'Biarlah dia mai, mungkin untuk yang terakhir'
Mohd Sabri Said, | 21 Apr 2012 |
Biarlah ia datang berulang kali ke Pulau Pinang untuk memberikan amanah kepada rakyat yang sudah bersedia mengajar kepimpinan negara yang suka menyeleweng dan perasuah, katanya.
"Dia nak mai, kita sebagai parti politk yang amalkan demokrasi kita alu-alukan. Kita tidak sekat atau buat bantahan sebab kedatangan tersebut saya anggap kedatangan yang terakhir sebagai seorang Perdana Menteri," tegasnya.
Sejak tahun ini, sudah dua kali lawatan Najib ke Pulau Pinang tidak termasuk kedatangan Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin ke Balik Pulau.
Jelas beliau, melihat kepada kekerapan beliau dan timbalanya mengunjung Pulau Pinang menandakan usaha merampas kembali Pulau Mutiara terlalu sukar.
Ini kerana, pemerintahan Ketua Menteri Lim Guan Eng sekaligus mematahkan kecemerlangan Umno suatu ketika dulu yang dianggap tulang belakang orang Melayu.
Sedangkan, sejak menjadi tulang belakang pun tiada kelebihan untuk orang Melayu bahkan harta kekayaan negeri diboloti oleh kaum kerabat dan kroni sahaja.
Katanya, kebangkitan orang Melayu tidak setahap mana dari segi perniagaan. Perumahan pula seolah menghalau kaum bumiputra sebab pembinaanya melampaui harga. Akhirnya orang Melayu lari ke negeri Kedah yang menawarkan perumahan yang agak murah.
Destinasi Perdana Menteri ke Pulau Pinang sambungnya, tidaklah kerap sangat berbanding ke negeri Perak yang bakal menyaksikan kekalahan BN pada pilihanraya umum akan datang sekaligus mengulangi kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke 12.
Penyelaras Dun Sg Dua meninggal
Mohd Sabri Said, | 21 Apr 2012 |
(Gambara kenangan: Saudara Fahmi [baju batik tengah] bersama Ustaz Khalid Man dalam satu majlis)
Jenazahnya dikebumikan selepas solat zohor tengahari ini di perkarangan masjid Tuan Haji Samad, Permatang Sungai Dua.
Menurut Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus, allahyarham merupakan aktivis yang senantiasa dekat dengan masyarakat apabila sering turun padang menyalurkan bantuan kepada golongan yang daif.
Pengorbananya terhadap parti cukup tinggi apabila dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Negeri sessi 2011-2013 serta menjawat jawatan Ketua Lajnah Alam Sekitar PAS Negeri selain sebagai pengerak utama Dun Sungai Dua sejak pilihanraya ke 11 sehinggalah sekarang.
"Pengorbanan allahyarham terhadap parti cukup tinggi dan tiada tolok bandingnya. Beliau mempunya wawasan yang tinggi dan strateji bagaimana untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), " terangnya.
Bakat kepimpina Fahmi (gambar kiri) dicungkil ketika Dewan Pemuda PAS Negeri di penghujung tahun 1990 an mengadakan program 'Sayembara Puisi' di mana beliau dilantik menjadi 'host' dalam usaha mencari 10 peserta terbaik untuk menjadi finalis 'Malam Sayembara Puisi Peringkat Negeri' di Kampung Guar Kepayang.
Bakat yang ada itu akhirnya membuatkan beliau terpilih sebagai Timbalan Pengarah Dun Sungai Dua dan
mengetuai jentera pilihanraya umum sejak 2004 sehingga beliau memberi mandat kembali kepada Haji Zahadi
Mohamad mengetuai jentera parti apabila menumpukan kerja-kerja sebagai Penyelaras Dun setelah Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang.
"Akibat sikapnya yang mesra dengan rakyat termasuk dengan kepimpinan Umno di Bahagian Tasek Gelugor menjadikan beliau seorang tokoh yang di sanjung dan dihormati. Ketiadaanya merupakan satu kehilangan besar kepada Dun, PAS Kawasan dan negeri, " ujar Zamri.
Perjuangan terakhir beliau ialah berucap di program bantah Lynas yang diadakan di hadapan Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh bersama Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan dan kepimpinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain selepas solat Jumaat minggu lepas.
Lebih 200 sertai himpunan pra Bersih
Muhammad Faizal, | 21 Apr 2012 |
(Himpunan pra Bersih 3.0 di Shah Alam hari ini)
SHAH ALAM: Rakyat hari ini hadir memberi sokongan pada Pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Shah Alam.
Himpunan yang melibatkan pelbagai kaum dan peringkat umur itu berlangsung secara aman dan bersesuai dengan tema 'Duduk Bantah' turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.
Dalam ucapannya, Dr Siti Mariah menegaskan pindaan rang undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibentangkan Khamis lalu jelas menunjukkan sikap kerajaan dan SPR yang tidak telus dan adil pada pilihanraya nanti.
"Kita lihat apa yang dibentangkan sebelum ini hanya untuk kepentingan sebelah pihak sahaja, malah tidak menunjukkan langsung sikap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihanraya adil dan bersih.
"Kita mahu apa yang dilakukan hari ini dan juga 28 April nanti akan membuka mata kerajaan serta SPR bahawa kita mahukan pilihanraya dijalankan secara adil, bersih dan telus," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga berharap SPR dapat membersihkan senarai nama daftar pemilih yang telah menimbulkan keraguan statusnya.
"Apa yang pasti melalui pindaan undang-undang tersebut, kita tidak lagi dibenarkan membina barung ataupun membuat semakan nama-nama pemilih.
"Ini akan menyebabkan pendatang asing akan terus masuk ke kawasan tempat mengundi tanpa dapat dipantau oleh pihak kita," sambung beliau lagi.
Meomentum
Sementara itu, Presiden Prorakyat Khairul Anuar Othman memberitahu himpunan hari ini merupakan satu momentun awal sebelum tibanya himpunan sebenar Bersih 3.0.
(Ronnie Liu turut berucap)
"Ini merupakan sebagai momentun awal himpunan sebelum kita semua ke Dataran Merdeka, malah apa yang kita lihat hari ini adalah sebagai isyarat yang jelas bahawa sasaran 500 ribu rakyat akan tercapai.
"Kita hadir untuk bantah terhadap sikap SPR yang tidak mahu menunaikan janji dalam memastikan daftar pemilih itu benar-benar bersih," ucapnya.
Beliau turut menyeru setiap rakyat tidak kira di mana hadir tanda sokongan kita membantah serta menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.
"Walaupun ada pihak menghalang kita berhimpun di Dataran Merdeka itu bukan halangan dan kita semua akan pastikan pada 28 April nanti menjadi satu sejarah di negara ini serta seluruh dunia bahawa rakyat mahukan satu yang adil dan telus pada pilihanraya nanti," sambung beliau lagi.
Sebelum itu, pra himpunan Bersih yang bermula jam 3 petang telah dihadiri lebih kurang 200 orang rakyat yang menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus.
Ikram turut sokong Bersih 3.0
Harakahdaily, | 21 Apr 2012 |
Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, Ikram menyokong penuh penganjuran Bersih 3.0- Duduk Bantah sebagai langkah ke arah merealisasikan perubahan dalam pilihan raya.
"Untuk memastikan bahawa perhimpunan ini benar-benar mewakili suara rakyat dan melangkaui kepentingan politik, maka Ikram menyeru agar perhimpunan ini kekal diterajui oleh gabungan NGO masyarakat madani," kata beliau dalam satu kenyataan.
Ikram turut menggalakkan ahli-ahlinya untuk turut terlibat dalam usaha memobilisasi rakyat bagi menjayakan perhimpunan Bersih 3.0.
"Ikram juga menggalak ahli terlibat ke arah mobilisasi rakyat bagi menjayakan himpunan Bersih 3.0 dan saya mengingatkan ahli menjaga disiplin dan ketinggian akhlak sepanjang himpunan," katanya.
Sabah juga sokong
Sementara itu Pengerusi Bersih Sabah 3.0, Andrew Ambrose berkata, NGO di negeri itu yang menyokong himpunan Bersih kian bertambah.
Mereka termasuklah Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah), Bangkit 2.0, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia Cawangan Sabah (Gamis Sabah), Himpunan Hijau dan parti politik di negeri itu.
“Kami juga akan berhimpun pada 28 April ini walaupun semalam polis negeri memaklumkan kami bahawa pasukan itu akan mengadakan latihan di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada tarikh yang sama.
“Kami melihat tindakan polis ini secara sengaja untuk menggagalkan himpunan Bersih di Sabah kerana sebelum ini polis memberi jaminan akan membenarkan Bersih diadakan di tempat itu,” katanya selepas sidang media Bersih 3.0 hari ini.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat berkata, Bersih 3.0 akan dilaksana di lebih 51 lokasi seluruh dunia termasuk di tujuh nandar Australia dan 14 bandar Amerika secara serentak 28 April ini.
PAS akan terus sertai Duduk Bantah
Salmiyah Harun, | 21 Apr 2012 |
Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu berkata, keputusan Bersih 3.0 untuk berhimpun juga merupakan keputusan PAS.
"PAS akan ikut keputusan Pak Samad dan jawatankuasa Bersih 3.0. Kita serah kepada jawatankuasa itu," katanya kepada Harakahaily.
Beliau juga mengulangi apa yang diungkapkan oleh Pak Samad "kalau tak bagi duduk dan bantah, Dataran Merdeka akan jadi dataran penjajah".
Beliau yang sedang mengadakan pertemuan dengan PAS Kota Kinabalu, berkata, halangan DBKL itu tidak akan mematahkan semangat rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya yang adil.
"Rakyat tidak perlu mengalah walaupun tidak dibenarkan, bahkan mereka harus hadir dalam himpunan itu nanti," katanya.
DBKL tak perlu takut
Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Dr Hatta Ramli berkata, DBKL tidak perlu takut kerana rakyat yang datang pada Sabtu depan hanya duduk dan bantah.
"Mereka datang duduk dan bantah, bukannya hendak cangkul padang Dataran Merdeka tu, jadi apa masalahnya hendak halang pula?" katanya.
Tegasnya, apa halangan sekali pun rakyat tetap berhimpun di sana kerana itulah medan untuk rakyat suarakan hak mereka.
"Kita warganegara Malaysia, kita hendakkan kemakmuran dan kemakmuran itu sepatutnya ada," tegasnya.
Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah menerima surat DBKL pada pagi Khamis.
Surat tersebut memberi alasan permohonan Bersih 2.0 tidak diluluskan kerana aktiviti yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan penggunaan Dataran Merdeka yang telah ditetapkan oleh DBKL.
Menurutnya, acara-acara yang dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka hanyalah acara-acara yang bertahap Nasional sahaja, contohnya sambutan hari Kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan dan acara-acara lain yang setaraf dengannya.
Keputusan DBKL itu tidak mengejutkan Jawatankuasa Bersih 3.0 dan keputusan itu sebagaimana dijangka sebelum ini, malah mereka akan teruskan himpunan duduk bantah Sabtu depan.
Kita kerja mahu pahala bukan dosa free
http://nanbinjai.blogspot.com, | 21 Apr 2012 |
MEMANG
kita kerja nak cari duit tetapi itu termasuk rezeki Allah Taala sama
ada Allah mahu bagi lebih atau kurang kepada kita. Maka peru bagi kita
membetulkan niat kita kerja kerana Allah bukan kerana duit.
Sebelum itu saya jelaskan bahawa tlisan ini mahu menjawab berita berkenaan dengan NGO Tibai yang saya tulis. Saya berniat berita itu untuk memberitahu bukan mengatakan Anwar pemimpin seks dan liwat. Ia menjadi keliru kerana satu perkataan `kononnya' telah dibuang daripada berita itu.
Bila kerja kerana Allah rezeki tu Allah yang bagi. Kita tak kerja pun Allah bagi rezeki kita kerja pun kalau Allah nak tark rezeki ditimpanya musibah atau ujian atas kita. Tak da juga rezeki yang kita kata kononnya kita dapat tetap tiap-tiap bulan.
Oleh kerana kita rasa kerja kita tak sangkut paut dengan Allah maka kita mudah-mudah fitnah orang, serang peribadi orang.
Kita tak rasa berdosa kerana apa? Kerana pemikiran kita sudah sekular. Kita rasa kehidupan kita terasing daripada Islam. Terasing daripada dosa dan pahala. Inilah kehidupan yang diajar Umno.
Pas mahu membetulkan fikiran sekular ini. Mahu menjadikan umat Islam tahu dosa dan pahala dalam setiap perbuatan dan kehidupan.
Takut dosa dan neraka bila kita buat fitnah orang. Sentiasa bekerja untuk tambah pahala bukan sahaja tambah duit. Duit tu memang Allah akan bagi bila ada usaha.
Jadi bila ada kawan saya mula tegur story saya yang disiar dalam protal pro Umno, saya katakan saya tidak kata Anwar lakukan seks atau liwat.
Sebab story asal saya berbunyi begini, KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang baru ditubuhkan semata-mata mahu menghentam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya `tabiat buruk’ pemimpin itu membabitkan isu seks dan liwat.
Ada perkataan `kononnya' tetapi perkataan itu telah dibuang jadi nampak sangat penulis mengata Anwar pemimpin seks dan liwat.
Saya tidak mahu menanggung dosa orang edit berita itu. Saya akan persoal diakhirat iaitu mahkamah keadilan. Atas dunia dia boleh tunjuk kuasa kerana dunia Malaysia sekarang gila dengan duit. Duit menguasai pertimbangan akal dan ilmu serta akhlak. Malah dia boleh atasi neraka dan syurga, dosa dan pahala.
Kalau dia takut neraka dia tidak akan buat macam tu.
Tajuk saya juga lain iaitu `Mursyidul Am Tibai kata ditubuh untuk hentam Anwar'. Saya mahu memberi tahu kepada pembaca satu maksud rangkai nama yang baik bersama dengan nama buruk huduh dan ganas. Cantik sangat ke `tibai'.
Pada saya berita itu lebih kepada melapor untuk memberitahu anda ada lagi satu NGO yang serang peribadi orang.
Maka labih baik anda doa keburukan sahaja kepada NGO ini. Tidak memberi manfaat kepada ummah. Malah ia pencetus pemusuhan dan pergaduhan.
Kumpulan seumpama ini sudah tidak mampu berhujah maka peribadi orang jadi sasaran. Mereka hanya mengata kononnya orang buruk tetapi tidak boleh membuktikan.
Mengata orang tanpa bukti jadi fitnah. Fitnah boleh membawa pemusuhan. Malah ulama kata ia lebih teruk dari membunuh.

Mesyuarat Maipp tidak sah hanya mainan Umno
Mohd Sabri Said, | 21 Apr 2012 |
GEORGETOWN:
"Tidak timbul mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp)
dua hari lepas tidak sah kerana yang hadir dalam majlis berkenaan
adalah Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Undang-Undang Kerajaan
Negeri," kata Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man (gambar).
Baginya, semua itu mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak habis-habis mencernakan keadaan menjadi lebih kelam kabut dalam isu perlantikan YDP Maipp.
“Padahal isu ini bukan isu besar sehingga boleh menjadikan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng goyang,” katanya.
Ketika ditanya selepas ceramah Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Permatang Pauh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Cermai, Pekan Permatang Pauh malam tadi, Saleh menambah, Umno dan BN termasuk beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diperkudakan sudah kering modal untuk menghentam Pakatan Rakyat.
"Takkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri boleh duduk dalam mesyuarat yang tidak sah.
“Mereka lebih tahu berbanding datangnya dari mulut kepimpinan Umno yang masih tidak percaya kekalahan mereka pada pilihanraya ke 12," terang beliau.
Saleh berkata, hasil perbincangan dalam mesyuarat tersebut beberapa perkara telah dibangkit dan mendapat persetujuan bersama.
“Cuma pelaksanaanya sahaja akan dibawa sekali lagi dalam mesyuarat penuh Maipp mungkin setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi jawatan YDP,” katanya.
Justeru itu tambahnya, rakyat mesti memberikan peluang lagi kepada Kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan agendanya dengan harapan membaiki urus tadbir supaya memudahkan pelaksanaannya kelak.
apa lagi mau kata!!!!!
50 tahun depa jaga Johor hinggakan Johor digelar sebagai 'kubu terkuat' umno be end.... rupa-rupanya betul lah macam kawan2 aku kata "di mana umno kuat, di situ rakyat merempat"....
mungkin hanya sebab 7 keluarga saja kot... itu sbb tak perlu di layan sangat...

macam ni cara jaga kebajikan rakyat!!!!!
http://bancuh.blogspot.com, | 21 Apr 2012 |
apa lagi mau kata!!!!!
50 tahun depa jaga Johor hinggakan Johor digelar sebagai 'kubu terkuat' umno be end.... rupa-rupanya betul lah macam kawan2 aku kata "di mana umno kuat, di situ rakyat merempat"....
mungkin hanya sebab 7 keluarga saja kot... itu sbb tak perlu di layan sangat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan