Zahida Rafik: 'Biarlah Tuhan yang hakimi saya'
24 April 2012
“Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” kata Zahida dalam salah satu mesej yang dihantar lewat malam semalam.
Lewat petang semalam, Shafie secara terbuka menafikan dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada Zahida sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis, yang dibuat oleh Noor Azman bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.
Sambil menekankan bahawa dia masih "kuat semangat", Zahida berkata, orang ramai kemungkinan akan membencinya kerana isu semasa ini.
Bagaimanapun jelasnya, dia tetap sentiasa senyum kerana percaya pada dirinya dan juga Tuhan yang maha mengetahui semuanya.
Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa mesej yang agak 'pedas' telah dipadamkan daripada senarai mesej akaun beliau semalam.
Menjawab salah satu mesej, Zahida juga ada mengatakan bahawa "biarlah Tuhan yang menghakimi saya, kamu jangan jaga tepi kain saya okey."
Walau bagaimanapun, melalui laman sosial Twitternya dia penah mengatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dengan perkara ini, malah dia telah pun berunding dengan peguamnya bagi menuntut bela.
Melalui laman sosial Twitternya juga, Zahida juga ada dihina dan dilemparkan kata-kata yang tidak elok dan tidak menyenangkan oleh segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dengannya.
Zahida tetap bersabar dalam menghadapi semua dugaan itu dan meneruskan semangatnya untuk terus menjawab soalan dan pertanyaan peminatnya.
Bagi Zahida, biarlah apa orang hendak menganggapnya kerana yang penting dia tahu akan dirinya yang sebenar.
Zahida turut mendapat simpati dan sokongan daripada segelintir pihak yang mengambil berat akan dirinya dan juga sentiasa bertanya akan perkembangan terbarunya mengenai isu semasa diri beliau.
Dikenali sebagai Azmir Husni laman sosial Twitternya beliau pernah berkata, “kepada Zahida, harap bersabar dengan dugaan fitnah-memfitnah ini, kita orang sokong dari belakang."
Tidak lupa juga peminat Zahida yang lain dikenali sebagai Zarul Azwan yang turut bertanyakan khabar tentang Zahida dan juga menasihati Zahida supaya berbuat tidak endah sahaja dengan semua anggapan orang ramai itu.
Sehubungan itu, Zahida kini merasa lebih tenang dan tenteram kerana banyak pihak yang turut memberi sokongan dan dorongan terhadap dirinya mengenai isu ini.
Shafie nafi beri Zahida ‘wang begitu banyak’
23 April 2012
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.
Shafie berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.
Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.
Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.
Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.
Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
SMM kecewa, dakwa DBKL 'main politik'
23 April 2012
Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini berkata, DBKL sepatutnya tidak perlu untuk mengganggu, menyita dan menangkap peserta protes di Dataran Merdeka.
"Tiada sebab munasabah untuk mereka lakukan sedemikian. Berhimpun secara aman tanpa senjata telah dijamin dalam Perlembagaan Perkara 10.
"Juga tiada sebarang notis bertulis tidak membenarkan kami berkhemah di Dataran Merdeka. Malah, kini dah masuk hari ke-10 kami di sini. Kenapa kini baru nak ganggu?
"Apa permainan politik yang cuba dimainkan sebenarnya? Maka, tiada sebab dan bukti yang kukuh, mereka berdua telah dibebaskan.
"Fahmi Reza masih menunggu tindakan daripada DBKL ke atasnya berhubung tindakannya mendirikan khemah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
"Cuma Umar sahaja dibicarakan di mahkamah dan telah diikat jamin RM1,000," kata beliau kepada wartawan Sinar Harian.
Sejak dari pagi tadi, persekitaran di Dataran Merdeka sudah masuk hari ke-10. Tiada aktiviti yang dilakukan kecuali malam ini diadakan kuliah ceramah dari aktivis dan bekas aktivis mahasiswa, Hishamuddin Rais, selepas itu sidang rakyat dan khemah akan terus dipasang.
Kain rentang turut dibentangkan seperti kebiasaan dan akan berterusan sehingga 28 April ini. Mereka mengalukan-alukan sesiapa sahaja yang menyokong perhimpunan memprotes PTPTN dan sama-sama berjuang.
Walaupun dikecam hebat, SMM akan terus nekad berada di Dataran Merdeka sehingga 28 April ini memperjuangkan isu menuntut memansuhkan PTPTN dan pendidikan percuma.
Acara anjuran SMM di Dataran Merdeka (Hari ini sehingga 28 April 2012)
Isnin: Sesi bicara Hishamudin Rais (aktivis dan bekas aktivis mahasiswa) jam 9.00 malam
Selasa: Forum pendidikan percuma, rakaman penuh MOB TV jam 9 malam
Rabu: Sesi bicara "Pencerahan" daripada Hasmi Hashim (aktivis rakyat dan penggiat seni) jam 9.00 malam
Khamis: 'Day of Prayer', semua agama bersembahyang mohon keselamatan (8 malam)
Jumaat: Malam Bersih 3.0 di Dataran Merdeka
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa penguat kuasa DBKL mengambil tindakan sewajarnya setelah penganjur demonstrasi memansuhkan PTPTN mengingkari perjanjian untuk tidak berhimpun di Dataran Merdeka di sini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, tindakan menahan dua lelaki dan merampas khemah kumpulan terbabit pada 8 pagi semalam dibuat setelah pihak penganjur kumpulan itu memungkiri janji, yang ditandatangani antara penganjur kumpulan itu, Mohd Fahmi dan DBKL pada 1.15 pagi semalam.
Katanya, Mohd Fahmi menuntut barangannya seperti beberapa khemah, kain rentang dan lain-lain barangan daripada DBKL pada awal pagi itu setelah DBKL merampasnya pada 21 April lepas.
"Pada 8 pagi semalam, mereka kembali mendirikan 16 khemah di tempat yang sama dan selaras dengan amaran yang telah diberikan, pegawai saya merampas semula barangan mereka dan melakukan tangkapan ke atas Mohd Fahmi kerana dia turut berada di dalam khemah itu," katanya.
Ketika pegawai penguatkuasa DBKL mengiringi Mohd Fahmi untuk dibawa ke balai polis bagi membuat laporan, tiba-tiba datang seorang lelaki, Umar menghalang tugas pegawai berkenaan.
Akibatnya kedua-duanya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi dengan Umar didakwa menghalang tugas penjawat awam bertugas manakala Mohd Fahmi ditahan kerana melanggar Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 iaitu berkumpul tanpa permit dan kesalahan mendirikan khemah mengikut Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974.
Ibrahim Ali dakwa umat Melayu pecah kerana Anwar
23 April 2012
KUALA LUMPUR - Dengan penubuhan gerakan Tolak Individu Bernama Anwar
Ibrahim (Tibai) diharapkan mereka dapat bergerak ke seluruh negara
dengan memberi penjelasan kepada seluruh rakyat siapa sebenarnya Datuk
Seri
Anwar Ibrahim, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
"Kerana dia (Anwar) umat Melayu berpecah-belah, DAP dapat untung, Pas
hancur, tindak tanduk dia mempecah-belahkan kuasa politik orang Melayu
inilah yang saya tidak boleh terima.
"Tibai ini ibarat anak kandung Perkasa sebab saudara Zahid (Bekas Naib
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Zahid Md Arip) sendiri adalah ahli
tertinggi Perkasa.
"Kita harap Anwar tidak diberi kebenaran untuk memimpin negara,"
katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Tibai di Kelab
Sultan Sulaiman di sini malam tadi.
Sementara itu, Muhammad Zahid berkata beliau sanggup bertanding
menentang Anggota Parlimen Permatang Pauh itu (Anwar) pada Pilihan Raya
Umum akan datang sekiranya diberi kebenaran oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Dianggarkan lebih 3,000 orang yang hadir pada majlis pelancaran itu.
Tibai ditubuhkan bersama oleh 28 individu antaranya Senator Mohd Ezam
Mohd Noor, Anggota Parlimen Kulim-Bandar Bahru Datuk Zulkifli Nordin,
Datuk S. Nalakaruppan, Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, bekas
Setiausaha Sulit Anwar Anuar Shaari, Ketua Penerangan Perkasa Ruslan
Kassim, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah, Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor Hamidzun Khairuddin, bekas pembantu
Anwar Rahimi Osman dan Ng Lum Yong. - Bernama
23 April 2012
KUALA LUMPUR - Kelab menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan
sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai,
dilancarkan secara rasmi hari ini dengan pemimpinnya bertekad mahu
mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kelab itu dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Dalam ucapan pendahuluannya, Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong Anwar, Ketua Umum PKR, dengan tertubuhnya Tibai, yang membawa maksud gasak, hentam atau bantai.
"Saya tidak gentar dengan ugutan dan hentaman oleh penyokong Anwar walaupun menerima kecaman dan hentaman di Facebook dan Twitter," katanya.
Muhammad Zahid berkata, matlamat kelab ini untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada PRU13 akan tetap diteruskan.
Sehubungan itu, beliau turut menyatakan kesediaan untuk bertanding melawan Anwar di kerusi Permatang Pauh pada PRU13.
Anwar memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya kecil Ogos 2008.
"Jika Perdana Menteri memberikan peluang untuk saya bertanding di sana, saya sedia untuk berdepan dengan Anwar," katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.
Muhammad Zahid juga memberi jaminan Tibai akan turun pada PRU13 untuk memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Majlis pelancaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, dihadiri kira-kira 3,000 penyokong dan 28 Ahli Majlis Syura Tibai.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor tidak dapat turut serta.
Pada majlis tersebut, beberapa bekas pemimpin PKR diberikan peluang untuk berucap sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Kata Muhammad Zahid, walaupun Tibai menyokong Umno, mereka bertindak menubuhkan kelab ini tanpa pengaruh sesiapa kecuali atas kesedaran menyelamatkan negara daripada Anwar.
"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar," katanya.
Pada sidang media mengumumkan penubuhan kelab itu pada 18 April lalu, Tibai yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu daripada arus politik perdana.
Tibai akan memfokus empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Antara lain, Tibai juga disertai Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman.
23 April 2012
Kelab Tibai mahu lawan Anwar di PRU13

DBKL mahu ambil tindakan ke atas mahasiswa
23 April 2012
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menyediakan
kertas siasatan untuk mendapatkan perakuan Timbalan Pendakwa Raya bagi
membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap wakil mahasiswa
didapati melanggar peraturan - berkumpul dan mendirikan khemah di
Dataran Merdeka.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, DBKL
mempunyai bukti lengkap berhubung salah laku yang dibuat oleh kumpulan
berkenaan walaupun sudah diberikan nasihat dan amaran supaya
menghentikan tindakan mereka.
Menurutnya, tindakan merampas khemah yang dilaksanakan DBKL semalam
dibuat setelah notis kesalahan dan tawaran kompaun atas kesalahan
meletakkan barang-barang tanpa kebenaran di tempat awam yang dikeluarkan
terhadap mereka tidak diendahkan.
"Pada 21 April 2012, pada jam 5.15 petang, DBKL sekali lagi mengarahkan
mereka mengosongkan kawasan bagi memberi laluan kepada ambulans diraja
yang diarah bertugas sempena konset pada malam itu.
"DBKL merampas barang mereka setelah mereka ingkar arah pengosongan dan
barang dituntut semula pada 22 April jam 1.15 pagi oleh Mohd Fahmi Reza
Mohd Zain yang mana dia telah menandatangni borang akuan tindakan
sebelum barangan mereka dikembalikan. Pada masa itu, dia juga diberi
maklum akan berhadapan dengan tindakan DBKL jika mereka masih berkumpul
dan meletakkan barang-barang berkenaan," katanya pada sidang media di
sini pagi tadi.
Pada sidang media sama, beliau turut menjelaskan situasi sebenar
insiden pagi semalam yang mana tindakan rampasan dilakukan sekali lagi
apabila mendapati kumpulan itu masih berkumpul di Dataran Mereka.
Penguat kuasa DBKL yang mengiringi Mohd Fahmi ke balai polis Dang
Wangi, juga telah dihalang oleh seorang awam membawa kepada penahanan
dua individu itu oleh pihak berkuasa.
Ahmad Fuad dalam masa sama turut menyatakan kesediaan memberi kebenaran
kepada Bersih 3.0 menggunakan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan
Bola Sepak Cheras untuk berhimpun, tetapi bukan di Dataran Merdeka.
23 April 2012
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali
sebagai PTPTN menjadi isu hangat sejak awal April 2012. Sekilas pandang
menerusi perbincangan di laman sosial Facebook khususnya dan blog-blog
secara umumnya, adalah menjadi sesuatu yang memeranjatkan apabila
peratusan sokongan terhadap pengekalan dan pemansuhan PTPTN adalah
hampir sekata. Bagaimana pula dengan anda?
Tidak mahu untuk saya terlibat dalam perbahasan panjang untuk dikekal atau dimansuhkan PTPTN tetapi lebih suka untuk saya membawa pembaca kepada fokus yang ketiga; iaitu ‘tambah baik’ PTPTN. Secara tidak langsung, kenyataan saya di atas jelas. Kekalkan PTPTN? Ya. Mansuhkan PTPTN? Juga ya, tetapi kepada beberapa faktor pemansuhan dan penambahbaikan.
Siapa tidak mahu sesuatu yang percuma? Rata-rata suka akan perkara percuma termasuklah saya sendiri tetapi terkadang pernahkah kita sendiri merasa puas sekiranya sesuatu perkara itu kita kecapi hasil daripada titik peluh usaha kita sendiri? Perkara asas untuk kita fahami ialah, hutang tetap wajib dibayar kecuali pihak pemiutang menghalalkan segala hutang kita.
Perkara pokok untuk kita hapuskan pada PTPTN ialah kos pengurusan 1% atau sekarang lebih dikenali sebagai ujrah-upah. Sememangnya kos 1% tersebut telah dikemaskini daripada 3% sebelum ini tetapi 1% tersebut tetap tidak relevan untuk dikenakan ke atas mahasiswa. Walau selantang mana pun PTPTN menyatakan 1% tersebut bukanlah kos faedah, realitinya 1% tidak perlu untuk dikenakan ke atas peminjam. Pengiraannya mudah sahaja, sekiranya peminjam meminjam RM14,000 untuk kos pengajian, maka ujrah 1% ke atas peminjam tersebut adalah RM140 setahun. Tetapi bagi mereka yang meminjam RM28,000 pada sepanjang tahun pengajian, maka mereka perlu untuk membayar RM280 setahun. Anda faham akan perkiraan tersebut bukan? Kos ujrah tersebut meningkat dengan meningkatnya nilai pinjaman. Persoalannya ialah, mengapa tidak diselaraskan sahaja satu nilai walau sebanyak mana pun nilai pinjaman? Secara umumnya, peminjam perlu untuk melunaskan segala pinjaman dalam jangka masa 10 ke 15 tahun setelah tamat pengajian. Bolehlah anda mengira sendiri jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu dilunaskan termasuk kos ujrah tersebut, kononnya.
Buat makluman semua, para graduan yang telah menandatangani perjanjian 3% perlu untuk membuat perjanjian semula bersama PTPTN untuk menukarkan kos pengurusan 3% kepada 1%. Apa yang terjadi sekarang ini ialah, graduan yang belum sempat menukarkan perjanjian tersebut walau apa pun alasan mereka telah dikenakan cas tersebut setiap bulan tanpa mereka sedari! Ya, dan perkara tersebut terjadi kepada sahabat rapat saya sendiri yang dikenakan cas RM65 sebulan kerana masih terikat dengan perjanjian lama. Beliau lambat untuk menukarkan perjanjian sedia ada sedangkan RM65 tersebut tidak termasuk jumlah pinjaman semasa, dan dalam erti kata lain, peminjam telah dikenakan faedah setelah beberapa bulan menamatkan pengajian. Mungkin anda boleh menyemak nama anda di laman web PTPTN bagi mereka yang mengambil mudah untuk menukar perjanjian tersebut.
Penghapusan kadar 1% tersebut sudah tentulah sesuatu yang kecil bagi pihak kerajaan berbanding subsidi RM43 billion dengan jumlah tanggungan RM4 billion ke RM6 billion setahun berdasarkan perangkaan untuk 2012/2013. Nilai tersebut sudah tentu membantu ribuan graduan berbanding membantu seorang ahli korporat yang telah menjadi liabiliti kepada Malaysia Airlines sebanyak RM8 bilion tetapi telah dihapus kira hutangnya oleh kerajaan sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta walaupun tiga tahun lalu beliau telah diarahkan untuk melunaskan hutang tersebut oleh pihak mahkamah. Sistem sebegini perlu diubah, sistem yang memenangkan mereka yang berduit; tidak bagi rakyat biasa yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mengapa kerajaan boleh memberikan jutaan ringgit pelepasan kepada seorang yang sememangnya sudah berharta dan melakukan kesilapan pengurusan tetapi tidak bagi mereka yang tidak semewah mereka yang berada dan tidak mempunyai sebarang kepentingan ekonomi?
Perkara kedua yang perlu ditambah baik adalah, jadikan PTPTN sebagai pinjaman pemboleh ubah. Selain tidak perlu untuk membayar faedah untuk pinjaman, malah pinjaman tersebut boleh dikurangkan berdasarkan keputusan akhir peperiksaan. Sememangnya langkah kerajaan untuk memberikan pelepasan kepada 11,764 graduan yang mendapat kelas pertama setakat 31 Disember 2011 adalah satu langkah bijak untuk membantu mahasiswa cemerlang yang gagal untuk mendapatkan biasiswa. Walau bagaimanapun, jumlah 11,764 graduan tersebut hanya mewakili berapa peratus daripada jumlah keseluruhan graduan? Haruslah diingat, kebanyakan mahasiswa yang sememangnya cemerlang dalam akademik telah pun ditaja oleh mana-mana pihak sama ada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Intel, Petronas dan sebagainya. Pada hemat saya, lebih berbaloi untuk pihak kerajaan menjadikan PTPTN seperti MARA yang mana graduan akan membayar kos pengajian berdasarkan keputusan akhir peperiksaan. Jangan hanya fokuskan kepada mereka yang hanya mendapat kelas pertama sahaja tetapi kelas kedua atas, bawah dan sebagainya. Sediakan satu jadual pembayaran balik mengikut keputusan akhir pinjaman. Secara tidak langsung, mahasiswa akan lebih fokus terhadap pelajaran sekurang-kurangnya berusaha mendapatkan PNGK 3.0 dan ke atas bagi membolehkan mereka mengurangkan pembayaran balik 50% ke 60% sebagai contoh.
Mungkin juga PTPTN boleh menjalankan kajian terperinci untuk memberikan pelepasan 100% bagi mereka yang tidak mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama tetapi kelas kedua atas yang aktif dalam aktiviti kokurikulum samaada sukan, kepimpinan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya. Sememangnya manusia dilahirkan dengan kebijaksanaan serta bakat yang berbeza-beza dan kepelbagaian kebijaksanaan dan bakat ini perlu diraikan bersama. Sekiranya cadangan ini boleh diterima pakai, satu sistem yang efektif perlu disediakan bagi menilai keaktifan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum.
Isu disenaraihitam juga perlu untuk dikaji semula. Nama disenaraihitamkan bukanlah sesuatu perkara kecil, ia boleh memberi kesan seumur hidup kepada para graduan. Bayangkan mereka yang baru berusia lewat dua puluhan tetapi telah disenaraihitamkan? Permudahkanlah urusan pembayaran balik walaupun sekadar RM50 sebulan. PTPTN bukanlah sama seperti institusi kewangan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara dan tidak sepatutnya mempunyai kuasa seperti bank-bank. PTPTN juga seharusnya berkerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk selalu menyemak pangkalan data bagi memastikan mereka yang telah melunaskan pembayaran balik dibersihkan nama.
Jumlah RM43 bilion yang diperdebatkan bukanlah suatu angka yang kecil. Bukanlah saya ingin menidakkan pendidikan tinggi percuma tetapi saya lebih cenderung untuk memperjuangkan peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat. Kita yang berada di bandar tidak merasa jerih perih mereka yang berada di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. Jumlah tersebut perlu disalurkan dahulu kepada mereka daripada kita yang telah mendapat peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti. Teringat saya ketika satu konvensyen yang pernah saya hadiri bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa, MPM seluruh IPTA di Universiti Tun Hussein Onn, UTHM. Tatkala sebahagian MPM melontarkan isu kelebihan MPM, MPM daripada Sabah dan Sarawak khususnya bercakap tentang kedaifan sekolah di kawasan sekitar mereka. Jangan kita bandingkan sekolah rendah di sekitar Putrajaya, walhal sekolah menengah di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak pun masih lagi berdindingkan kayu, berlantaikan tanah, berbumbungkan daun nipah. Sesungguhnya mereka lebih memerlukan dana RM43 bilion tersebut.
Perlu untuk diperjelaskan berkenaan isu PTPTN ini bukan sekadar pemansuhan PTPTN tetapi kelebihan pendidikan percuma kepada mahasiswa. Sememangnya mereka ingin PTPTN dimansuhkan tetapi diganti dengan pendidikan tinggi percuma yakni yuran dipercumakan. Mungkin kerajaan mampu untuk memansuhkan PTPTN dan mengecualikan yuran universiti tetapi kita perlu mengkaji, kebanyakan besar mahasiswa juga menggunakan wang pinjaman tersebut untuk kos sara hidup, membeli buku, pengangkutan dan sebahagian yang membayar sewa rumah bagi yang tidak mendapat penginapan di dalam kampus dan sebagainya. Adakah suatu hari nanti kita akan meminta pula untuk diberikan wang saku percuma? Adakah pengecualian yuran hanya kepada IPTA bukannya IPTS? Bagaimana pula dengan Kolej Komuniti, Pusat Kemahiran dan sebagainya? 20 IPTA di Malaysia tidak mampu untuk menampung semua mahasiswa dan bukannya semua mahasiswa IPTS adalah berlatar belakangkan keluarga berada. Sekiranya PTPTN dihapuskan serta merta dan mahasiswa IPTS disisihkan daripada kelebihan pendidikan percuma, tidak mustahil, ramai yang akan tercicir untuk melanjutkan pelajaran. Umum mengetahui, kos pengajian di IPTS adalah lebih mahal daripada IPTA.
Dasarnya, PTPTN tidak perlu dihapuskan secara terus tetapi sistem yang sedia ada perlu untuk ditambah baik. Hapuskan caj pengurusan 1% dan jadikan pinjaman sebagai pinjaman boleh ubah berdasarkan keputusan akhir peperiksaan dan mudahkan urusan pembayaran balik pinjaman. Bagi yang meminjam, hutang tetap perlu dilunaskan. Adakah mereka yang menuntut untuk menghapuskan PTPTN ini telah membayar walaupun 1 sen? Jangan hanya memikirkan untuk membeli rumah, kereta dan gajet-gajet mewah tetapi leka dan alpa dalam membayar hutang sedia ada. Adalah tidak adil bagi mereka yang komited membayar balik pinjaman sedikit demi sedikit sedangkan mereka yang tidak pernah membayar pinjaman dilepaskan terus daripada pinjaman.
23 April 2012
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan turut
memantau semua modul latihan ESQ Leadership Training walaupun panel
syariah ESQ sudah ditubuhkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu akan diselaraskan di setiap negeri tetapi akan berpusat di peringkat kebangsaan, iaitu bawah seliaan Jakim.
Menurutnya, panel syariah ESQ akan meneliti kesemua modul ESQ yang sudah enam tahun bertapak di Malaysia, namun pemantauan lebih khusus diperlukan supaya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
“Majlis fatwa sememangnya sudah sedia wujud dan diselaraskan di setiap negeri. Tetapi semua ini akan berhimpun di bawah Jakim dan keputusan akan dibuat bersama.
Buat masa ini, panel khas sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan memantau semua kandungan modul latihan ESQ. Selain memantau pergerakan, Jakim juga bertindak dalam membuat pertimbangan terhadap semua modul tersebut supaya tidak wujud perkara yang boleh memesongkan akidah,” katanya kepada media, hari ini.
Katanya, Jakim meletakkan kepercayaan penuh kepada lima panel, iaitu bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman; bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talip; bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot; bekas Mufti Kedah, Datuk Paduka Syeikh Hasbullah Abd Halim dan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Adnan Mohamed Yusoff.
Jelasnya, modul sedia ada tidak menghadapi sebarang masalah dan tidak menerima sebarang laporan berhubung apa-apa isu melibatkan ESQ.
Sebelum ini, alumni ESQ 165 menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan segera ke atas modul latihan ESQ 165 yang dijalankan di Malaysia sejak enam tahun lalu.
Pihak itu mengatakan wujud faktor dikatakan boleh menyesatkan akidah terdapat dalam modul ESQ 165 dan mengakui kebenaran difatwakan Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Jun 2010.
PTPTN: Kekal atau mansuh atau tambah baik?

Jakim patau semua modul latihan ESQ

Tiada ulasan:
Catat Ulasan