Rabu, 8 September 2010

MOGA CINTANYA XBERPURA2

NEGARA

Wook lega dapat beraya dengan suami


Wook lega di sisi Mohd. Noor yang diberi pelepasan untuk menyambut hari raya bersama di rumah mereka di Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur lega apabila suaminya, Mohd. Nor Musa diberi pelepasan dua minggu oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Besut bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamanya di rumah mereka di Kuala Berang di sini.

Mohd. Nor, 38, yang ditahan semula baru-baru ini setelah dibebaskan pada 15 Julai lepas diberi pelepasan untuk berbuat demikian mulai esok hingga 19 September oleh pengurusan pusat berkenaan.

Ketika ditemui pada Program Prihatin Agensi Anti Dadah Kebangsaan bersama Orang Kena Pengawasan di Puspen Batu Buruk malam tadi, Mohd. Noor yang ditemani Mek Wook berkata, dia begitu gembira kerana dapat menyambut hari raya dengan isterinya itu

Tiada ulasan: