Tiada sebab DBKL nafi hak rakyat - Mapim
Harakahdaily, | 26 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 April:
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kerjasama untuk memberi hak
demokrasi kepada rakyat untuk berkumpul di Dataran Merdeka.
“Tidak ada sebab kenapa DBKL harus bersikap keras untuk menafikan hak rakyat berkumpul di tempat bersejarah itu untuk menyatakan sikap mereka terhadap masa depan negara,” kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) kepada Harakahdaily.
Katanya, jika benar DBKL perlu memastikan agar perhimpun itu berlaku dengan tertib, maka sepatutnya perbincangan untuk mengatur agar peserta perhimpunan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak ditetapkan bersama.
Menurutnya, pihak DBKL harus memahami bahawa rakyat sekarang sudah matang untuk menilai hak mereka dan hak demokrasi yang telah ditertera dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menambah, hasrat Bersih 3.0 jelas dan bersifat aman kerana ia bukan suatu perarakan tetapi hanya perhimpunan untuk duduk dan bantah.
Mapim, ujarnya melihat keazaman rakyat untuk menuntut pilihan raya ke-13 akan datang berjalan dengan bersih, adil dan telus sesuai dengan demokrasi yang diterima sebagai sistem yang diamalkan di negara ini, perlu dihormati.
“Sesungguhnya gelombang rakyat untuk melihat transformasi politik yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak hanya retorik kosong tidak boleh dibendung, malah akan bermanfaat kepada negara dan generasi mendatang jika rakyat semakin mengetahui peranan mereka dalam politik negara,” katanya lagi.
Beliau menambah, DBKL harus tahu bahawa sebagai agensi yang ditugaskan untuk menguruskan pembangunan bandaraya juga bertanggungjawab untuk menjadikan KL sebagai kota yang mesra rakyat sekaligus mesra demokrasi.
Menurutnya lagi, pengalaman Bersih 2.0 yang menunjukkan betapa provokasi bukan berlaku dari rakyat akan tetapi akibat tindakan kasar pihak keselamatan yang keterlaluan, meningkatkan lagi keazaman rakyat untuk terus menuntut hak dalam ruang demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.
“Mapim mengambil berat bukti yang telah ditunjukkan oleh pelbagai pihak berkait dengan pendaftaran pengundi yang penuh dengan kepincangan, menyebabkan pilhan raya yang bakal berlaku untuk kali ke-13 akan tercatit sebagai pilihan raya yang paling kotor jika tuntutan pembersihan daftar pengundi tidak dilakukan,” katanya.
Ditambah lagi, katanya amalan kerajaan yang terang-terangan menyalahguna semua kemudahan awam untuk berkempen dan memaksa kakitangan awam patuh kepada arahan parti politik pemerintan, menunjukkan demokrasi di negara ini tidak bermakna dan boleh dimomokkan oleh dunia.
“Bukan sahaja kerajaan dan parti yang memerintah di peringkat pusat menggunakan semahunya semua kemudahan awam seperti institusi pendidikan, media awam, agensi awam serta kewangan negara dengan berselindung dibalik acara rasmi, malah penafian hak parti lawan untuk mengadakan perhimpunan aman juga dilakukan tanpa memperakui hak mereka yang dijamin dalam Perlembagaan,” katanya.
Justeru, katanya Mapim dengan itu menggesa agar DBKL mengambil sikap lebih professional dan tidak tunduk kepada arahan parti politik pemerintah.
“Mahu tidak mahu pihak DBKL perlu tahu bahawa kuasa rakyat adalah keramat dan suara rakyat perlu dihormati bila rakyat membuat pilihan menukar kerajaan yang mereka mahu,” ujarnya.

Rugi RM50 juta, henti beri tanah kepada KPRJ
Harakahdaily, | 26 Apr 2012 |
JOHOR BAHRU: Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) menuntut
Kerajaan Negeri Johor menghentikan pengurniaan tanah kepada Kumpulan
Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Menurut setiausaha Tanah Suhaizan Kaiat, ia kerana GLC itu didakwa telah gagal mengurus jual beli tanah sehingga kerugian mencecah RM50 juta.
"KPRJ telah menjual dua lot tanah dengan pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kelemahan ini telah menyebabkan KPRJ kerugian RM49.79 juta.
"Pengerusi KPRJ yang juga Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman hendaklah menjelaskan kepada rakyat kenapa beliau membenarkan penjualan tanah yang merugikan rakyat khususnya rakyat Negeri Johor," katanya kepada Harakahdaily.
Kerugian dan kelemahan KPRJ itu juga jelas Suhaizan turut direkodkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 muka surat 160 dan 161.
Laporan audit menyatakan :
“Mengikut amalam terbaik, penilaian perlu dibuat terhadap setiap tanah yang dijual bagi mempastikan pulangan hasil yang terbaik. Semak Audit terhadap Master Agreement bertarikh 30 Mei 2007 antara KPRJ dengan Credence Resources Sdn Bhd(CRSB), Danga Bay Holding Sdn Bhd(DHB) dan Danga Bay Sdn Bhd (DBSB) mendapati KPRJ telah menjual sembilan bidang tanah seluas 229.9 hektar pada harga RM 160.09 juta.
Semakan audit mendapati dua daripada sembilan bidang tanah tersebut telah dijual pada harga RM22.38 juta berbanding penilaian Jabatan Perkhidmatan Dan Penilaian Harta (JPPH) yangbernilai RM72.17 juta iaitu perbezaan sejumlah RM49.79 juta atau 222.5%. Harga jualan juga lebih rendah berbanding penilaian firma juruukur sebanyak RM73.81 juta atau 329.8%.“
KPRJ bagaimanapun sebelum ini memberi alasan bahawa pihaknya menggunakan penilaian yang telah dibuat oleh JPPH pada tahun 1999 bagi tanah yang terletak bersebelahan.
Harga pada tahun 1999 bagi tanah bersebelahan ini telah menjadi asas kepada KPRJ untuk menjual 2 lot tanah tersebut.
"Persoalannya kenapa KPRJ tidak mendapatkan penilaian semasa daripada JPPH sebelum jualan dibuat dan hanya mengambil jalan mudah menggunakan penilaian tanah 8 tahun yang lalu?
"Penjualan pada harga lebih rendah daripada harga pasaran yang menyebabkan kerugian KPRJ hampir RM50 juta merupakan suatu penjualan luar biasa, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh rakyat negeri Johor," tegas Suhaizan.
Gesaan sama ujar Suhaizan akan dimasukkan sebagai salah satu tuntutan dalam Himpunan Tanah Rakyat yang akan diadakan pada 5 Mei 2012 jam 2 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Ahmad Said tak sedar Dun T'ganu lulus bajet zoo?
Harakahdaily, | 26 Apr 2012 |
KUALA TERENGGANU, 26 April: Menteri Besar Terengganu
Datuk Seri Ahmad Said semalam seperti cuba memutar belitkan isu
belanjawan kepada zoo yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
sedikit masa dahulu.
Isu belanjawan sebanyak hampir RM100 juta yang telah diluluskan oleh dewan itu telah dibangkitkan oleh wakil Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS), tulis Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di dalam blognya, http://dunbpayong.blogspot.com.
Beliau membangkitkan belanjawan yang begitu besar jumlahnya (walaupun belum dibelanjakan lagi) hanya untuk zoo, sepatutnya ditumpukan dahulu kepada persoalan kemanusiaan lain yang lebih penting.
Ahmad kemudiannya bangun menuduh Syed Azman telah berbohong dengan mereka cerita tentang jumlah hampir RM100 juta itu di dalam dewan.
Akan tetapi apabila Syed Azman bangun menyatakan bahawa apa yang beliau bangkitkan itu adalah perkara yang telah diluluskan oleh dewan satu ketika dahulu, Ahmad hanya meneruskan ucapannya tanpa memperbetulkannya.
Dengan sikap Yang Dipertua (YDP) Dewan yang dilihat tidak memihak Syed Azman, maka permohonan Syed Azman agar YDP mengarahkan Ahmad menarik balik tuduhan dia berbohong tidak dilayan.
Sementara itu permohonan pembangkang agar kerajaan menyatakan secara terperinci tentang syarat-syarat persetujuan penamatan saman royalti antara kerajaan negeri dengan Petronas juga ditolak.
Sidang Dewan telah dipendekkan kepada hanya dua hari iaitu 24 dan 25 April setelah cadangan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Ahmad Razif Abd. Rahman agar sidang hari ketiga dimasukkan ke dalam hari kedua diterima.

Mengapa Umno BN perlu jadi pembangkang selepas PRU13?
Roketkini.com, | 26 Apr 2012 |
Berulang-ulang kali kita mendengar daripada kem Barisan Nasional
bahawa mereka memerlukan majoriti yang besar untuk menjadi sebuah
kerajaan yang ‘kuat’. Mengapa? Kerana ia akan membolehkan mereka
berbuat sesuka hari sebagaimana yang telah dilakukan sejak beberapa
dekad lalu.
Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia kita dapat melihat apa yang akan terjadi jika sebuah kerajaan itu terlampau besar dan ‘kuat’. Stalin, Hitler, Mao Zedong dan yang seangkatan dengannya juga telah berdakwah tentang bertapa pentingnya sebuah kerajaan yang ‘kuat’ dan kita tahu bagaimana keadaan dalam negara tersebut.
Adakah kerajaan yang ‘kuat’ boleh menjadi kerajaan yang baik?
Dalam sebuah kerajaan yang ‘kuat’ sedemikian, rakyat hilang suara dan kuasa; yang paling berkuasa adalah mereka yang di tampuk kuasa yang menghalalkan segala-galanya atas nama rakyat, termasuk mempergunakan kaum, agama dan ‘kebangsaan’.
Pada hari ini UMNO-BN memegang rekod dunia untuk parti pemerintah yang ‘dipilih’ oleh rakyat paling lama di dunia. ‘Pilihan’ rakyat itu dibuat melalui pilihan raya yang tidak adil, kotor dan berat sebelah d mana agensi kerajaan dan media massa dipergunakan sepenuhnya untuk berkempen bagi pihak parti pemerintah.
Hasilnya, lama kelamaan ia berjaya mempengaruhi dan lebih teruk, ,mengawal segala institusi-institusi penting negara tanpa sebarang imbangan adil atau ‘check and balance’.
Masih ingatkah kita dengan krisis kehakiman pada tahun 1988 yang amat memualkan dan menjijikkan di mana pimpinan negara memecat dan mempermainkan hakim-hakim besar demi kepentingan politik mereka?
Masih ingatkah kita dengan penyalahgunaan undang-undang zalim seperti ISA yang digunakan terhadap pesaing politik semata-mata kerana UMNO-BN tidak mampu menjawab hujah dengan hujah?
Semua ini berlaku kerana kerajaan pada ketika itu terlalu ‘kuat’. Kerajaan menang pilihan raya secara kotor dan tidak adil, kemudian menggunakan kemenangan besar yang dipaksakan itu untuk melakukan kezaliman. Rakyat hidup dalam ketakutan dan terpaksa merelakan penyelewengan, salah guna kuasa, perkauman dan sebagainya.
Apabila rakyat memberi ruang kepada pembangkang
Hari ini kita melihat pelbagai ‘reformasi’ dan ‘transformasi’ sedang dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak – ada yang serius, ada yang main-main, ada pula yang merupakan muslihat politik. Apa pun Najib terpaksa melakukannya akibat kuasa pembangkang yang semakin kuat di Parlimen yang mewakili tuntutan dan aspirasi rakyat.
Tidak seperti UMNO-BN yang mahukan penentangan yang minima di Dewan Rakyat dan juga menggunakan segala muslihat jelik untuk menutupi segala penyelewengan dan skandal, Pakatan Rakyat telah berikrar bahawa mereka mahukan sebuah pembangkang yang kuat.
Maka tidak mustahil, dengan kesedaran dan kehendak rakyat, UMNO-BN perlu bersedia untuk menjadi pembangkang yang kuat dalam pilihan raya umum akan datang. Sudah tiba masanya untuk kita mengembalikan semula keluhuran proses demokrasi di negara kita.
Bila UMNO-BN menjadi pembangkang…
Pertama, sudah tiba masanya UMNO-BN menjadi pembangkang yang baik untuk menghargai peranan tersebut. Kita dapat lihat pada hari ini hegemoni kepartian yang amat ketara di Parlimen hasil pemerintahan kuku besi yang diamalkan BN.
Amalan hari ini menunjukkan setiap Ahli Parlimen hanya boleh menyokong dan tidak boleh membangkang apa-apapun yang dikemukakan oleh pimpinan parti mereka di Parlimen. Sesiapa yang mempunyai pendapat sendiri atau cuba membawa pandangan para pengundi kawasan wakil rakyat itu yang bertentangan dengan pendirian UMNO-BN, Ahli Parlimen itu akan dikenakan tindakan disiplin.
Kedua, sekiranya UMNO-BN menjadi pembangkang, barulah mereka akan lebih menghargai dan menghormati peranan pembangkang dalam sistem kerajaan dan demokrasi di mana mereka benar-benar membawakan isu-isu rakyat, dan bukannya untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.
Jika dahulu mereka mengamalkan rasuah daripada akar umbi hingga pucuk pimpinan tertinggi, mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan rasuah menggunakan wang rakyat, tetapi terpaksa membongkarkan pula rasuah dalam kerajaan baru, jika ada penyelewengan dan salah guna kuasa.
Dan untuk memenangi hati dan minda rakyat, mereka harus menjauhi rasuah dan mesti dilihat bersih untuk memenangi semula hati rakyat yang telah menolak mereka.
Ketiga, dengan menjadi pembangkang, barulah UMNO-BN benar-benar dapat muhasabah diri untuk berubah. Kerana kita lihat sejak 2004 apabila UMNO-BN berjanji untuk berubah, ia bukan sahaja di takok lama, malah penyelewengan, salah guna kuasa dan keangkuhan semakin menjadi-jadi hingga hari ini. Semuanya itu kerana UMNO-BN masih merasa diri hebat di puncak kuasa.
Bersihkan Malaysia
Sistem demokrasi memang ada sedikit-sebanyak cacat-celanya kerana ia boleh melahirkan pemerintahan kuku besi kumpulan majoriti atau ‘tyranny of the majority’ tetapi dalam amalan hari ini, demokrasi yang matang sudah pun melahirkan nilai-nilai tambahan seperti kebebasan, keadilan, hak asasi, peluang saksama, keadilan sosial dan pelbagai jaminan hak untuk memastikan kumpulan majoriti tidak menindas minoriti.
Pada hari ini kerajaan UMNO-BN terlalu berkuasa sehingga wang rakyat menjadi milik sang penguasa dan lebih teruk lagi maruah negara ini telah digadai dan dikhianati. Demi mengekalkan kuasa politik, beratus ribu kad pengenalan dikatakan telah diberikan kepada warga asing.
Dulu masalah ini hanya di Sabah sahaja di bawah ‘Projek IC’ yang telah didokumenkan secara lengkap. Namun ia masih cuba disembunyikan oleh kerajaan pusat UMNO-BN. Hari ini masalah itu telah menular ke Semenanjung. Malah, perhimpunan aman BERSIH yang telah diadakan dan akan terus dilakukan antara lain bertujuan menghapuskan amalan keji ini.
Jika kita sayangkan negara ini, tiada cara lain untuk membersihkan dan menyelamatkan Malaysia, UMNO-BN harus dijadikan pembangkang selepas PRU13.
DAP bersama Pakatan Rakyat tidak akan mengharamkan UMNO-BN, jauh sekali melakukan kezaliman-kezaliman untuk membalas dendam. Dengan perkataan lain, Pakatan tidak mahu mengulangi sejarah perit menjadi UMNO-BN yang menekan rakyat sendiri.
DAP bersama Pakatan Rakyat sedar peranan pembangkang teramat penting dalam sistem demokrasi untuk memastikan keluhuran dan idealismenya dilaksanakan bagi memastikan kerajaan pusat dapat mentadbir dengan baik dan adil.

Pemuda PAS Wilayah sedia sambut tetamu Bersih 3.0
Harakahdaily, | 26 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR:
Mungkin perhimpunan aman Bersih 3.0 adalah jalan terakhir buat rakyat
untuk menyelamatkan Malaysia dari sebarang penipuan dan penodaan
terhadap nilai demokrasi negara.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kehadiran semua peserta perhimpunan Bersih 3.0 ‘Duduk Bantah’ ke Dataran Merdeka pada 28 April ini.
DPPWP menganggap kehadiran semua tetamu yang hadir sama ada peserta Bersih 3.0, wakil-wakil media, pemerhati dan NGO antarabangsa serta pemimpin parti politik bakal memeriahkan suasana ibukota Kuala Lumpur pada tarikh tersebut, kata Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Katanya, DPPWP amat kagum dengan kesungguhan rakyat dari pelbagai peringkat yang berusaha hadir ke Dataran Merdeka pada tarikh tersebut.
“Meskipun sendat dengan pelbagai jadual kehidupan, mereka sanggup mengosongkan tarikh bagi memberi laluan kepada perhimpunan gergasi ini.
“Malah mereka sanggup berdepan dengan risiko ditahan, ditangkap, dicederakan dan pelbagai kemungkinan lain,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, kehadiran peserta ke perhimpunan Bersih 3.0 menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam menerima alur politik negara.
Menurutnya, rakyat sudah semakin celik maklumat dan amat mudah memahami situasi politik dalam negara ini yang berada dalam keadaan gawat.
Beliau menambah, landskap politik negara yang sudah tersasar jauh dari landasannya, perlu segera diselamatkan sebelum terlewat.
“DPPWP bersama rakan-rakan dari Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di Wilayah Persekutuan bersedia menyambut tetamu pelbagai peringkat ini dengan kemampuan yang ada,” ujarnya.
Oleh yang demikian, kata beliau kawasan-kawasan di sekitar Wilayah Persekutuan telah menyediakan penginapan yang terdiri dari markaz PAS kawasan-kawasan, Pasti serta rumah aktivis tempatan.
Selain itu, katanya DPPWP menasihatkan para pemandu perkhidmatan awam dan juga pengguna jalan raya agar mencari laluan alternatif menjelang 28 April sebagaimana biasa dibuat oleh kerajaan apabila ada aktiviti besar diadakan di ibu negara bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan.
“Para peniaga juga diseru agar tidak merasa bimbang untuk meneruskan perniagaan mereka kerana rekod perhimpunan bersih yang diadakan sebelum ini tidak ada yang mengecewakan sesiapa.
“Malah hasil jualan mereka mungkin akan berlipat kali ganda daripada hari lainnya,” katanya.
Akhirnya, ujar beliau DPPWP mengajak anak-anak muda supaya menyertai perhimpunan Bersih 3.0 seramai mungkin.

Bagaimanakah saham FGVHB bakal diagihkan?
Dr. Rosli Yaakop, | 26 Apr 2012 |
Akhbar media baru, Malaysiakini semalam (Rabu, 25 April
2012) melaporkan Pengerusi Felda sebagai berkata bahawa FGVHB bakal di
senaraikan Jun ini tanpa penglibatan KPF bagi mengambil manfaat maksimum
dari harga komoditi yang memuncak sekarang. Selepas bulan Jun, harga
komoditi dijangka menurun dan dikhuatiri harga saham syarikat berasaskan
komoditi seperti FGVHB, akan turut jatuh. Juga dilaporkan pengumuman
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Perdana Menteri
Malaysia akan mengumumkan durian runtuh kepada peneroka dalam satu
program di Felda Jengka 8 pada 8 Mei ini. Durian runtuh itu akan
dibayar dalam bentuk tunai dan saham – mungkin tunai sebelum
penyenaraian dan saham selepas penyenaraian.
Tiada keraguan peneroka pasti mendapat durian runtuh kerana Perdana Menteri telah menjanjikan demikian. Seluruh Malaysia malah seluruh dunia sudah tahu. Tidak boleh beliau “flip-flop” lagi. Kalau tidak ditunai, ia pasti akan membawa padah buruk kepada Perdana Menteri. Ingat, undi warga Felda adalah simpanan tetap UMNO.
Soalnya: Berapa banyakkah durian runtuh itu? Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa durian runtuh yang bakal diterima peneroka “bukan kecil tetapi besar dan dibayar bukan sekali tetapi dua kali.” Malah Perdana Menteri pernah berkata bahawa “tidak terbayang oleh peneroka betapa besarnya durian runtuh itu.” Bloger-bloger pro-UMNO meramalkan antara RM10,000 ke RM50,000.
Sumber terpercaya memberitahu saham FGVHB bakal diagihkan seperti Jadual 1:
Jadual 1: Agihan Terbitan Primari Saham FGVHB
Dari jadual 1 di atas perkara berikut boleh diperhatikan:
Felda melupuskan segala kepentingannya di dalam FGVHB. Sebagai balasan, Felda mendapat bayaran sekali sahaja (one-off payment) berjumlah RM10 bilion terdiri dari RM2.4 bilion (bayaran pelupusan kepentingannya dalam FHB kepada FGVHB dan RM7.6 bilion (penjualan sahamnya dalam FGVHB sebanyak 1.3 bilion unit pada harga RM5.85 se saham). Tinggallah Felda sebagai badan berkanun tanpa sebarang perniagaan kecuali – mungkin – menguruskan tanah peneroka sahaja. Jumlah ini hanya mampu menampung 5 tahun perbelanjaan Felda (purata RM2 bilion setahun) pada saiz Felda yang ada sekarang. Itu pun sekiranya wang itu tidak digunakan untuk maksud-madsud lain. Selepas ini, kalau Felda mahu terus wujud, ia perlu disuntik dengan wang pembayar cukai.
Dua bakal pemegang saham terbesar FGVHB ialah IHC dan rakan kongsi strategik, masing-masing memegang 37% dan 20% saham FGVHB dengan jumlah kawalan majoriti sebanyak 57%. Saham 37% itu adalah balasan bagi pelupusan 51% harta KPF di dalam FHB. IHC memegang saham berkenaan kononnya bagi pihak KPF dan Amanah Saham Felda (ASF) yang bakal ditubuhkan supaya “saham itu tidak tergadai.” Sebagai balasan, IHC bakal “membayar” KFF dan ASF dengan redeemable preference shares (RPS) yang tidak membawa kuasa mengundi. Maknanya, kuasa menguruskan saham itu diberikan kepada IHC secara mutlak. Kecuali saham itu dijual, KPF tidak mendapat apa-apa “capital gain” dari penyenaraian FGVHB. Apabila FGVH mengeluarkan dividen nanti, KPF akan mendapat 37% dari jumlahnya ditolak fi perkhidmatan dan lain-lain caj oleh IHC. Saham milik KPF, kalau diagihkan kepada 209,913 ahli KPF, maka pada puratanya, setiap orang bakal mendapat 6,026 unit saham se orang (kira-kira 6 lot). Ini hanya milikan atas kertas yang tidak boleh dijual, bermakna ahli koperasi tidak mendapat apa-apa keuntungan pun daripada penyenaraian.
Pekerja Felda sebagai satu kumpulan, melalui borang merah jambu bakal diperuntukkan 86 juta saham (2.5%), bermakna, secara purata, setiap pekerja berpeluang membeli 3,440 unit saham atau lebih kurang 3 lot (jumlah pekerja Felda berjumlah 25,000). Pada harga terbitan RM5.85 se saham, pekerja perlu menyediakan RM20,124 seorang (jumlah: RM0.5 bilion) untuk membeli saham ini. Tentunya pinjaman bank akan disediakan tetapi bila membeli saham dengan pinjaman, kemungkinan untuk menjual saham dengan segera amat tinggi kerana peminjam ingin mengurangkan beban hutang. Boleh dijangkakan saham ini akan dijual di pasaran sekondari. Jika selepas disenarai, saham ini boleh dijual pada harga RM8.00 se saham, pekerja Felda akan mendapat keuntungan (lepas tolak hutang bank) sekitar RM200 juta, atau RM8,000 se orang.
Tiada peruntukan melalui borang merah jambu kepada peneroka. Kalau peneroka berminat untuk membeli saham FGVHB, mereka kenalah bertanding dengan orang ramai. Kerana saham yang diperuntukan kepada pelabur runcit amat kecil (68 juta unit atau 2%), peluang untuk mendapat saham amat tipis. Kalau bernasib baik, pembeli runtik akan dapat sekadar satu lot (1,000 unit saham).
Saham yang diperuntukkan khusus kepada Bumiputera (melalui MITI) agak besar – 393 juta unit atau 11.5%. Hatta, kalau saham ini kesemuanya diagihkan kepada peneroka Felda yang seramai 112,635 orang itu, setiap seorang, pada puratanya, akan mendapat 3,489 unit saham (hampir 4 lot). Kecuali diagihkan secara percuma, tidak ramai peneroka yang mampu membeli sampai 4 lot kerana kosnys ialah RM23,400. Tetapi sumber terpercaya memberitahu saham ini bakal diperuntukkan kepada “sekumpulan pelabur terpilih” (bukan peneroka) yang besar kemungkinan terdiri daripada penama-penama yang mewakili sebuah parti politik yang pinjaman banknya telah disediakan untuk mereka. Pada harga RM5.85 se saham, pembelian saham ini melibatkan kos RM2.3 bilion. Kalau selepas penyenaraian, saham ini boleh dijual pada harga, misalnya, RM8.00 se saham, ialah menghasilkan keuntungan kasar hampir RM850 juta. Oleh yang demikian, yang bakal mengaut keuntungan besar dan segera dari penyenaraian FGVHB ialah “sekumpulan pelabur terpilih” ini. Ini untuk belanja PRU13.
Pelabur institusi bakal menguasai saham FGVHB bila disenaraikan. Sebagai satu kumpulan, kerajaan-kerajaan negeri (15%), IHC (37%), pelabur-pelabur institusi yang lain (12%) dan rakan kongsi strategik (20%), mengawal 84% dari jumlah saham. Pelabur-pelabur ini sedia membolot saham-saham yang bakal dijual pelabur peruncit.
Wang yang masuk ke akaun FGVHB dari penyenaraian berjumlah RM4.4 bilion dan kalau ditolak hutang bank sebanyak RM2.4 bilion (digunakan untuk membuat bayaran prapenyenaraian kepada Felda), tinggallah RM2 bilion sahaja. Inilah yang akan digunakan untuk mengembangkan aktiviti perniagaannya ke peringkat global. Jumlah ini dikira kecil. (Nota: RM2.4 bilion dipinjam dari bank untuk membayar Felda apabila Felda melupuskan kepentingan dalam FHB). Oleh yang demikian, tujuan utama penyenaraian FGVHB bukanlah untuk menjana dana bagi mengembangkan perniagaan.
Agihan di atas adalah pada peringkat terbitan primari (primary issues). Tentunya bila perdagangan bermula (pasaran sekondari), saham FGVHB akan bertukar tangan – ada yang menjual dan ada yang membeli dan ada pula yang tidak menjual mungkin menunggu harga naik ke paras cukup tinggi baru hendak dijual. Pendeknya, bila disenaraikan, sesiapa sahaja boleh memilik sekeping kertas bernama saham itu. Sudah tidak ada jaminan bahawa harta peneroka akan kekal di dalam tangan mereka. Pelabur bukan dari kalangan peneroka boleh menguasai kepentingan di FGVHB.
Adalah diyakini bahawa wang sejumlah RM2.4 bilion bakal diperolehi Felda sebelum penyenaraian adalah untuk membayar durian runtuh kepada peneroka. Kalau wang ini dihabiskan, peneroka Felda yang seramai 112,635 orang itu bakal menerima RM21,307.76 seorang. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri “tidak terbayang oleh peneroka betapa besarnya durian runtuh itu.” Ada kemungkinan peneroka akan dibayar jumlah ini kerana “undi mereka telah menjadi mahal” kerana ianya amat diperlukan oleh UMNO-BN yang sudah terlalu tersepit (desparate) untuk mempertahankan kuasa.
Dimanakah Felda akan mendapatkan saham FGVHB untuk diagihkan kepada peneroka? Sumber terpercaya memberitahu, FGVHB memiliki opsyen untuk menerbitkan 100 juta unit saham lagi kepada IHC di bawah “greenshoe option” (kebenaran menerbitkan lebih saham dari jumlah asal). Ini bermakna setiap peneroka akan diperuntukkan 8,878 unit saham (kira-kira 9 lot). Ini melibatkan kos RM51,936. Dirasakan tidak ramai peneroka yang mampu walaupun pinjaman bank disediakan. Sepatutnya, saham itu diagihkan percuma kepada setiap peneroka kalaulah sebeanrnya ia durian runtuh. Kalau peneroka kena bayar, itu bukan durian runtuh.
Jelas, FGVHB disenaraikan dan mesti disenaraikan dalam bulan Jun ini juga kerana UMNO memerlukan dana segera untuk membeli undi warga Felda dalam PRU13 yang telah terlalu hampir.

|
Pemegang Saham |
Selepas Terbitan Awam (IPO), Tawaran untuk Jualan (OFS) oleh Felda tetapi tidak termasuk Tawaran Greenshoe Option oleh IHC |
||
|
|
Unit Saham (j.) |
Nilai Saham @RM5.85 se unit (RM b.) |
% |
1 |
Felda |
0 |
0 |
0 |
2 |
IHC (Memegang bagi pihak KPF dan ASF) |
1,265 |
7.4 |
37.0 |
3 |
Kerajaan-Kerajaan Negeri |
513 |
3.0 |
15.0 |
4 |
Rakan Kongsi Strategik |
684 |
4.0 |
20.0 |
5 |
Pekerja (Pink Form) |
86 |
0.5 |
2.5 |
6 |
Pelabur Runcit (pengundian) |
68 |
0.4 |
2.0 |
7 |
Pelabur Bumiputera (MITI) |
393 |
2.3 |
11.5 |
8 |
Pelabur Institusi Lain |
411 |
2.4 |
12.0 |
|
Jumlah |
3,420 |
20.0 |
100.0 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan