NEGARA
Sultan Selangor gantung gelaran Tun Liong Sik
|
SULTAN SHARAFUDDIN |
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya darjah kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk yang dikurniakan kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik digantung.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud berkata, baginda juga menitahkan agar darjah kebesaran negeri yang dikurniakan kepada bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datin Paduka O.C. Phang turut digantung.
Tindakan itu diambil setelah Liong Sik dan Phang dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan tersebut setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," kata Ramli dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurut laporan Bernama, keputusan penggantungan itu dibuat setelah Dewan Diraja Selangor bersidang pada 19 Ogos lepas.
Ramli berkata, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran bagi Liong Sik dan Phang akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan
Selangor gantung gelaran Tun Ling Leong Sik, Phang Oi Harakahdaily |
SHAH ALAM, 1 Sept: Sultan Selangor mengantung gelaran kebesaran negeri itu dari dua tokoh iaitu Tun Ling Leong Sik dan Puan Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu ekoran tindakan kerajaan mendakwa kedua-duanya ekoran skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Selangor hari ini, bekas Presiden MCA, Tun Ling digantung keahlian darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) bergelar Dato’ yang diberikan pada tahun 1992. (Gambar: Laporan muka hadapan sebuah akhbar tempatan mengenai dakwaan terhadap Ling Liong Sik berhubung skandal PKFZ.)
Phang pula digantung gelaran keahlian Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) bergelar Datin Paduka yang diberikan pada tahun 2001.
Berikut adalah kenyataan penuh dari SUK Selangor mengenainya.
Penggantungan Gelaran Dan Penggunaan Darjah Kebesaran Dato’ – Dato’ Selangor
Menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang kali ke 127 pada 19 Ogos 2010 telah berkenan membuat keputusan seperti berikut:
1. Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan Malaysia yang telah dikurniakan keahlian darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) bergelar Dato’ pada tahun 1992 telah didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran D.P.M.S. adalah digantung. Penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Y.A. Bhg Tun tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan.
2. Puan Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang yang telah dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) bergelar Datin Paduka pada tahun 2001 telah didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Klang. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran D.S.S.A. adalah digantung. Penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan.
3. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Sekian. Harap maklum
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh: 1 September 2010
Sultan S'gor gantung gelaran Dr Ling, OC Phang | | Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu atau juga seringkali dikenali sebagai OC Phang.
Dalam satu kenyataan, setiausaha kerajaan negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud berkata keputusan itu dibuat oleh Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 19 Ogos lalu.
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," kata Ramli.Ling dikurniakan keahlian darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992.
Pada 29 Jun lalu, bekas presiden MCA itu didakwa atas pertuduhan mengikut seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Putrajaya. Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang. Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Ling bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Hakim kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes. OC Phang pula dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) bergelar Datin Paduka pada tahun 2001.
Dia pula didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Klang. Phang, 63, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.
Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Perbicaraan kesnya pula yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 25 Ogos lalu ditangguhkan ke 26 hingga 29 Okt ini.
Menurut kenyataan itu, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kedua-dua mereka itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan