Pemuda PAS dakwa ada bukti polis belasah peserta
Dewan
Pemuda PAS Selangor mendakwa mempunyai bukti video dan gambar yang
didakwa menunjukkan keganasa polis dalam menangani peserta perhimpunan
BERSIH 3.0 yang berlangsung semalam di ibu kota.Ketuanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, pergerakan itu kini sedang bersedia untuk mengambil tindakan susulan ke atas kerajaan dan anggota polis berkenaan berdasarkan bukti berkenaan.
"Dewan Pemuda PAS negeri Selangor mempunyai pembuktian secara video dan bergambar yang menunjukkan siri keganasan pihak PDRM membelasah peserta himpunan aman BERSIH 3.0.
"(Pemuda PAS Selangor) bersedia untuk mendedahkannya sekiranya pihak PDRM masih lagi mahu berbohong tentang suasana yang berlaku semasa kejadian tersebut.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga akan berbincang dengan pihak peguam sekiranya boleh diambil sebarang tindakan susulan terhadap pihak polis dan kerajaan berdasarkan pembuktian tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang mengutuk keras "tindakan ganas dan keterlaluan" polis itu mengesali kejadian melibatkan kenderaan polis yang didakwa melanggar peserta perhimpunan.
"Kejadian kenderaan polis digunakan untuk melanggar peserta himpunan BERSIH 3.0 adalah satu tindakan provokasi pihak polis yang paling tidak beradab dan amat-amatlah dikesali," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dengan merujuk insiden yang berlaku pada anggaran jam 4.19 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhubung tindakan orang ramai menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.
"Pihak PDRM masih lagi tidak mengambil pengajaran daripada kejadian semasa himpunan aman BERSIH 2.0 yang menyaksikan pihak polis telah didapati tidak profesional dalam menangani peserta himpunan tersebut," kata Hasbullah lagi dalam satu kenyataan.
PKR mahu Najib tanggungjawab dakwaan serangan
Naib
presiden PKR N Surendran berkata serangan yang didakwa dilakukan polis
ke atas wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 menunjukkan
kerajaan tidak ikhlas dalam meningkatkan kebebasan media.
Beliau mendakwa, pasukan polis dengan sengaja dan secara sistematik menjadikan para wartawan sebagai sasaran serangan dalam perhimpunan berlangsung semalam.
"Motif gangguan dan serangan fizikal ini adalah untuk mengelakkan wartawan daripada merakam kekerasan, kegasan dan serangan polis ke atas orang awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mendakwa dalam kejadian berkenaan, polis melakukan penahanan ke atas wartawan daripada laman Malaysiakini, akhbar Guan Ming dan juga Malay Mail.
Selain itu, polis juga merosakkan kamera dan merampas rakaman daripada wartawan Nanyang, stesen TV Channel News Asia, Al Jazeera, akhbar Makkal Osai dan laman Merdeka Review, dakwanya.
Dengan itu, beliau menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas "tindakan jenayah" ke atas petugas media itu.
"Serangan yang diselaras sebegitu dan juga serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri.
"Kami menuntut supaya Najib mengeluarkan jaminan segera bahawa kerajaan BN akan menghormati kebebasan media dan menghentikan segala campurtangan dengan media yang menjalankan tugas mereka," tambahnya.
Katanya lagi, serangan berkenaan melanggar peruntukan yang menjamin hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Tindakan polis langkau perintah mahkamah
Khairil Abdul Rahim, | 29 Apr 2012 |
TEMERLOH, 29 April:
PAS mengecam tindakan ganas polis terhadap peserta Bersih 3.0 semalam
kerana melangkaui perintah mahkamah sedangkan mereka berhimpun untuk
menuntut keadilan dalam pilihan raya umum (PRU).
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perintah mahkamah tidak mengizinkan perhimpunan di Dataran Merdeka sebaliknya tindakan polis pula meliputi kawasan lain.
(Tuan Guru Abdul Hadi menerima cenderahati daripada Tuan Ibrahim selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau.)
“Bayangkan tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia dilepaskan di Datarn Maybank, Masjid Jamek dan berhampiran Masjid Negara dan dalam keadaan peserta sudah mahu bersurai.
“Mereka yang berhimpun di ibu negara bukan suka-suka tetapi menuntut sistem yang adil dalam PRU yang amat dipertikaikan pada masa ini sedangkan ketelusan dalam sistem pemilihan pemimpin amat penting dalam sesebuah negara demokrasi,” katanya.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu berucap mengulas kekecohan dan provokasi perhimpunan duduk bantah di Kuala Lumpur semalam, semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya dalam Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau di Darul Hikmah, Kerdau di sini hari ini.
Mesyuarat Agung kali ke-26 tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, melahirkan rasa hairan setelah Bersih 3.0 dianggap tiada ancaman oleh Menteri Dalam Negeri dan diluluskan akta perhimpunan yang baru seiring dengan transformasi dibawakan Perdana Menteri, sebaliknya menerima reaksi dan layanan yang keras daripada polis.
“Rakyat berhimpun menuntut sistem yang adil adalah mencegah mungkar. Mungkar bukan saja minum arak tetapi juga penipuan dalam sistem memilih pemimpin.
“Sepatutnya semua pihak sedar bahawa 8 tuntutan Bersih adalah demi untuk memastikan pemimpin benar-benar dipilih secara adil, mewakili rakyat dan tanpa sebarang penipuan yang akhirnya dikembalikan kebaikannya kepada negara ini juga,” tegasnya.
Dalam pada itu Tuan Ibrahim turut menganggap borang pinjaman bank untuk membeli saham yang diagihkan Felda dan ditanda tangan peneroka baru-baru ini tidak sah dari segi syarak kerana mereka dipaksa dan tidak faham isi perjanjian dalam bahasa Inggeris itu.
“Ada peneroka yang menghubungi saya menyatakan rasa kesal kerana dipaksa tanda tangan borang pinjaman bank dalam bahasa Inggeris. Mereka tidak tahu jumlah pinjaman dan untuk tempoh berapa lama beerhutang.
“Tentulah peneroka yang kebanyakannya berusia lanjut itu kesal kerana dipaksa terbabit dengan riba’ kerana faedah dikenakan 6.5 % tetapi dipaksa tanda tangan. Dari segi syara’ hutang itu tak sah kerana peneroka tak faham isi perjanjian,” katanya.
Tambahnya, peneroka mengharapkan durian runtuh sebagaimana yang diuar-uarkan, malangnya hutang dan riba pula yang diberikan kepada peneroka sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Tuan Ibrahim turut mengingatkan peneroka, sebagai institusi kewangan sesebuah bank apabila menghutangkan wang mereka perlukan cagaran justeru jika jaminan saham tidak mencukupi risikonya nanti ialah slip pendapatan peneroka akan jadi cagaran.
Mengenai PRU, Tuan Ibrahim mengingatkan hampir 70% pengundi kawasan parlimen Kuala Krau terdiri daripada peneroka Felda justeru beliau meminta warga tanah rancangan itu bertindak bijaksana dengan memilih Pakatan Rakyat yang komited untuk mengubah nasib mereka dan generasi seterusnya.
KUALA LUMPUR, 29 April: PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar), berkata masa tersebut sudah mencukupi bagi kedua-duanya meletakkan jawatan ekoran terdedahnya keahlian parti politik mereka.
"Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan 'pengadil' dalam sesebuah pilihan raya," tegas Syed Azman, pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.
Perkara tersebut disokong Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi PAS Pusat.
Katanya, sebagai seorang 'pengadil', adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana 'pemain'.
"Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan," kata beliau.
Sehubungan itu, Mohamad berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, esok, di Putrajaya.

30 hari Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan
Anis Nazri, | 29 Apr 2012 |

Penyokong PAS dididik berdisiplin - TG Nik Aziz
Harakahdaily, | 29 Apr 2012 |
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat tidak yakin dakwaan ada penyokong PAS telah bertindak
ganas pada perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur semalam.
Sebaliknya kata beliau kemungkinan ada pihak lain yang memulakan tindakan tersebut.
Katanya berdasar kepada laporan didapati beberapa petugas media dipukul pihak tertentu semasa menjalankan tugas.
"Saya tak hadir semalam sebab uzur. Dari laporan yang saya terima mereka jadi begitu kerana ada sebab. Tak kan sampai keluar rumah nak tinggal anak bini sanggup buat macam itu.
"Orang PAS dididik berakhlak dan berdisiplin. Mesti ada sebab mereka jadi berang," katanya kepada media di JKR 10 petang ini.
Beliau turut melahirkan rasa dukacita terhadap insiden yang berlaku tersebut.
Sehubungan itu kata Menteri Besar Kelantan terpulang kepada pihak berkenaan untuk menyiasat perkara itu.
Sementara itu Malaysiakini melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul tujuh anggota polis semalam.
Radzi yang kini dirawat di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri.

Pemotong kawat duri macam profesional
Anis Nazri, | 29 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 April:
PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu
yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0,
semalam.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.
"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kat beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.
Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.
"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.
Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.
"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.
Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS.
KUALA LUMPUR, 29 April:
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menuntut siasatan
bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat keseluruhan perjalanan
perhimpunan Bersih 3.0 semalam.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk s Ambiga berkata, mana-mana pihak tidak wajar membuat kesimpulan awal selagi laporan menyeluruh mengenainya tidak dikeluarkan.
"Bersih mahu satu siasatan menyeluruh diadakan bagi menyiasat dari awal hingga akhir perhimpunan berlangsung.
"Mana-mana pihak jangan buat kesimpulan awal selagi laporan siasatan tidak dikeluarkan," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini.
Mengulas lanjut, Ambiga berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) harus dilibatkan dalam siasatan awam ini.
"Bersih 2.0 bersedia menghadapi sebarang siasatan daripada Suhakam," katanya sambil mengutuk keras insiden ganas yang berlaku.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respons terhadap dakwaan peserta Bersih 3.0 bertindak ganas dan mengganggu tugas polis sepanjang perhimpunan berlangsung.
Tambahnya, Bersih 2.0 mendapat maklumat terdapat beberapa individu yang diarahkan oleh pihak tertentu untuk melakukan provokasi sewaktu perhimpunan.
"Sebab itu Bersih minta siasatan dilakukan sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya yang memulakan provokasi.
"Bersih mahu individu yang mencetuskan keganasan dikenal pasti," katanya lagi.
Tegasnya lagi, perhimpunan berlangsung dalam keadaan aman sehinggalah gas pemedih mata dan meriam air dilepaskan kepada peserta di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.
"250,000 orang datang dengan niat yang baik dan dalam keadaan aman.
"Keganasan hanya bermula selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan water cannon," katanya.
Beliau turut mempersoal pihak yang bertanggungjawab memberi arahan terhadap penutupan stesen LRT Masjid Jamek dan Bandaraya serta penggunaan gas pemedih mata dan meriam air.
"Siapa yang beri arahan untuk menutup stesen LRT dan siapa yang memberi arahan kepada polis untuk lepaskan gas pemedih mata dan meriam air?" soalnya sambil menegaskan, keadaan huru-hara tidak akan berlaku jika mereka dibenarkan untuk Duduk Bantah di Dataran Merdeka dan kerjasama penuh diberikan.
Sementara itu, beliau mahu kerajaan memberi respons terhadap tuntutan rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Jangan lupa mesej rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih.
"Kerajaan mesti bagi respons terhadap tuntutan kita," katanya.
KUALA LUMPUR, 29 April:
PAS melahirkan kekesalan terhadap laporan yang disiarkan akhbar Sinar
Harian berhubung perhimpunan Bersih 3.0 yang disifatkannya 'keterlaluan'
dalam melaporkan berita sebenar.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata pihaknya kesal apabila Sinar Harian hanya melaporkan bagaimana kereta polis diterbalikkan, tanpa melaporkan kereta polis tersebut telah melanggar orang awam yang berada di kaki lima Pusat Membeli-Belah Sogo, semalam..
"Kita kesal dengan laporan Sinar Harian kali ini. Kita sebenarnya tiada masalah dengan Sinar, tapi buatlah laporan yang benar. Mengapa hanya laporkan kereta polis diterbalikkan? Kenapa tidak dilaporkan kereta itu turut melanggar orang awam? Jangan sampai kita isytihar (boikot) seperti Utusan (Malaysia)," tegas beliau pada sidang media, di Jalan Raja Laut, hari ini.
Beliau juga kesal dengan laporan Sinar Harian yang mengatakan Unit Amal PAS merempuh pihak polis di KLCC, semalam.
Katanya, pihaknya percaya Unit Amal tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana Unit Amal telah dilatih untuk menjaga keselamatan orang awam tidak kira dalam situasi apa sekalipun.
"Kamu tidak tahu bagaimana kami melatih Unit Amal ini. Unit Amal kami dilatih untuk menjaga keselamatan, dan menghalang orang awam dari melakukan sebarang provokasi. Mereka dilatih bagaimana untuk mengawal keadaan. Bagaimana boleh kamu katakan ia dilakukan Unit Amal PAS," kata beliau dalam nada kesal.
Wartawan Sinar Harian yang turut berada pada sidang media itu, pada mulanya cuba mempertahankan laporan tersebut dengan mengatakan rakan wartawannya yang berada di lokasi tersebut mempunyai gambar dan melihat sendiri rempuhan tersebut.
Bagaimanapun, setelah bersoal-jawab seketika, wartawan tersebut menyatakan pihaknya bersetuju untuk mendapatkan pengesahan daripada rakannya berhubung laporan tersebut, selain berpendapat ia (rempuhan) bukan berlaku di KLCC.
"Lihat...ia melaporkan kejadian itu di KLCC, dan anda katakan ia bukan di KLCC. Bagaimana laporan ini ditulis? Saya benar-benar kesal dengan Sinar Harian kali ini. Kalau Utusan Malaysia yang buat begini, atau akhbar Umno, saya tidak marah sangat kerana itu memang kerja mereka. Kalau bukan putar-belit, itu bukan Utusan. Ini...Sinar Harian yang selama ini kita tiada masalah," tegas beliau.
Beliau berkata, tugas wartawan umpama perawi hadis yang perlu bertanggungjawab di atas apa yang ditulisnya dan akan diperhitungkan di akhirat kelak.
Dalam pada itu, Penolong Setiausaha PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Nawawi, berkata sekiranya Sinar Harian tidak membetulkan laporannya, PAS tidak teragak-agak untuk mengambil langkah memboikot akhbar itu di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.
"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kat beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.
Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.
"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.
Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.
"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.
Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS.
Bersih 2.0 tuntut siasat menyeluruh Bersih 3.0
Hazayani Zakaria, | 29 Apr 2012 |
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk s Ambiga berkata, mana-mana pihak tidak wajar membuat kesimpulan awal selagi laporan menyeluruh mengenainya tidak dikeluarkan.
"Bersih mahu satu siasatan menyeluruh diadakan bagi menyiasat dari awal hingga akhir perhimpunan berlangsung.
"Mana-mana pihak jangan buat kesimpulan awal selagi laporan siasatan tidak dikeluarkan," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini.
Mengulas lanjut, Ambiga berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) harus dilibatkan dalam siasatan awam ini.
"Bersih 2.0 bersedia menghadapi sebarang siasatan daripada Suhakam," katanya sambil mengutuk keras insiden ganas yang berlaku.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respons terhadap dakwaan peserta Bersih 3.0 bertindak ganas dan mengganggu tugas polis sepanjang perhimpunan berlangsung.
Tambahnya, Bersih 2.0 mendapat maklumat terdapat beberapa individu yang diarahkan oleh pihak tertentu untuk melakukan provokasi sewaktu perhimpunan.
"Sebab itu Bersih minta siasatan dilakukan sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya yang memulakan provokasi.
"Bersih mahu individu yang mencetuskan keganasan dikenal pasti," katanya lagi.
Tegasnya lagi, perhimpunan berlangsung dalam keadaan aman sehinggalah gas pemedih mata dan meriam air dilepaskan kepada peserta di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.
"250,000 orang datang dengan niat yang baik dan dalam keadaan aman.
"Keganasan hanya bermula selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan water cannon," katanya.
Beliau turut mempersoal pihak yang bertanggungjawab memberi arahan terhadap penutupan stesen LRT Masjid Jamek dan Bandaraya serta penggunaan gas pemedih mata dan meriam air.
"Siapa yang beri arahan untuk menutup stesen LRT dan siapa yang memberi arahan kepada polis untuk lepaskan gas pemedih mata dan meriam air?" soalnya sambil menegaskan, keadaan huru-hara tidak akan berlaku jika mereka dibenarkan untuk Duduk Bantah di Dataran Merdeka dan kerjasama penuh diberikan.
Sementara itu, beliau mahu kerajaan memberi respons terhadap tuntutan rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Jangan lupa mesej rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih.
"Kerajaan mesti bagi respons terhadap tuntutan kita," katanya.
Bersih 3.0: PAS kesal laporan Sinar Harian
Anis Nazri, | 29 Apr 2012 |
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata pihaknya kesal apabila Sinar Harian hanya melaporkan bagaimana kereta polis diterbalikkan, tanpa melaporkan kereta polis tersebut telah melanggar orang awam yang berada di kaki lima Pusat Membeli-Belah Sogo, semalam..
"Kita kesal dengan laporan Sinar Harian kali ini. Kita sebenarnya tiada masalah dengan Sinar, tapi buatlah laporan yang benar. Mengapa hanya laporkan kereta polis diterbalikkan? Kenapa tidak dilaporkan kereta itu turut melanggar orang awam? Jangan sampai kita isytihar (boikot) seperti Utusan (Malaysia)," tegas beliau pada sidang media, di Jalan Raja Laut, hari ini.
Beliau juga kesal dengan laporan Sinar Harian yang mengatakan Unit Amal PAS merempuh pihak polis di KLCC, semalam.
Katanya, pihaknya percaya Unit Amal tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana Unit Amal telah dilatih untuk menjaga keselamatan orang awam tidak kira dalam situasi apa sekalipun.
"Kamu tidak tahu bagaimana kami melatih Unit Amal ini. Unit Amal kami dilatih untuk menjaga keselamatan, dan menghalang orang awam dari melakukan sebarang provokasi. Mereka dilatih bagaimana untuk mengawal keadaan. Bagaimana boleh kamu katakan ia dilakukan Unit Amal PAS," kata beliau dalam nada kesal.
Wartawan Sinar Harian yang turut berada pada sidang media itu, pada mulanya cuba mempertahankan laporan tersebut dengan mengatakan rakan wartawannya yang berada di lokasi tersebut mempunyai gambar dan melihat sendiri rempuhan tersebut.
Bagaimanapun, setelah bersoal-jawab seketika, wartawan tersebut menyatakan pihaknya bersetuju untuk mendapatkan pengesahan daripada rakannya berhubung laporan tersebut, selain berpendapat ia (rempuhan) bukan berlaku di KLCC.
"Lihat...ia melaporkan kejadian itu di KLCC, dan anda katakan ia bukan di KLCC. Bagaimana laporan ini ditulis? Saya benar-benar kesal dengan Sinar Harian kali ini. Kalau Utusan Malaysia yang buat begini, atau akhbar Umno, saya tidak marah sangat kerana itu memang kerja mereka. Kalau bukan putar-belit, itu bukan Utusan. Ini...Sinar Harian yang selama ini kita tiada masalah," tegas beliau.
Beliau berkata, tugas wartawan umpama perawi hadis yang perlu bertanggungjawab di atas apa yang ditulisnya dan akan diperhitungkan di akhirat kelak.
Dalam pada itu, Penolong Setiausaha PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Nawawi, berkata sekiranya Sinar Harian tidak membetulkan laporannya, PAS tidak teragak-agak untuk mengambil langkah memboikot akhbar itu di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan