“orang berakal, apabila diam ia berfikir, apabila berkata ia
mengingatkan dan apabila melihat ia jadikan pengajaran.... fikirlah
sendiri...”
Dataran: Mahkamah larang orang ramai kumpul
27 April 2012
Sinar Harian Online difahamkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.
Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.
Dalam pada itu tinjauan Sinar Harian Online sekitar 12 tengah
hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini ditutup sepenuhnya
kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diigini berlaku.
Anggota polis dan penguat kuasa DBKL turut kelihatan di kawasan
tersebut.
Pita kuning turut dipasang sekeliling kawasan yang dijadikan sebagai
tapak perkhemahan oleh aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa
Malaysia (SMM), sejak 14 April lalu, menandakan kawasan tersebut adalah
kawasan larangan untuk orang ramai.
Sementara itu, kira-kira 300 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.
Masih terdapat beberapa aktivis dan pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza, yang ditahan baru-baru ini, berada di sekitar Dataran Merdeka.
Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 - yang diadakan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.
Ia telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.
27 April 2012
SHAH ALAM - PKR mahu kedua-dua Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar segera meletakkan jawatan ekoran pengakuan bahawa mereka adalah ahli Umno.
Sementara itu, kira-kira 300 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.
Masih terdapat beberapa aktivis dan pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza, yang ditahan baru-baru ini, berada di sekitar Dataran Merdeka.
Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 - yang diadakan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.
Ia telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.
PKR mahu Aziz, Wan Ahmad segera letak jawatan
27 April 2012
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul
Aziz dan Wan Ahmad perlu bertindak demikian bagi mengembalikan
kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan SPR.
"Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu
mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR
lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) akan datang ialah segera meletak jawatan," kata beliau
dalam satu kenyataan media dikeluarkan sebentar tadi.
Katanya, PKR memandang serius perkara keterlibatan Abdul Aziz dan Wan
Ahmad yang sah menjadi ahli Umno sementara masih memegang jawatan dalam
SPR.
"PKR berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat
tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota dalam SPR.
"Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR
hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan berkecuali," katanya lagi.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, ternyata Pengerusi
dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini kerana terbukti
mereka berdua sah menjadi ahli Umno.
Dalam kenyataan itu, Saifuddin berkata, Abdul Aziz merupakan ahli Umno
cawangan Sri Ampang Baru, Ampang manakala Wan Ahmad pula ahli cawangan
Kubang Bunggor, Pasir Mas.
27 April 2012
PRU13: Naib Presiden Pas hadapi ‘ujian’ awal di Johor
27 April 2012
JOHOR BAHRU – Kehadiran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang
membuat persediaan untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13), di Kampung Skudai Kiri di sini semalam, mencetuskan rasa
kurang senang di kalangan penduduk lantas berlaku sedikit kekecohan.
Kekecohan, yang dilihat sebagai ujian awal ke atas beliau, berlaku
apabila sebahagian mereka berkeras tidak mahu pemimpin parti itu
mencampuri urusan berkaitan pemilikan tanah di kawasan berkenaan.
Kedatangan Salahuddin yang ditemani Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan
Kaiat bersama lebih 20 penyokong pada jam 12.25 tengah hari menerima
sambutan dingin penduduk, malah kenderaan pacuan empat roda yang mereka
naiki diketuk dari luar sehingga memaksa pasukan polis datang untuk
menenangkan keadaan.
Setelah keadaan beransur reda, Salahuddin yang kelihatan tenang
kemudian menghampiri sekumpulan orang kampung yang sedang berkumpul
setelah diberi tempoh sepuluh minit untuk bercakap oleh pihak polis.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini disahkan akan bertanding di Johor kali ini tetapi kerusinya belum disahkan lagi.
Dalam ucapan ringkas beliau berkata, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur
Jazlan Mohamed adalah rakan baiknya di Parlimen dan kehadirannya di
kampung itu adalah untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk.
“Umno dan Pas adalah parti sahaja. Kita semua orang Melayu dan tidak
perlu bergaduh. Kalau saya bertanding di sini pun, belum tentu menang
atau kalah, jadi biar kita sama-sama perjuangkan hak rizab Tanah Melayu
ini.
“Kedatangan saya ke sini sekadar mahu memberi bantuan. Saya akan cuba
memanjangkan isu ini ke peringkat Parlimen dan kementerian yang
berkaitan bagi menuntut hak kepada mereka yang berhak,” katanya sebelum
beredar menuju ke kenderaannya semula.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Skudai Kiri 2, Mohd Sultan Abdul
Rahim berkata, kehadiran Salahuddin memang tidak dapat diterima, apatah
lagi Pas tidak mempunyai cawangannya di kampung tersebut.
Malah dakwanya, dokumen memorandum penduduk yang dibawa Suhaizan juga
adalah salinan kepada apa yang telah disuarakan mereka selama ini.
“Bagi saya kehadiran mereka (Salahuddin dan Suhaizan) hanya menyemak di
sini. Isu yang cuba dibawa juga telah kami perjuangkan sejak tahun 2003
lagi.
“Kami yang membawa segala bentuk tuntutan penduduk Skudai Kiri kepada
Ahli Parlimen, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Abdul
Ghani Othman. Tiba-tiba orang Pas datang dan kata mahu perjuangkan nasib
penduduk," katanya.
Menurut Mohd Sultan, terdapat 96 tanah bergeran, 11 lesen pendudukan
sementara (TOL) dan 434 lagi permohonan TOL masih diproses, yang mana
kesemuanya terkandung dalam memorandum yang telah dihantar lebih awal.
Sementara itu, bekas ketua kampung, Mohamed Ibrahim berkata, segelintir
penduduk tidak faham dan tidak sabar dengan permohonan yang dibuat,
lalu mewujudkan laluan kepada orang luar untuk mengambil kesempatan.
Katanya, segala permohonan yang dibuat itu perlu melalui prosedur dan protokol yang ditetapkan.
“Sebagai contoh, kawasan yang ditambak di bahagian belakang bukan
sebahagian daripada kampung itu tetapi adalah milik Kumpulan Prasarana
Rakyat Johor (KPRJ).
"Namun, kontraktor datang memberi pampasan, malah laluan sungai untuk kegunaan nelayan juga telah diusahakan,” katanya.
Seorang penduduk yang ditemui Sinar Harian, Asiah Yusof, 50, berkata,
dia bimbang dengan nasibnya sekeluarga apabila turut mendengar khabar
mereka akan dipindahkan ke sebuah penempatan lain yang dikenakan kadar
sewa yang belum diketahui lagi.
“Saya sudah tinggal di sini sejak tahun 1960 lagi. Macam mana nasib
saya dan empat anak nanti untuk teruskan hidup. Duit pampasan yang bakal
mereka berikan tidak mencukupi.
“Kami bukannya mahu bergaduh cuma mahu pembelaan. Kami berharap pihak
berkenaan dapat membantu kami. Jangan biarkan kami tunggu dan membuat
spekulasi sendiri. Beri penjelasan yang sewajarnya dan kata putus,”
katanya kepada Sinar Harian.
27 April 2012
KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul
Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli
Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti
tersebut.
Ahli Umno: 'Sudah terlalu lama, saya tidak ingat'
27 April 2012
“Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli
Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat
universiti, awal 70-an dulu.
“Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat
belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang
dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak
tahu di mana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar
yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti,
jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.
“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini
(semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,”
katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.
Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.
“Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya
sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah
atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat
sepanjang berkhidmat di sini,” tegas beliau mengulas laporan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.
Saifuddin menambah, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya
tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan
dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.
27 April 2012
KOTA BHARU - Akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doktor, Ketua
Pegawai Operasi Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke
unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini, kelmarin.
Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus
menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu
terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan
pilihan raya.
Aziz Desa masuk ICU
27 April 2012
Beliau mulanya hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.
“Namun, setelah dirujuk pada doktor, kesan daripada ubat itu
menyebabkan saya sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup
kencang.
“Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU
untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Aziz, yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun
lalu juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap
penyakit tersebut.
“Tak sangka saya akan seteruk ini, sehingga terpaksa bermalam di wad,
dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada
di wad itu selama seminggu.
Ditanya sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut
mempengaruhi masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu
banyak berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu
kesihatan.
“Kerja saya tidak begitu banyak, tetapi mungkin saya terlalu banyak
berfikir. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz masuk wad sebab jaga
kerajaan, saya masuk wad sebab jaga KTC,” katanya sambil ketawa.
Sementara itu, Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula
menerajui KTC Februari lalu, dan sejak itu pelbagai program dilakukan
dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu.
Bagaimanapun, pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik
keberanian dan ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab
diamanahkan.
27 April 2012
PETALING JAYA – Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika
cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu.
Padah ganggu isteri orang
27 April 2012
Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah
mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni,
Damansara Damai dekat sini.
Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian.
“Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga
Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi.
“Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan
jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju.
“Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit
sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran,” katanya.
Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri
dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah
Kebangsaan Damansara Damai 2.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen
Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT
turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya.
“Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan
wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara
Damai,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan
untuk siasatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan