Isnin, 16 April 2012

ADAKAH BETUL LAGI BENAR MENYOKONG BENDA SALAH...BENARKAH@BOLEHKAH KITA MENYOKONG PERKARA MAKSIAT...LEBIH2 LAGI JADI PENGANJUR

PTPTN: Mahasiswa berhimpun hingga suara mereka didengari

Anis Nazri foto Afix Redzuan, 14 Apr 2012


(Mahasiswa berkhemah menuntut kerajaan memenuhi tuntutan mereka)

KUALA LUMPUR, 14 April: Sekumpulan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma di negara bertindak memasang khemah di Dataran Merdeka, sementara menunggu perhimpunan Bersih 3.0, 28 April ini.

Mereka juga bernekad tidak akan berganjak dari Dataran sehingga pihak kerajaan turun padang menemui mereka bagi mendengar keluhan mahasiswa terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu pada mulanya berkumpul di persekitaran Masjid Jamek Kuala Lumpur, sebelum berarak ke kompleks membeli-belah Sogo.
Sepanjang Jalan Raja Laut menuju Sogo, kumpulan lebih 500 mahasiswa itu melaungkan pelbagai slogan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya, antaranya 'Hidup Mahasiswa', 'Jahanam Kapitalis', 'Najib Altantuya', 'Mansuh PTPTN', 'Bangkit Mahasiswa' sambil memegang pelbagai kain rentang.

Tiba di Sogo, kumpulan tersebut mula berucap bagi menyatakan pendirian mereka terhadap PTPTN yang disifatkan mereka hanya melahirkan 'graduan hutang'.

Sebelum itu, mereka meletakkan kalungan bunga pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tindakan tersebut dikatakan sebagai simbolik  kepada 'kematian' peranan dua menteri tersebut dalam usaha menyelesaikan isu PTPTN yang dibantah mahasiswa.

Antara pemimpin mahasiswa yang berucap Pengerusi SMM, Mohd Safwan Anang; dan mahasiswa yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim.

Kumpulan itu kemudiannya kembali berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan memasang lima buah khemah di Dataran serta mendirikan solat Asar berjemaah.

Kira-kira 30 anggota polis hanya memerhatikan kumpulan mahasiswa tersebut berhimpun tanpa sebarang provokasi daripada mereka.

Sementara itu, Safwan ketika ditemui media, berkata himpunan hari ini sebagai tanda amarah rakyat terhadap isu PTPTN yang didakwa lebih memberi keuntungan kepada kapitalis, sekaligus membebankan mahasiswa.

Ketika ditanya mengapa perhimpunan hari ini turut mengaitkan isu PTPTN dengan kepimpinan kerajaan sedia ada, Safwan berkata sekiranya mahasiswa mahu mengubah kerajaan, itu merupakan hak mereka sebagai pengundi.

"Kita tidak tahu bebanan masing-masing, tapi fokus isunya ialah PTPTN.  Kalau mahu ubah kerajaan, itu hak mereka.  Kita pun setuju, kalau kerajaan tidak mahu memberikan komitmen tentang hal (PTPTN) ini.  Kita kata kerajaan perlu diubah,  dan ia mesej jelas daripada mahasiswa," tegas beliau.

Justeru, kata beliau mahasiswa akan terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga pihak kerajaan respons terhadap tuntutan mereka.

"Kita akan teruskan protes ini di sini.  Kalaupun dihalau, kita akan meneruskan protes.  Kalau bukan di sini, di tempat lain yang akan diputuskan nanti," kata beliau.

Himpunan mahasiswa ini turut disertai pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Tian Chua; Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat RasipRozan; dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj.

Manakala, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dijangka hadir ke Dataran Merdeka, malam ini bagi menyatakan sokongan kepada golongan mahasiswa.

Pemuda tegas mahu PTPTN diganti pendidikan percuma

Salmiyah Harun, 14 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 14 April: Dasar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencekik darah mahasiswa hari ini wajar dimansuhkan dan diganti dengan skim yang menawarkan pendidikan percuma.

Perkara itu dipersetujui oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)  dalam mesyuarat bulanan kali ke-12 yang berlangsung di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang tadi.

Memberi pendidikan percuma, jelas Ketua DPPM Nasruddin Hassan  adalah sebagaimana ditegaskan dalam konsep Negara Berkebajikan PAS.

Tambahnya, melalui Konsep Negara Berkebajikan PAS, beliau yakin ada formula bagaimana kaedah pemansuhan PTPTN akan menjadi kenyataan.

Katanya, setiap rakyat negara ini berhak mendapat pendidikan, dan ia boleh diberi percuma sekiranya urustadbir kewangan negara dilakukan dengan telus dan berhemah.

"Memberi pendidikan percuma kepada rakyat, sekali gus kerajaan mengangkat bebanan rakyat. Pada waktu itu mereka tidak perlu serah leher kepada PTPTN berbeza dengan hari ini rakyat terpaksa pinjam PTPTN," katanya dalam sidang media.

DPPM juga yakin pendidikan percuma boleh diberi kepada setiap rakyat negara ini jika sumber hasil negara boleh dijana dengan baik kemudian disalurkan kepada pendidikan negara.

"Negara sebenarnya ada dana, malangnya dana itu dilalirkan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Andai dana ini diuruskan dengan baik percayalah kita dapat menjaga perolehan negara, apatah lagi memberi pendidikan percuma," katanya.

Jelas Nasruddin, PTPTN boleh dihapuskan sekiranya rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

"Hari ini kita menang selepas tidak bermakna kita terus hapus PTPTN, kita kena rawat dulu perolehan negara, tengok keadaan keluar masuk wang negara dengan betul. Proses ini perlu," katanya.

Beliau turut menegaskan isu PTPTN perlu ditangani dengan segera memandangkan ia berkait dengan masa depan anak muda yang terus dibenani dengan hutang walaupun setelah tamat pengajian.

"Kadar faedah yang dikenakan dari semasa ke semasa, dari hutang RM20,000 meningkat RM30,000 tidak ubah seperti along memburu peminjam-peminjam," katanya dalam sidang media.

Sehubungan itu, Timbalannya Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata sistem di dalam PTPTN disifatkannya mempunyai unsur-unsur perniagaan.

Katanya, rakyat perlu mengubah mentaliti kerajaan supaya jangan hanya mementingkan keuntungan sehinggakan sanggup perniagakan sistem pendidikan.

"Sebagai contoh, dulu orang tidak ramai menggunakan perkhidmatan penerbangan kerana tiket MAS mahal, tetapi hari ini semua orang boleh terbang sebab ada Air Asia. Mentaliti mahukan setiap orang boleh terbang.

"Jadi mentaliti kerajaan perlu diubah, jika kerajaan mahukan setiap orang dapat pendidikan, dia boleh bagi pendidikan percuma," katanya.

AMK sokong mahasiswa tuntut pendidikan percuma

Anis Nazri, 14 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 14 April: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, hari ini menyokong penuh tindakan ratusan mahasiswa yang mengadakan perhimpunan bagi menuntut pendidikan percuma di negara ini.

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus, berkata Pakatan Rakyat mempunyai formula tertentu bagi menyelesaikan hutang pinjaman PTPTN sebanyak RM24.7 bilion membabitkan hampir 651,000 mahasiswa.

Tegas beliau kepada media, Pakatan Rakyat berkeyakinan hutang ini boleh diselesaikan dengan baik sekiranya sumber kewangan negara diurustadbir secara berhemah dan telus.

Merujuk kepada Laporan Audit Negara 2009 yang mendedahkan berlakunya ketirisan sebanyak RM28 bilion, Nazree berkata sekiranya ketirisan tersebut tidak berlaku, wang tersebut boleh disalurkan ats tujuan pendidikan kepada mahasiswa negara ini.

"Atas sebab itu kita berkeyakinan, isu PTPTN ini boleh diselesaikan dengan kita berusaha mengambil dari beberapa sumber, seperti ketirisan tadi, contohnya," tegas beliau, ketika ditemui di perhimpunan mahasiswa, di ibu kota, lewat petang tadi.

Selain menyebut keuntungan Petronas yang menjangkau RM90 bilion juga boleh dijadikan salah satu sandaran bagi menyalurkan pendidikan percuma kepada mahasiswa, Nazree berkata Pakatan Rakyat begitu prihatin atas setiap keperitan para mahasiswa di negara ini.

"Jika kita memilih untuk membayar hutang PTPTN itu sebanyak RM2 bilion setahun sekalipun, secara ansuran 10 tahun contohnya, kita sudah mampu untuk menyelesaikan keseluruhan hutang mahasiswa terbabit," jelas beliau lagi.

Beliau turut menambah, mahasiswa yang berusia 20 hingga 25 tahun kini, sudah mula menanggung hutang hampir RM20000, yang jelas membebankan mahasiswa.

Sambil mengulangi komitmen Pakatan Rakyat dalam menawarkan pendidikan percuma kepada mahasiswa, Nazree berkata sekiranya BN berjanji untuk menurunkan harga minyak apabila parti itu menang dalam pilihan raya umum ke-13, maka Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN.

Sebelum itu, hampir 500 mahasiswa berhimpun di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur dan kompleks membeli-belah Sogo bagi menuntut pendidikan percuma kepada mereka.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu pada mulanya berkumpul di persekitaran Masjid Jamek Kuala Lumpur, sebelum berarak ke Sogo.

Sepanjang Jalan Raja Laut menuju Sogo, kumpulan lebih 500 mahasiswa itu melaungkan pelbagai slogan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya, antaranya 'Hidup Mahasiswa', 'Jahanam Kapitalis', 'Najib Altantuya', 'Mansuh PTPTN', 'Bangkit Mahasiswa' sambil memegang pelbagai kain rentang.

Tiba di Sogo, kumpulan tersebut mula berucap bagi menyatakan pendirian mereka terhadap PTPTN yang disifatkan mereka hanya melahirkan 'graduan hutang'.

Sebelum itu, mereka meletakkan kalungan bunga pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tindakan tersebut dikatakan sebagai simbolik  kepada 'kematian' peranan dua menteri tersebut dalam usaha menyelesaikan isu PTPTN yang dibantah mahasiswa.

Antara pemimpin mahasiswa yang berucap Pengerusi SMM, Mohd Safwan Anang; dan mahasiswa yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim.

Parti ajaran sesat: Pemuda PAS sedia muzakarah

Salmiyah Harun, 14 Apr 2012

(Nasrudin....sedia bermuzakarah dan buat road show)

KUALA LUMPUR, 14 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersedia untuk menerima cabaran mana-mana pihak dari Umno  untuk bermuzakarah dalam isu  PAS: parti ajaran sesat yang sedang dipropagandakan oleh Umno Terengganu.

Ketuanya Nasruddin Hassan berkata, Umno sengaja menciptakan propaganda itu dan ia tidak perlu diperdebatkan sebaliknya perlu bermuzakarah.

"Kita tidak mahu cabar Umno berdebat dalam isu ini kerana tidak 'padan' sebab Umno sengaja cipta isu ini," katanya kepada media petang tadi.

Malah katanya, pada tahun 1984 sudah timbul isu kafir mengkafir waktu itu PAS anjurkan muzakarah dengan Umno akhirnya dibatalkan kerana Umno tidak mahu bersemuka dengan PAS.

"Kita cabar Umno kali ini, kalau berani kita bermuzakarah apa yang mereka bangkitkan, melalui ini kita tahu siapa yang sesat sebenarnya," kata beliau.

Malah katanya, DPPM akan mengadakan 'road show' seluruh negara untuk menangkis tohmahan jahat Umno BN yang cuba memburuk-burukan PAS.

"Umno sepatutnya sedar propaganda yang sengaja diciptanya itu telah memakan diri mereka sendiri apabila, rata-rata rakyat negeri itu mula menyampah dengan politik kotor Umno ," katanya.

Katanya PAS juga boleh menjawab segala tohmahan tersebut dengan platform ilmiah melalui penerbitan buku 'Siapa Yang Sesat?' yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara.

Beliau menjelaskan program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,” katanya.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".

Mahasiswa berkumpul tuntut mansuhkan PTPTN

Anis Nazri, 14 Apr 2012

(Ribuan mahasiswa berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka menuntut dimansuhkan PTPTN dan diganti dengan pendidikan percuma)

KUALA LUMPUR, 14 April: Ribuan mahasiswa berhimpun di hadapan kompleks membelibelah Sogo bagi menuntut dimansuhkan PTPTN dan percumakan pendidikan.

Mereka menyifatkan PTPTN melahirkan  'graduan hutang'.

Perhimpunan yang pada awalnya  dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan disertai hanya disertai 400 siswa semakin ramai dan telah dipindahkan ke Sogo kerana laluan ke kawasan itu ditutup.

Sebelum itu kumpulan mahasiswa itu berarak dari Masjid Jamek ke Sogo.

Beberapa wakil mahasiswa berucap. Mereka kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka sekali lagi.

Dengan memakai baju hitam tanda kegelapan masa depan akibat diselubungi hutang, mereka berarak di atas jalan raya sambil melaungkan slogan membantah PTPTN dan menuntuk pendidikan percuma.

Di Dataran Merdeka, mereka berucap, berkhemah dan ada yang mendirikan solat.


(Mendengar ucapan pemimpin mahasiswa sambil berhimpun)



(Baju hitam yang menjadi tema perhimpunan mereka)


(Sambil berarak mereka melaungkan slogan menentang PTPTN dan menuntut pendidikan percuma)


(PENUH SESAK...perarakan menuju Dataran Merdeka)


(Di Dataran Merdeka, ada antara mereka berkhemah)

(MENUNAIKAN SOLAT....Sambil berhimpun, mereka juga menunaikan solat)

(Di Dataran Merdeka juga mereka mengabadikan 'kubur' Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi yang mereka namakan 'Kubur Demokrasi')

(Gambar Najib dan Khaled Nordin juga diarakkan)

Bila Tun M pun sokong Tajudin Ramli...

Abdul Aziz Mustapha, 14 Apr 2012


KUALA LUMPUR, 14 April: Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad pun turut sama menyelamatkan Tan Sri Tajudin Ramli, Umno dan Barisan Nasional (BN) bertambah tidak selamat.

Demikian reaksi spontan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar atas)  apabila Dr Mahathir sekali lagi mengakui bahawa adalah sukar bagi BN untuk mendapat majoriti dua pertiga dan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak selamat jika tidak dapat memenangi kerusi yang lebih banyak bagi BN berbanding pilihan raya 2008.

"Tindakan kerajaan mengetepikan arahan mahkamah supaya Tajudin membayar hutangnya dan sebaliknya menghapuskira hutang Tajudin sebanyak RM589 juta menimbulkan kemarahan rakyat terutama para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diburu. Keluarga mereka juga marah.

"Kalau dalam kes pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) kita lihat Dr Mahathir memberikan komen yang tegas, tetapi komennya begitu lunak dalam kes Tajudin dan oleh sebab itulah dia juga dilihat turut selamatkan bekas pengerusi eksekutif MAS itu.

"Perbuatan Umno menyelamatkan Tajudin itu menjadikan Umno dan BN lebih tidak selamat kerana memarakkan lagi api kemarahan rakyat dan memang benar kata Dr Mahathir, parti pemerintah menghadapi masalah mendapatkan majoriti dua pertiga," katanya.

Dr Mahathir sentiasa mengekalkan pandangannya bahawa adalah sukar bagi BN mendapatkan majoriti dua pertiga.

Mohamad juga sangat tertarik apabila Dr Mahathir berkata kedudukan Najib tidak selamat jika tidak dapat memenangi kerusi yang lebih banyak bagi BN berbanding pilihan raya 2008 ketika beliau sendiri mengakui sukar bagi parti pemerintah itu mendapat majoriti dua pertiga.

"Nampak macam Dr Mahathir memberitahu orang-orang Umno supaya menggantikan Najib dengan pemimpin lain jika tidak mencapai prestasi yang lebih baik bagi BN berbanding 2008.

"Saya nampak apa yang dihajati oleh Dr Mahathir itu akan tercapai," katanya.

Mohamad juga tidak hairan dengan kenyataan Dr Mahathir itu kerana beliau diberitahu berkali-kali oleh sumber dalaman Umno dan Perkasa bahawa bekas Perdana Menteri itu memang begitu tidak senang terhadap Najib.

"Tetapi khabarnya Dr Mahathir mahu menunggu selepas pilihan raya dahulu kerana beliau bimbang BN akan kalah pula jika beliau menentang Najib dari sekarang.

"Tetapi kenyataannya tentang kedudukan Najib yang tidak akan selamat kalau tidak mencapai prestasi lebih baik berbanding 2008 itu membuktikan Dr Mahathir sudah tidak sabar lagi untuk bersuara," katanya.

Dalam kenyataan yang dilaporkan oleh Reuters itu juga, Dr Mahathir berkata, Umno tidak lagi sekuat dahulu.

"Zaman saya Umno kuat. Sekarang tidak. Jika anda menyokong orang tertentu, anda akan dapat kontrak, anda dapat segala keistimewaan. Sama ada parti jatuh atau tidak, itu tidak relevan kepada mereka. Mereka mesti berpaut kepada jawatan mereka dan mendapat segala keistimewaan," katanya.

Malah, hujung tahun lalu Dr Mahathir mengulangi kenyataannya tentang tanggapan kebanyakan rakyat yang melihat Umno dipimpin oleh orang yang korup.

Tiada ulasan: