan umum dan beberapa pemilihan gabenor.
Merujuk kepada Transparency International berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah tahunan pada tahun 2009, 5 negara seperti Switzerland, Sweden, Singapura, Denmark dan New Zealand telah mengunguli kedudukan antara negara yang paling bersih dan berprinsip dalam menangani rasuah di negara masing-masing. Namun, rakyat Malaysia hanyalah mampu berbangga dengan fakta negara asing kerana Malaysia mencatatkan kedudukan ke-56 daripada 180 buah negara dalam Indeks Rasuah apabila hanya mencapai nilai skor 4.5 daripada 10.
Tidak dapat dinafikan, golongan yang terlibat dengan gejala rasuah ini sinonimnya adalah orang atasan daripada kerajaan mahupun swasta. Faktor ketamakan dan mementingkan diri sendiri ini menjejaskan prestasi pentadbiran negara sekaligus member imej yang sangat buruk di mata dunia. Dalam beberapa kajian dan pemerhatian, faktor terbesar berlakunya kes rasuah adalah kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi yang tidak berasaskan kepada konsep kepimpinan kelayakan dan integriti. Oleh yang demikian, kita boleh mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan kerajaan Presiden Marcos di Filipina yang dijatuhkan kerana amalan rasuah yang tidak dibendung.
Mahasiswa hari ini khususnya mesti bijak menilai, jangan mudah terpedaya dengan sebaran doktrinisasi yang semakin kencang. Politik sebenar yang berteraskan kebajikan rakyat dan pentadbiran yang cekap mesti dibezakan dengan politik kotor yang hanya bermatlamatkan menjaga kepentingan kumpulan sendiri berbanding seluruh masyarakat tanpa memilih bulu.
Parti-parti politik hari ini lebih gemar bermain isu peribadi dalam keghairahan mencapai kemenangan dalam pilihanraya, sehingga menyebabkan berlakunya fitnah yang berleluasa. Kita juga menolak segala korupsi yang berlaku pada hari ini khususnya dalam pentadbiran dan urus tadbir kerajaan Malaysia hari ini, termasuklah penyelewengan-penyelewangan sesama kroni. Waspada, kesannya terlalu besar dan bahaya kepada masyarakat. Inilah pengajaran yang perlu diambil setelah melihat kemusnahan negara termasuk ketidakstabilan sosial dalam masyarakat hari ini.
Melihat perkembangan politik hari ini, kita mesti berubah. Malaysia mesti berubah, Malaysia mesti diberi nafas baru. Pentadbiran yang cekap mesti mengambil alih pentadbiran yang sudah goyah dan tidak dipercayai lagi. Sistem-sistem yang baru mesti diperkenalkan dan menggantikan sistem-sistem yang sudah semakin tidak berfungsi lagi.
Maka dalam membuat perubahan besar ini, pilihanrayalah menjadi medan penantian dan sebagai harapan terakhir. Namun seandainya perjalanan pilihanraya pun tidak bersih dan tulus, itulah tanggungjawab dan peranan seluruh warganegara Malaysia untuk memastikan sistem pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) bersih dan diyakini. BERSIH 3.0 bukan perhimpunan menentang kerajaan, tetapi perhimpunan membaik pulih kerajaan.
Penulis ialah mahasiswa Kuliyyah Kejuruteraan Wufi UIAM.
Bahkan sokongan padu PAS dan Pakatan Rakyat terhadap himpunan itu penting khususnya untuk sama-sama memperbetulkan (mereformasikan) 'sistem pilihan raya’ yang ada, sekaligus untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Saya mengharapkan semua wanita keluar (menyertai Himpunan Aman Bersih 3.0) bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya dan kepada dunia amnya supaya berlaku perubahan dalam kepimpinan negara," katanya yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kesihatan, ‘Kanser Payu Dara Wanita’ dan Kempen Menderma Darah di sebuah hotel di Jalan Sultan Yahya Petra dekat sini tengahari semalam.
Kempen anjuran (NGO) Pergerakan Pemuda Malaysia Kelantan(YMM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan, Lembaga Promosi Kesihatan Negara, Mobecomm, Mutiara, Billion Shopping Centre dan Hospital USM Kubang Kerian.
(Ubaidah [bertudung] bersama pemimpin YMM di majlis ini)
Turut hadir Pengerusi YMM Negeri Kelantan Ang Wui Chong dan kepimpinan YMM Negeri serta kakitangan Hospital USM.
“Kepada wanita, hadirlah beramai-ramai untuk Himpunan Aman Bersih 3.0 ini bagi melahirkan pernyataan kita.
“Kalau 'Malaysia' tidak nak dengar, kita nak menyatakan kepada dunia bahawa inilah pendirian kita," tegasnya.
Beliau mendakwa semua wanita, semua rakyat Malaysia sudah bosan dengan kepimpinan negara yang ada.
53 tahun rakyat berada di bawah kepimpinan porak-peranda Umno-Barisan Nasional yang membawa ‘hantu raya’, dan yang semakin gila.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan (DMPNK) mendakwa dengan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka bukan hendak ‘membebaskan rakyat’ tetapi menekankan rakyat, tidak membenarkan rakyat bersuara, bahkan menjadikan pilihan raya negara ini semakin buruk.
Himpunan Hijau mulai jam 11 di KLCC
Harakahdaily, | 28 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau yang menuntut supaya kilang Lynas tidak dibina di Gebeng, Kuantan akan diadakan di perkarangan KLCC.
Menurut notis yang dikeluarkan oleh penggerak kumpulan itu, perhimpunan itu akan bermula jam 11 pagi di depan Menara Public Bank.
Mereka juga dipercayai akan menyertai himpunan Bersih 3.0 yang berpusat di Dataran Merdeka yang dijangka jam 2 petang ini.
Namun begitu, perhimpunan menuju ke Dataran Merdeka sudah bermula sejak jam 9 malam tadi apabila orang ramai mula berpusu-pusu ke sana.
Sehingga jam 2.30 pagi tadi, lebih 1,000 orang sudah berhimpun di sana.
Walaupun kawasan Dataran Merdeka telah dipagar, mereka berhimpun di sekitar kawasan itu.
Berikut adalah gambar-gambar pra perhimpunan Bersih 3.0 malam tadi.

Bersih 3.0: Perhimpunan membaik pulih kerajaan
Saiful M. Amin, | 28 Apr 2012 |
Malangnya pembangunan struktur masyarakat hari ini telah dipengaruhi oleh kepentingan diri dan kelompok tertentu yang menyebabkan wujudnya golongan ‘berkuasa’ dan golongan tertindas. Perkembangan ini juga telah dibangunkan secara tidak seimbang dengan pembangunan aspek rohani dan moral masyarakat hari ini.
Dalam perbahasan permasalahan ini, Malaysia adalah antara negara yang masih belum mencapai tahap negara yang mengamalkan konsep demokrasi secara sepenuhnya. Bahkan, intitusi-insitusi yang dinaungi oleh kerajaan masih dipertikai dan diragui integritinya untuk mengurus tadbir negara ini. Antara faktor yang boleh kita bincangkan dalam isu ini adalah peranan dan kebebasan media di Malaysia, pengamalan rasuah yang semakin meningkat dalam institusi kerajaan dan pengurusan dan urus tadbir negara yang lemah.
Apabila kita menyentuh perkara yang berkaitan dengan politik atau pemerintahan negara, pastinya kita tidak dapat menafikan fungsi dan peranan pilihanraya untuk memilih calon terbaik mewakili rakyat secara demokrasi. Dalam ilmu politik, perjalanan pilihanraya lazimnya dikaitkan dengan "3M" yang merujuk kepada faktor media, money dan machinery (jentera). Media adalah saluran terbaik untuk menyampaikan agenda bagi sesiapa pun yang menguasainya, sehingga ada penganalisis politik yang berpendapat kumpulan yang menguasai media akan menguasai ‘medan peperangan’.
Dan inilah yang berlaku di Malaysia, saluran media arus perdana bukan lagi dijadikan saluran informasi rakyat tetapi dimanipulasikan sehabis-habisnya untuk memberi keuntungan politik kepada parti pemerintah semata-mata. Bahkan lebih memalukan lagi, media umum seperti RTM1 dan Utusan Malaysia mahupun media swasta seperti Astro digunakan untuk memburuk-burukkan parti yang tidak menyebelahi kerajaan atau parti pembangkang.
Jika benar kerajaan Malaysia berwawasan tinggi untuk meletakkan negara di taraf yang tinggi, beberapa negara maju boleh dijadikan sebagai contoh seperti Amerika Syarikat yang diberikan kebebasan untuk membeli airtime di mana-mana stesen televisyen atau radio sebagai wadah kempen. Begitu juga dengan apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia yang membuka ruang debat dan soal jawab secara terbuka kepada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan umum dan beberapa pemilihan gabenor.
Merujuk kepada Transparency International berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah tahunan pada tahun 2009, 5 negara seperti Switzerland, Sweden, Singapura, Denmark dan New Zealand telah mengunguli kedudukan antara negara yang paling bersih dan berprinsip dalam menangani rasuah di negara masing-masing. Namun, rakyat Malaysia hanyalah mampu berbangga dengan fakta negara asing kerana Malaysia mencatatkan kedudukan ke-56 daripada 180 buah negara dalam Indeks Rasuah apabila hanya mencapai nilai skor 4.5 daripada 10.
Tidak dapat dinafikan, golongan yang terlibat dengan gejala rasuah ini sinonimnya adalah orang atasan daripada kerajaan mahupun swasta. Faktor ketamakan dan mementingkan diri sendiri ini menjejaskan prestasi pentadbiran negara sekaligus member imej yang sangat buruk di mata dunia. Dalam beberapa kajian dan pemerhatian, faktor terbesar berlakunya kes rasuah adalah kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi yang tidak berasaskan kepada konsep kepimpinan kelayakan dan integriti. Oleh yang demikian, kita boleh mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan kerajaan Presiden Marcos di Filipina yang dijatuhkan kerana amalan rasuah yang tidak dibendung.
Mahasiswa hari ini khususnya mesti bijak menilai, jangan mudah terpedaya dengan sebaran doktrinisasi yang semakin kencang. Politik sebenar yang berteraskan kebajikan rakyat dan pentadbiran yang cekap mesti dibezakan dengan politik kotor yang hanya bermatlamatkan menjaga kepentingan kumpulan sendiri berbanding seluruh masyarakat tanpa memilih bulu.
Parti-parti politik hari ini lebih gemar bermain isu peribadi dalam keghairahan mencapai kemenangan dalam pilihanraya, sehingga menyebabkan berlakunya fitnah yang berleluasa. Kita juga menolak segala korupsi yang berlaku pada hari ini khususnya dalam pentadbiran dan urus tadbir kerajaan Malaysia hari ini, termasuklah penyelewengan-penyelewangan sesama kroni. Waspada, kesannya terlalu besar dan bahaya kepada masyarakat. Inilah pengajaran yang perlu diambil setelah melihat kemusnahan negara termasuk ketidakstabilan sosial dalam masyarakat hari ini.
Melihat perkembangan politik hari ini, kita mesti berubah. Malaysia mesti berubah, Malaysia mesti diberi nafas baru. Pentadbiran yang cekap mesti mengambil alih pentadbiran yang sudah goyah dan tidak dipercayai lagi. Sistem-sistem yang baru mesti diperkenalkan dan menggantikan sistem-sistem yang sudah semakin tidak berfungsi lagi.
Maka dalam membuat perubahan besar ini, pilihanrayalah menjadi medan penantian dan sebagai harapan terakhir. Namun seandainya perjalanan pilihanraya pun tidak bersih dan tulus, itulah tanggungjawab dan peranan seluruh warganegara Malaysia untuk memastikan sistem pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) bersih dan diyakini. BERSIH 3.0 bukan perhimpunan menentang kerajaan, tetapi perhimpunan membaik pulih kerajaan.
Penulis ialah mahasiswa Kuliyyah Kejuruteraan Wufi UIAM.
1,000 berkumpul dekat Dataran hingga 2.30 pagi
Harakahdaily, | 28 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 April: Kira-kira 1,000 orang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sehingga jam 2.30 pagi ini.
Mereka mulai memasuki kawasan berkenaan sejak jam 9.00 malam tadi bagi menyertai himpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang akan bermula tengah hari nanti.
Ucapan spontan disampaikan oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.
Mereka yang menyertai Himpunan Hijau Anti Lynas juga menyertai orang ramai yang berkumpul di kawasan persimpangan menuju ke Dataran Merdeka itu.
Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan turut hadir ke situ sekitar jam 1.30 pagi ini.
Sementara itu, beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka mulai ditutup secara berperingkat-peringkat sejak jam 12.00 tengah malam.
Sehingga jam 2.30 pagi ini, anggota polis trafik masih mengawal jalan-jalan berkenaan.
[LIHAT VIDEO]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan