Proposal Al-Quran: Solat Tahajud dan Kesihatan
Keistimewaan Solat, Solat Tahajud
Dari Segi Terapi Fizikal
Penulis: Amiene Rev
Dari Segi Terapi Fizikal
Penulis: Amiene Rev
Sekiranya kita bangun pada awal pagi, tentu kita akan dapat menikmati udara segar yang nyaman dan melapangkan dada. Udara segar sekitar jam tiga pagi mengandungi kandungan oksigen yang sesuai untuk dimanfaatkan menerusi senaman solat. Oksigen ini akan dialirkan menerusi salur-salur darah yang terdapat di dalam badan kita.
Solat tahajud dikatakan boleh menghalang penyakit buah pinggang. Ini kerana semasa kita bersolat, sendi, otot dan urat saraf di seluruh tubuh badan akan digerak dan diregangkan.
Pergerakan otot semasa solat adalah seperti berikut:
- Berdiri tegak (qiyam), mengangkat tangan untuk takbir dan kemudian meletakkan tangan di atas pusat dikatakan dapat membantu membesarkan rongga dada kita, memberi ruang yang lebih luas di dalam paru-paru dan membantu menyerap udara khususnya oksigen dengan lebih baik.
- Rukuk, iaitu dalam keadaan badan membongkok lurus dari paras pinggang ke depan dengan kedua-dua belah tangan lurus menapak di atas kepala lutut membantu pengaliran oksigen ke bahagian tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tungkin.
- Dikatakan terdapat satu bahagian dalam otak kita yang tidak pernah dilalui darah. Bahagian ini boleh mendapat oksigen apabila kita bersujud. Apabila darah membawa oksigen ke bahagian otak ini semasa sujud, kita akan berasa lebih tenang. Semasa sujud juga, seluruh berat badan akan ditampung oleh otot-otot tangan, kaki, dada, perut, punggung dan leher.
- Apabila kita bangkit dari sujud dan kembali berdiri, kita telah menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot di bahagian badan kita.
- Semasa duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat, kita menggerakkan bahagian tumit, pangkal peha, kelangkang, sendi-sendi di bahagian kaki dan jari-jari kaki.
- Semasa memberi salam, kita menggerakkan urat, sendi dan otot di bahagian leher dan bahu, sambil menghembuskan nafas.
Proposal Al-Quran: Teknologi Identiti Cap Jari
Menerusi surah di bawah ini, wujudnya panduan mengenai penggunaan cap jari sebagai tanda pengenalan bagi satu-satu manusia.
Allah s.w.t. berfirman:
“Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (mengembalikan) tulang belulang-nya? Bahkan, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) hujung jari jemarinya dengan sempurna.” (Surah Al Qiyamah : 3-4)
“Jadilah! Maka menjadilah ia.” (Surah Yasin:82)
Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan, yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kalian diberi rahmat. (QS Al-An’aam: 155)
…adalah suatu peringatan, maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya. (QS ‘Abasa: 11-12)

Proposal Al-Quran: Bumi Ini Berbentuk Sfera
Dia menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar. Dia menutupkan (takwir) malam atas siang dan menutupkan (takwir) siang atas malam… (QS Az-Zumar: 5)
Perkataan Bahasa Arab iaitu "takwir" bermaksud menutup atau melilit sesuatu perkara, seperti menggulung. Hal ini membuktikan bahawa menerusi Al-Quran, terdapat panduan yang yang menyatakan bahawa bumi ini berbentuk bulat.

Proposal Al-Quran: Lautan-Lautan Tidak Bercampur
Dia membiarkan dua lautan mengalir, yang keduanya bertemu, (tetapi) di antara keduanya ada batas yang tidak bisa dilewati oleh masing-masingnya. (QS Ar-Rahman: 19-20)
Sifat fizik yang disebut sebagai "tegangan permukaan", menjadikan lautan-lautan biarpun bersebelahan tetapi tidak bercampur. Ini disebabkan ketumpatan air laut yang berbeza menyebabkan seolah-olah ada satu lapisan dinding yang memisahkan antara satu lautan dengan lautan yang lain.

Keajaiban Al-Quran: Peredaran Bumi
Dan Dia-lah Yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masingnya beredar di dalam garis edarnya. (QS Al-Anbiya: 33)
Setiap planet berputar mengeliling matahari mengikut landasan masing-masing. Hal ini didapati sedia dimaklumkan di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun lampau.
Setiap planet berputar mengeliling matahari mengikut landasan masing-masing. Hal ini didapati sedia dimaklumkan di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun lampau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan